Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog PERDIQMA KPMB

Islam Itu Indah

Dengar IKIM.fm Online

Dengar radio IKIM.fm secara online menerusi blog PERDIQMA

Like Facebook PERDIQMA

Sertai facebook PERDIQMA serta dapatkan info dan pengkongsian ilmu di laman fb PERDIQMA

19 Januari 2013

MUKTAMAR PERDIQMA KALI KE-4 SESI JAN-JUN 2013

 HAI, HELLO , BONJOUR !!

Assalamualaikum sahabat-sahabat  yang dirahmati Allah sekalian,program Perdiqma kini kembali menceriakan hidup anda semua sebagai seorang Islam. Bagaimana iman anda semua hari ini? Beristigfarlah dan fikir sejenak, tepuk dada tanya iman. Subhanallah mudah-mudahan iman kita sihat hari ini dan seterusnya. InsyaAllah, sempena diawal semester ini, Perdiqma telah menganjurkan Muktamar kali ke-4 untuk ahli-ahli Perdiqma yang baru dan lama pada 17 Januari 2013 bertempat di LT2. Majilis dimulakan pada jam 9.00 malam. Pada sesi ini, JAN-JUN 2013 seramai 125 orang pelajar KPMB telah mendaftar sebagai ahli PERDIQMA. Pada hari kejadian, seramai 6 orang penasihat PERDIQMA telah hadir iaitu, Ustaz Imran Ramzi, Ustaz Wan Muzakir Wan Najmi, Ustazah Hafidzah Mansor, Ustazah Noridayu, Puan Zaidah dan Miss Chee. Tidak lupa juga kehadiran saudara Shazwan Khalid, selaku Exco Kerohanian MPP KPMB bagi melancarkan lagi program pada malam tersebut.

 Program dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-quran iaitu Surah Al-Asr oleh saudara Zaim Rashdan bin Hamdan selaku ketua biro takmir Perdiqma. Seterusnya, ucapan daripada bekas presiden Perdiqma iaitu saudara Danial Ifran bin Khairuddin, beliau membentangkan tentang pengenalan Perdiqma. Antara isi-isinya ialah objektif, tujuan, misi dan visi, aktiviti sepanjang sem serta pencapaian Perdiqma kepada semua para hadirin yang dimuliakan oleh Allah. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan memperkenalkan kepada semua hadirin Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi Perdiqma sesi Jan-Jun 2013. 

Kemudian diikuti pula dengan dengan ucapan daripada penasihat Perdiqma, Ustaz Imran Ramzi. Beliau berkata bahawa Perdiqma merupakan platform yang baik bagi melaksanakan proses mentarbiyah diri kita. Beliau juga ada berkongsi berkenaan kisah pada zaman Rasulullah S.A.W, dimana nabi sering dicerca dan dihina serta dilempar tahi ketika menyampaikan dakwah, jadi kita juga haruslah cekal dalam menjalankan kerja dakwah sepertimana Rasulullah menegakkan Islam dahulu. Majlis telah tamat pada 11.00 malam. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Diharap agar semua ahli-ahli Perdiqma yang telah dipilih oleh Allah ini dapat menjalakan tanggungjawab dengan sebaiknya dan terus meningkatkan keimanan dalam diri agar kita sama-sama meraih syurga Allah. Syukran kepada semua pihak yang telah menjaya program pada malam tersebut. Allahuakbar !!












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...