Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara siswi, disamping menambahkan pengalaman dan ilmu pengetahuan siswi dalam segenap aspek, terutamanya isu-isu semasa. Program ini juga diharapkan dapat menanamkan unsur-unsur Islamik dalam jiwa remaja kini yang boleh membawa perubahan untuk mengatasi permasalahan sosial pelajar. Program ini telah dijalankan selama 2 hari 1 malam dalam kawasan KPM Beranang.
Sebelum malam kemuncak, setiap kumpulan juga telah diberi satu tugasan untuk memahami satu kisah srikandi Islam dan setiap kumpulan perlu membuat persembahan mengikut nama-nama srikandi islam yang telah diberi pada hari pertama program. Antara persembahan yang telah dipersembahkan oleh setiap kumpulan pada malam tersebut adalah seperti mendeklamasikan sajak, nasyid,berlakon,bercerita dan pentomen. Best sangat...... Pada majlis malam penutup tersebut turut dihadiri oleh Ustazah Hafidzah Bt Mansor, pensyarah KPMB.
Majlis telah berakhir pada malam 'Sure Soleh' dengan penyampaian sijil kepada para peserta TAMSIS. Sebagai seorang peserta yang melibatkan diri dalam program Tamsis ini mengharapkan program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
Dilaporkan oleh: NOOR SYAHIRAH HUSNA BT MD NASIR
















