Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog PERDIQMA KPMB

Islam Itu Indah

Dengar IKIM.fm Online

Dengar radio IKIM.fm secara online menerusi blog PERDIQMA

Like Facebook PERDIQMA

Sertai facebook PERDIQMA serta dapatkan info dan pengkongsian ilmu di laman fb PERDIQMA

31 Oktober 2011

POSMOTEM DAN JAMUAN TERAKHIR PERDIQMA SESI JULAI-DISEMBER 2011

Assalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh.

Sesungguhnya setiap suatu permulaan,sudah tentu ada pengakhiran. pada 30 Oktober 2011,Perdiqma telah mengadakan posmotem dan jamuan terakhir bagi sesi Julai-Disember 2011. Ini bertujuan bagi meningkatkan lagi prestasi perdiqma dalam menjalankan dakwah di kpm beranang dan meraikan ajk tertinggi perdiqma yang bakal bergraduasi pada tahun hadapan,Insyaallah.


Pada jam 9.00 pagi,majlis dimulakan dengan posmotem dari awal semester hingga akhir semester. antara perkara yang dibincangkan adalah masalah Ajk bersama ahli biro, masalah Ajk bersama Ajk tertinggi dan masalah program sepanjang semester ini. majlis diketuai oleh saudara Danial Ifran selaku presiden Perdiqma pada tahun ini. seramai 13 Ajk tertinggi iaitu ketua-ketua biro dan unit induk.


Majlis dimulakan dengan laporan setiap biro. dimulakan dengan biro ta'mir dan diikuti biro-biro yang lain. pada masa ini,setiap biro hendaklah mengemukakan masalah yang dihadapi oleh biro masing-masing. kami menyelesaikan semua masalah yang dihadapi oleh PERDIQMA pada semester ini. banyak perkara yang perlu diubah oleh PERDIQMA untuk meningkatkan prestasi PERDIQMA. posmotem dijalankan selama 9 jam dari pukul 9 sehigga pukul 6.

Selepas solat isyak majlis diteruskan lagi dengan jamuan teakhir perdiqma bagi sesi Julai-Disember 2011. majlis ini adalah untuk menyambut Ajk Perdiqma yang akan bergraduasi pada semester akan datang iaitu saudara Aizuddin, asyraff, firdaus, aisamuddin dan saudari syarifah Nurliyana. Cenderahati turut diberi kepada mereka sebagai tanda penghargaan dari perdiqma diatas usaha dan tenaga yang dicurahkan selama ini. selain itu, jamuan ini dijuga bagi meraikan Ajk baru perdiqma yang akan menggantikan AJK lama yang akan bergraduasi. Antara ajk baru adalah saudara zaim selaku penolong biro ta'amir,saudara azim selaku bendari dan saudari Husna selaku setiausaha 2. Majlis ini berakhir jaam 11 malam. Diharap hubungan silatulrahim yang di pupuk selama ini akan mendapat redha Illahi dan kekal selamanya.



Firman Allah SWT. dalam Surah Ali ‘Imran ayat 104:
"Hendaklah ada antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Mereka yang bersifat demikian itulah orang yang berjaya".




AJK tertinggi perdiqma july-disember 2011






Biro Ta'amir ,Biro terbaik July-Disember 2011





penyampaian cenderahati kepada Mantan Pengerusi perdiqma,
Saudara Aizuddin (kiri)



penyampaian cenderahati kepada saudara Asyraff,
mantan ketua biro Ta'amir





penyampaian cenderahati kepada saudara firdaus,
mantan ketua Biro keceriaan dan kebersihan.





penyampaian cenderahati kepada saudara Aisamuddin,
mantan penolong biro Ta'amir.





Antara juadah yang disediakan.


27 Oktober 2011

Check list Saat Akhir Peperiksaan & Doa Pilihan

Assalammualaikum. Selamat menjalani peperiksaan kepada semua mahasiswa KPMB! Semoga kejayaan menjadi milikmu!

Di sini kami sediakan Check List saat akhir & doa menjelang exam buat perkongsian bersama:

1. Klik pada gambar
2. Klik kanan
3. Save Image As…
4. Pilih lokasi penyimpanan

Doa persediaan menghadapi peperiksaan:





Cara untuk copy doa-doa di atas:-

1. Klik pada gambar
2. Klik kanan
3. Save Image As…
4. Pilih lokasi penyimpanan




Kepada semua rakan-rakan seperjuangan di KPMB yang bakal menghadapi peperiksaan hujung semester tak lama lagi, kami dari Pihak Alumni PERDIQMA & PERDIQMA mendoakan kejayaan buat kalian semua! Semoga Allah memberkati usaha kalian InsyaAllah.

SEMOGA KEJAYAAN MENJADI MILIKMU SAHABAT-SAHABAT SEPERJUANGAN!!!
SALAM UKHUWAH DARIPADA: ALUMNI & PIMPINAN PERDIQMA 



Kredit & sumber:
1. Check list Saat Akhir Sebelum Peperiksaan oleh: www.aminidris.com
3. Imej Ayat Al Quran: PERDIQMA FAN PAGE


26 Oktober 2011

Murtad dan Bandar Oxford

Saya menganggap Bandar Oxford ini jauh lebih indah dari kebanyakan bandar lain di United Kingdom dan Eropah, termasuk London. Bahkan tiada bandar yang seumpamanya di dunia muslim kita. Ia sebuah bandar ilmu.

Kebanyakan mereka yang sibuk berjalan pantas di jalan-jalan Oxford ini ialah pelajar, pengajar dan pengkaji. Lebih empat puluh kolej ilmu bersejarah lagi berprestij di bandar ini. Penuh sejarah, penuh sumbangan melahirkan tokoh-tokoh besar.

Bandar ini penuh dengan aktiviti ilmu di sana-sini setiap hari; seminar, diskusi, forum dan pelbagai. Dalam pelbagai perkara dan bidang, yang mungkin sebahagiannya terlarang dalam negara kita disebabkan unsur ke’jais’an kita. Amat rugi jika ada sesiapa yang datang ke sini tetapi tidak mengambil peduli tentang aktiviti ilmu yang pesat.

NONEDari bangunan-bangunan bersejarah yang memenuhi bandar ini, kita dapat tahu bahawa di sini asalnya tempat pengajian Kristian. Sejak kurun ke-12, Oxford berkembang menjadi bandar ilmu. Ini terutama selepas tahun 1167 apabila Henry II melarang pelajar Inggeris melawat universiti di Paris.

Pada kurun ke-13 bandar ini mula pesat dengan para penuntut ilmu. Antara tahun 1249 dan 1280 diasaskan universiti kolej yang tertua di sini; Merton dan Balliol. Ertinya bandar ini telah berkembang menjadi bandar ilmu sejak 800 tahun yang lalu.

Dibakar hidup-hidup

Dalam tempoh yang panjang itu, Oxford melalui pelbagai sejarah. Agama Kristian yang menjadi teras pegangan dan pembinaan pusat pengajian di sini telah terbabit dalam pelbagai konflik politik dan agama. Permusuhan dan pembunuhan berlaku dengan dahsyat sepanjang tersebut. Sehingga amalan kristianiti pun luntur di sini.

NONESaya tinggal bersendirian di Broad Street. Di hadapan kediaman saya, di atas jalan ada tanda yang dibuat mengenang ‘shuhada’ Oxford atau Oxford Martyrs yang dibakar hidup-hidup.

Tomas Cranmer, Nicholas Ridley dan Hugh Latimer. Mereka semua merupakan tiga orang paderi dan ilmuwan Kristian yang hebat pada kurun yang ke-16.

Mereka telah mengkritik ajaran-ajaran Kristian yang dibawa oleh gereja Katholik yang dianggap tiada asas dalil yang sah dalam Bible. Terpengaruh dengan Martin Luther pengasas Protestan, mereka juga telah menulis pelbagai buku mengkritik amalan dan penghayatan agama yang diamalkan oleh pihak gereja Katholik.

Seperti Luther, mereka berusaha agar agama Kristian tiada menjadi agama eksklusif untuk para paderi sahaja. Mereka menulis dan membahaskan pelbagai isu dalam ajaran Katholik yang mereka anggap tidak berasas.

Walaupun mereka berkelulusan tinggi dari pusat-pusat pengajian teologi, diangkat memegang pelbagai kedudukan tinggi dalam ranking gereja seperti archbishop dan bishop, namun atas sikap anti-pembaharuan dan enggan mendengar pandangan lain yang berbeza, pihak mahkamah agama Katholik telah menghukum mereka sebagai heresy (murtad) dan derhaka (treason) kepada Ratu. Mereka dibakar hidup-hidup di khalayak ramai di Oxford pada tahun 1555 dan 1556. 

Pengorbanan hebat

Sebenarnya, dalam sejarah gereja Katholik, begitu ramai yang dibakar oleh pihak gereja atas tuduhan murtad dan derhaka. Pihak gereja akan menggunakan nama Tuhan dan istana atas tuduhan murtad dan derhaka untuk menghukum para penentang mereka.

pope benedict visit palestine israel 110509 04Pihak Katholik juga ada privy council atau badan rahsia yang boleh menjadi kata putus. Pihak istana dalam usaha menjaga kepentingan dan kuasa mereka, maka akur atas segala tuduhan dan keputusan yang dibuat oleh pihak gereja terhadap musuh-musuh mereka.

Golongan pembaharuan dalam Kristian terpaksa melalui pengorbanan yang terlalu hebat. Hukuman yang selalu mereka pakai kepada orang murtad ialah dibakar hidup-hidup cara pembakaran yang menyakitkan dan kejam.

Persoalannya, benarkah murtad, ataupun murtad itu hanya menurut ukuran mereka yang jumud dan mempunyai kepentingan sendiri? Semua tokoh-tokoh yang dibakar hidup-hidup itu tetap memanggil Tuhan sehingga ke akhir hayat.

Cumanya, mereka enggan mengakui beberapa kepercayaan dan amalan Katholik yang mereka anggap tidak bersumberkan Bible. Pihak penentang pembaharuan sering menggunakan nama Jesus dan Istana. Padahal mereka bukan mempertahankan istana atau Jesus, mereka mempertahankan kedudukan istimewa mereka sebagai golongan agama.

Bimbang Bible diterjemahkan

Mereka menentang usaha pembaharuan menterjemahkan Bible yang berbahasa Latin ke dalam bahasa Inggeris. Mereka bimbang orang lain dapat menilai dan menembusi maklumat agama yang akhir menyebabkan mereka dipersoalkan.

azlanHari ini Oxford terus wujud. Namun, mereka yang dibakar dan dituduh murtad itu dikenang sebagai wira dan syahid oleh generasi kemudian. Demikianlah penilaian terhadap fakta sejarah selalu berubah dengan berubahnya cara fikir manusia.

Wira boleh menjadi derhaka, derhaka pula boleh juga menjadi wira. Seseorang yang dihukum pada suatu masa, mungkin dihargai pada masa yang lain. Kemungkinan juga seseorang yang dihargai kini, akan dihukum pada masa yang akan datang.

Sebab itu setiap kita hendaklah berpegang kepada asas-asas kebenaran yang disepakati oleh ad-din dan manusia sejagat. Bukan berpegang kepada sesuatu yang bersifat politik dan isu semata.

Walaupun begitu dahsyat dan kejam pihak gereja Katholik berusaha mengekang pembaharuan, namun hari ini segala yang mereka takuti telah pun menjelma dalam rupa yang lebih ‘ganas’.

Mereka cuba menentang kritikan terhadap amalan mereka, hari ini di Barat, bukan sekadar amalan mereka, bahkan Tuhan pun dinafikan kewujudannya. Pada era 1880, ahli falsafah Jerman Friedrich Nietzche telah mengistiharkan bahawa ‘God was dead’ (Tuhan telah mati). Walaupun 120 tahun kemudian agama terus hidup di dunia ini dan Tuhan terus dipuja, namun golongan atheist dan agnostic turut berkembang.

church christian in kuala lumpur 1Usaha menolak kewujudan Tuhan terus berjalan dan mendapat sambutan yang besar di seluruh dunia. Richard Dawkins umpamanya, pada 2007 menerbitkan buku God Delusion atau penipuan Tuhan, buku yang menggambarkan bahawa tiada siapa yang boleh memberikan gambaran lengkap tentang agama yang sebenar.

Tulisannya ini menggalakkan golongan anti-agama dan bukunya mendapat sambutan yang hebat. Di Oxford yang dipenuhi dengan gereja dan segala kesan sejarah perkembangan Kristian, turut menjualnya.

Nama Tuhan digunakan

Menjadi masalah besar apabila nama Tuhan sering digunakan untuk kepentingan kuasa dan diri sendiri. Orang lain dihukum atas nama Tuhan, padahal kesalahan itu tidak membabitkan ajaran Tuhan. Akhirnya, Tuhan disalah ertikan dan agama dibenci.

Di Oxford, walaupun bangunan dan bayangan gereja mengelilinginya, amalan kehidupan agama sudah tipis. Pengajian dijalankan tanpa berkait lagi dengan nama Tuhan melainkan sedikit. Ataupun, Tuhan itu difahami dalam pelbagai versi yang tersendiri.

azlanMenuduh orang murtad sebenarnya memerlukan penelitian dan bukti yang kukuh tanpa kepentingan dan fanatik. Menghalang orang lain memberikan pandangan dan pendapat atas nama Tuhan adalah perbuatan yang menjauhkan manusia dari agama. Itu bukan usaha menguatkan agama.

Islam adalah agama dialog dan hujah.

Ia bukan agama perhimpunan untuk membantah orang lain bersuara. Itu perbuatan gereja yang telah menghasilkan natijah yang buruk dan melahirkan sikap anti-agama. Menjerit di jalanan kerana kononnya ada orang murtad adalah tindakan yang tidak bijak.

Padahal Allah telah memberikan panduan agar Islam ditegakkan atas hujah dan dialog. Firman Allah (maksudnya):

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah dan mauizah hasanah (nasihat yang baik), dan berbahaslah dengan mereka dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk" (Surah al-Nahl: 125).

Menuduh orang lain murtad juga secara semberono hanya mengulangi apa yang dilakukan oleh gereja Katholik. Natijahnya, lenyap kekuatan istana yang dipergunakan dan lenyap juga keyakinan manusia kepada agama itu sendiri. Apakah kita ingin mengulanginya?

_________________________________________________________________________

Artikel ini merupakan tulisan Dr Mohd Asri Zainul Abidin* seperti yang disiarkan oleh Malaysia Kini.

Mohd Asri Zainul Abidin merupakan mantan mufti Negeri Perlis (Dari 1 Nov 2006  sehingga 30 Nov 2008), kini menjawat jawatan sebagai Pensyarah Bahagian Pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia dan kini sedang mengikuti program felo penyelidikan di Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS). Untuk biodata lengkap klik "sini".

Sumber: malaysiakini.com


22 Oktober 2011

Majlis Khatam Al-Quran sesi Julai - Disember 2011




Pada 18 Oktober 2011, pihak PERDIQMA telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi pelajar semester 1 Kolej Professional MARA Beranang bertempat di Surau An-Nur KPMB. Majlis yang diadakan setiap semester ini adalah rentetan dari program tadarus yang dilakukan oleh semua pelajar semester 1 seramai 269 orang yang diadakan pada hari Isnin bagi muslimin dan hari Rabu bagi muslimat.

Majlis dimulakan pada jam 7.30 P.M, iaitu selepas solat Maghrib dengan dimulakan dengan kata-kata aluan dari pengerusi majlis, saudara Zulkhairi dan bacaan doa oleh saudara Nurdin Haikal. Seterusnya, seramai 22 pelajar yang terpilih memulakan bacaan dari surah Ad-Dhuha dan diakhiri dengan surah An-Nas yang diketuai oleh saudara Hafiz.

Setelah tamat sesi khatam Al-Quran, Pengarah KPMB, Dr. Yatim Bin Nawai telah memberi sedikit ucapan selaku perasmi dalam majlis tersebut. Beliau mengulas tentang penglibatan remaja generasi kini dalam aktiviti kerohanian. Beliau juga menyebut bahawa spekulasi terhadap akhlak generasi kini semakin merudum ternyata tidak boleh diterima dengan terbuktinya atas kejayaan majlis ini.



Seterusnya, sekali lagi Dr. Yatim Bin Nawai telah dijemput untuk memberi cenderahati kepada para peserta diiringi oleh Ustaz Md. Zan Bin Md Yausuf bersama presiden PERDIQMA saudara Danial Ifran. Selepas menunaikan solat Isyak berjemaah, sedikit jamuan ringan dihidangkan kepada para jemputan dan para pelajar. Adalah diharapkan bahawa majlis ini dapat diadakan lagi di masa hadapan demi melahirkan generasi yang cintakan Al-Quran.

Dari Abdullah bin Mas'ud r.a. : katanya Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Barangsiapa membaca satu huruf dari kitab Allah(al-Quran), maka dia akan memperolehi pahala satu kebajikan dan setiap satu pahala itu digandakan sepuluh kali. Aku tidak mengatakan bahawa Alif, Lam, Mim itu satu huruf, tetapi Alif itu adalah satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf." (Riwayat At-Tirmizi dan Ad-Darimi)


21 Oktober 2011

KURSUS OUTDOOR KEPIMPINAN PERDIQMA


Pada 14-16 Oktober 2011 lalu, pihak ALUMNI PERDIQMA telah mengadakan program Kepimpinan PERDIQMA dengan objektif untuk melahirkan pemimpin yang berkualiti untuk membela agama Islam melalui kepimpinan. Seramai 30 orang termasuk fasilitator yang menyertai program tersebut. Program tersebut diadakan di sekitar Pantai Morib, Banting Selangor.


Pada petang 14 Oktober 2011,semua peserta termasuk fasilitator berkumpul di hadapan surau An-Nur untuk bersama-sama bertolak ke Pantai Morib. Sebelum bertolak ke Pantai Morib,semua peserta dan fasilitator mengaminkan doa yang diketuai oleh saudara Aizuddin supaya selamat sampai ke destinasi yang dituju. 

Perjalanan tersebut mengambil masa kira-kira 1 jam 15 minit dari Kolej Profesional MARA, Beranang.Sesudah sampai lokasi penginapan iaitu di Sekolah Rendah Islam Intergrasi Ihya' Al Ahmadi, Kesemua peserta dan fasilitator diagihkan tempat untuk beristirehat.



 Untuk Misi pertama bagi program kepimpinan ini adalah Misi ke Gaza. Misi ini dijalankan di dalam permainan berupa explorace tetapi mempunyai pengisian yang sangat mendalam. Yang menariknya misi ini dijalan pada waktu tengah malam demi membuatkan para peserta bagaikan betul-betul sedang menjalankan misi ke Gaza.

Misi ini mempunyai 4 checkpoint yang perlu dilaksanakan. Salah satu checkpoint yang perlu diselesaikan menuntut para 'pejuang' membuat strategi yang terbaik untuk mengelakkan ahli kumpulan ditipu oleh musuh ketika dalam perjalanan menemui ejen rahsia. Di sini memerlukan kerjasama yang sangat kuat dari setiap ahli kumpulan. Di akhir misi ini hanya 1 kumpulan sahaja yang berjaya melaksanakan misi dengan jayanya.

Pada keesokan paginya pula para peserta dibawa kesatu lagi lokasi yang sangat menarik iaitu bukit Jugra. Aktiviti untuk para peserta pada hari itu adalah mendaki Bukit Jugra. Sambil dalam perjalanan mendaki para peserta dapat menikmati nikmat Allah SWT dengan melihat pemandangan yang hijau dan menghirup udara yang segar. Subhanallah....Para peserta sempat bergambar dan menikmati pemandangan yang luas dan menarik dari atas bukit Jugra. Dan taniah juga pada para peserta kerana berjaya menawan bukit Jugra.

 

Misi ke seterusnya iaitu "Sebarkan Dakwah Agama Mu". Para peserta juga diajar bagaimana untuk menjadi kader-kader dakwah yang profesional dengan pelbagai topik menjadi isu perbincangan pada petang sabtu di Pantai Morib.Bayu laut dan alunan ombak Pantai Morib telah menambah api semangat para peserta untuk menggalas tugas sebagai pewaris para nabi dalam berdakwah.


Pada malamnya,Encik Musa Mohamad Ali telah memberi amanat yang amat berguna kepada bakal kader-kader dakwah PERDIQMA dalam slot santai "Remaja Muslim & Kepimpinan".Selepas itu,aktiviti BBQ dan persembahan dari para peserta dengan tema berkaitan "bumi jihad Palestin".

Hari terakhir program,para peserta diberi peluang yang amat manis oleh Allah SWT untuk solat Subuh berjamaah di atas pasir dan diiringi pukulan ombak lantas memberi 1001 tarbiyah kepada para peserta ,ditambah pula dengan tazkirah oleh Encik Musa Mohamad Ali yang menaikkan obor semangat dakwah para peserta.Seterusnya,para peserta sempat bermain air laut dan futsal kelapa di Pantai Morib dan diakhiri dengan Usrah Wida'.


Aktiviti sebelum berangkat pulang iaitu refleksi akhir untuk memastikan matlamat program tercapai dan apakah tindakan susulan yang akan dilakukan oleh para peseta bila kembali nanti, penilaian adakah tercapai matlamat  program ini yang dijalankan pada kali ini  dan penambahbaikan serta cadangan dari peserta. Program yang diadakan selama 3 hari dan 2 malam ini berakhir pada 16 hb Oktober 2011 pada jam 3.30 sebelum para peserta pulang ke Kampus Kolej Profesional MARA Beranang


Semoga Allah memberkati pejuangan ini...Teruskan perjuangan mu wahai sahabat semua. Jadikan dunia ini jambatan ke akhirat kita.

Untuk melihat galeri gambar pilihan sepanjang program Kursus Outdoor Kepimpinan ini dijalankan, klik "sini".


12 Oktober 2011

PERDIQMA DAY KALI KE-2

Alhamdullilah..pada tanggal 8 october 2011 telah berlangsungnya PERDIQMA DAY buat kali ke-2 . PERDIQMA DAY yang dianjurkan ini adalah untuk mengeratkan hubungan silatulrahim antara ahli Perdiqma itu sendiri juga Ajk-Ajk Perdiqma.Lembaran hari dibuka dengan menghidupkan surau untuk bersama mengambil peluang bagi melakukan solat sunat Tasbih yang dihadiri oleh ahli perdiqma dan rakan kamsis. Kami berpeluang untuk berjemaah bersama dan menanti untuk kuliah subuh yang disampaikan oleh saudara Asyraff Aziz.
 
Pada pagi hari tersebut aktiviti dimulai dengan senaman ringan dan ice-breaking . FINDING NEMO...itulah aktiviti pertama yang dijalankan untuk memecah tembok pemisah antara peserta bagi mengerat kemesraan dalam proses saling mengenali antara ahli. Proses ice-breaking ini diteruskan dengan melakukan pembahagian kumpulan melalui kertas yang ditampal di belakang setiap perserta dan kumpulan dibahagi menerusi warna iaitu merah, kuning, biru, hijau. Setiap kumpulan diberi seorang fasilitator yang akan membimbing setiap kumpulan sehingga ke akhir program. (Kumpulan kuning - Aniq Bukhari, kumpulan hijau - Mohd Asyraff, kumpulan biru - Siti Suhaili dan Aqilah,kumpulan ungu - Zulia Sofy dan yang terakhir adalah kumpulan merah - Yana ). 

Aktiviti pada pagi itu dilengkapkan dengan permainan “Kertasku,Kertasmu Jua”yang menggesa peserta berfikir secara kreatif dalam menyelesaikan permainan itu dalam tempoh masa yang diberikan. Permainan ini mempupuk sikap kerjasama antara ahli dalam berfikir secara logik dan kritis dan memerlukan kesepakatan setiap ahli. Peserta diberikan tugasan yang bertemakan “Rapuh Iman Runtuh Perpaduan” yang akan dipersembahkan pada malam ukhuwah. Selesai diberi tugasan peserta semua beredar untuk mejamah sarapan pagi yang ikhlas disediakan oleh biro makanan & ekonomi.
Perjalanan ikatan ukhuwah disambung dengan aktiviti “JOURNEY OF TAQWA”(JOT), ia umpama explorace tapi initpatinya berunsur islamiah dan memerlukan tekad antara pasukan untuk terus melangkah merentas segala halangan bersama. Pelbagai soalan, tekaan, dan cabaran perlu ditempuh sepanjang aktiviti berlangsung.

 Video Program:
 

Pada jam 3.30 petang, aktiviti diteruskan di Taman Tasik Kesuma, setiap kami dibekalkan dengan makanan bagi mengalas perut. Surau al-Kauthar menjadi pilihan untuk menunaikan solat fardu asar, usai solat kami memulakan aktiviti REHLAH. Aktiviti ini umpama menghilang kelesuan tubuh di mana peserta dipadatkan dengan aneka permainan “BELIEVE ME OR NOT”yang menuntut komitmen, tenaga, usahasama setiap ahli. Ia juga menguji sejauh mana tahap kepercayaan individu terhadap kumpulan yang diwakilinya.

Pada malam kemuncak yang diadakan di Dewan Sri Gema, majlis yang dikemudi oleh saudara Arif dan Dzfran membuka tirai dengan bacaan doa oleh saudara Afif Maahi. Setelah itu pengerusi PERDIQMA Daniel Ifran mengambil peluang untuk memberi ucapan penghargaan kepada semua ahli yang terlibat dalam menjayakan program. Majlis diwarna dengan persembahan yang pertama dari kumpulan Sakaratul Maut yang mengalunkan lagu yang menyeru rakan sekalian untuk menginsafi diri dan memperlihat kebesaran Allah. 

Kumpulan Daie pula mengambil tempat untuk memulakan persembahan sketsa yang mempunyai mesej tersirat dan diselit unsur jenaka yang mencuit hati. Mujahidah Azrokun dan Nahnu Jamilah merupakan kumpulan yang diwakili oleh kaum hawa, mempersembahkan pentoman yang dekat dengan kehidupan seharian dan mengetengahkan isu yang berkait dengan perpaduan ummah.

Sambil menunggu proses pemarkahan, kami ditayangkan dengan video montaj yang mengimbau kembali kenangan sepanjang program yang sarat dengan detik manis yang tidak mungkin dapat dilupakan kerana mungkin bagi sesetengah ahli ini merupakan PERDIQMA DAY yang terakhir kalinya buat mereka setelah tamat pengajian di KPM Beranang.

Pengumuman pemenang dan majlis pemberian hadiah menutup program ini yang berlangsung dengan jayanya. Para peserta bergambar kenangan bersama-sama dan berharap agar talian persahabatan antara mereka tidak akan terputus sampai di situ sahja. Moga program ini akan mendapat keberkatan dalam setiap incinya, ia juga telah mencoret memori yang indah dalam kita menagih rahmat Allah sekaligus dapat membentuk barisan remaja yang terbentuk jalinan ukhwahnya dalam menegakkan panji-panji kemuliaan agama Allah.
matlamat utama "jalinan ukhuwah"


perbincangan dalam kumpulan

kumpulan yang berjaya memuatkan 10 orang dalam 1 kertas A4

Berjaya dalam aktiviti "kertas ku kertas mu jua":)
Masih bersemangat, walau kurang bernasib baik


8 Oktober 2011

Menghayati Falsafah Haji

Musim haji kini tiba lagi. 1 Zulkaedah 1432H yang lalu, bermulanya rombongan jemaah haji dari Malaysia ke tanah suci.Alangkah bertuahnya mereka kerana telah terpilih menjadi tetamu Allah bagi menyempurnakan rukun Islam kelima. Ibadah-ibadah pokok dalam Islam adakalanya dilaksanakan dengan lisan atau fizikal atau dengan harta. Solat dilakukan dengan lisan dan fizikal, puasa dengan fizikal sahaja. Zakat dengan harta sahaja. Namun istimewanya ibadah haji kerana ia dilakukan dengan lisan, fizikal dan harta.




Ibadah haji pelengkap rukun Islam.Rukun Islam umpama sebuah rumah dimana mengucap dua kalimah syahadah dianggap sebagai tapak dan tanah rumah itu. Solat pula merupakan cerucuknya. Zakat adalah tiang-tiangnya. Puasa adalah bumbung yang melindungi rumah dan haji adalah dindingnya. Jika sekiranya belum mampu mendindingnya, ia tidak boleh didiami. Demikian juga haji, ia dihukumkan wajib bersyarat iaitu apabila berkemampuan.

Ibadah haji adalah salah satu daripada rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam yang berkemampuan.Selain memerlukan kekuatan fizikal dan mental, ia juga memerlukan kepada pengorbanan masa,tenaga, wang ringgit, berpisah dengan keluarga,sanak saudara, sahabat handai, meninggalkan kampung halaman, menahan kemahuan nafsu dan sebagainya. Allah Taala berfirman dalam surah Ali Imran ayat 97 yang bermaksud:

"Disitu ada tanda-tanda keterangan yang nyata yang menunjukkan kemuliaannya diantaranya ialah) makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk kedalamnya aman tenteramlah dan allah Taala mewajibkan manusia mengerjakan ibadah haji dengan mengunjungi Baitul haram iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai padanya dan sesiapa yang kufur dan engkar kewajipan haji itu, maka sesungguhnya allah Maha Kaya dan tidak berhajatkan sesuatupun daripada sekalian makhluk"

Salah satu elemen penting dan menjadi tekad serta idaman bakal haji adalah untuk mendapatkan haji mabrur kerana tiada balasan sebaiknya melainkan syurga sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Satu umrah dengan umrah yang lain adalah penghapus dosa dan haji mabrur tiada balasan baginya melainkan dengan syurga" (Hadis riwayat Bukhari)

Persoalannya, bagaimanakah untuk mendapat haji yang mabrur?Secara prinsipnya ia boleh dicapai dengan melaksanakan perkara berikut:

1.Ibadah haji yang dilaksanakan itu hendaklah ikhlas semata-mata kerana Allah dengan membuang sikap riak dan menunjuk-nunjuk.

2.Semua perbelanjaan haji dari sumber yang halal

3.Melakukan rukun dan fardu haji dengan memenuhi syarat dan sempurna

4.Melakukan ibadah hai dengan taat, jujur dan ikhlas.

5.Beristiqamah dengan terus-menerus mengamalkan perintah Allah SWT dan meninggalkan perkara-perkara yang dilarang dalam kehidupan seharian.





Salah satu lagi isu yang sering bermain di fikiran masyarakat ialah terdapat umat Islam yang mengerjakan haji berulang kali dengan menghabiskan perbelanjaan yang banyak. Namun ulamak mengatakan bahawa haji itu wajib dikerjakan hanya sekali seumur hidup berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda dalam khutbahnya:"Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya Allah telah mewajibkan ke atas kamu haji.Oleh itu, kerjakanlah ibadah haji. Seorang lelaki bertanya;Adaklah dikerjakan haji setiap tahun?Baginda diam tidak menjawab sehingga lelaki itu mengulang-ulangnya sebanyak tiga kali. Selepas itu barulah baginda menjawab:Peliharalah apa yang telah aku tinggalkan kepada kamu. Sesungguhnya ia telah membinasakan orang-orang sebelum kamu disebabkan pertanyaan mereka dan menyalahkan nabi-nabi mereka. Sekiranya aku memerintahkan sesuatu, maka kamu ambilah (sekiranya kamu mampu) dan apabila aku melarang daripada melakukannya, maka kamu tinggalkanlah"

Berdasarkan hadis ini ulamak mengatakan bahawa ibadah haji wajib dikerjakan hanya sekali seumur hidup. Jika dikerjakan berulang kali, maka haji yang kedua dan seterusnya dikira sunat. Syeikh Yusof Qardhawi,seorang ulamak kontemporari mengatakan bahawa adalah lebih baik wang ringgit perbelanjaan haji itu (yang berulangkali) dibelanjakan ke jalan Allah seperti bersedekah,membantu urusan dakwah atau membayar zakat dan menjelaskan hutang sesama manusia. Adalah lebih baik memberi peluang kepada orang lain menunaikan haji daripada kita terus berulangkali mengerjakannya kerana menjaga kepentingan dan mengelakkan kesulitan serta kesesakan kepada jemaah haji di tanah suci Mekah.Ingatlah!menutup pintu kerosakan lebih baik daripada melakukan kebaikan.

Oleh itu, marilah kita mendoakan kepada semua bakal haji yang akan bertolak ke tanah suci suci pada tahun ini agar selamat pergi dan kembali dan mendapat haji yang mabrur. Sementara kita yang belum berkemampuan ini sentiasa menanam dan meningkatkan azam untuk menunaikan rukun Islam kelima itu dengan meningkatkan tabungan dan simpanan di Tabung Haji sebagai satu alternatif menuju taraf "berkemampuan".


rujukan: Jabatan Agama Islam Selangor





2 Oktober 2011

From Paris To Somalia

"Dan Dialah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanam-tanaman yang berlainan (bentuk rupa) dan rasanya; dan buah zaiton dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya; dan janganlah kamu melampau-lampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau-lampau".
(Al-An'aam - 141).

Assalamualaikum our favourite people of the earth! How is everyone doing? We hope everyone of you is doing brilliant, great and astounding. As for us, we are doing fantastic! Alhamdulillah... Everything sails smoothly except for some parts here and there. Of course, what a life without its trials. It's our semester 5 and the first semester for degree. So yeah. You know what that means here. The last semester for our diploma and the first semester for the degree. Things become hectic and wobbling. Sure what a life without struggles right? So yeah, there you go. What very brilliant people you are that we do not have to explain much! Teeeheeee.

Ah yes, anyway. This post is a tribute to the Somalians, and to the countries which the people experience extreme famine and poverty. What more is that, it's fatal. May we repeat the word, FATAL.

Hence, we would like to take this opportunity, for us all to take some time for reflection. Us all, after being able to eat any time we want, eat of anything that we want, eat of all the good and luxurious meals. And to add to the fact, we even throw the leftovers when we couldn't finish because we were so greedy to take up a lot at the first place.

What about them that eat sand as their rice. What about them that doesn't even get the benefits of water like how we are wasting it here? What about them, having flies perching on their faces. What about the kids, having legs so thin like a paper and bloating stomachs suffering from malnutrition? What about them? What about them?

What are we all doing to help? What are we all here doing to help? God, what do we do to help?




Look at the third kid's eyes. Doesn't it devastate your soul? Doesn't it devastate your soul? Dear Allah...






Kalau nasi Ambang pun kita selalu makan dengan 4 atau 6 orang sahaja. Ni, 13 orang. Dan makanan itu pun bukanlah banyak sangat pun...





Dying...

VERSUS

PEMBAZIRAN MAKANAN MASYARAKAT DISELURUH DUNIA!!




News: Rakyat Malaysia Bazir 930 Tan Makanan Sehari


With that, the most powerful thing that we can do is to pray for a better world. Pray and never stop praying. Second, is to be more thankful and appreciative with all the graces that we are bestowed upon. Syukurlah, syukur... Alhamdulillah.... Kepada Allah, Dialah Pengurnia Nikmat. Third, is to take only what we can finish. Remind others to do the same too. Because anyway, pembaziran itukan amalan syaitan. So, together we remind others so when we forget, others can remind us too.

Semoga Allah mengampuni dosa-dosa dan menjadikan kita lebih bertanggungjawab dalam membelanjakan wang. Juga, semoga Allah memberi kesedaran yang hebat kepada kita supaya kita boleh menyebarkan kesedaran itu kepada rakan-rakan disekeliling kita. Anyone surrounding us.

Tabung Kemanusiaan Somalia Global Peace Mission MAYBANK BHD. 5642-2161-1602. For receipts, please fax the slip to 03 6188 3233 or post it to Global Peace Misson (GPM), 2-2 Jln GJ 2, Batu 5 1/2 Jln Gombak, 53100 KL.May Allah bless us all. Amin.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...