Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog PERDIQMA KPMB

27 Februari 2012

kelebihan seorang wanita..

                                                                       kelebihan seorang wanita.. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan...


19 Februari 2012

Syarat-syarat Pertandingan Sempena Minggu Keseniaan Islam KPMB

BERIKUT ADALAH SEGALA SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN RASMI PERTANDINGAN MINGGU KESENIAN ISLAM SESI JAN JUN 2012Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang1. PERTANDINGAN NASYIDa. Syarat-Syarat Penyertaani. Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada 3-6 ( minimum 3 orang dan maksimum 6 org termasuk pemain muzik) orang peserta.ii. Hanya peserta lelaki dibenarkan mengambil bahagian.iii. Penyertaan Terbuka kepada semua pelajar kolej dan boleh membentuk kumpulan tidak mengikut program atau semester. b. Peraturan-Peraturani. LAGU(a) Setiap kumpulan nasyid hendaklah mempersembahkan SATU buah lagu. Satu lirik berkonsep ketuhanan dan keislaman dengan irama tidak berubah.(b) Lagu berkenaan hendaklah disampaikan dalam masa tidak lebih dari 5-7 minit sahaja.(c)...


CERAMAH PERDANA MAULIDUL RASUL BERSAMA IMAM MUDA NURI

Pada hari khamis yang lalu persamaan dengan 16/2/2012 merupakan hari yang istimewa kepada pelajar Kolej Profesional Mara Beranang dimana tetamu jemputan bagi memberi ceramah bertajuk "Rasullulah dan Remaja" adalah penceramah selebriti Imam Muda Nuri Ali bin Arbai dengan kerjasama Perdiqma dan Majlis Perwakilan Pelajar KPMB.Pada permulaan ceramah, beliau berkata remaja kini semakin melupakan Rasullulah s.a.w. dimana mereka kini apabila berbicara tentang cinta mereka hanya memikirkan cinta pada kekasih hati. mungkin ada yang masih mengingati Rasullulah, tetapi tidak ramai antara kita yang sentiasa mengingati Rasullulah.Beliau berkata sementara...


16 Februari 2012

VALENTINE DAY (HARI BERKASIH SAYANG)

Menurut pandangan IslamBenarkah ia hanya kasih sayang belaka ? “Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116) Hari 'kasih sayang' yang dirayakan oleh orang-orang Barat pada tahun-tahun terakhir disebut 'Valentine Day' amat popular dan merebak di pelusuk Indonesia bahkan di Malaysia juga. Lebih-lebih lagi apabila menjelangnya bulan Februari di mana banyak kita temui jargon-jargon (simbol-simbol atau iklan-iklan) tidak Islami hanya wujud demi...


13 Februari 2012

Episod 1: Menuju Ke Bumi Kemboja Telah Diterbitkan!!!

Episod 1: Menuju Ke Bumi Kemboja Alhamdulillah, segala puji kepada Allah, Tuhan Sekalian Alam yang memberi kekuatan, taufiq dan hidayah Nya siri dokumentari 6 episod pejalanan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Profesional MARA Beranang (kini mantan MPP) ini berjaya dihasilkan.  Siri dokumentari ini dirakamkan buat tatapan semua insan bergelar manusia yang mengetahui bahawa kita semua adalah bersaudara pada perspekif seorang muslim. Juga dirakamkan buat insan yang mengetahui bahawa tuntutan menjadi muslim bukan sekadar menonton dan merasa simpati di atas penderitaan saudara kita. Tetapi tuntutan sebagai umat yang bersaudara itu mestilah di zahirkan melalui tindakan. "Dan kenangkanlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan...


7 Februari 2012

Siri Dokumentari Kemboja Terbitan PERDIQMA KPMB

Insya Allah, bermula pada 10 Februari 2012 ini, satu siri dokumentari sepanjang 6 episod akan diterbitkan di PERDIQMA YouTube Channel. Video di bawah ini merupakan video "promo" dan luahan hati peserta Misi Kemanusiaan Kemboja anjuran Majlis Perwakilan Pelajar KPMB yang dilaksanakan pada November 2011.Nantikan siri 6 episod dokumentari perjalanan aktiviti kemanusiaan yang dijalankan di Bumi Kemboja bermula dari 10 Februari 2012. Hanya di PERDIQMA Youtube Channel. Semoga mendapat ibrah dan manfaat. Pengarah Program: Musfirah Binti Mohd Asri Mantan Presiden MPP KPMB: Makluman: Program Misi Kemanusiaan Ke Kemboja ini merupakan anjuran MPP KPMB sesi 2010-2011. Pihak PERDIQMA KPMB dengan semangat persaudaraan Islam dan ukhuwwah memberikan bantuan dari segi teknologi perisian, peralatan,...


SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Sejarah Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) Makkah, merupakan Ibu kepada semua Kota (semoga Allah merahmati dan memuliakannya), merupakan penghulu bagi lain-lain kota diseluruh negara Islam didalam meraikan Maulidurrasul. Al-Azraqi, seorang ahli sejarah Makkah pada abad ke 3 - hijrah, telah menulis didalam kitabnya, Akhbar Makkah (Jilid 2,ms160) tempat-tempat yang digalakkan (mustahabb) untuk menunaikan solat di Makkah antaranya ialah rumah tempat Nabi (s.a.w) dilahirkan (Mawlid al-Nabi). Menurut beliau, rumah tersebut telah dijadikan masjid oleh ibu kepada Khalifah Musa al-Hadi dan Harun ar-Rashid. Al-Naqqash, seorang 'ulama didalam bidang...


5 Februari 2012

NABI MUHAMMAD RINDU PADA KITA(UMAT AKHIR ZAMAN)

Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta.Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahwa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.Adakah kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap hari? Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi? Fikir-fikirkan.Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa baginda amat merindui kita; umat akhir zaman...................................................Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan...


2 Februari 2012

MU`TAMAR PERDIQMA KALI KE-2

Pada hari Rabu bersamaan 8 Rabiulawal 1433 yang lalu PERDIQMA telah mengadakan perjumpaan di LT 2. Semua ahli-ahli baru dan lama yang terdiri dari Biro Dakwah, Ta'mir, Makanan, Media dan Keceriaan turut hadir pada malam tersebut. PERDIQMA juga telah menjemput mantan presiden PERDIQMA dan Presiden ALUMNAI PERDIQMA sebagai tetamu jemputan. Majlis MU''TAMAR bermula pada jam 9.29 malam. Majlis bermula dengan ucapan pembukaan oleh pengacara majlis iaitu Saudara Nurdin Haikal Bin Abdul latiff. Tema MU`TAMAR pada sesi ini ialah "Rapuh Iman Runtuh Perpaduan". Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Mantan Presiden iaitu Saudara Aizudin...


Page 1 of 100123Next
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...