Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog PERDIQMA KPMB

Islam Itu Indah

Dengar IKIM.fm Online

Dengar radio IKIM.fm secara online menerusi blog PERDIQMA

Like Facebook PERDIQMA

Sertai facebook PERDIQMA serta dapatkan info dan pengkongsian ilmu di laman fb PERDIQMA

23 Ogos 2010

Electrifying Ramadhan Efficiency

Salam my dear brothers and sisters,

Have you noticed that each year, Ramadhan goes by faster and faster? How much are we missing? Did we really spend most of our time to develop our spiritual needs? Soon, the blessed month of Ramadhan will be leaving us once again. This holy month can’t be left to become a blur in our memories.

The fruit of fasting ought to be that is rich inner which the Quran calls taqwa. Taqwa becomes the key which can unlock all the doors leading to the blessings such as honour, prosperity and freedom from fear and unease in-this-world. Also taqwa leads to success, Paradise and God’s good pleasure in the life-to-come. Hence, within these few days left lets us electrify our Ramadhan to become more efficient in developing the closeness towards Allah.

How? Well, we have to be smart and think about how we can MAXIMIZE the effectiveness we want to earn! Let’s think like a businessman who always concerned on small investment but big profit. Ramadhan is surely the perfect time. So, Inshallah following is a short list of suggested ibadah to share with you guys:

1. Recite some Quran after every Prayer. Actually, if you read 3-4 pages after every Prayer you can finish the entire Quran in Ramadan!

2. Study the Quranic Tafseer every morning. Or whenever you feel free.

3. Learn to control your tongue and lower your gaze. Remember the Prophet's warning that lying, backbiting, and a lustful gaze all violate the fast!

4. Experience the joy of Tahajjud prayers late at night. Allocate and submit yourself purely and fully to Allah.

5. Seek forgiveness and recite istighfar as much as you could:

"Allahumma innaka ‘afuwwun kareemun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni"
(O Allah, You are the One who grants pardon for sins, loves forgiving, so forgive me.)

"Astaghfirullah hallazi lailaha illa huwal Hayyul Qayyum wa atubu ilaih"
(I seek forgiveness from Allah, the Almighty, there is no God but He. He is self-Existent, the Eternal and I return to Him)

So, I hope that we gain something out of this Ramadhan. May Allah grant us the ability to change and transform ourselves to be a better slave of Allah and not to be of those who are prevented from His Mercy. May He also allow us all to enter into His Forgiveness in this blessed month of Ramadhan and in all the other Ramadhans we live to see. Ameen. Indeed He is the One who Hears and He is the One to Respond.

Ramadan Mubarak to everyone! May Allah (سبحانه وتعالى) make this a most blessed and beneficial month for you all, and a source of taqwa and iman for the whole year, ameen!
Sources & Credit: jc-iium.blogspot.com


17 Ogos 2010

14 ALASAN RINDUKAN RAMADHAN

www.perdiqmakpmb.blogspot.com
Oleh: Zulia Sofy Bt Zakaria
Dari: www.iluvislam.blogspot.com

Seperti seorang kekasih, selalu diharap-harap kedatangannya. Rasanya tak ingin berpisah sekalipun cuma sedetik. Begitulah Ramadhan seperti digambarkan sebuah hadits yang diriwayatkan Ibnu Khuzaimah, "Andaikan tiap hamba mengetahui apa yang ada dalam Ramadhan, maka ia bakal berharap satu tahun itu puasa terus." Sesungguhnya, ada apanya di dalam Ramadhan itu, ikutilah seperti yang berikut ini (Klik more untuk baca lebih lanjut):


12 Ogos 2010

1 Ramadan: Pengalaman Terindah Ramadhan Bermula

Para petugas bersama-sama menuang kicap ke dalam periuk
Chef Assistant Biro Makanan tengah buat air
Petugas sedang menuang nasi ke dalam periuk untuk dimasak
Petugas-petugas yang begitu ceria
Merancang strategi masakan terbaik
Chef Utama: Abdul Qayyum sedang memasak
Petugas sedang memasak
Sedang menyiapkan juadah Iftar

Azan Maghrib 1 Ramadhan, menandakan waktu Iftar telah tiba


Para pelajar begitu gembira berbuka puasa. Turut kelihatan Presiden MPP KPMB


Suasana kemeriahan Ramadhan


Turut hadir: Ketua felo, Encik Musa dan Felo, En Azrul Hafiz
Periuk yang kosong, menandakan semua juadah habis





Daripada Abu Hurairah daripada Nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Sesiapa yang berpuasa di Bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampunin segala dosanya yang telah lalu." (Hadith riwayat oleh Nasai'e, Ibn Majah dan Baihaqi)

11 Ogos 2010. Kolej Profesional Mara Beranang. Ramadhan pada tahun ini diraikan dengan sambutan yang begitu meriah oleh warga KPMB khususnya oleh ahli-ahli PERDIQMA yang bertugas sepanjang Ramadhan ini dan pelajar kamsis KPMB. Bermula seawal jam 5.00 pagi, bacaan Al-Quran telahpun diperdengarkan oleh petugas Biro Ta'mir PERDIQMA menerusi corong-corong pembesar suara Surau An-Nur sehinggalah azan subuh dilaungkan dan Solat Subuh berjemaah ditunaikan.

Setelah kuliah tamat pada jam 5 petang, aktiviti ramadhan diteruskan dengan acara utama dan khas sepanjang ramadhan ini iaitu gotong-royong memasak. Pada Ramadhan kali ini, Biro Makanan & Utiliti PERDIQMA yang diketuai oleh Abdul Qayyum telah ditugaskan untuk mengetuai program memasak sepanjang Ramadhan yang akan diadakan setiap isnin hingga khamis.Untuk hari pertama ramadhan kali ini, masakan istimewa "Ayam masak kicap" selain memasak nasi secara kawah telah disiapkan secara gotong-royong dengan jayanya.

Pada waktu yang sama ketika Biro Makanan & Utiliti PERDIQMA menyediakan juadah untuk Iftar Jamie' (Bebuka puasa beramai-ramai) Biro Media & Informasi PERDIQMA pula menambahkan seri petang ramadhan dengan bacaan hadith-hadith tentang kebesaran & kelebihan Bulan Ramadhan dan dendangan lagu nasyid terbaik menerusi bilik siaraya Kolej Profesional MARA Beranang. Untuk makluman, Bacaan hadith dan dendangan lagu nasyid terbaik ini dapat didengari diseluruh kawasan kolej kediaman KPMB.

Tepat jam 7.28 malam, azan maghrib dilaungkan memberi makna waktu berbuka telah masuk untuk 1 Ramadhan 1431 Hijrah diKPMB dan seluruh daerah Hulu Langat, Selangor. Di Surau An-Nur, waktu yang ditunggu-tunggu telahpun tiba.Setelah bersolat fardu Maghrib secara berjemaah, kira-kira 100 pelajar KPMB telah bersama-sama menjamu selera yang cukup enak setelah seharian berpuasa.

Untuk makluman, majlis pada hari ini juga turut disertai oleh ketua Felo KPMB, Encik Musa Bin Mohamad Ali dan felo Encik Azrul Hafiz. Alhamdulillah, pada majlis berbuka tersebut semua pelajar dapat menjamu selera dengan baik walaupun terdapat sedikit kekurangan nasi kerana sambutan yang cukup baik dikalangan pelajar.

"...dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya; apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya." (Hadis riwayat Imam Bukhari & Muslim)

Pada sebelah malam, kemeriahan ramadhan diteruskan lagi dengan solat Fardu Isyak berjemaah dan solat sunat tarawikh sebanyak 8 rakaat diikuti Solat Sunat Witir 3 rakaat. Pada malam tersebut, selepas Solat Sunat Tarawikh turut diadakan tazkirah ringkas mengenai ramadhan oleh imam bertugas.

Selesai Solat Sunat Tarawikh & Witir, para jemaah dihidangkan dengan juadah "Moreh" yang disediakan dan program pada malam tersebut diakhiri dengan program Tadarus Ramadhan oleh pelajar-pelajar terpilih yang akan diadakan sepanjang Ramadhan ini. Kepada semua warga KPMB, anda dijemput beramai-ramai untuk memeriahkan aktiviti yang telah diaturkan oleh PERDIQMA sepanjang Ramadhan kali ini.

Daripada Abi Solih Az-Zaiyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :

"Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara. (Hadis riwayat imam Bukhari & Muslim)

SEMOGA RAMADHAN KALI INI, ALLAH SWT MENGANUGERAHKAN KITA RAMADHAN TERBAIK BUAT KITA AGAR KEMULIAAN DAN KEERKATANNYA DAPAT SAMA-SAMA KITA MILIKI. SALAM RAMADHAN KAREEM.-
Dari meja editor: www.perdiqmakpmb.blogspot.com


Mini Rehlah @ Kesuma Lakes




















............... 10 Ogos 2010, Tasik Kesuma, Beranang. Pada tarikh tersebut, Biro Dakwah & Tarbiah PERDIQMA telah bersama Biro Media & Informasi PERDIQMA telah bersinegi mengadakan "Mini rehlah" yang melibatkan kira-kira 40 peserta dari kedua-dua biro. Sepanjang program mini tersebut beberapa aktiviti riadah yang menarik telah dijalankan.

Program yang bermula kira-kira pukul 5.30 itu dimulakan dengan perjalanan dari perkarangan Surau An Nur Kolej Profesional MARA Beranang menuju ke Tasik Kesuma. Sebaik tiba, para peserta yang kebanyakannya pelajar semester 1 telah di terangkan tentang tujuan dan aktiviti yang bakal dijalankan sambil menikmati panorama yang cukup indah belatarkan bukit-bukau banjaran titiwangsa disekitar Tasik Kesuma.

Tujuan Program Mini Rehlah ini diadakan adalah untuk memberi kelainan dari segi penyampaian dakwah selain memupuk kerjasama dalam aktiviti berkumpulan dan menjalinkan uhhuwwah dikalangan ahli kedua-dua biro dengan lebih erat dan kukuh.

Program ini berakhir kira-kira jam 7.15 malam dengan perkongsian mengenai Ramadhan yang akan menjelma pada malam itu sebelum semua peserta pulang Ke Kolej Profesional MARA Beranang dengan membawa sebuah pengalaman dan kenangan yang indah terutamanya para peserta yang baru menyertai PERDIQMA.

Diharap program ini mampu memupuk sifat Atau qudwatul hasanah dikalangan peserta selain memungkinkan sebarang bentuk program atau kerjasama yang lebih baik pada masa hadapan.


11 Ogos 2010

Ramadhan Bukan Hanya Makan-Makan

Surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana yang diwajibkan kepada umat-umat sebelum kamu supaya kamu menjadi orang-orang yang bertakwa."
























Surah Al-A’raf ayat 31 yang bermaksud: "Makan dan minumlah kamu dan janganlah kalian berlebih-lebihan, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih-lebihan".

Menurut Imam Jaafar Sadiq, “Taurat diturunkan pada 6 Ramadhan, Injil pada 12 Ramadhan, Kitab Zabur pada 18 Ramadhan dan Furqan (Al-Qur’an) pada malam Lailatul Qadar!”

Ketika Imam Sadiq ditanya tentang Lailatul Qadar, beliau mengatakan: “Carilah ia pada malam ke 19, ke 21 atau ke 23.”

Tahukah anda pada bulan Ramadhan, Rasulullah saw kehilangan DUA orang yang dicintainya, Khadijah isterinya seorang mukminah dan Abu Thalib, bapa saudaranya seorang mukmin (klik sini).

Pada 19 Ramadhan 40 H, Saidina Ali bin Abi Thalib ditetak kepalanya angkara pedang seorang durjana, Abdur­ Rahman ibn Muljam, ketika beliau sedang mengimami solat subuh, dan pada 21 Ramadhannya beliau syahid.

Pada 15 Ramadhan 2 H, penghulu pemuda syurga Saidina Hasan, cucu Nabi Saw dilahirkan.

Pada 2 Ramadhan 2 H, terjadi perang Badar yang dime­nangi oleh kaum muslimin atas orang-orang kafir Quraisy, Tentera muslimin pada saat itu hanya berjumlah 313 orang sementara kafirin berjumlah 1000 orang.

Pada bulan Ramadhan 8 H, Makkah jatuh ke tangan kaum muslimin.

Jadi tentu sahaja Ramadhan bukan hanya bulan makan-makan, dan shopping.

Sumber: tehranifaisal.blogspot.com


8 Ogos 2010

YOU CRY FOR WHAT?

www.perdiqmakpmb.blogspot.com
Editor: 'Aisah Hamid

 “Dan bahawasanya DIAlah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.”(An-Najmu : 43)

Jadi, Allahlah yang telah menciptakan ketawa dan tangis, serta mencipta sebab tercetusnya tangisan.

TANGISAN YANG TERCELA DAN TERPUJI

Ada tangisan yang sangat dicela umpamanya.....


6 Ogos 2010

AKTIVITI TERBARU: BOOTH PERDIQMA

02 Ogos 2010, KPMB. pada 31 Julai- 01 Ogos, Biro Dakwah, Tarbiah & Ekonomi PERDIQMA telah membuka gerai sempena Local Fruit Fiesta yang diadakan doperkarangan dewan.Pada hari jualan,pelbagai makanan dan minuman dijual di gerai PERDIQMA. Antara jualan yang istimewa pada hari tersebut ialah "Sweet Corn" dan sarapan pagi dimana pelanggan boleh memilih sama ada ingin membeli nasi lemak atau Mee hoon dan percuma secawan teh o.

Pada sebelah malam, pihak PERDIQMA progran tersebut, gerai PERDIQMA juga turut menyajikan kelainan kepada pengunjung dengan tayangan siri-siri pilihan dari video yang sangat bermakna dan menarik antaranya "The Devine Book" & "Phase 3" menerusi skrin besar & projektor bersebelahan gerai PERDIQMA.

Sepanjang program yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar Marketing itu juga, pelbagai aktiviti diadakan antaranya tayangan, memakan buah-buahan tempatan, street soccer, gerai-gerai jualan dan lain-lain lagi.

Alhamdulillah, pada program pada kali ini booth PERDIQMA telah mendapat pulangan yang baik dan semua hasil jualan pada hari tersebut akan digunakan/sumbangkan untuk aktiviti PERDIQMA. Terima kasih diucapkan kepada semua petugas dan sukarelawan yang bekerja keras sepanjang program tersebut.


4 Ogos 2010

Ramadhan: A Spring-Board of Iman

The Prophet s.a.w delivered a Khutbah on the last day of Sya’ban saying:

“O people: You are about to enter the shadow of a great blessed month. A night therein is better than a thousand months. Allah s.w.t made fasting during this month an obligation and encouraged people to perform extra prayers, during its nights. Seeking nearness to Allah s.w.t through good deed would be considered like performing an obligatory act of worship. In turn, performance of an obligatory act of worship during this month would be rewarded 70 times more than during any other month. It is the month of patience, and the reward for patience is Jannah. It is the month of conforting others, and the month during which believers would enjoy plentifulness.

The Prophet s.a.w went on to say: “Make sure you frequently do four things, two of which would please your Lord and the other two are indispensable for your salvation in the Hereafter. As for the two things that would please your Lord, they are: testifying to the oneness of Allah s.w.t and seeking repentance. And the other two are: asking Allah the favour of entering Jannah and seeking refuge in Him from the Hell Fire.

Multiply Your Ramadan Experience!!!

Ramadan Mubarak to everyone! May Allah (سبحانه وتعالى) make this a most blessed and beneficial month for you all, and a source of taqwa and iman for the whole year, ameen!

Sources & Credit: jc-iium.blogspot.com



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...