Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog PERDIQMA KPMB

31 Oktober 2011

POSMOTEM DAN JAMUAN TERAKHIR PERDIQMA SESI JULAI-DISEMBER 2011

Assalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh.Sesungguhnya setiap suatu permulaan,sudah tentu ada pengakhiran. pada 30 Oktober 2011,Perdiqma telah mengadakan posmotem dan jamuan terakhir bagi sesi Julai-Disember 2011. Ini bertujuan bagi meningkatkan lagi prestasi perdiqma dalam menjalankan dakwah di kpm beranang dan meraikan ajk tertinggi perdiqma yang bakal bergraduasi pada tahun hadapan,Insyaallah.Pada jam 9.00 pagi,majlis dimulakan dengan posmotem dari awal semester hingga akhir semester. antara perkara yang dibincangkan adalah masalah Ajk bersama ahli biro, masalah Ajk bersama Ajk tertinggi dan masalah program sepanjang semester ini. majlis...


27 Oktober 2011

Check list Saat Akhir Peperiksaan & Doa Pilihan

Assalammualaikum. Selamat menjalani peperiksaan kepada semua mahasiswa KPMB! Semoga kejayaan menjadi milikmu! Di sini kami sediakan Check List saat akhir & doa menjelang exam buat perkongsian bersama: 1. Klik pada gambar2. Klik kanan 3. Save Image As… 4. Pilih lokasi penyimpanan Doa persediaan menghadapi peperiksaan: Cara untuk copy doa-doa di atas:- 1. Klik pada gambar 2. Klik kanan 3. Save Image As… 4. Pilih lokasi penyimpanan Kepada semua rakan-rakan seperjuangan di KPMB yang bakal menghadapi peperiksaan hujung semester tak lama lagi, kami dari Pihak Alumni PERDIQMA & PERDIQMA mendoakan kejayaan buat kalian semua!...


26 Oktober 2011

Murtad dan Bandar Oxford

Saya menganggap Bandar Oxford ini jauh lebih indah dari kebanyakan bandar lain di United Kingdom dan Eropah, termasuk London. Bahkan tiada bandar yang seumpamanya di dunia muslim kita. Ia sebuah bandar ilmu. Kebanyakan mereka yang sibuk berjalan pantas di jalan-jalan Oxford ini ialah pelajar, pengajar dan pengkaji. Lebih empat puluh kolej ilmu bersejarah lagi berprestij di bandar ini. Penuh sejarah, penuh sumbangan melahirkan tokoh-tokoh besar. Bandar ini penuh dengan aktiviti ilmu di sana-sini setiap hari; seminar, diskusi, forum dan pelbagai. Dalam pelbagai perkara dan bidang, yang mungkin sebahagiannya terlarang dalam negara kita...


22 Oktober 2011

Majlis Khatam Al-Quran sesi Julai - Disember 2011

Pada 18 Oktober 2011, pihak PERDIQMA telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bagi pelajar semester 1 Kolej Professional MARA Beranang bertempat di Surau An-Nur KPMB. Majlis yang diadakan setiap semester ini adalah rentetan dari program tadarus yang dilakukan oleh semua pelajar semester 1 seramai 269 orang yang diadakan pada hari Isnin bagi muslimin dan hari Rabu bagi muslimat.Majlis dimulakan pada jam 7.30 P.M, iaitu selepas solat Maghrib dengan dimulakan dengan kata-kata aluan dari pengerusi majlis, saudara Zulkhairi dan bacaan doa oleh saudara Nurdin Haikal. Seterusnya, seramai 22 pelajar yang terpilih memulakan bacaan dari surah...


21 Oktober 2011

KURSUS OUTDOOR KEPIMPINAN PERDIQMA

Pada 14-16 Oktober 2011 lalu, pihak ALUMNI PERDIQMA telah mengadakan program Kepimpinan PERDIQMA dengan objektif untuk melahirkan pemimpin yang berkualiti untuk membela agama Islam melalui kepimpinan. Seramai 30 orang termasuk fasilitator yang menyertai program tersebut. Program tersebut diadakan di sekitar Pantai Morib, Banting Selangor. Pada petang 14 Oktober 2011,semua peserta termasuk fasilitator berkumpul di hadapan surau An-Nur untuk bersama-sama bertolak ke Pantai Morib. Sebelum bertolak ke Pantai Morib,semua peserta dan fasilitator mengaminkan doa yang diketuai oleh saudara Aizuddin supaya selamat sampai ke destinasi yang dituju.  Perjalanan...


12 Oktober 2011

PERDIQMA DAY KALI KE-2

Alhamdullilah..pada tanggal 8 october 2011 telah berlangsungnya PERDIQMA DAY buat kali ke-2 . PERDIQMA DAY yang dianjurkan ini adalah untuk mengeratkan hubungan silatulrahim antara ahli Perdiqma itu sendiri juga Ajk-Ajk Perdiqma.Lembaran hari dibuka dengan menghidupkan surau untuk bersama mengambil peluang bagi melakukan solat sunat Tasbih yang dihadiri oleh ahli perdiqma dan rakan kamsis. Kami berpeluang untuk berjemaah bersama dan menanti untuk kuliah subuh yang disampaikan oleh saudara Asyraff Aziz.  Pada pagi hari tersebut aktiviti dimulai dengan senaman ringan dan ice-breaking . FINDING NEMO...itulah aktiviti pertama yang...


8 Oktober 2011

Menghayati Falsafah Haji

Musim haji kini tiba lagi. 1 Zulkaedah 1432H yang lalu, bermulanya rombongan jemaah haji dari Malaysia ke tanah suci.Alangkah bertuahnya mereka kerana telah terpilih menjadi tetamu Allah bagi menyempurnakan rukun Islam kelima. Ibadah-ibadah pokok dalam Islam adakalanya dilaksanakan dengan lisan atau fizikal atau dengan harta. Solat dilakukan dengan lisan dan fizikal, puasa dengan fizikal sahaja. Zakat dengan harta sahaja. Namun istimewanya ibadah haji kerana ia dilakukan dengan lisan, fizikal dan harta. Ibadah haji pelengkap rukun Islam.Rukun Islam umpama sebuah rumah dimana mengucap dua kalimah syahadah dianggap sebagai tapak dan tanah...


2 Oktober 2011

From Paris To Somalia

"Dan Dialah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanam-tanaman yang berlainan (bentuk rupa) dan rasanya; dan buah zaiton dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah dari buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya; dan janganlah kamu melampau-lampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau-lampau". (Al-An'aam - 141). Assalamualaikum our favourite people of the earth! How...


Page 1 of 100123Next
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...