Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog PERDIQMA KPMB

24 Disember 2012

Beriman Pada Hari Akhirat

Dunia baru-baru ini dikejutkan dengan dakyah satu kaum bernama Mayan yang mendakwa mengikut kalendar mereka pada 21 Disember 2012 yang lalu akan berakhirlah zaman seperti yang digambarkan di dalam sebuah filem yang diberi nama "2012". Apa yang pasti, Alhamdulillah kita masih dihidupkan di atas muka bumi Allah sehingga hari ini. Namun ada segelintir umat Islam yang cetek agamanya mempercayai tentang perkara tersebut. Tidak kurang juga yang seolah mempersenda mahupun gurauan tentang perkara tersebut. Kalendar kaum mayan Sebagai umat Islam kita wajib beriman kepada Rukun Iman yang enam yang salah satu daripadanya ialah Percaya kepada...


29 Oktober 2012

MEKKAH DAHULU DAN KINI

Salam Aidil Adha kepada semua pengunjung Blog PERDIQMA KPMB. Berikut merupakan gambar-gambar di sekitar kota Mekah dari dahulu sehingga kini. Saban tahun pengunjung Kota Mekah semakin bertambah seiring dengan pembangunan kota ini. Semoga menimbulkan kecintaan terhadap Rumah Allah apabila menatapnya bagi setiap diri muslim yang bercita-cita untuk ke sana. LIMA (5) perkara yang membuahkan ganjaran pahala hanya dengan melihat atau menatapnya sahaja:1. MELIHAT AL-QURAN (Tengok ayat-ayat al-Quran yang mulia pun dapat pahala, apatah lagi membacanya, menghafal dan memahami maksud ayat al-Quran)2. MELIHAT KAABAH3. MELIHAT AIR ZAM-ZAM (memandang air...


22 Oktober 2012

Program Khidmat Rumah Kebajikan Siti Nuraini Kajang

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani.. Syukur kehadrat Allah swt keranan pada kali ini,Biro Dakwah dan Program pertama kalinya menganjurkan khidmat masyarakat. Pada kali ini, khidmat masyarakat dianjurkan dengan kerjasama rumah kebajikan orang tua-tua Siti Nor Aini di Kajang,Selangor. Seramai 40 orang peserta dan seorang guru pengiring iaitu Ustaz Abduh menyertai khidmat masyarakat kali ini. Sebelum bergerak ke rumah kebajikan,kami bersama-sama solat berjamaah di surau An-Nur KPM Beranang. Pada jam 7.30 pagi,kami bersama-sama menunggu ketibaan bas dan tepat jam 8.00 pagi,kami bergerak ke rumah kebajikan Siti Nor Aini Kajang....


18 Oktober 2012

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMESTER 1 SESI JULY-DISEMBER 2012

Acara yang sering kali diadakan pada setiap semester ini bertujuan memantapkan ilmu Al-Quran dari segi bacaan dan istiqomah dan juga memupuk para pelajar KPM Beranang memartabatkan ilmu wahyu dan mukjizat Allah kepada umat Rasulullah SAW. Sekali lagi PERDIQMA mengadakan majlis khatam quran selama 13 minggu para pelajar semester 1 bertilawah. Majlis ini diadakan pada 18 Oktober yang lalu bagi menamatkan bacaan Al-Quran dan tilawah disertai seramai 268 pelajar semester 1. Khatam Quran ini diwakili seramai 22 orang peserta lelaki dan diketuai oleh saudara Muhd Syafiq bin Syamsul. Majlis dipengerusikan oleh saudara Azmil Ulya dan seterusnya bacaan doa di ketuai oleh saudara Zaim Rashdan.Majlis dimulakan dengan menunaikan solat fardhu maghrib secara berjemaah. Bacaan dimulakan dari...


17 Oktober 2012

Aktiviti Khidmat Masyarakat Di Pantai Morib 2012

Bismillahhirrahmanirrahim.. Syukur ke hadrat Allah swt dengan izin dan limpah kurniaNya,PERDIQMA dapat menjayakan program Khidmat Masyarakat Di Pantai Morib Banting,Selangor. Aktiviti diadakan pada 14 Oktober 2012 disertai oleh 90 orang peserta,10 Ajk dan 5 orang guru pengiring. Program ini telah dianjurkan oleh PERDIQMA dengan kerjasama Majlis Daerah Kuala Langat(MDKL) dan Jabatan Pengajian Am KPM Beranang. Program dimulai dengan peserta lelaki beriktikaf didalam surau dan bangun mengerjakan  Qiamullail pada hari program dan para peserta dikejutkan pada jam 4.45 pagi. Kami bersama-sama menunaikan solat sunat tahajjud,hajat,taubat dan...


15 Oktober 2012

Ikhtilat, Cinta dan Remaja By ustazah fatimah syarha

Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah, seperti biasa setiap minggu kami akan mengadakan Ijtima' Jumaat khas untuk kaum muslimat sahaja. Namun, sedikit kelainan telah dilakukan sempena Ijtima' Jumaat pada kali ini iaitu pada 5 Oktober lalu kami telah menjemput seorang penceramah yang tidak kurang hebatnya memberikan sedikit perkongsian khas untuk muslimat KPMB iaitu Ustazah Fatimah Syarha yang terkenal dengan penulisan Novel. Pengisian yang sangat menarik diberikan agar kaum muslimat di KPM Beranang menjadi insan yang dikehendaki Allah dan Rasulullah SAW. Tajuk yang diberikan kali ini sangatlah menarik iaitu "Ikhtilat, Cinta dan Remaja". Tajuk...


11 Oktober 2012

Program Khidmat Masyarakat di Pantai Morib

Program terdekat anjuran PERDIQMA Assalamualaikum wbt, sahabat-sahabat Perdiqma sekalian. InsyaAllah pada 14 Oktober 2012 ini, pihak Perdiqma akan menjalankan satu program Khidmat Masyarakat di kawasan Pantai Morib dengan kerjasama  Majlis Daerah Kuala Langat dan pensyarah Jabatan Pengajian Am KPMB. Sasaran peserta adalah seramai 80 orang dan kini telah mencapai kuota yang diharapkan. Program ini diharapkan dapat menyemai sikap tanggungjawab dalam kalangan siswa dan siswi KPMB tentang kepentingan alam sekitar. InsyaAllah Kepada semua peserta PROGRAM KHIDMAT MASYRAKAT PANTAI MORIB perjumpaan akan diadakn pada: Hari: SABTU Tarikh:...


10 Oktober 2012

Ceramah Imam Muda Hassan

Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah kali ini, pada 4 Oktober 2012 yang lalu, PERDIQMA bersama-sama MPP menjemput seorang lagi penceramah yang tidak kurang hebatnya iaitu Imam Muda Hassan. Penyampaian yang sangat menarik daripada beliau bertajuk "cinta muka buku vs cinta ulat buku". Selesai solat isyak berjamaah,kami menantikan ketibaan Imam Muda Hassan dan tepat jam 9.10,beliau tiba di dewan seri gema KPM Beranang. beliau disambut dengan selawat yang diketuai oleh kumpulan Tilmiz Voice KPM Beranang. Selesai selawat, majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh saudara Zaim Rashdan dan   tanpa membuang masa, ceramah Imam Muda Hassan...


29 September 2012

Jaulah Ke Selatan Thailand(KL - Tak Bai - Narathiwat).

“Musafir kerana Allah”. Ayat itulah yang mula-mula saya coretkan di buku catatan yang dibawa ketika berjaulah ke Selatan Thailand baru-baru ini. Ia perjalanan yang ditekadkan bersungguh-sungguh walaupun dirancang dalam masa yang singkat. Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya sejak awal. Rancangan yang mulanya di dalam fikiran diterjemah melalui perjalanan yang menjanjikan ibrah dan pengalaman. Di temani seorang sahabat, perjalanan hampir 800 km melalui jalan darat ini kami tempuhi. Perjalanan kami bermula di KL Sentral pada 22/8/2012 bersamaan 4 Syawal 1433 Hijrah. Usai solat Maghrib jamak bersama Solat Isyak di Surau KL Sentral, kami...


25 September 2012

PERDIQMA DAY 2012

Assalamualaikum w.b.t PERDIQMA DAY adalah suatu program anjuran PERDIQMA setiap tahun bagi melatih para jemaah PERDIQMA dalam membentuk seorang yang berjiwa muslim bertaqwa. Hamdalillah, sekali lagi tahun 2012 PERDIQMA dapat menjalankan pelbagai aktiiti dalam program ini. 22 september 2012 bermulanya perjalanan program ini dari jam 6 petang. Para peserta mendaftar dihadapan  surau dan mereka dibahagikan kepada 8 kumpulan. 4 kumpulan muslimin dan 4 kumpulan muslimat. Perjalanan menuju redha Allah ini diteruskan dengan solat maghrib dan sedikit tazkirah disampaikan oleh saudara Muaz AAG. Perjalanan ini juga diteruskan dengan aktiviti...


20 September 2012

Ceramah Motivasi Ustaz Abdullah Khairi

  Assalamualaikum w.b.t   Alhamdulillah,sekali lagi PERDIQMA menjalankan satu program ceramah motiasi Ustaz Abdullah Khairi di dewan seri gema KPMB. Ceramah yang sangat menarik disampaikan bertajuk "remaja seharusnya bagaimana?" Sedikit sebanyak ilmu dapat diterima oleh seluruh pelajar yang menghadiri ceramah tersebut. beliau menceritakan tentang kematian yang tak kenal usia dapat memberikan suatu kesan yang mendalam dengan video yang ditayangkan. seterusnya, beliau juga berkongsi pelbagai pengalaman yang sangat menarik. Seseorang manusia tidak boleh mendapat hidayat dari orang lain kecuali Allah sahaja yang dapat...


Page 1 of 100123Next
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...