Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog PERDIQMA KPMB

Islam Itu Indah

Dengar IKIM.fm Online

Dengar radio IKIM.fm secara online menerusi blog PERDIQMA

Like Facebook PERDIQMA

Sertai facebook PERDIQMA serta dapatkan info dan pengkongsian ilmu di laman fb PERDIQMA

28 Februari 2010

Sempena Maulidur Rasul: "Dia Pernah Mencintaimu"

“Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,” ujar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi’. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua.
“Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat melontarkan soalan.
Persoalan.



25 Februari 2010

JOM JAWAB TEKA-TEKI 2!!!

Assalammualaikum..

Pada kali ini, satu lagi teka-teki akan diberikan.. Soalan ni, mungkin mudah sikit dari yang minggu lepas. Bagi 10 orang pertama yang menjawab dengan betul kedua-dua soalan di bawah, anda akan mendapat 1 tiket tayangan filem "Ketika Cinta Bertasbih Siri 1" yang akan ditayangkan pada 17 Mac ini secara percuma. * So, jom kita sama-sama cuba menjawab!!!...


24 Februari 2010

Kelantan, dari kacamata penulis novel "Ayat-ayat Cinta"

www.perdiqmakpmb.blogspot.com
oleh: Habiburrahman El Shirazy
editor: muzark 

Siang itu, 14 Februari 2010, saya mendarat di Bandara Kota Bharu, Negeri Kelantan. Saya datang ke Kelantan atas undangan Departemen Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, sebagai pembicara ahli dalam acara talkshow berjudul, Selebriti Sebagai Ikon Masyarakat dalam momen Festival Hiburan Islami.



23 Februari 2010

Sepinggan Dosa Berulam Pahala

www.perdiqmakpmb.blogspot.com
Oleh: Oleh: Ustaz Hasrizal bin Jamil
Editor: Nor 'Aisah Binti Abd Hamid

Sesungguhnya saya gusar malam ini. Saya telah menerima email dari seorang muslimah dan saya menggunakan istilah muslimah untuk mengistilahkan dirinya di alam realiti. Namun masalah yang muslimah ini hadapi menjadikan saya sugul. Percaya atau tidak, kes sepertinya sudah amat banyak yang sampai kepada email saya secara anonimus. Supaya warga kampus bangun mencelikkan mata, saya perturunkan salinan email jawapan saya kepada muslimah tersebut (secara anonimus), untuk muhasabah pembaca sekalian.
Kepada Allah juga saya mohon petunjuk dan perlindungan…




20 Februari 2010

Megah Tiada Dara

www.perdiqmakpmb.blogspot.com
Oleh: Fuad Hadinata Yaacob & Shamran Saharan
 Editor: Mus'ab Khalili Rosli

KUALA LUMPUR: Mengaibkan apabila semakin ramai remaja perempuan beragama Islam di negara ini kehilangan dara pada usia muda. Lebih membimbangkan, segelintir mereka berbangga dengan status itu dan beranggapan remaja yang masih dara sebagai kelompok ketinggalan zaman.

Hasil temu bual Metro Ahad dengan sekumpulan remaja yang pernah terjerumus dalam pelbagai gejala sosial juga mendapati, ada remaja yang kini berusia 15 tahun memberitahu kali pertama mereka melakukan hubungan seks ketika berusia 10 tahun.



17 Februari 2010

JOM JAWAB TEKA-TEKI!!!

Assalammualaikum...
Kat sini ada satu teka teki... 
Orang kata mudah je..
tahap sekolah randahpun bole jawab..
Siapa dapat, cuba jawab. Tapi  tak ada hadiah la.. hehe

What is more powerfull than Allah
More evil than The Devil
The Poor has it
The Rich doesn't need it
If you eat it, you'll die


Cuba berikan jawapan anda di bawah. Selamat Mencuba!



14 Februari 2010

Hukum Rai Valentine & Jual Bunga

www.perdiqmakpmb.blogspot.com
Oleh: Zaharuddin Abd Rahman
 Editor: Mus'ab Khalili Rosli
 SOALAN:

Assalamualaikum ustaz,
Benarkah hukum menyambut hari Valentine adalah haram, bagaimana pula hukum menjual hadiah dan bunga kepada pasangan-pasangan bukan Islam dan sebahagian umat Islam yang meraikannya?

JAWAPAN:

Saya telah menyertakan jawapan di ruangan artikel bahasa Inggeris, bagi membantu rakan-rakan yang kurang selesa memahami bahasa Inggeris, disertakan jawapan ringkas saya berkenaan sambutan hari valentine.



AL-KISAH: ULAMA' VS PRAMUGARI

www.perdiqmakpmb.blogspot.com
Nor 'Aisah Binti Abd Hamid
Editor

Seorang ulama' sedang berada di sebuah kapal terbang untuk penerbangan ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, tanpa berlengah dia pun menuju ke tandas untuk berwuduk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwuduk. Tatkala beliu mengangkat salah satu kakinya ke tangki (washing basin), seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama' itu dan menegurnya.

Pramugari : “(dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki kedalam tangki itu, sebab ia akan mengotorkan tangki.



Nadwah Islamiah Peringkat Kebangsaan

www.perdiqmakpmb.blogspot.com
Nor 'Aisah Binti Abd Hamid
Editor

KPM Indera Mahkota-KPMB telah menghantar satu kontigen untuk mewakili kolej bagi Pertandingan Nadwah Islamiah berlangsung pada 5-7 Mac 2010. Para peserta telah menunjukkan kesungguhan mereka di KPM Indera Mahkota. Alhamdulillah, pertandingan berjalan dengan lancar. Walau tidak menjadi pemenang keseluruhan untuk pertandingan ini, KPMB tetap berjaya merangkul dua tempat naib johan iaitu dalam pertandingan nasyid dan pertandingan tilawah (perempuan). Selain itu, pada Pertandingan Nadwah Islamiah kali 3 ini juga, KPMB telah diberikan kepercayaan untuk menjadi ahli panel bersama-sama tuan rumah, iaitu KPMIM dan juga KMKN untuk menyertai forum bertajuk “Warna-warni Remaja”



11 Februari 2010

SEJARAH SAMBUT HARI VALENTINE

 www.perdiqmakpmb.blogspot.com
Nor 'Aisah Binti Abd Hamid
Editor

Tarikh 14 Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing.

Maka pada 14 Februari, pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah.



4 Februari 2010

Srikandi Solehah

www.perdiqmakpmb.blogspot.com
Muhammad Fadzli Bin Sa'doon*
(Moderator Blog PERDIQMA)


Kekuatan rohani merupakan anjakan yang dapat melawan segala musuh batin yang bermula dari nafsu, kekuatan ini lah yang memacu keyakinan diri menggerakkan kekuatan fizikal menghunus serangan kearah lawannya. Kekuatan rohani juga tidak pernah gentar kepada susuk tubuh yang besar,tenaga yang kuat serta senjata yang tajam bahkan  kekuatan rohani  mampu menggetarkan jiwa-jiwa yang angkuh,menundukkakn hati-hati yang sombong, serta menggegarkan bumi-bumi yang ampuh, Allah S.W.T tidak pernah mensyaratkan bahawa kekuatan rohani serta jasmani itu hanya dimiliki oleh seorang nabi, malaikat atau rasul untuk bekalan dalam berjuang, malah kekuatan itu merupakan unsur semula jadi yang diberikan kepada sesiapa sahaja yang ingin memilikinya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...