Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog PERDIQMA KPMB

15 Disember 2013

Amalan Sunnah: Qailullah

Ramai individu yang kerap melakukan ‘tidur siang’ atau ‘napping’ tetapi sayangnya disebabkan tidak ada pengetahuan dan keperihatinan, tujuan sebenar perlakuan tersebut semakin diabaikan. Syarikat besar di luar negara seperti Google, PnG telah mengamalkan amalan sunnah ini sebagai "power nap". Menurut kajian, mengamalkan "power nap" ini meningkatkan produktiviti pekerja sebanyak 34 peratus. Ternyata, amalan sunnah Rasulullah ini sangat memberikan kebaikan dan memberi panduan hidup. Di dalam Islam, tidur sekejap di waktu siang, dinamakan ‘Qailullah’ atau ‘Qoilulah’ iaitu tidur singkat (sebentar) di pertengahan hari yang disertai dengan niat....


12 Disember 2013

Allah Menguji Kerana Manusia Mampu Menghadapinya

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang. Sedikit coretan pengalaman membantu mangsa banjir di Kuantan pada 7 & 8 Disember 2013.Ceritanya bermula disini, saat hening pagi pada jam 3, dibasahi sang hujan yang menangis lebat, kami diminta berkumpul di Shell Taman Melati, Gombak. Kemudian kami menyusur ke NSK Selayang untuk membeli barang2 keperluan mangsa banjir menggunakan hasil wang sumbangan.Tepat jam 6 pagi kami mulakan musafir kami ke kuantan.Jam lebih kurang 11 pagi kami melaporkan diri di pejabat ikram pahang dan bertemu dengan pegawai bertugas disana bernama pak ngah. Disana kami mengosongkan kenderaan dengan mengeluarkan...


8 Disember 2013

Rukhsah Solat dan Adab Ketika Banjir

Dikala ini, rakyat Malaysia terutama di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor menerima musibah banjir. Sehingga kini masih ramai lagi mangsa ditempatkan di pusat-pusat pemindahan sebagai tempat berlindung. Semoga Allah merahmati dan melindungi kalian.Terkadang dalam menerima musibah banjir ini, ramai yang masih tidak menyedari bahawa ujian yang Allah timpakan ini berbentuk amaran agar kita sentiasa dekat dan patuh akan perintah Allah. Ya, seluruh harta benda habis musnah akibat hanyut diarus banjir, kerugian beribu ringgit dan tiada yang tinggal. Begitu sukar untuk menerima hakikat ketentuan Allah, bahawa harta dunia juga tidak kekal,...


15 November 2013

Amalan Sunnah: Bismillah

 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Alhamdulillah dikala bersiap menumpukan study dikala exam mahupun assignment, Allah masih lagi memberi kesempatan untuk menulis agar tertegaknya kalamnya dan sampaikan ilmu walaupun sedikit. Dan InsyaAllah kami bawakan satu siri artikel amalan sunnah sebagia perkongsian setiap bulan bermula bulan ini. InsyaAllah artikel ini berada diblog kami setiap 15hb setiap bulan. Moga kalian yang membaca mendapat manfaat serta kongsi kepada sahabat yang lain serta mendoakan kami sentiasa diberi kekuatan untuk terus menulis berkongsi ilmu. Amin Kebanyakan kita menyebut Bismillah, tetapi tidak...


1 November 2013

Hijrah: Segalanya Bermula Di Sini

Assalamulaikum sahabat yang setia membaca blog kami...wah bukan main khusyuk membuat ulangkaji pelajaran. Maklumlah, minggu ni peperiksaan akhir untuk semester ini. Kami di Perdiqma mendoakan agar sahabat sekalian dipermudahkan dalam mengulangkaji dan menjawab soalan. Ha...jangan konfius...anda berada di tempat yang betul. Ya ini adalah blog perdiqma ya.. Eh, tapi tajuk kat atas macam pernah dengar je kat tv. Betul tu sahabat, kami pinjam "tagline" Tv Alhijrah. Kalau sahabat punya kelapangan untuk menonton siaran di tv, rajin-rajin la buka tv alhijrah ni ya. InsyaAllah banyak manfaat yang kita peroleh. Eh, kami bukan nak cerita pasal tv ni,...


20 Oktober 2013

SYRIA & PALESTIN WEEK 2013

ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﷲ ﻣﺤﻤﺪ ﺭﺳﻮﻝ ﷲ Hidup mati kerana Allah Berjuang fi sabilillah Wahai para pejuang maralah ke hadapanKorbankanlah hartamu sekalipun jiwa ragaBerjuang membebaskan Palestin yang tercintaKezaliman yang bermaharajalela Kerahkanlah tenagamu dan juga fikiran Wahai para pencinta keadilan Jangan gentar berjuang bersama Kita gempur hingga ke hujungnya Ayuh bersatu demi Palestin Bersama kita berjuang untuk Palestin Tak kira walau di ancam senjata Kerana Allah kita mara Rabbani, Inteam, Saujana & Nowseeheart - Bebas Palestin MINGGU PALESTIN & SYRIA  (MAPS) Bicara dimulai dengan Assalamualaikum...


10 Oktober 2013

Kelebihan Awal Bulan Zulhijjah

Assalamulaikum kepada pembaca setia blog kami. Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang untuk hidup dimuka buminya ini dan menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberi. Alhamdulillah, kita telah memasuki bulan terakhir dalam kalendar Hijrah. Bersempena dengan kedatangan Zulhijjah, pihak kami telah mengadakan kursus dan praktikal ibadah haji dan umrah pada 6 Oktober 2013. Alhamdulillah program yang dikendalikan oleh Ustaz Imran Ramzi itu berjalan dengan baik. Moga peserta mendapat manfaat daripadanya. Bulan Zulhijjah mengingatkan kita tentang peristiwa bersejarah dalam sirah Nabi terdahulu mengenai kisah Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi...


5 Oktober 2013

PERDIQMA DAY 2013

Assalamualaikum w.b.t, Salam sejahtera, Salam satu ummah. Bonjourrrr ! Apa khabar sahabat-sahabat yang dirahmati Allah ? Harapnya agar iman sentiasa sihat. Alhamdulillah, dengan izin-Nya kita masih bernafas lagi dimuka bumi Allah ini untuk beribadah dan mencari keredhaan-Nya. Semoga kita terus istiqamah dalam menjalankan kerja dakwah dan dijauhi dari futur (futur dari konteks Islam ia bermaksud lemah semangat dalam berdakwah). Okay, entri kali ini kami akan berkongsi berkenaan PERDIQMA Day ! Alhamdulillah, PERDIQMA Day telah berjaya dijalankan pada 28 dan 29 September 2013 bertempat di Kolej Profesional MARA Beranang, Selangor. Pelbagai...


1 September 2013

Sambutan Merdeka Raya PERDIQMA

Takbir.....Allahuakbar !! Merdekaaaaaaaaaa !! *kibar bendera* Assalamualaikum w.b.t. dan Salam sejahtera, Salam Ukuwah dan Salam Kemerdekaan Malaysia.           Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat llahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita masih dapat bernafas di atas bumi Allah ini. Bersyukurlah kita tinggal di Malaysia yang bebas dari cengkaman penjajah. Juga jangan kita lupa jasa-jasa perajurit tanahair yang telah berhempas pulas membantu Malaysia, Subhanallah.            Baiklah, entri kali ini kami ingin mencoret tentang sambutan Merdeka Raya PERDIQMA. Untuk pengetahuan...


24 Ogos 2013

MUKTAMAR PERDIQMA Kali Ke-5

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera,       Apa khabar iman sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian ? InsyaAllah moga sentiasa sihat rohani dan jasmani. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah atas nikmat Allah S.W.T kita masih bernafas dengan aman di negara kita. Bersyukurlah atas segala nikmat ini sahabat-sahabat dan jangan pula kita lupa untuk mendoakan saudara-saudara kita diluar sana yang sedang berjihad demi Islam. Allahuakbar, sayu rasanya mengenangkan saudara-saudara kita di luar sana seperti di Mesir dan Palestin. Semoga Allah melindungi mereka semua dan Islam mencapai kemenangan jitu. Amin.  ...


Page 1 of 100123Next
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...