Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog PERDIQMA KPMB

Islam Itu Indah

Dengar IKIM.fm Online

Dengar radio IKIM.fm secara online menerusi blog PERDIQMA

Like Facebook PERDIQMA

Sertai facebook PERDIQMA serta dapatkan info dan pengkongsian ilmu di laman fb PERDIQMA

Memaparkan catatan dengan label Teka-teki Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Teka-teki Islam. Papar semua catatan

8 September 2011

Teka-teki Islam Kembali!! (Siri 9)

Untuk sesi teka-teki Islam kali ini, kami ingin mencuba sesuatu yang lebih mencabar iaitu para pengunjung perlu menjawab soalan yang berbentuk subjektif (Tiada contoh jawapan diberikan). Semoga dapat menambah pengetahuan kita semua. Oleh itu, mari kita uji pengetahuan am kita dengan menjawab soalan-soalan berikut:


1)  Siapakah yang dikatakan wajahnya begitu mirip dengan Rasulullah?

2)  Sahabat Nabi yang di kenali sebagai "Abu Masakin" iaitu bapa orang miskin ialah?

3) Berapakan jumlah malaikat yang memikul Arasy pada hari kiamat?

4)  Berapakan jumlah anak lelaki Nabi Yaakub termasuk Yusuf a.s?

5) Berpandukan kisah dalam Al-Quran, namakan suami yang mempunyai isteri yang tidak mentaati perintah Allah?

6) Dalam surah apakah yang menceritakan peristiwa Baginda Rasulullah s.a.w berpaling daripada seorang lelaki buta direkodkan di dalam Al Quran?

7) Apakah perkaitan antara tiga perkara di bawah?
  • Meneggelamlkan sampan.
  • Membunuh anak kecil.
  • Menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
8) Siapakah orang yang paling ringan siksaannya di neraka kelak?

(Kini pengunjung boleh menjawab dengan lebih mudah menggunakan comment dari accout Facebook, Yahoomail, AOL & Hotmail yang disediakan dibawah artikel ini)

Selamat menjawab! Tetapi untuk sesi kali ini tiada hadiah disediakan. InsyaAllah pada sesi-sesi akan datang adan ada teka-teki Islam yang disertakan hadiah bagi pengunjung yang menjawab paling cepat dan tepat seperti teka teki Istimewa Isu Palestin

untuk melihat siri teka-teki Islam yang lain: Klik Sini


25 Mei 2011

Quiz Istimewa Isu Palestin

Assalammualaikum WKT. Sempena cuti semester KPMB kali ini, pihak PERDIQMA menyediakan pengunjung blog PERDIQMA dengan Quiz berkaitan Palestin untuk menguji pengetahuan warga KPMB tentang permasalahan Palestin. Quiz Isu Palestin ini terbuka kepada semua pengunjung laman PERDIQMA dan akan ditutup pada 15/06/2011. Tiga jawapan terbaik dan terawal akan mendapat cenderahati berupa sebuah CD eksklusif ToT Isu Palestin beserta video eksklusif Tragedi Mavi Marmara.*

* Jawapan anda mestilah disertakan dengan Nama penuh, Email dan Alamat penuh bagi urusan pengeposan cenderahati.
 

"Semoga pengetahuan kita semakin bertambah dan digunakan untuk berdakwah di jalan Allah  Ta'ala."

Soalan:

1.  Antara berikut, dimanakan bandar yang terdapat Masjidil Aqsa di dalamnya?

a. Semenanjung Gaza        b. Baitul Maqdis
c. Khan Younis                   d. Rafah

2. Regim Zionis yang menguasai Palestin ingin merobohkan Masjidil Aqsa dan ingin menubuhkan sebuah struktur lain. Apakan nama bangunan tersebut?

a. The Solomon Temple    b. The Dome of The Rock
c. The Shederot                 d. The Palace of Sharon

3. Hari "Nakba" yang bermaksud "bencana" diraikan oleh rakyat Palestin dan seluruh dunia bagi memperingati peristiwa yang berlaku pada 9 April 1948" di Palestin. Apakah peristiwa yang berlaku pada waktu tersebut?

a.  Kejatuhan empayar Uthmaniyyah.      b. Rampasan tanah Palestin oleh Yahudi.
c. Penubuhan Negara Haram Israel        d. Kemenangan Hamas menentang Zionis

4. Antara berikut yang manakah bukan negara jiran bagi Palestin?

a. Mesir       b. Syria
c. Israel       d. Jordan

5. Israel merupakan nama lain bagi seorang nabi. Siapakan nabi yang dimaksudkan?

a. Musa     b. Yusuf
c. Daud     d. Yaakub

6. “Sesiapa yang menguasai Palestin akan menguasai Dunia". Kata-kata ini pernah disebutkan oleh seorang tokoh di dalam Islam. Siapakah tokoh yang dimaksudkan?

a. Saidina Umar Al Khattab         b. Saidina Umar Bin Aziz
c. Salahuddin Al-Ayubi                 d. Zaid Bin Thariq

7. Peristiwa Shabra & Syatila merupakan satu peristiwa pembunuhan beramai-ramai terhadap Umat Islam Palestin yang dilakukan oleh Pelampau Zionis antara 16 hingga 18 September 1982. Dimanakah kedudukan Shabra & Syatila pada hari ini?

a. Negara Palestin       b. Negara Jordan
c. Negara Mesir           d. Negara Lubnan

8. Nama-mana berikut merupakan pemimpin utama dan pejuang barisan hadapan gerakan Hamas di Palestin. Kesemua mereka telah terbunuh (Syahid) dalam perjuangan kecuali seorang. Siapakah antara mereka yang masih memimpin dan hidup sehingga hari ini?

a. Dr Aziz Rantisi                    b. Syeikh Ahmad Yassin
c. Ustaz Ismael Haniyeh           d. Nizar Rayan

9. Protokol Yahudi merupakan satu keputusan mesyuarat yang terhasil dari mesyuarat The Elders of Zion yang berlangsung pada tahun 1896 di Basle, Switzeland. Kandungan protokol ini adalah berkenaan rancangan rapi bagi menubuhkan sebuah negara Yahudi melalui pelbagai konspirasi sejak berkurun lamanya. Antara berikut siapakah yang terlibat dengan protokol tersebut?

a. Henry Ford                b. Theodore Herzl
c. Ariel Sharon                   d. Joseph Schechtman

10. Berikut merupakan kitab atau sumber panduan bagi Yahudi. Kesemua yang digunakan pada hari ini adalah kejam dan tidak benar. Namun begitu, yang mana satukah didapati merupakan kitab/panduan paling kejam?

a. Perjanjian Lama (Old Testament)        b. TALMUD 
c. KABBALA                                       d. PROTOKOL ZIONIS

* Jawapan anda mestilah disertakan dengan Nama penuh, Email dan Alamat penuh bagi urusan pengeposan cenderahati.


"Bersama memahami permasalahan Ummah!!!"

Quiz anjuran Biro Dakwah & Ekonomi PERDIQMA.

Hanya pihak pentadbiran PERDIQMA KPMB yang dapat melihat jawapan serta maklumat peribadi yang di pos oleh pengunjung PERDIQMA KPMB. Segala maklumat peribadi tidak akan disiarkan kecuali nama penuh 3 pemenang yang akan dinilai pada 17/6/2011. Sekian terima kasih.


27 Disember 2010

Teka-teki Islam Siri 7

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh,


Rasa-rasanya dah lama slot teka-teki Islam tak di Post ke Blog PERDIQMA. Maklumlah, kadang-kala bila dah banyak sangat soalan tak ada idea dah nak cari. Walaubagaimanapun,  kami telah berjaya mendapatkan soalan teka-teki Islam yang agak mencabar minda berkenaan sejarah Nabi kita. Mari kita mencuba.!!! :-)

"Semoga pengetahuan kita semakin bertambah dan digunakan untuk berdakwah di jalan Allah Subhanahu wa Ta'ala."

Berikut merupakan soalannya:
*********************************************************
Untuk melihat siri teka-teki Islam siri lain sila klik "sini"
*********************************************************
1. Siapa nama ibu asuhan Nabi Musa A.S:

a. Asiah
b. Sumayyah
c. Zainab
d. Mariam

2.
Siapa nama isteri pertama dari Nabi Muhammad S.A.W?

a.
Fatima ra
b. Zainab
c. Khadijah
d. Aishah

3. Siapakah pemimpin wanita di syurga?

a.
Zainab
b. Fatima ra
c. Ummu Khalsum
d. Khadijah

4.
Siapa nama wanita syahid pertama?

a.
Sumayyah
b. Fatimah
c. Hindun
d. Zainab

5. Siapakah antara berikut yang dilahirkan di dalam Kaabah?

a.
NabiMuhammad saw
b. Fatima
c. Ibrahim a.s
d. Ali

6.  Siapa ayah dari Nabi Isa A.S?

a. Ibrahim (a.s)
b.Adam (a.s)
c. Baginda tidak memiliki ayah
d. Daud
(a.s)


7. Apakah itu Usul-ud-din?

a. 5 rukun Islam
b. pengikut pertama Rasulullah
c.surat pertama dalam Al Qur'an
d. nama lain Malaikat Jibril


8. Apakah namanya hari raya qurban dalam bahasa Arab

a. Aidil Fitri
b. Taslim
c. Iqamah
d. Aidil Adha

 
9. Siapakah Kristian pertama yang menganut agama Islam?

a. Warakah ibn Nauful
b. Salman Al Farisi
c. Abu Bakar
d. Amar ibnu Yasir
 
10. Yang mana antara berikut merupakan "nombor telefon" kepada Allah SWT?

a. 9-6-5-2-2-9
b. 1-3-5-7-9
c. 2-4-4-3-4
d. 2-4-6-8-10
 
11.Al Qur'an memiliki 114 Surat, mana yang terpanjang

a. Al Fatihah
b. Al-Baqarah
c. Al-Imran
d. Yasin


 12.Kira-kira ada berapakah jumlah nabi yang pernah diturunkan secara keseluruhannya?

a. 5
b. 200
c. 124 000
d. 10 000
 
13.
Negara manakah yang memiliki penduduk Islam yang terbanyak?

a. Indonesia
b. Iran
c. Arab Saudi

d.
Jordan

14
. 
Pada lima shalat wajib, pada dua rakaat yang pertama dibaca masing-masing 2 surah. Surah pertama sudah ditentukan, yang kedua dapat kita cari sendiri. Manakah surah yang wajib dibaca?

a. Al-Ikhlas
b. Al-Falaq
c. Umul Kitab
d. Al-Kauthar


15. Siapakah nabi yang membangunkan Ka'bah bersama anaknya? 

a. Nabi Ya'kub dan anaknya Yusuf
b. Nabi Nuh as dan anaknya Kan'aan
c. Nabi Ibrahim as dan anaknya Ismail
d. Muhammad saw dan anaknya Ibrahim


Untuk melihat siri teka-teki Islam siri lain sila klik "sini"


24 Jun 2010

TEKA-TEKI 6: Sempena cuti semester

Sempena cuti semester yang masih berbaki kira-kira dua minggu lagi, kali ini satu set mengandungi 10 soalan teka teki akan diberikan. Soalan ini pernah digunakan ketika Program Islamic Treasure Hunt Anjuran PERDIQMA pada semester lalu dan beberapa soalan juga pernah juga digunakan dalam teka-teki sebelum ini.  Semasa Program Islamic Treasure Hunt, hadiah lumayan disediakan. Tetapi untuk pengujung blog PERDIQMA KPMB, Insya Allah,  pahala dan ilmu yang tak ternilai harganya bakal diperolehi.

Jadi, jom menguji minda dan kita tengok siapa yang dapat menjawab dengan betul paling banyak !!! Mari kita lihat siapa yang kena.....
Soalan 1
 

Anda sering membaca surah Yasin dan al-Waqi`ah. Telah diceritakan berkenaan pohon berwarna hijau. Jika ia bersentuhan diantara "jantan" dan "betina" (negative & positif) walaupun basah, maka ia akan menghasilkan api. Apakah nama pohon itu?

Soalan 2

Satu pohon – bukan bermaksud buah – yang apabila ia diperah akan mengeluarkan air. Dan apabila ia dipanaskan ia akan menghasilkan minyak. Apakah nama pohon itu?

Soalan 3

Siapakah yang dimaksudkan oleh Allah orang di alam barzakh yang berasa amat bahagia dan menganggap orang di dunia berada dalam kerugian. Sedangkan tugas di dunia hanya mengajak manusia mengikut para Nabi utusan Allah. Di dalam surah Yasin disebutkan, dia dilemparkan dengan batu dan mati. Siapakah orang itu?

Soalan 4

Orang nasrani menganggap Isa sebagai Putera Allah, mereka menyembah dan bertawassul semoga doa mereka diperkenanlan oleh Tuhan bapa. Ini disebabkan Isa mampu menghidupkan orang mati dan mencelikkan orang buta serta berbagai lagi. -Siapakah Nabi yang boleh berjalan di atas air, menghidupkan orang yang sudah mati, tapi umatnya tidak menjadikan dia sebagai Tuhan?


Soalan 5


Dalam al-Quran dia telah menghidupkan 70 orang dan di dalam al-Hadits dia telah menghidupkan 35 ribu orang dari kaumnya yang telah meninggal selama 60 tahun. Siapakah Nabi itu?

Soalan 6


Siapakah Nabi yang telah menghidupkan kanak-kanak perempuan yang ditanam hidup-hidup oleh bapanya kerana mengikut tradisi masyarakat? Dan siapakah bapa anak kecil itu?

Soalan 7

Siapakah dia yang telah menghidupkan orang-orang yang telah mati diperkuburan Javana. Dan si mati ditanya oleh ahli warisnya, dan beliau mengakui kebenaran Muhammad bin Abdullah?

Soalan 8

Cucu Iblis yang telah beriman dikatakan telah bertemu dengan Rasul. Dan dia telah menceritakan nama-nama wasi sejak Adam hingga Nabi Muhammad. -Siapakah nama cucu Iblis itu?

Soalan 9

Di dalam surah al-Baqarah dikhabarkan tentang seorang pemuda yang bertubuh sasa, tetapi miskin, namun ilmunya hebat dan bijaksana. Nabi Daud dikatakan menyertai pasukan tenteranya untuk menyerang musuh. Pemuda tersebut memiliki sebuah Cokmar (mohor).
Siapakah nama pemuda tersebut?
Dan apakah nama cokmar yang dimiliki olehnya?
Siapakah nama ketua panglima pihak musuh yang ditentang?
Dan siapakah pula yang membunuh ketua panglima pihak musuh?

Soalan 10

Di dalam surah al-Waqi`ah ada disebutkan pohon Zaqqum berduri yang menjadi makanan ahli neraka. Pohon ini boleh tumbuh dan membiak di dalam api neraka. Sebaliknya, terdapat di dunia ini burung yang mampu bertelur dan membersihkan tubuhnya di dalam api. Burung ini hanya terdapat di negeri cina. Apakah nama burung tersebut? Dan apakah pula nama burung yang bertelur di awan?


23 Mei 2010

JOM JAWAB TEKA-TEKI 5!!!

Assalammualaikum. Setelah sekian lama blog PERDIQMA tidak mengeluarkan teka-teki. Kali ini, InsyaAllah, beberapa teka-teki versi islamik akan dikeluarkan.Jadi, kepada sesiapa yang ingin menguji kebolehan diri cuba berikan jawapan yang tepat. !!! :-).



Soalan:

Orang Nasrani (Kristian) menganggap Isa sebagai Putera Allah, mereka menyembah dan bertawassul semoga doa mereka diperkenanlan oleh Tuhan Bapa. Ini disebabkan Isa mampu menghidupkan orang mati dan mencelikkan orang buta serta berbagai lagi. -Siapakah nabi yang boleh berjalan di atas air, menghidupkan orang yang sudah mati, tapi umatnya tidak menjadikan dia sebagai Tuhan?


5 April 2010

JOM JAWAB TEKA-TEKI 4!!!

Teka-teki kembali lagi... Em kepada yang dah lama menunggu, kini anda sudah boleh menjawab.. Tapi yang ini mungkin susah sikit. So, siapa hebat cubalah menjawab ok! :)




Its brighter then the days, darker then the nights.
If you eat it its "haram", if you drink it its "halal".
A woman uses it once in her life, a man three times a day.
Its mentioned in the Holy Quran five times.
the word starts with the letter "M" and is a five letter word.

 M _ _ _ _


13 Mac 2010

JOM JAWAB TEKA-TEKI 3!!!

Assalammualaikum..

Pada minggu ini, satu lagi teka-teki diberikan.. So, kepada antum sumer yang hebat-hebat kat luar sana tu cubalah menjawab. Tapi, pada minggu ni tiada hadiah ok? hehe.. Jom menguji minda!!

Soalannya ialah: 

When you use me wrongly you can't undo your mistake
so please control me for Allah's sake.
so use me well, or at least try your best,
now tell me, what am I?

Cuba yang terbaik ya!


25 Februari 2010

JOM JAWAB TEKA-TEKI 2!!!

Assalammualaikum..

Pada kali ini, satu lagi teka-teki akan diberikan.. Soalan ni, mungkin mudah sikit dari yang minggu lepas. Bagi 10 orang pertama yang menjawab dengan betul kedua-dua soalan di bawah, anda akan mendapat 1 tiket tayangan filem "Ketika Cinta Bertasbih Siri 1" yang akan ditayangkan pada 17 Mac ini secara percuma. * So, jom kita sama-sama cuba menjawab!!!...


17 Februari 2010

JOM JAWAB TEKA-TEKI!!!

Assalammualaikum...
Kat sini ada satu teka teki... 
Orang kata mudah je..
tahap sekolah randahpun bole jawab..
Siapa dapat, cuba jawab. Tapi  tak ada hadiah la.. hehe

What is more powerfull than Allah
More evil than The Devil
The Poor has it
The Rich doesn't need it
If you eat it, you'll die


Cuba berikan jawapan anda di bawah. Selamat Mencuba!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...