Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog PERDIQMA KPMB

Islam Itu Indah

Dengar IKIM.fm Online

Dengar radio IKIM.fm secara online menerusi blog PERDIQMA

Like Facebook PERDIQMA

Sertai facebook PERDIQMA serta dapatkan info dan pengkongsian ilmu di laman fb PERDIQMA

13 Februari 2012

Episod 1: Menuju Ke Bumi Kemboja Telah Diterbitkan!!!

Episod 1: Menuju Ke Bumi Kemboja


Alhamdulillah, segala puji kepada Allah, Tuhan Sekalian Alam yang memberi kekuatan, taufiq dan hidayah Nya siri dokumentari 6 episod pejalanan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Profesional MARA Beranang (kini mantan MPP) ini berjaya dihasilkan.
 Siri dokumentari ini dirakamkan buat tatapan semua insan bergelar manusia yang mengetahui bahawa kita semua adalah bersaudara pada perspekif seorang muslim. Juga dirakamkan buat insan yang mengetahui bahawa tuntutan menjadi muslim bukan sekadar menonton dan merasa simpati di atas penderitaan saudara kita. Tetapi tuntutan sebagai umat yang bersaudara itu mestilah di zahirkan melalui tindakan.

"Dan kenangkanlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara." (Surah Aali 'Imraan, ayat 103)

"Perumpamaan orang-orang yang beriman dalam saling mencintai, menyayangi dan bertolong-tolongan di kalangan mereka umpama satu jasad, apabila sakit satu anggota jasadnya akan terasalah sekalian anggota ( yang lain sehinggakan) tidak dapat tidur malam dan demam." (Hadits riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
 
"Sebarang usaha untuk pembangunan Umat Islam Kemboja adalah langkah awal membela umat yang tertindas."
 
"Di dalam limpahan rahmat dan rezeki dari Tuhan, di sana masih ada umat yang memerlukan.".

Maaf atas segala kekurangan yang pasti ada di dalam episod ini.Terimalah dari kami, Episod Satu: Menuju ke Bumi Kemboja .
 
Terima Kasih. Assalammualaikum WKT.

Kumpulan Media PERDIQMA KPMB


7 Februari 2012

Siri Dokumentari Kemboja Terbitan PERDIQMA KPMB

Insya Allah, bermula pada 10 Februari 2012 ini, satu siri dokumentari sepanjang 6 episod akan diterbitkan di PERDIQMA YouTube Channel.

Video di bawah ini merupakan video "promo" dan luahan hati peserta Misi Kemanusiaan Kemboja anjuran Majlis Perwakilan Pelajar KPMB yang dilaksanakan pada November 2011.
Nantikan siri 6 episod dokumentari perjalanan aktiviti kemanusiaan yang dijalankan di Bumi Kemboja bermula dari 10 Februari 2012. Hanya di PERDIQMA Youtube Channel. Semoga mendapat ibrah dan manfaat.

Pengarah Program: Musfirah Binti Mohd Asri

Mantan Presiden MPP KPMB:

Makluman: Program Misi Kemanusiaan Ke Kemboja ini merupakan anjuran MPP KPMB sesi 2010-2011. Pihak PERDIQMA KPMB dengan semangat persaudaraan Islam dan ukhuwwah memberikan bantuan dari segi teknologi perisian, peralatan, kepakaran tenaga dan media yang dimiliki ahli persatuan bagi menghasilkan siri dokumentari Misi Kemanusiaan Kemboja agar misi ini memberi inspirasi dan membuka mata lebih ramai insan yang sedang lena supaya bangkit. 

"Dan kenangkanlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara." (Surah Aali 'Imraan, ayat 103)

"Perumpamaan orang-orang yang beriman dalam saling mencintai, menyayangi dan bertolong-tolongan di kalangan mereka umpama satu jasad, apabila sakit satu anggota jasadnya akan terasalah sekalian anggota ( yang lain sehinggakan) tidak dapat tidur malam dan demam." (Hadits riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Shukran kerana menonton dan membaca.


SAMBUTAN MAULIDUR RASUL




Sejarah Sambutan Maulidurrasul (s.a.w)

Makkah, merupakan Ibu kepada semua Kota (semoga Allah merahmati dan memuliakannya), merupakan penghulu bagi lain-lain kota diseluruh negara Islam didalam meraikan Maulidurrasul. Al-Azraqi, seorang ahli sejarah Makkah pada abad ke 3 - hijrah, telah menulis didalam kitabnya, Akhbar Makkah (Jilid 2,ms160) tempat-tempat yang digalakkan (mustahabb) untuk menunaikan solat di Makkah antaranya ialah rumah tempat Nabi (s.a.w) dilahirkan (Mawlid al-Nabi). Menurut beliau, rumah tersebut telah dijadikan masjid oleh ibu kepada Khalifah Musa al-Hadi dan Harun ar-Rashid.

Al-Naqqash, seorang 'ulama didalam bidang al-Quran mengatakan bahawa tempat kelahiran Nabi merupakan tempat dimana do'a diterima pada waktu tengahari setiap hari Isnin. Pendapat beliau ini tercatat didalam kitab al-Fasi, Shifa' al-gharam (Jilid 1, ms 199) dan juga kitab-kitab lain.



Keterangan Mengenai Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) yang terawal secara Beramai-ramai

Kitab Rihal, karangan Ibnu Jubayr (540-614), didalam bab Perjalanan (ms.114-115) merupakan sumber yang terawal yang menceritakan mengenai sambutan Maulidurrasul (s.a.w) secara beramai-ramai didalam suatu kelompok masyarakat.

"Tempat yang diberkati ini (rumah kelahiran Nabi [s.a.w] ) dibuka dan setiap lelaki dibenarkan untuk memasukinya untuk mendapat barakah daripadanya (mutabarrikin bihi) pada setiap hari Isnin didalam bulan Rabi'al al-Awwal kerana pada hari dan bulan terssebut, Nabi telah dilahirkan."

Ahli sejarah abad ke-7 hijrah, Abul 'Abbas al-'Azafi dan anaknya Abul Qasim al-'Azafi telah menulis didalam kitab (tidak pernah diterbitkan), ad-Durr al-Munazzam, "Mereka yang menunaikan 'ibadah haji dan mereka yang sedang melakukan pengembaraan menyaksikan bahawa tiada jual-beli ataupun sebarang perbuatan lain dilakukan pada hari Maulidurrasul di Makkah, melainkan mereka berpusu-pusu memenuhi tempat kelahiran Nabi yang diberkahi. Pada hari itu juga, Ka'bah dibuka dan orang ramai dibenarkan untuk menziarahinya."



Penulisan Ibnu Battuta Mengenai Maulidurrasul (s.a.w)

Ibnu Battuta merupakan ahli sejarah abad ke - 8 yang masyhur dan beliau telah menulis didalam kitabnya, Rihla (Jilid 1,ms.309 dan 347) bahawa pada setiap hari Jumaat, selepas solat dan pada hari kelahiran Nabi, pintu Ka'bah akan dibuka oleh ketua Banu Shayba, pemegang kunci pintu Ka'bah. Pada hari Maulidurrasul (s.a.w) juga, Qadi yang bermazhab Shafi'i (Ketua Hakim, Makkah), Najmuddin Muhammad Ibnu al-Imam Muhyiddin al-Tabari, membahagi-bahagikan makanan kepada shurafa' (keturunan Nabi [s.a.w]) dan juga kepada kesemua penduduk Makkah.



Tiga Rakaman Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) Pada abad ke - 10 Hijrah

Berikut merupakan catatan yang menguatkan lagi cerita-cerita mereka yang melihat sambutan Maulidurrasul (s.a.w). Catatan ini bersumber daripada 3 ahli sejarah abad ke -10 hijrah yang dianggap mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tiada tandingannya pada zaman tersebut, Ibnu Huhayra didalam kitabnya al-Jami' al-Latif fi Fasl Makkah wa ahliha (ms.326), al - Hafiz Ibnu Hajar al-Haytami didalam kitabnya al-Mawlid ash-Sharif al-Mu'azzam dan al-Nahrawali didalam kitabnya al-I'lam bi-a'lam Bayt Allah al-Haram (ms.205).

Pada 12hb Rabi'al al-Awwal setiap tahun selepas solat al-Maghrib keempat-empat (wakil keempat-empat mazhab) Qadi kota Makkah dan sekumpulan besar orang yang terdiri daripada para fuqaha' (ulama) dan fudala' (mereka yang utama) kota Makkah, Shaykh-shaykh, pemimpin-pemimpin zawiyah dan murid-murid mereka , para ru'asa' (hakim-hakim) dan para muta'ammamin (ulama) meninggalkan masjid dan pergi secara beramai-ramai untuk menziarahi tempat kelahiran Nabi sambil berdzikir dan membaca tahlil (LA ILAHA ILLALLAH). Rumah-rumah terletak sepanjang jalan tersebut diterangi dengan lampu-lampu dan lilin-lilin besar dan ramai daripada penghuni-penghuni rumah-rumah tersebut memenuhi jalan tersebut. Mereka semua memakai pakaian baru dan membawa anak-anak mereka bersama-sama. Setibanya ditempat kelahiran Nabi (s.a.w) doa khas pun dibacakan dan karamah-karamah yang berlaku semasa kelahiran Nabi (s.a.w) pun dibacakan. Seterusnya doa untuk Sultan, Amir Makkah dibacakan dan Qadi yang bermazhab Shafi'i dibacakan dan kesemua mereka berdoa dengan penuh merendah diri. Sebelum solat al-'Isha, rombongan tadi pun kembali ke Masjidil Haram yang dipenuhi oleh manusia dan mereka mengambil tempat dan membentu saf dikawasan Maqam Ibrahim. Di Masjidil Haram, seorang penyeru akan bertahmid (AL HAMDULILLAH) dan bertahlil dan sekali lagi berdoa untuk Sultan, Amir dan Qadi yang bermazhab Shafi'i. Seterusnya, azan untuk solat 'Isha dilaungkan. Selepas solat al-'Isha, mereka pun bersurai. Peristiwa yang serupa ini juga dirakamkan oleh al-Diyarbakri (meninggal 960) didalam kitabnya Ta'rikh al-Khamis.



Sambutan Maulidurrasul (s.a.w) di Negara-negara Islam Pada Zaman Sekarang

Pada zaman sekarang, kebanyakan orang-orang Islam dinegara-negara Islam meraikan Maulidurrasul (s.a.w). Antara negara-negara tersebut termasuklah: Mesir, Syria, Lebanon, Jordan, Palestine, Iraq, Kuwait, Emiriyah Arab Bersatu, Arab Saudi (tidak secara rasmi - penduduk menyambutnya sendiri dirumah-rumah mereka), Sudan, Yemen, Libya, Tunisia, Algeria, Maghribi, Mauritania, Djibouti, Somalia, Turkey, Pakistan, India, Sri Lanka, Iran, Afghanistan, Azerbaidjan, Uzbekistan, Turkestan, Bosnia, Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura dan kebanyakan negara Islam yang lain. Dikebanyakan negara Arab Maulidurrasul (s.a.w) merupakan hari cuti umum. Kesemua negara-negara ini Wahai Ummah, meraikan hari tersebut. Namun begitu kenapa masih lagi ada segelintir dari kalangan kita yang mengatakan ianya haram? Siapakah mereka ini untuk dibandingkan dengan para huffaz (ahli hadith) dan ' Ulama Ummah seperti Abu Shama, 'Asqalani, Suyuti, Sakhawi, Haytami, Shawkani dan al-Qari yang mana mereka semua mengatakan bahawa sambutan Maulidurrasul (s.a.w) merupakan suatu perbuatan yang terpuji?Mengapakah mereka yang menggelarkan diri mereka Salafi ini mengharamkan sesuatu perkara yang mana Ibnu Taimiyyah (antara ulama yang begitu tegas) sendiri, membenarkannya? Ibnu al-Jawzi dan Ibnu Kathir pula menggalakkannya dan masing-masing-masing mereka menulis kitab Maulid yang mengandungi syair dan rangkap-rangkap daripada Sira



8-2 Pendapat Ibnu Taimiyyah Mengenai Majlis Dzikir [Ibnu Taimiyyah's Opinion on the Meetings of Dhikr]

Berikut merupakan pendapat Ibnu Taimiyyah mengenai majlis dzikir. Ianya boleh didapati didalam kitab Majmu 'at fatawa Ibnu Taimiyyah edisi King Khalid ibn 'Abd al-Aziz. Ibnu Taimiyyah telah ditanya mengenai pendapat beliau mengenai perbuatan berkumpul beramai-ramai berdzikir, membaca al-Quran berdoa sambil menanggalkan serban dan menangis sedangkan niat mereka bukanlah kerana riak ataupun menunjuk-nunjuk tetapi hanyalah kerana hendak mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Adakah perbuatan-perbuatan ini boleh diterima? Beliau menjawab,"Segala puji hanya bagi Allah, perbuatan-perbuatan itu semuanya adalah baik dan merupakan suruhan didalam Shari'a (mustahabb) untuk berkumpul dan membaca al-Quran dan berdzikir serta berdoa."



8-3 Ibnu Kathir Memuji-muji Malam Maulidurrasul (s.a.w)

Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani telah menulis didalam kitabnya, 'Al-Durar al-Kamina fi 'ayn al-Mi'at al-thamina' bahawa Ibnu Kathir, seorang Muhaddith dan merupakan pengikut Ibnu Taimiyyah, telah menulis sebuah kitab yang bertajuk Mawlid Rasul Allah di penghjung hidupnya dan kitab ini telah tersebar dengan meluas dan keserata tempat. Didalam kitab ini. (disunting dan diterbitkan pada tahun 1961) Ibnu Kathir membenarkan dan menggalakkan sambutan Maulid dan didalam ms 19 beliau telah menulis," Malam kelahiran Nabi (s.a.w) merupakan malam yang mulia, utama, dan malam yang diberkahi dan malam yang suci, malam yang menggembirakan bagi kaum Mukmin , malam yang bercahaya-cahaya, terang benderang dan bersinar-sinar dan malam yang tidak ternilai."



8-4 Fatwa 'Asqalani dan Suyuti Mengenai Sambutan Maulidurrasul ['Asqalani and Suyuti's Fatwas on the Permissibility of Maulid]

Jalaludin al-Suyuti telah menulis didalam kitab beliau, "Hawi li al-Fatawa", Sheikhul Islam dan Imam Hadith pada zamannya, Ahmad ibn Hajar ('Asqalani) telah ditanya mengenai perbuatan menyambut Maulidurrasul (s.a.w) dan beliau telah memberi jawapan secara bertulis:

Adapun perbuatan menyambut Maulidurrasul (s.a.w.) merupakan bida'ah yang tidak pernah diriwayatkan oleh para Salafussoleh pada 300 tahun pertama selepas hijrah. Walaubagaimanapun, ianya penuh dengan kebaikan dan perkara-perkara yang terpuji dan kadangkala ianya dicacatkan oleh perbuatan-perbuatan yang tidak sepatutnya. Jika sambutan Maulidurrasul itu terpelihara dari perkara-perkara yang melanggar shari'a maka ianya tergolong didalam perbuatan bida'ah hasanah tetapi jika sambutan tersebut terselit perkara-perkara yang melanggar shari'ah maka ianya tidak tergolong didalam bida'ah hasanah.

Untuk menjadi dalil bagi sambutan Maulidurrasul (s.a.w), hadith dibawah ini boleh digunakan, ianya merupakan hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim . Semasa Nabi berada di Madinah, beliau mendapati bahawa kaum Yahudi berpuasa pada hari kesepuluh Muharranm ('Ashura) dan baginda (s.a.w) bertanya akan perbuatan mereka, kata mereka, mereka berpuasa kerana pada hari tersebut, Nabi Musa telah diselamatkan dan Firaun telah ditenggelamkan. Kami berpuasa untuk menyatakan kesyukuran kami. Perkara ini menjadi dalil bagi kita untuk menyatakan kesukuran kita kerana Dia telah merahmati hari tersebut dan menjauhkan bala, seseorang sepatutnya bersyukur akan datangnya hari tersebut pada setiap tahun, bersyur melalui berbagai jenis 'ibadahseperti solat, memberi sedekah, membaca Quran …… JUSTERU ITU RAHMAT APAKAH YANG LEBIH BESAR DARIPADA KELAHIRAN NABI, RASUL YANG MENJADI RAHMAT PADA HARI INI?SUDAH SEPATUTNYA HARI KELAHIRAN BAGINDA DISAMBUT DAN DIBESARKAN APABILA TIBA HARI TERSEBUT, JIKA KITA MENGAMBIL DALIL HADITH YANG TERSEBUT DIATAS. TETAPI ADA JUGA MEREKA YANG MENYAMBUT KELAHIRAN BAGINDA (S.A.W) TANPA MENGIRA BATAS WAKTU PADA MANA-MANA BULAN ATAUPUN ADA YANG MENYAMBUTNYA SEPANJANG TAHUN. ITU TIDAK MENGAPA.


5 Februari 2012

NABI MUHAMMAD RINDU PADA KITA(UMAT AKHIR ZAMAN)

Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta.

Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahwa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.

Adakah kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap hari? Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi? Fikir-fikirkan.
Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa baginda amat merindui kita; umat akhir zaman.
..................................................
Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.

Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.Wajahnya yang tenang berubah warna."Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.
Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.

Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu,walaupun langit telah mulai menguning,burung-burung gurun engan mengepakkan sayap. pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan khutbah," Wahai umatku,kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya.." "kuwariskan dua perkara pada kalian, Al-Quran dan Sunnahku.."."Barang siapa mencintai sunnahku,bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku akan masuk syurga bersama-sama aku..". Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan tangisan dan sebak di dada,Usman menghela nafas panjang, ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya telah tiba"Rasulullah akan meniggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat. ali dan Fadhal cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu seluruh sahabat yang hadir disana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya,Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba diluar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?",tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,"maaflah ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup daun pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,"siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"tutur Fatimah lembut. Lalu Rasulullah menatap wajah puterinya itu denganpandangan yang menggertakan, seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. Ketahuilah,dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut, "kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiti, tapi Rasulullah menanyakan kenapa jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebenarnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini." Jibril,jelaskan apa hakku nanti dihadapan Allah?"Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah. "pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu,semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,"kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lga matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khuwatir wahai Rasul Allah,aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:'kuharamkan syurga bagi siapa saja,kecuali umat Muhammad talah berada di dalamnya',"kata jibril. Detik-detik semakin dekat saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik,nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh,urat-urat lehernya menegang. "Jibril betapa sakitnya sakaratul maut ini," perlahan Rasulullah mengaduh. Jibril memalingkan muka." Jijikkan kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar whayu itu."siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik kerana sakit yang tidak tertahankan lagi."Ya Allah!! Dahsyat nian maut ini,timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku,jangan pada umatku"Ali mendekatkan telinganya kepada Rasulullah,"Uushiikum bis shalati,wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu." begitulah pesan Rasulullah kepada semua umat-Nya. Diakhir kata-kata sebelum baginda Rasulullah menghebuskan nafas terakir ialah "Ummatii....Ummatii...Ummatii"..

Allahumma sholli' ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaih...Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Bagaimana pula rasa cinta kita kepada Rasulullah?????



2 Februari 2012

MU`TAMAR PERDIQMA KALI KE-2



Pada hari Rabu bersamaan 8 Rabiulawal 1433 yang lalu PERDIQMA telah mengadakan perjumpaan di LT 2. Semua ahli-ahli baru dan lama yang terdiri dari Biro Dakwah, Ta'mir, Makanan, Media dan Keceriaan turut hadir pada malam tersebut. PERDIQMA juga telah menjemput mantan presiden PERDIQMA dan Presiden ALUMNAI PERDIQMA sebagai tetamu jemputan. Majlis MU''TAMAR bermula pada jam 9.29 malam. Majlis bermula dengan ucapan pembukaan oleh pengacara majlis iaitu Saudara Nurdin Haikal Bin Abdul latiff. Tema MU`TAMAR pada sesi ini ialah "Rapuh Iman Runtuh Perpaduan".

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Mantan Presiden iaitu Saudara Aizudin B. Jamalan. Dalam ucapannya beliau telah memberikan kata-kata semangat serta menyuntik inspirasi kepada ahli-ahli baru dan lama, serta beberapa pesanan. Antara pesanannya ialah "dalam dunia ini ada pelbagai emas. Ada pisang emas, kasut emas, bola emas dan banyak lagi. Apabila menyebut tentang emas, kita tahu bahawa emas itu berharga. Dalam hidup kita ada 5 perkara yang dapat dikelaskan sebagai emas iaitu masa, usia, harta, kesihatan, dan kesenangan". Tambahan beliau lagi, "kita sekarang berada di dalam usia emas, sebelum menjadi warga emas maka hargailah usia emas anda yang berharga".


Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Presiden ALUMNAI iaitu saudara Ikhwan Hadid Bin Mesari. Dalam ucapannya beliau berkongsi sedikit sebanyak pengalaman beliau tentang perbezaan Ahli perdiqma dahulu dan sekarang. Beliau juga meluahkan rasa syukur kerana PERDIQMA pada masa kini dikatakan lebih besar jumlahnya berbanding sebelumnya.Di samping menyampaikan pengalaman yang pernah dilalui, beliau juga menerangkan apa itu ALUMNAI PERDIQMA. ALUMNAI ditubuhkan untuk mengumpul ahli-ahli perdiqma yang telah bergraduasi dan membantu PERDIQMA di KPMB agar tabah dan cekal dalam menyampaikan dakwah Islamiah. Dalam ucapannya lagi, beliau menambah bahawa manusia sekarang sanggup berjalan 30 minit ke Kolej dan Universiti. Tapi berapa ramai yang sanggup meluangkan masa 30 minit ke surau atau ke masjid ? itulah pentingnya dakwah dalam sesebuah masyarakat. Beliau juga mengingatkan kembali penciptaan manusia dimuka bumi ALLAH ini sebagai Khalifah dan mengabdikan diri kepada ALLAH S.W.T. Diakhir pengucapan beliau mengingatkan ahli-ahli PERDIQMA 3 perkara iaitu 1.pastikan niat sertai PERDIQMA, 2. sanggup bekorban dan bertanggungjawab sebagai pelajar, anak, dan seorang hamba dan yang ke 3.Yakin dengan ALLAH.

ANTARA PESANAN DARI ALUMNI:





Akhir sekali ialah ucapan dari Presiden PERDIQMA iaitu saudara Danial Ifran Bin Khairudin. Dalam ucapannya, beliau berpesan "takwakan diri kita dengan sebenar-benar takwa. Beliau menegaskan lagi bahawa kita sekarang lalai dengan suasana
dunia. Kita tidak merasai getaran di dalam hati apabila menyebut nama ALLAH. Kita leka dan hal keduniaan menjadi bualan kita. Saudara Danial Ifran menjelaskan objektif MU`TAMAR adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara AJK dan ahli PERDIQMA serta menyatukan hati PERDIQMA. Beliau menambah ucapannya mengenai kepentingan dakwah sebagai tulang belakang kepada negara kerana dakwahlah wujudnya agama dan ingatlah jika kita meninggalkan dakwah akan didatangkan kepada kita malapetaka.

Antara gambar sewaktu majlis berlangsung:



























Untuk itu kepada sahabat seperjuangan PERDIQMA semoga kita mengambil iktibar dan teladan sepanjang majlis ini berlangsung. wallahuallam.


26 Januari 2012

Persoalan Makhluk Sebelum Adam dan Dinosaur

Penciptaan Adam
Setelah Allah SWT. menciptakan bumi, langit, dan malaikat, Allah berkehendak untuk menciptakan makhluk lain yang nantinya akan dipercaya menghuni, mengisi, serta memelihara bumi tempat tinggalnya. Saat Allah memberitahu para malaikat akan kehendak-Nya untuk menciptakan manusia, mereka khuatir makhluk tersebut nantinya akan membangkang terhadap ketentuan-Nya dan melakukan kerusakan di muka bumi. Berkatalah para malaikat kepada Allah:

“Mengapa engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?"                                                                                                                       (Al-Baqarah : 30)

Allah kemudian berfirman untuk menghilangkan keraguan para malaikat-Nya:
“Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
                                                                                                        (Al-Baqarah : 30)

Lalu diciptakanlah Adam oleh Allah dari segumpal tanah liat yang kering dan lumpur hitam yang dibentuk sedemikian rupa. Setelah disempurnakan bentuknya, maka ditiupkanlah roh ke dalamnya sehingga ia dapat bergerak dan menjadi manusia yang sempurna. Awalnya Nabi Adam a.s. ditempatkan di syurga, tetapi terkena tipu daya iblis kemudian diturunkan ke bumi bersama istrinya kerana mengingkari ketentuan Allah.

Adam diturunkan dibumi bukan kerana mengingkari ketentuan, melainkan dari sejak akan diciptakan, Allah sudah menunjuk Adam sebagai khalifah di muka bumi. jadi meskipun tidak melanggar ketentuan (Allah) adam akan tetap diturunkan kebumi sebagai khalifah pertama.

Adam merupakan nabi dan juga manusia pertama yang bergelar khalifah Allah yang dimuliakan dan ditinggikan derajatnya. Ia diutus untuk memperingatkan anak cucunya agar menyembah Allah. Di antara sekian banyak anak cucunya, ada yang taat dan ada pula yang membangkang.

Persoalan Makhluk Sebelum Adam

Menurut syariat Islam, manusia tidak diciptakan dibumi, tapi manusia dijadikan khalifah (pengganti/penerus) di bumi, sebagai makhluk pengganti yang tentunya ada makhluk lain yang di ganti, dengan kata lain adalah Adam 'bukanlah Makhluk Pertama' dibumi, tetapi ia adalah 'Manusia Pertama' alam ajaran Agama Samawi, dan Allah tidak mengatakan untuk mengganti manusia sebelumnya, tapi pengganti makhluk yang telah membuat kerusakan dan menumpahkan darah dibumi.

Sebelum kehadiran manusia telah banyak umat yang terdiri malaikat, jin, haiwan, tumbuhan dan sebagainya, kerana dalam Al-Qur'an ciptaan Allah disebut juga dengan kata umat. Sesuai dengan salah satu surah Al An'aam 32, yang berbunyi:

“Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat (juga) seperti kamu. Tiadalah Kami alpakan sesuatupun
dalam Al-Kitab, kemudian kepada Tuhanlah mereka dihimpunkan.”
                                                                                                                                         (Al An'aam : 32)

 Arkeologi
Dari ayat Al-Baqarah 30, banyak mengundang pertanyaan, siapakah makhluk yang berbuat kerosakan yang dimaksud oleh malaikat pada ayat di atas. Dalam kajian Arkeologi, berdasarkan fosil yang ditemukan, memang ada makhluk lain sebelum manusia. Mereka nyaris seperti manusia, tetapi memilki karakteristik yang sangat primitif dan tidak berbudaya.

Volume otak mereka lebih kecil dari manusia, oleh kerana itu, kemampuan mereka berbicara
sangat terbatas karena tidak banyak suara vowel yang mampu mereka bunyikan. Kelompok makhluk ini kemudian dinamakan oleh para arkeolog sebagai Neanderthal.

Sebagai contoh Pithecanthropus Erectus memiliki volume otak sekitar 900 cc, sementara Homo sapiens memiliki volume otak diatas 1000 cc (otak kera maksimal sebesar 600 cc). Maka dari itu boleh diambil kesimpulan bahwa semenjak 20,000 tahun yang lalu, telah ada susuk makhluk yang memiliki kemampuan akal yang mendekati kemampuan berfikir manusia pada zaman sebelum kedatangan Adam.

Penafsir Al-Qur'an dan Hadis

Surah Al Hijr ayat 27 menjelaskan tentang makhluk sebelum manusia adalah bangsa Jin:
“Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.”

(Al Hijr : 27)

Mengenai penciptaan Adam sebagai khalifah di muka bumi diungkapkan dalam Al-Qur'an:

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat:

“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan),  padahal Kami senantiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?”

Allah berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.”        (Al-Baqarah : 30)

Nama makhluk yang diungkapkan para ahli arkeologi diatas kemudian dikaitkan pada pendapat para ahli mufassirin. Salah satu diantaranya adalah Ibnu Jazir, dalam kitab tafsir Ibnu Katsir mengatakan:

"Yang dimaksud dengan makhluk sebelum Adam diciptakan adalah Al-Jan yang suka berbuat kerosakan."

Menurut salah seorang perawi hadis yang bernama Thawus al-Yamani, salah satu penghuni sekaligus penguasa/pemimpin di muka bumi adalah dari golongan jin. Ada juga yang mengatakan bahwa telah ada 3 umat yang utama sebelum Adam. Dua diantaranya dari bangsa jin, sedangkan kaum yang ketiga adalah dari golongan yang berbeza dari jin, kerana mereka ini berdarah dan berdaging.

Persoalan Makhluk Dinosaur

Kalau benar dinosaur wujud, kenapa fosilnya hanya dijumpai di sesetengah tempat? contohnya, negara-negara eropah? kenapa fosil-fosil itu sahaja yang bertahan? kenapa yang lain semua dah jadi petroleum? Banyak kemuyskilan mengenai kewujudan dinosaur. Haiwan prasejarah mungkin wujud, namun dinosaur belum tentu.

Semasa beberapa orang sahabat ke Petrosains, penjelasan mengapa ada dinasour yang
menjadi petroleum atau bahan mentah kepada kita sekarang ialah kerana dinasour itu mendiami kawasan-kawasan tanah rendah. Apabila tanah rendah itu mula ditenggelami air, bangkai/tulang dinasour ini telah menjadi mendap. Tekanan yang disebabkan oleh paras air yang tinggi menyebabkan tulang/fosil dinasour ini menjadi petroleum.

Secara umumnya, ramai orang mengetahui tentang dinosaur pengikut fakta-fakta yang dijelaskan oleh sains dan bukti-bukti fosil yang telah dijumpai. Tetapi adakah terdapat cerita tentang dinosaur ini di dalam Al-Quran ataupun kitab-kitab suci yang lain? Dari penjelasan dalam islam, tidak banyak yang kita ketahui tentang dinosaur ini. Adakah ia hidup sebelum zaman Nabi  Adam a.s. atau ia hidup semasa zaman nabi tersebut? Inilah kemusykilan yang kerap kali bermain dikalangan ahli sains moden.
Dinosaur Hidup Sebelum Zaman Nabi Adam

“Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat (juga) seperti kamu. Tiadalah Kami alpakan sesuatupun dalam Al-Kitab, kemudian kepada Tuhanlah mereka dihimpunkan.”
                                                                               (Al An'aam : 32)


Haiwan prasejarah diyakini wujud seperti persoalan bagaimana malaikat tahu bahawa hamba Allah yang bakal dicipta nanti (Adam dan keturunannya) akan membuat ‘kerosakan’ dan ‘menumpah darah’ (berperang). Ini membuktikan sudah ada kehidupan makhluk lain sebelum manusia yang telah diturunkan syariat Islam. Cuma bezanya makhluk sebelum Adam berbeza dari segi jasad dan kemampuan intelektual.

Jika difikirkan secara logik akal, adalah mustahil untuk manusia hidup bersama-sama dinosaur
yang telah menghuni di muka bumi ini selama berjuta-juta tahun. Kalau dikaitkan dengan sejarah manusia yang telah tercatat di dalam Al-Quran dan juga melalui kajian saintifik manusia, manusia tidak mungkin dapat hidup pada zaman dinosaur. Mana mungkin manusia dapat bercucuk tanam seperti yang dilakukan oleh Anak Nabi Adam, Qabil dan mengembala binatang ternak oleh Habil.
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak  menjadikan seorang khalifah di bumi”.          
                                                                               (Al-Baqarah : 30)

Seperti yang tertulis di dalam al-Quran, Allah telah menciptakan bumi dengan kefungsian yang lengkap termasuklah berbagai jenis binatang dan Nabi Adam diciptakan selepas penciptaan bumi.
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.”                                                                                                     (Al-Baqarah : 164)

Dia menciptakan langit tanpa tiang yang kamu melihatnya dan Dia meletakkan gunung-gunung di bumi (permukaan) supaya bumi itu tidak menggoyangkan kamu; dan memperkembang-biakkan padanya segala macam jenis binatang. Dan Kami turunkan air  hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan padanya segala macam tumbuh-tumbuhan yang baik.”    (Luqman : 10).

Ayat-ayat tersebut menunjukkan bahawa setelah penciptaan bumi, juga dikembangbiakkan binatang-binatang. dan ini seharusnya adalah binatang-binatang prasejarah dan juga binatang- binatang yang kita lihat saat ini.

Hidup Semasa Zaman Nabi Adam

Ada sesetengah pendapat mengatakan dinosaur itu ibarat ayam, itik dan haiwan biasa bagi Nabi Adam sebab Nabi Adam diriwayatkan sebagai bertubuh sangat besar dan tinggi.

“Dialah yang menciptakan langit dan bumi; Ia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi binatang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkan-Nya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (Zat-Nya, sifat-sifat-Nya dan pentadbiran)-Nya, dan Dia Maha Mendengar, Maha Melihat.”  (Asy-Syura : 11)

Menurut hadis Muhammad yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Adam memiliki postur badan dengan ketinggian 60 hasta. Hadits mengenai ini pula ditemukan dalam riwayat Imam Muslim dan Imam Ahmad, namun dalam sanad yang berbeza.”

“Hadis Abu Hurairah r.a katanya: “Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

Allah telah menjadikan Nabi Adam setinggi enam puluh hasta. Setelah menciptakannya Allah berfirman: Pergi dan berikan salam kepada kumpulan itu. Mereka adalah sekumpulan Malaikat yang sedang duduk, maka dengarlah jawapan mereka kepadamu kerana salam itu adalah salam penghormatan untukmu dan keturunanmu. Maka Nabi Adam pergi dan mengucapkan: السَّÙ„َامُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ Mereka menjawab: السَّÙ„َامُ عَÙ„َÙŠْÙƒَ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللَّÙ‡ِ Mereka menambahkan ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللَّÙ‡ِ Maka rupa bentuk setiap manusia yang akan memasuki Syurga adalah seperti Nabi Adam. Ketinggiannya enam puluh hasta. Setelah Nabi Adam, rupa bentuk (ketinggian) manusia terus berkurang hingga sekarang.”

Sedangkan mengikut kajian saintifik yang telah di lakukan, mamalia seperti binatang ternak yang diternak oleh Habil seperti kambing tidak wujud lagi dan pokok-pokok yang hidup di zaman dinosaur tidak mungkin digunakan sebagai bercucuk tanam. Juga cerita tentang Qabil yang membunuh Habil, dan pada masa itu Qabil telah di tunjukkan oleh Allah SWT bagaimana burung gagak menanam burung gagak yang lain.

Jadi persoalannya di sini, wujudkah burung gagak di zaman dinosaur? Burung gagak sepatutnya hanya wujud semasa wujudnya mamalia-mamalia yang lain. Adakah yang dimaksudkan dengan burung gagak itu adalah sebetul-betulnya gagak kini? Atau adakah ia burung dari jenis zaman dinosaur juga yang menyerupai seekor gagak? Sedikit sebanyak memang dinosaur itu wujud kerana kita sudah melihat bukti fosil dan kajian saintifik dari segi sains. Tetapi kemusykilan tentang dinosaur dalam Islam masih banyak yang belum kita ketahui terutamanya dari segi kehidupan manusia pertama iaitu sejak zaman Nabi Adam a.s.

Kesimpulan

Dinosaur tidak disebut di dalam al-Quran secara tepat bukan bererti tidak penting tetapi itu adalah anugerah Allah untuk manusia supaya manusia mencari dan mengkaji masa lalu dan apa hubungannya degan kehidupan sekarang dan juga untuk masa depan . Bukankah itu salah satu tujuan Allah menciptakan manusia sebagai khalifah di muka bumi .


20 Januari 2012

Pengambilan Ahli Baru PERDIQMA

pada hari khamis bersamaan 19 januari 2012,PERDIQMA telah mengadakan pengambilan ahli baru bersama pelajar semester 1 dan ahli-ahli lama. Majlis dipengerusikan oleh saudara zaim rashdan dan majlis dimulakan selepas maghrib. Tujuan majlis ini adalah bagi memperkenalkan persatuan dakwah yang dijalankan di KPM Beranang kepada semester satu seterusnya menggalakkan pelajar baru untuk menyertai dan menyumbang demi Allah.
Ucapan dari presiden perdiqma:Daniel Ifran

Seperti biasa,majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara kamal afiq dan kemudian ucapan sedikit sebanyak oleh presiden PERDIQMA saudara Danial Ifran dan mendefinisikan PERDIQMA. majlis diteruskan dengan pengenalan setiap biro dan didahului dengan biro Ta'mir yang disampaikan oleh ketua biro ta'mir saudara Bukhari. seterusnya penerangan tentang biro keceriaan oleh saudari Alfishah dan biro media disampaikan oleh Azmil Ulya. Saudara Kamal Afiq selaku ketua biro makanan menerangkan sedikit sebanyak tentang biro makanan dan akhir sekali oleh saudara nurdin haikal menerangkan tentang biro dakwah dan tarbiyyah. tepat jam 9.00 kami menunaikan solat fardhu isya'.
antara pelajar semester 1 yang hadir

Sesudah menunaikan solat fardhu isya',pengambilan ahli baru dimulakan dengan mengadakan perjumpaan bersama ketua biro. Alhamdulillah, ramai yang menyertai. seramai 8 orang ahli baru dalam biro ta'mir, 9 orang di biro media, 20 orang dibiro keceriaan,dan 11 orang di biro dakwah. biro makanan begitu ramai sehinggakan tidak sempat untuk dikira. Alhamdulillah,semoga dengan penertaan ahli baru dapat kita kongsikan segalanya untuk merubah keadaan dengan lebih baik. Selamat datang kepada ahli-ahli baru dan anggaplah ini adalah keluarga baru anda semua. Syukran.


12 Januari 2012

Tip Menghilangkan Rasa Gugup Ketika Berucap Di Khalayak Ramai



  1. Perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah membuat persediaan rapi sebelum berucap. Sebaik mana pun berucap, anda perlu mengetahui dengan tepat apakah yang diucapkan. Ini penting supaya ucapan anda mencapai objektif dan tidak tersasar atau menyimpang.
  2. Anda juga perlu datang awal sebelum sesi ucapan anda, sekurang-kurangnya 15 minit sebelum majlis bermula.
  3. Tarik nafas sekiranya rasa gugup kerana ia mampu membantu anda menenangkan diri.
  4. Pastikan anda sudah menguasai tajuk perbahasan dan sudah menghafal beberapa isi penting bagi mengelakkan anda terlupa.
  5. Perlu ada mukadimah yang sesuai yang tidak terlalu panjang dan terlalu pendek. Bergantung kepada masa yang diberikan. Mukadimah 15 peratus, isi 70 peratus dan penutup 15 peratus. Ini akan memudahkan pendengar untuk mengikuti perjalanan ucapan anda dari awal sehingga penutup
  6. Intonasi suara perlu diberi perhatian terutama untuk debat dan syarahan bagi menekankan isi penting. Jika anda ingin penonton memberi perhatian kepada isi yang disampaikan, perlu ada penekanan suara iaitu tinggi dan rendah.
  7. Kenal pasti sasaran khalayak kita dan apakah keperluan mereka mendengar isi ucapan kita. Buat rujukan atau kaji selidik terhadap kelompok penonton atau pendengar yang akan mendengar ucapan kita.
  8. Buat latihan dengan menggunakan rangka isi dan cuba praktikkan di hadapan cermin. Pengucap yang baik tidak akan melihat dan membaca petikan teks. Walau bagaimanapun, jika anda masih baru, pastikan anda ada kad kecil sebagai catatan rangka isi untuk berucap.
  9. Fokus ucapan anda bukan pada kelemahan anda. Contohnya sekiranya anda mempunyai suara yang kuat yang boleh mengawal pendengar, gunakan sebagai kelebihan dalam ucapan anda.
  10. Ada juga pemidato yang menggunakan ciri-ciri fizikal yang ada pada mereka untuk menarik perhatian khalayak.
  11. Berucaplah dengan fikiran dan emosi yang positif.
  12. Pastikan sebelum anda berucap emosi anda berada dalam keadaan positif.
  13. Pandangan pertama (first impression) penting untuk anda memulakan ucapan yang baik.
  14. Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai dengan keadaan majlis dan mulakan dengan senyuman.
  15. Nyatakan objektif yang jelas apa isi ucapan anda kemudian barulah dikembangkan dengan isi serta bahagian penutup.
  16. Apabila ada rasa debaran maka jangan berlawan dengan perasaan anda.
  17. Pandangan mata (eye-contact) juga penting dalam ucapan bagi memastikan pendengar berasakan anda bersama mereka sepanjang ucapan anda.



4 Januari 2012

Jahiliyyah Moden

Jahiliyyah bermaksud "sesat atau jahil". Asalnya ia dimaksudkan kepada masyarakat jahiliyyah di semenanjung Tanah Arab yang hidup 1500 tahun dahulu sebelum kebangkitan Rasulullah S.A.W iaitu masyarakat yang mundur dari segi pembangunan, akhlak dan sosial ditambah pula dengan sikap keangkuhan, kesombongan dan kebodohan dari segi ilmu pengetahuan.


Dengan ketiadaan Nabi dan kitab suci yang boleh dijadikan petunjuk, mereka menjadi sesat, jauh daripada jalan kebenaran dan tiada sistem hidup yang menjamin kebahagian. Inilah asal bentuk masyarakat jahiliyyah. Jelasnya setiap tindakan yang berupa pandangan, perbuatan, pemikiran dan sikap yang menentang Islam termasuk dalam kategori jahiliyyah.




Meskipun generasi jahiliyyah itu telah berakhir ditelan zaman, namun sikap dan perwatakan jahiliyyah bentuk baru masih wujud hingga ke hari ini. Ditengah-tengah kehidupan dunia yang pesat membangun, masih terdapat manusia yang berperilaku jahiliyyah di sudut sikap, emosi, minda dan tindakan.


Kaum jahiliyyah dahulu terkenal dengan budaya hidup yang menjijikkan dan tiada pedoman. Hanya akal dan nafsu dijadikan rujukan. Lalu lahirlah masyarakat yang bergelumang dengan segala bentuk kemunkaran dan penindasan. Anak-anak perempuan dubunuh, pelacuran dan perzinaan menjadi budaya, pergaduhan dan peperangan menjadi cara untuk mencapai matlamat hidup, yang berkuasa menindas, yang lemah diperhambakan dan ditindas, tiada keadilan dan pembelaan ditegakkan, tiada sistem hidup yang dapat membentuk keharmonian dan kedamaian, sihir dan khurafat menjadi amalan. Inilah antara identity masyarakat jahiliyyah dahulu akibat meninggalkan ajaran dan panduan hidup Nabi terdahulu. Hakikat ini dijelaskan oleh Allah dalam surah Yasin ayat 6:


" Supaya engkau memberi peringatan kepada kaum nenrk moyang mereka telah lama tidak diberikan peringatan, sebab itulah mereka lalai".


Dari ayat ini dapatlah difahami bahawa mereka wajar menjadi begitu rosak dan sesat kerana lama tidak didatangi peringatan dan pedoman utusan Allah kepada sesuatu kaum. Bagaimana pula dengan perlakuan dan sikap jahiliyyah hari ini? Mereka hidup selepas kedatangan Islam dan Rasulullah S.A.W, dibekalkan dengan syariat Islam dan sentiasa dipandu dengan pengajaran Al-Quran dan hadith Rasulullah S.A.W di setiap aspek kehidupan. Namun masih kekal dengan watak-watak dan sikap-sikap yang menjijikkan seperti kaum jahiliyyah zaman dahulu.


Saban hari kita diperlihatkan dengan pelbagai perlakuan jahiliyyah moden yang mewarnai masyarakat kita hari ini. Suatu ketika dahulu kita dikejutkan dengan berita seorang ibu muda menjerut dua anak lelakinya dengan wayar sterika kerana kecewa dengan hidup, seorang isteri menyimbah asid di muka suaminya akibat cemburu buta hingga membawa kepada perceraian, pelajar-pelajar tingkatan dua dan tiga di sebuah sekolah terlibat jenayah seperti perlakuan seks bebas, memeras ugut pelajar, ponteng sekolah dan minum arak. Selanjutnya isu mat rempit yang tidak berkesudahan.


Begitu juga terdapat seorang anak yang menetak kepala ibunya sehingga mati, kelahiran ramai anak luar nikah dibuang ke dalam tong sampah, di masjid-masjid dan ditinggalkan di perhentian bas. Begitu juga paparan kisah seorang anak kecil telah didera, ditampar, disepak dan dipijak sehingga mati. tidakkah semua ini perlakuan-perlakuan jahiliyyah yang ternyata lebih parah dan lebih hina daripada perlakuan jahiliyyah umat arab sebelum kedatangan Rasulullah S.A.W?.


Marilah kita merenung kembali ke dalam diri kita mengapakah sampai begini hancur masyarakat kita hari ini?. Layakkah kita mengaku sebagai kaum muslimin dan umat Muhammad dengan situasi dan gaya hidup yang sebegini?. Wajarkah kepincangan dan kecelaruan ini kita biarkan sehingga ia menjadi tradisi yang akan diwarisi oleh anak cucu kita nanti?. Sebagai seorang yang beriman, kita pasti tidak akan senang dan tenang dengan bayangan ngeri ini.


Kita perlu akur bahawa perlakuan jahiliyyah moden dengan pelbagai bentuk ini adalah hasil keengganan kita menerima Islam sebagai panduan kehidupan. Sebahagian masyarakat kita hari ini semakin jauh dari kefahaman agama apatahlagi untuk mengamalkannya. Ilmu syariat tidak dipelajari, iman tidak dipupuk ke dalam diri, hidup hanya memburu kepuasan nafsu dan keperluan duniawi. Sepanjang hari, hanya sibuk mengurus dunia yang sementara, sedangkan kematian dan kehidupan akhirat yang pasti itu kita baikan tanpa sebarang persiapan yang menjamin kebahagiaan. Inilah identity masyarakat kita hari ini. Jiwa yang sarat dengan cinta dunia dan kosong iman ini sebenarnya terlalu rapuh, lalu mudah tewas dengan hasutan syaitan yang sentiasa mengheret manusia ke lembah kebinasaan.






Justeru, marilah kita kembali menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan hidup. Iman dan Islam hendaklah dihayati dan diamalkan. Kita hendaklah mulakan langkah-langkah baru ke arah cara hidup Islam yang nyata membawa kebahagiaan. Antara langkah-langkah yang perlu diambil bagi membendung gejala perlakuan jahiliyyah dalam masyarakat kita adalah;


Pertama : Ibubapa dan guru hendaklah berperanan sebagai pencorak halatuju anak-anak. Didiklah anak-anak kita dengan ilmu agama sebagai asas yang membentuk jati diri mereka. Pastikan anak kita mampu mendirikan solat dan menjaga batasan syariat di samping memburu kecemerlangan akademik dan pelajaran. Asuhlah mereka dengan budi pekerti mulia. Ingatlah setiap anak yang membesar dengan akhlak yang buruk, kitalah yang akan dipertanggungjawabkan di atas kegagalan ini. Dalam sebuah hadith daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:


"Setiap anak lahir dalam keadaan fitrah (suci dan bersih) maka kedua ibubapanyalah yang menjadikannya berperangai dengan perangai Yahudi, Nasrani atau Majusi".


Kedua : Kembali menjadi masyarakat yang peka dengan persekitaran dan saling ingat-mengingatkan. Umat Islam sewajarnya sedar hakikat ini. Kehilangan cirri-ciri ini menyebabkan kita bagaikan hidup bersendirian walaupun hidup di tengah-tengah manusia yang ramai. Tiada perpaduan dan hubungan ukhuwwah Islamiah menyebabkan kita hilang kekuatan. Lalu, bila mana melihat anak kecil disepak, dipijak di tengah padang pun kita hanya mampu melihat sehingga nyawa si kecil tidak berdosa ini terpisah dari badan. Bukankah ini sebenar-benar kerugian dan kehinaan?, sepertimana firman Allah dalam surah Al-Asr ayat 1-3:


"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".


Ketiga : Bertaubat dan memohon ampun kepada Allah S.W.T. dan berazam untuk mengamalkan syariat Islam. Ingatlah bahawa dengan taubat dan istighfar akan mengundang rahmat Allah dan mengembalikan kekuatan kita sebagai umat Islam yang hidup berpandukan Al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W.


Firman Allah S.W.T. dalam surah Hud ayat 52:


"Dan Hud berkata lagi, "Wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian bertaubatlah kepada-Nya, semoga Dia menurunkan hujan yang lebat kepadamu dan menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada; janganlah kamu membelakangkan seruan-Ku dengan terus melakukan dosa!".


Marilah kita mengimbas kembali beberapa perkara penting yang menjadi intipati artikel kali ini:-


Pertama : Fenomena jahiliyyah moden adalah kesan daripada kegagalan umat hari ini menghayati dan memahami Islam sebagai cara hidup.


Kedua : Realiti jahiliyyah moden adalah keji dan sesat kerana ia lahir setelah kedatangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W.


Ketiga : Perlakuan jahiliyyah moden perlu dibendung dan ditangani dengan kembali kepada ajaran Islam secara menyeluruh.


Keempat : Masyarakat Islam dan pihak berwajib tidak seharusnya membiarkan ketidakadilan, penindasan, kekejaman berleluasa dan berlaku di hadapan mata kita tanpa sebarang tindakan.


Kelima : Seluruh Gerakan Islam, NGO, individu dan anggota masyarakat hendaklah berperanan menangani gejala jahiliyyah ini agar tidak berkembang dan menular di kalangan masyarakat.


"Sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya; pada Hari Akhirat kelak dia tergolong daripada orang yang rugi". (Ali-Imran : 85)


Rujukan: Jabatan Agama Islam Selangor


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...