Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera,
Apa khabar iman sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian ? InsyaAllah moga sentiasa sihat rohani dan jasmani. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah atas nikmat Allah S.W.T kita masih bernafas dengan aman di negara kita. Bersyukurlah atas segala nikmat ini sahabat-sahabat dan jangan pula kita lupa untuk mendoakan saudara-saudara kita diluar sana yang sedang berjihad demi Islam. Allahuakbar, sayu rasanya mengenangkan saudara-saudara kita di luar sana seperti di Mesir dan Palestin. Semoga Allah melindungi mereka semua dan Islam mencapai kemenangan jitu. Amin.
Baiklah, sebenarnya entri kali ini ingin kami ceritakan tentang Majlis Muktamar PERDIQMA. Perdiqma telah menganjurkan Muktamar kali ke-5 untuk
ahli-ahli Perdiqma yang baru dan lama pada 20 Ogos 2013 bertempat di Surau Annur KPMB. Majlis dimulakan pada jam 9.00 malam. Pada sesi ini, Julai-Disember
2013 seramai 156 orang pelajar KPMB telah mendaftar sebagai ahli PERDIQMA. Pada
hari kejadian, penasihat PERDIQMA yang telah hadir ialah Ustazah Hafidzah
Mansor. Tidak lupa juga kehadiran wakil Alumni iaitu saudara Mohd Aizuddin Jamalan, bagi melancarkan
lagi program pada malam tersebut.
Program dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-quran iaitu Surah Al-Anfal oleh saudara Muhammad Akmal dari biro takmir Perdiqma. Seterusnya, ucapan daripada presiden Perdiqma iaitu saudara Izat Hafiz , beliau membentangkan tentang pengenalan Perdiqma. Antara isi-isinya ialah objektif, tujuan, misi dan visi, aktiviti sepanjang sem serta pencapaian Perdiqma kepada semua para hadirin yang dimuliakan oleh Allah. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan memperkenalkan kepada semua hadirin Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi Perdiqma sesi Jul-Dis 2013 dan diikuti dengan lafaz ikrar.
Kemudian diikuti pula dengan dengan ucapan daripada mantan Perdiqma, saudara
Danial Ifran Khairuddin. Beliau berkongsi tentang keadaan negara Islam diluar sana yang seringkali diserang, kita
sebagai golongan muda sepatutnya banyak membantu agama dan tidak lalai dengan
media sosial. Seterusnya, beberapa video Perdiqma telah ditayangkan pada malam
itu bagi memeriahkan lagi majlis. Tidak lupa juga, ucapan yang telah
disampaikan oleh wakil dari pihak Alumni iaitu saudara Mohd. Aizuddin Jamalan. Beliau berkata
bahawa kita perlulah sentiasa menunjukkan usaha untuk agama Allah ini. Sebagai
contoh, kita sentiasa mendoakan untuk keamanan Mesir dan Syria. Beliau juga
menyeru kita agar kita istiqamah dalam beribadah.
Menyingkap kata-kata penasihat PERDIQMA,Ustaz Imran Ramzi di Muktamar kali ke-4: