Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog PERDIQMA KPMB

Islam Itu Indah

Dengar IKIM.fm Online

Dengar radio IKIM.fm secara online menerusi blog PERDIQMA

Like Facebook PERDIQMA

Sertai facebook PERDIQMA serta dapatkan info dan pengkongsian ilmu di laman fb PERDIQMA

Memaparkan catatan dengan label Aktiviti PERDIQMA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti PERDIQMA. Papar semua catatan

22 April 2015

PROGRAM "BANTUAN PERALATAN PERSEKOLAHAN"

          Assalamualaikum, apa khabar sahabat-sahabat? Semestinya sahabat-sahabat tertanya-tanya apakah yang bakal dikongsi oleh pihak perdiqma pada kali ini. Pada kali ini, pihak perdiqma ingin berkongsi sedikit tentang program yang telah berlangsung pada 1/1/2014 iaitu pada hari Khamis yang lalu. Dengan bantuan penasihat perdiqma, pihak perdiqma telah berjaya menjalankan program khidmat masyarakat iaitu " Program  Bantuan Persiapan Persekolahan"  kepada beberapa ahli keluarga di flat pangsapuri baiduri. Tujuan program ini adalah untuk memperluaskan platform dakwah dengan memberi sumbangan kepada masyarakat luar. Untuk program ini , beberapa bantuan telah diberikan seperti pakaian , seluar , kain, kasut dan alat tulis. Kesemuannya adalah baru dan berkualiti supaya ianya boleh digunakan pada jangka masa yang lama. 


1.0 Ketika Menjalankan Proses Penyerahan Bantuan

          Persiapan untuk program ini telah dijalankan sebulan lebih awal untuk memudahkan lagi proses pembelian barang. Beberapa AJK perdiqma telah mencari beberapa keluarga yang kurang berkemampuan di sekitar pangsapuri berdekatan kolej kita. Pihak AJK perdiqma telah berjaya mendapatkan maklumat tentang size daripada semua keluarga yang dipilih. Seterusnya , kesemua maklumat diserahkan kepada pensyarah untuk proses pembelian barangan.

            Setelah berjaya memperolehi maklumat beberapa keluarga , program diteruskan dengan pembelian barang bersama penasihat perdiqma iaitu Pn Zaida. Alhamdulillah, proses pembelian barang berjaya dilakukan dengan sempurna. Walaupun mengambil masa yang lama untuk proses pembelian , tetapi demi senyuman anak-anak yang bakal bersekolah , semuanya dipermudahkan. Alhamdulillah.


2.0 Ketika Menjalankan Proses Pemilihan Baju

         Program diteruskan lagi dengan persiapan membahagikan barangan mengikut keluarga. Proses ini dilakukan di rumah penasihat iaitu rumah Pn.Zaida. Proses ini dilakukan bersama-sama dengan Penasihat perdiqma yang lain iaitu Ustazah Noridayu dan AJK perdiqma yang lain. Alhamdulillah , penyusunan barangan telah dijalankan dengan baik dengan perancangan yang cekap dan pantas oleh pihak penasihat dan AJK.

        Setelah selesai persiapan menyusun barangan,  maka bermulalah proses pembahagian barang kepada semua keluarga di pangsapuri baiduri di belakang kolej kita. Untuk proses ini , beberapa AJK terlibat bersama-sama dengan penasihat iaitu Ustazah Noridayu. Proses ini dijalankan dengan begitu baik sekali dan berjalan dengan lancar. Kita dapat lihat terpancarnya senyuman di wajah anak-anak yang bakal bersekolah. Kita juga telah melakukan beberapa pecahan supaya proses pengagihan barang berlaku dengan pantas dan mudah. Walaupun proses ini mengambil masa yang agak lama , tetapi wajah-wajah keriangan anak-anak betul-betul menyebabkan kami tersentuh dan berpuas hati dengan apa yang telah kami lakukan. Lebih-lebih lagi apabila kami melihat keadaan keluarga yang hidup dalam keadaan serba susah. 


3.0 AJKT Perdiqma Menyusun Setiap Barang Bantuan

        Pihak perdiqma benar-benar tersedar bahawa masih ramai keluarga di luar sana yang benar-benar hidup dalam keadaan serba susah dan tidak berkemampuan. Dengan program ini , kami dapat mengenal lagi masyarakat mana yang susah dan lebih memerlukan bantuan. Pihak kami telah menyimpan beberapa maklumat supaya pada masa akan datang, bantuan dapat diberikan sekali lagi kepada beberapa keluarga. Semoga program ini menjadi platform utama untuk pihak perdiqma memperluaskan lagi dakwah. In shaa ALLAH. Terima kasih untuk semua pihak yang terlibat. 

4.0 Wajah Anak-Anak Yang Ceria Mencuba Pakaian Mereka

5.0 Kehidupan Keluarga Yang Kurang Berkemampuan



9 Februari 2014

MAJLIS MUTAMAR KALI KE-6

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t.

          Apa khabar sahabat-sahabat semua ? Semoga sahabat sekalian berada dalam keadaan sihat wala’fiat dan semoga iman sahabat-sahabat berada  dalam keadaan sejahtera. Seperti mana Semester-semester lalu, tidak sah sekiranya Pihak Perdiqma tidak menganjurkan Majlis MUKTAMAR Perdiqma, bukan ? Maka, sekali lagi Mu’tamar Perdiqma telah diadakan pada 6 Februari 2014 betempat di LT2, Kolej Profesional Mara Beranang .Alhamdulillah , bersyukur ke hadrat Illahi, kerana dengan limpah kurnianya, MUKTAMAR kali ke-6 dipenuhi dengan ahli-ahli perdiqma baru dan lama yang semakin bertambah nilainya ! Subhanallah ! Allahuakbar ! Moga dengan penyertaan ramai ahli-ahli ini dapat meningkatkan lagi kualiti kerja-kerja dakwah. In Shaa Allah .





     Baiklah, MUKTAMAR kali ini bermula pada jam 9.15 malam selepas ketibaan tetamu jemputan pada malam itu iaitu Pn Riani Awang dan Ustazah NurIdayu Yusof yang merupakan penasihat PERDIQMA. Tidak lupa juga kehadiran wakil Alumni iaitu saudara Mohd Aizuddin Jamalan, bagi melancarkan lagi program pada malam tersebut. Pada sesi ini, Januari-Jun 2014 seramai 140 orang pelajar KPMB telah mendaftar sebagai ahli PERDIQMA. Setelah semua mengambil tempat masing-masing, majlis bermula secara rasminya dengan alunan ayat-ayat suci Al-quran yang dialunkan oleh saudara Megat Ali.Tidak lengkap rasanya jika suatu majlis tidak dimulakan dengan bacaan doa. Untuk itu , saudara Muhammad Fauzi B. Hailani mengetuai bacaan doa. Moga Allah memberkati Majlis Mu’tamar yang diadakan kali ke-6 ini.

     Seusai bacaan doa, pengacara majlis, saudara Muhammad Hairi b. Dahuri menceritakan serba sedikit tentang PERDIQMA kepada semua muslimin dan muslimat yang hadir. Beliau juga ada menyampaikan sepotong ayat Al-Quran yang bermaksud:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ

"Wahai orang-orang mu'min, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." 
(Muhammad:7).


      Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan memaparkan video Flashmob  Palestin yang telah dijalankan di Bukit Broga bersama-sama ahli-ahli PERDIQMA, ALUMNI dan penasihat-penasihat PERDIQMA pada Semester JAN-JUN 2013 kepada para hadirin sekalian. Usai sahaja video tersebut dipertontonkan, majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Presiden PERDIQMA iaitu Saudara Izzat Haffiz. Beliau juga menerangkan serba serbi mengenai visi, misi, objektif, tujuan, dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh PERDIQMA sepanjang semester lepas. Seterusnya bacaan Ikrar diketuai oelh TImbalan Presiden PERDIQMA iaitu Saudara Muhammad Fakhri Azri diikuti oleh semua AJK Tertinggi dan Ahli-Ahli PERDIQMA. Sejurus selepas itu, majlis menjemput wakil ALUMNI, iaitu Saudara Mohd Aizuddin Jamalan untuk menyampaikan sedikit kata-kata dorongan kepada semua hadirin yang dikasihi Allah sekalian.






     Beliau mengingatkan kepada semua ahli PERDIQMA untuk sentiasa menerapkan diri dengan ilmu pengetahuan. Hal ini demikian kerana, menurut beliau, tanpa ilmu yang kukuh, kebarangkalian untuk kita sebagai manusia biasa untuk terpengaruh dengan perkara-perkara yang mendatangkan kesesatan lebih tinggi peratusnya. Maka, penerapan ilmu dalam diri itu penting, agar kita dapat terbimbing dan terlindung daripada perkara-perkara yang buruk. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan daripada Puan Riani Awang merangkap Penasihat PERDIQMA. Dalam ucapannya, beliau berkata apabila menyertai PERDIQMA, secara automatiknya ahli-ahli PERDIQMA perlu membantu meneruskan kerja-kerja dakwah agar dapat melahirkan lebih ramai lagi insan yang melaksanakan amar makruf nahi mungkar . 



      Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Majlis MUKTAMAR berakhir pada jam 10.30 malam. Semoga pada semester ini dan semester-semester akan datang , ahli-ahli perdiqma dapat menjalankan tanggunggjawab dengan baik dan ikhlas semata-mata kerana Allah. In Shaa Allah, moga Allah sentiasa memberkati dan meredai segala amalan dan usaha-usaha dakwah yang kita lakukan bersama. Amin .





20 Oktober 2013

SYRIA & PALESTIN WEEK 2013


ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﷲ
ﻣﺤﻤﺪ ﺭﺳﻮﻝ ﷲ
Hidup mati kerana Allah
Berjuang fi sabilillah

Wahai para pejuang maralah ke hadapan
Korbankanlah hartamu sekalipun jiwa raga
Berjuang membebaskan Palestin yang tercinta
Kezaliman yang bermaharajalela


Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran
Wahai para pencinta keadilan
Jangan gentar berjuang bersama
Kita gempur hingga ke hujungnya

Ayuh bersatu demi Palestin
Bersama kita berjuang untuk Palestin
Tak kira walau di ancam senjata
Kerana Allah kita mara


Rabbani, Inteam, Saujana & Nowseeheart - Bebas Palestin




MINGGU PALESTIN & SYRIA  (MAPS)
Bicara dimulai dengan Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera serta salam muhibbah. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah dengan limpah dan kurnia-Nya kami, pihak PERDIQMA telahpun berjaya melaksanakan Minggu Palestin & Syria ( MAPS ) di Kolej Profesional MARA Beranang yang telah dijalankan selama seminggu bermula 30 September hingga 4 Oktober. Selama seminggu program dijalankan, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bermula hari Isnin. 

Antara programnya ialah telah diadakan ceramah yang disampaikan oleh wakil dari Syria Care. Perkongsian tentang isu semasa Syria dan Mesir telah dikupas, bagaimana Syria boleh bergolak dan cara kita untuk membantu saudara-saudara di luar sana. Subhanallah perkongsian yang begitu membuka hati dan minda pelajar kerana telah ditayangkan video tentang keadaan yang berlaku di Syria. Pada keesokkan harinya, telah dijalankan Flash Mob Perdana secara mengejut di café KPMB pada pukul 9.00 malam. Flash mob bermula dengan bunyi bom yang dipasang dari bilik siaraya dan didengarI oleh seluruh warga KPM. Peserta mula turun ke Kafeteria KPMB dengan laungan selawat puji-pujian. 

Setelah semua peserta berada dalam kedaan ‘freeze’, bacaan puisi telah dideklamasikan dengan begitu lantang bertajukkan “Darah Syria”  yang cukup menusuk jiwa oleh salah seorang peserta. Setelah itu, tayangan doa Qunut Nazilah dipaparkan dan beramai-ramai menyanyikan lagu Bebas Palestin. Program diakhiri dengan doa dari ahli Biro Program. Hari seterusnya, terdapat jualan baju, mafla, buku, button, key chain dan pelbagai lagi barangan yang berkaitan dengan Syria dan Palestin di hadapan surau dan café kolej. Barangan jualan diperoleh dari pihak Aqsa Syarif.

Pada hari terakhir Minggu Palestin & Syria, satu ceramah telah diadakan di LT2 dan disampaikan oleh penceramah  jemputan yang dijemput khas dari wakil Aqsa Syarif iaitu Ustaz Norazmi. Perkongsian tentang punca Palestin bergolak telah dikupas, gambar-gambar tentang keadaan di sana juga telah ditayangkan, juga cara-cara untuk kita membantu mereka di sana. Setelah, itu penyerahan sumbangan untuk Palestin dari pelajar KPMB dan orang luar sebanyak RM 230 telah diserahkan kepada wakil Aqsa Syarif. Dengan itu, tamatlah sudah Minggu Palestin & Syria 2013 oleh PERDIQMA.

Walaupun MAPS telah berakhir,  diharap agar semua hamba Allah terus berjuang menegak agama Allah ini dan berterusan membantu saudara-saudara kita diluar sana walau dalam apa bentuk bantuan sekalipun. Semoga segala yang telah dijalankan diredhai Allah dan semua pihak mendapat manafaat darinya. InsyaAllah. 




Majulah Islam untuk. Negara. 


LETS SAVE SYRIA & PALESTIN !

*lagi gambar program akan menyusul InsyaAllah.




1 September 2013

Sambutan Merdeka Raya PERDIQMA


Takbir.....Allahuakbar !!

Merdekaaaaaaaaaa !! *kibar bendera*

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam sejahtera,
Salam Ukuwah dan Salam Kemerdekaan Malaysia.

          Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat llahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita masih dapat bernafas di atas bumi Allah ini. Bersyukurlah kita tinggal di Malaysia yang bebas dari cengkaman penjajah. Juga jangan kita lupa jasa-jasa perajurit tanahair yang telah berhempas pulas membantu Malaysia, Subhanallah.

           Baiklah, entri kali ini kami ingin mencoret tentang sambutan Merdeka Raya PERDIQMA. Untuk pengetahuan semua, ini meruakan julung kalinya pihak PERDIQMA mengadakan jamuan raya. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancer. Pihak PERDIQMA telah menganjurkan sambutan Merdeka Raya yang telah berlangsung pada 30 Ogos 2013 di Surau Annur Kolej Profesional MARA Beranang. Semua ahli PERDIQMA telah dijemput hadir, termasuk juga para penasihat PERDIQMA, pensyarah-pensyarah serta Alumni PERDIQMA.
Majlis dimulai pada pukul 9.00 malam dengan bacaan doa dengan diteruskan dengan ucapan hari raya oleh saudara Mohd. Syafiq Syamsul selaku pengarah program Merdeka Raya. Telah hadir pada malam tersebut ialah Ustaz Wan Muzakir Wan Najmi bersama 2 orang cahaya mata beliau, Ustazah Hafidzah Mansor dan Ustazah NurIdayu. Tidak lupa juga pihak alumi yang begitu ramai hadir memeriahkan majlis.

          Semua para tetamu dijemput makan selepas tamatnya bacaan doa makan. Kira-kira seramai 250 orang tetamu telah hadir pada malam tersebut. Pelbagai jenis juadah telah dihidangkan pada malam tersebut, antaranya ialah nasi impit, lemang, ketupat palas, sate, pizza, rendang, kuih raya, buah-buahan dan pelbagai lagi juadah yang menarik. Bahagian depan surau telah dihias cantik dengan warna-warni raya berserta ketupat yang digantung. Ketika majlis berlangsung pelbagai lagu raya telah dimainkan. 

" Pum pam pum pum pamm pammmmm pummmmmm................................!!" 

Kedengaran juga bunyi letupan bunga api yang cantik menghiasi langit tanda menyambut kemerdekaan Malaysia. Alhamdulillah tahniah Malaysia atas kejayaan pembebasan dari penjajah dari tahun 1957 dahulu. 

          Majlis telah tamat pada jam 11.00 malam. Alhamdulillah majlis telah berlangsung dengan jayanya. Setinggi-tinggi jutaan terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan majlis dan tidak lupa juga semua tetamu yang hadir. Allahuakbar ! Semoga Allah memberkati majlis ini dan sama-sama sedikit sebanyak memperoleh manfaat, InsyaAllah.



Majulah Islam seantero dunia !


















29 Mac 2013

BROGA 4 PALESTINE !!



SAVE PALESTIN !! *sambil ikat mafla kat dahi*  *lari jauh-jauh dari Mekdi* *senyum*

Haii Assalamualaikum...semua sihat ke?
Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk bernafas dengan udara Allah pada hari ini. Juga jangan lupa selawat dan salam buat Rasul junjungan kita, Nabi Muhammad SAW *tutup mata selawat 3 kali* . Entry hari ini, pihak Perdiqma dengan berbesar hati ingin berkongsi tentang program kami iaitu Broga For Palestine pada 23 Mac 2013 di Puncak Bukit Broga. Program ini disertai oleh 40 ahli Perdiqma dan beberapa orang ahli alumni Perdiqma serta kolaborasi bersama Aqsa Syarif Hulu Langat. Sebelum bermulanya program , kaum muslimin telah beriktikaf di surau Annur KPMB sementara menunggu program berlangsung. Program bermula pada jam 4.30 pagi dengan qiamullail di surau.



     Pendakian ke Puncak Broga bermula pada jam 5:15 pagi, dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Zaim Rashdan sebelum mendaki bukit broga. Memohon kepada Allah agar semuanya selamat sampai. Walaupun masing-masing berada dalam keadaan mengantuk dan macam-macam lagi,tetapi semangat untuk meneruskan program tidak pernah luntur.Ketika mendaki bukit Broga,ramai diantara peserta yang letih tetapi masih meneruskan usaha untuk mendaki demi menjayakan program ini sambil diiringi alunan zikir dan Alquran sebagai penguat iman. Alhamdulillah kesemua peserta selamat tiba di puncak dengan jayanya. *lap-lap peluh*. 



     Apabila tiba di puncak,program dimulai dengan solat subuh berjemaah dan diberikan waktu untuk peserta berehat. Subhanallah, kebesaran Allah jelas terpampang di puncak itu. Betapa indahnya permandangan ketika itu, sungguh Wowwww ! *mulut ternganga*. Setelah selesai solat subuh secara berjemaah, program diteruskan dengan aktiviti usrah oleh setiap peserta dan solat dhuha berjemaah. Selepas itu,para peserta diminta berada dalam kumpulan masing-masing dan berbincang di dalam kumpulan sebelum membuat flashmob. Flashmob dimulakan sejurus selepas pihak Aqsa Syarif kelihatan.Flashmob berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Freezeeeeeeee !! *kejung*






Selepas itu, program diteruskan dengan sedikit perkongsian dari pihak Aqsa Syarif iaitu iaitu En. Mahathir dan saudara Ali Firdaus untuk menerangkan serba sedikit tentang Palestine.Walaupun cuaca ketika ini agak panas,taklimat tetap diteruskan dan para peserta tetap menumpukan perhatian terhadap apa yang disampaikan oleh pihak Aqsa Syarif dengan khusyuk dan tawaduk. Tidak lupa juga pelancaran tabung Aman Palestine yang dirasmikan oleh wakil Aqsa Syarif. Perkongsian ini banyak memberi kesedaran kepada semua peserta tentang sejarah Palestine serta tentang bantuan serta situasi di Palestine. Seterusnya,program diteruskan dengan acara yang terakhir iaitu khidmat masyarakat di Broga dengan membersihkan kawasan Broga dan pulang ke kolej. Semua selamat tiba di kolej jam 1 petang.

   

     Program diakhiri dengan makan bersama-sama di kafe. Masing-masing kelihatan kelaparan dan keletihan tetapi senyuman masih lagi tepancar diwajah dek kegembiraan ini *senyum sampai besok*. Kemudian,pengarah program mengakhiri program dengan sedikit kata-kata bagi menutup majlis.Ianya merupakan pengalaman termanis buat ahli-ahli peserta Broga For Palestine.

InsyaAllah dengan adanya program seperti ini, masyarakat semakin sedar dan semakin menyokong program Islamik demi melahirkan masyarakat yang prihatin.


Hidup Generasi Q ~~~ !! *genggam buku lima*
See you olls later on next post okay. Wassalam. 

Jyeahh. Jom cuci mata ^__^














 


Video Flashmob




Ucapan dari wakil Aqsa Syarif






Renunug-renungkan dan selamat beramal. Salam sayang dari PERDIQMA KPMB.





25 Mac 2013

Ceramah Motivasi oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood


HAI........ *lambai-lambai tangan*


Assalamualaikum  w.b.t dan selamat sejahtera, apa khabar iman sahabat-sahabat  sekalian ? Diam sejenak.Tepuk dada  tanya iman *tepuk-tepuk dada* . Gulp...... Marilah kita sama-sama beristighfar.Tidak lupa juga selawat dan salam buat Rasul junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah dengan  rahmat dariNya kita masih lagi diberi kesempatan untuk bertaubat, yeayyyy ! Pastinya muslimin muslimat sekalian rindu untuk membaca post terbaru Perdiqma. Alhamdulillah, dengan izinNya, kami berkesempatan menggunakan masa Allah ini untuk memberi makanan rohani buat anda semua, Baiklah, baru-baru ini pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh  pihak  Perdiqma dan kolej , antaranya ialah Ceramah Motivasi oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dan suami beliau, Ustaz Wan Aqasha  pada 22 Mac 2013 di Dewan Sri Gema Kolej Profesional MARA Beranang, Selangor. 



Pada hari tersebut, tepat jam 2.30 petang, warga KPMB  telah berkumpul di dalam dewan dengan niat yang begitu berkobar-kobar untuk mendapatkan ilmu, perghhhh ~~~ !  Dalam masa yang sama, biro makanan Perdiqma juga mengambil kesempatan membuka gerai jualan menjual makanan ringan di luar dewan bagi para pelajar. Ketibaan penceramah disambut dengan tepukan gemuruh dari para pelajar, yummyy !!. Kemudian, tajuk yang dikupas pada hari itu ialah Sahsiah Kearah Akademik Cemerlang, Sahsiah Gemilang, dan Pelajar Terbilang. Subhanallah tajuk yang sangat menarik untuk dikupas. 

 


 
 Aksi santai oleh Ustazah dan suami beliau amat menarik perhatian para hadirin, mereka semua mendengar dengan khusyuk dan diselangi dengan sedikit tawa kerana lawak santai yang diselitkan ketika ceramah. Pengisian yang begitu memberi impak kepada para hadirin. Ceramah motivasi telah tamat pada jam 5 petang. Dalam masa yang sama, Ustazah juga ada membuat jualan Kopi Senyum *senyum sampai telinga*, hasil idea beliau dan suami juga beberapa CD alunan nasyid dan zikir.  Setelah itu, para VIP dijemput ke bilik banquet untuk menjamu selera. Majlis bersurai. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Allahuakbar !!



Antara pengisian Ceramah Motivasi “Sahsiah Kearah Akademik Cemerlang, Sahsiah Gemilang, dan Pelajar Terbilang” oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dan suami beliau, Ustaz Wan Aqasha : 

LAKUKAN 7S : 

· Solat
· Syukur
· Sabar
· Sayang
· Salam & senyum
· Sungguh-sungguh
· Soleh Solehah

HINDARKAN 7M : 

· Malas
· Marah
· Mengumpat
· Membuang masa
· Maksiat
· Makan yang haram
· Menderhakai Ibu bapa


UNTUK TENANGKAN HATI :

1. Solat on time.
2. Baca al-Quran setiap hari.
3. Berkawan dengan orang yang positif.
4. Sentiasa hadir ke majlis ilmu. 
5. Sentiasa berdoa kepada Allah supaya ditenangkan hati.

PETUA MEHILANGKAN RASA MARAH : 

1.   Sentiada ada air sembahyang
2.   Selalu baca "Auzubillahiminashaitaanirrajiim"
3.   Elak makan daging merah
4.   Jangan lawan orang yang tengah marah













Semoga bermanfaat. Wassalam. *fuhhh*
Jumpa lagiiiii.














Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...