KHAMIS, 29 JULAI 2010, KPMB. Pada malam tadi, pihak Persatuan Dakwah Islamiah Kolej Profesional MARA Beranang buat pertama kalinya telah menganjurkan Program Hapuskan Air Mata Gaza 2010.
Program ini berlangsung selepas solat fardu Isyak di Dewan Sri Gema KPMB. Program ini dimulakan dengan bacaan doa & Qunud Nazilah oleh Saudara Asyraff dan tayangan video berkenaan isu Palestin. Setelah itu, program pada malam tadi diteruskan dengan tentatif utama iaitu Ceramah berkenaan isu Palestin oleh Penceramah Jemputan Haji Noorazman Shamsudin yang merupakan ketua deligasi LifeLine4Gaza serta Presiden Biro Haluan Palestin. Ceramah yang disampaikan...