Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog PERDIQMA KPMB

Islam Itu Indah

Dengar IKIM.fm Online

Dengar radio IKIM.fm secara online menerusi blog PERDIQMA

Like Facebook PERDIQMA

Sertai facebook PERDIQMA serta dapatkan info dan pengkongsian ilmu di laman fb PERDIQMA

22 Februari 2011

Program Tamrin Siswi (TAMSIS)

.
Program Khas untuk Muslimat
Antara yang menarik:
· Amazing Khalifah
· Tayangan Filem Islamik
· Forum: “Dimanakah Cinta & Cita Tergadai”
· Malam Sure Musleh
· Qiammullail

Tarikh: 4/3/201(Jumaat) - 5/3/201 (Sabtu)             
Lokasi: KPMB
    Yuran Penyertaan: RM 3.00
(Makanan disediakan sepanjang Program)

Hubungi Sekretariat:
Nor ‘Aisah (Khadijah)- 0134479780
Syarifah Nur Liyana (Aishah) -0108913565

Tentatif Penuh:


Terbuka kepada semua warga Aspuri KPMB*Penyertaan terhad kepada 40 penyertaan terawal sahaja



Sambutan Maulidur Rasul Anjuran Surau Al Falah

.
.
Pada 21 Februari 2011 lalu, pihak PERDIQMA telah dijemput menyertai program sambutan Maulidur Rasul bersama penduduk sekitar Taman Tasik Kesuma. Bersempena dengan program yang diadakan ini, pihak PERDIQMA telah membawa 1 kontigen bagi mewakili Kolej Profesional MARA Beranang seramai 30 anggota yang diketuai oleh Pengerusi PERDIQMA, saudara Aizudin Jamalan.




Program yang disertai kira-kira 500 orang ini telah dimulakan dengan perarakan dari sekitar kawasan Kolej Kemahiran Tinggi MARA dan tamat di sekitar kawasan Surau Al Falah. Sebaik tiba, peserta perarakan dijamu dengan sarapan pagi sebelum dipersembahkan dengan dendangan nasyid oleh persatuan penduduk.






Setelah itu, majlis Maulidur Rasul diteruskan dengan Ceramah Oleh Ustaz Izhar. Kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Izhar berkisar tentang pentingnya kita memahami erti hijrah yang sebenarnya dalam kehidupan seharian selain beliau mengaitkan dengan masalah sosial yang belaku kini dengan tanda-tanda  peristiwa akhir zaman yang semakin ketara. Program yang turut dihadiri oleh Adun Semenyih iaitu Johan Aziz itu berakhir dengan penyampaian cenderahati dan anugerah khas Maulidur Rasul kepada tokoh-tokoh tempatan yang banyak memberi jasa kepada penduduk di sekitar Taman Tasik Kesuma. Majlis pada hari itu ditutup dengan jamuan tengah hari dan berakhir pada kira-kira jam 12.00 tengah hari.


19 Februari 2011

ADUHAI REMAJA..TULUSKAH CINTAMU?

.
.

Sempena sambutan Hari Kekasih yang julung-julung kali disambut oleh seluruh dunia pada 14 Februari setiap  tahun hampir dengan tarikh Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini, PERDIQMA dengan kerjasama  Exco Kerohanian MPP telah menganjurkan satu program   peringkat Kolej Profesional MARA Beranang  bagi membuka minda remaja tentang permasalahan “Cinta Remaja” pada masa kini.


Program itu telah diadakan pada 16 Februari 2011 bersamaan 12 Rabiulawal 1232H bertempat di Dewan Seri Gema KPMB. Majlis telah dimulakan pada pukul 9 malam dengan bacaan doa oleh saudara Mohd Asyraff dari barisan MPP, diikuti dengan bacaan selawat ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W yangdiketuai oleh saudara Aizuddin. Majlis diteruskan dengan tayangan montaj yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Majlis turut dihadiri oleh, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, En. Mad Zan B. Mad Yausuf,  Penasihat MPP, Pn Riani Awang, barisan pensyarah serta pelajar dan persatuan dari KPMB/KKTM




Ceramah kali ini disampaikan oleh seorang anak muda yang begitu kreatif dan cemerlang dalam medan dakwah di zaman serba mencabar ini. Beliau merupakan “founder” iluvislam.com iaitu sebuah portal islamik yang komited dengan pembangunan masyarakat islam seluruhnya.  Mohd Nurul Imran Bin Koyube merupakan anak jati Perak yang bercita-cita tinggi dalam mengembangkan dakwah Islam   secara moden serta interaktif supaya mudah diterima oleh semua pihak. Dengan kejayaan yang diperoleh hasil dari usaha yang gigih, penceramah telah mengorbankan pengajianya dalam bidang   perubatan bagi meneruskan misi dakwah secara sepenuh masa di tanah air sendiri


Dengan bertemakan “ Aduhai Remaja: Tuluskah Cintamu”, ceramah kali ini menyentuh tentang erti sebenar cinta yang perlu diketahui serta kemanakah cinta perlu disalurkan oleh remaja dengan cara yang betul. Beliau turut menekankan persoalan adakah kita benar-benar mencintai Allah sedangkan kita memilih untuk “couple” sebelum waktunya atau secara tidak halal. Selain itu juga, penceramah juga berkongsi pengalaman bagaimana pahit getir  yang ditempuhi dalam menubuhkan sebuah laman web dakwah yang bersesuaian dengan jiwa remaja masa kini. Hal ini dapat dilihat dengan berkembangnya komuniti iluvislam.com melalui “Facebook” , “Twitter” serta media cetak pada hari ini.


Sebagai penutup majlis, para hadirin telah dihiburkan oleh kumpulan nasyid “Tilmiz Voice” dan majlis berakhir pada pukul 11.30 malam. Dengan adanya program seperti ini, para pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan serta berusaha memperbaiki diri ke arah yang lebih baik . Diharapkan program seperti ini akan dapat diadakan lagi pada masa akan datang.


12 Februari 2011

Mubarak sah undur, tentera ambil alih Mesir


Presiden Mesir Hosni Mubarak akhirnya meletakkan jawatan dan meminta pihak tentera mentadbir negara itu, umum naib presiden Omar Suleiman.Kenyataan ringkas di stesen televisyen nasional itu dibuat sehari selepas Mubarak bertegas tidak akan melepaskan jawatannya.



Berita pengundurannya itu disambut meriah oleh lebih sejuta rakyat Mesir yang berkumpul di Dataran Tahrir di Kaherah.



Presiden dan keluarganya sebelum itu dilaporkan meninggalkan istana presiden di ibu negara ke Resort Laut Merah Sharm el-Sheihh.


Lelaki yang menerajui Mesir selama 30 tahun dan terlepas dariapda enam cubaan membunuh akhirnya terpaksa akur pada kehendak rakyat yang mahukan perubahan.
Mubarak, 82, meletakkan jawatan hari ini selepas 18 hari protes antikerajaan tanpa gangguan - terbesar pernah dilangsungkan di negara itu.

Mubarak terselamat daripada banyak serangan sebelum ini tetapi suara rakyat akhirnya membuktikan sesuatu.


Enam kali pembunuh upahan cuba menamatkan riwayatnya. Perang sampai ke pintu rumah.
Jiran mengebom negaranya. Kerajaan pimpinannya hampir muflis. Aktivis berulang kali menyumpahnya di jalan raya. Tetapi Mubarak selama itu terus juga berkuasa.


Kebanyakan rakyat Mesir masih belum dilahirkan apabila pendahulunyanya Anwar Sadat dibunuh pada 1981.


Mubarak, ketika itu naib presiden, hanya beberapa meter daripada Sadat, dan turut terkena tembakan di tangan.


Beliau mengangkat sumpah sebagai presiden lapan hari kemudian, pada 14 Oktober 1981.


P/S: Moga perletakan jawatan ini membuka lembaran baru. Namun sesungguhnya yang perlu bukan sekadar Mubarak yang meletakkan jawatan. Tetapi seluruh ideologi, kerajaan, pimpinan dan corak pemerintahan kerajaan Mesir sekarang. Tanpa ianya dapat dilakukan, sesiapa sahaja yang menggantikan beliaupun tetap tidak memberi makna dan pintu sempadan rafah yang menghubungkan Palestin & Mesir tetap ditutup serapat-rapatnya kerana kerajaan itu mengikut telunjuk "Zionis" dan Amerika Syarikat




10 Februari 2011

SELEKSI REMAJA: ADUHAI REMAJA: TULUSKAN CINTAMU?




Penceramah : Mohd Nurul Imran Koyube

(President iluvislam.com)

Menyedari bahawa gelombang globalisasi dan hedonisme semakin menghakis nilai dan jatidiri remaja Islam pada mutakhir ini, Exco Kerohanian MPP dan PERDIQMA berhasrat ingin melaksanakan satu program ceramah yang sangat rapat dengan permasalahan remaja yang juga pelajar Kolej Profesional MARA Beranang iaitu masalah "Cinta Remaja". Ceramah tersebut bukan hanya setakat berbentuk ceramah tetapi ia berbentuk lebih interaktif dan bersifat kasual. Ini kerana ia akan disampaikan oleh seorang anak muda yang begitu kreatif dan cemerlang dalam medan dakwah di zaman serba mencabar ini.


TENTATIF PROGRAM

Doa buka majlis:                                    9.00 malam
Selawat:                                                  9.05 malam

Tayangan Montaj/video :                      9.10 malam
Seleksi Remaja:                                     9.20 malam
Persembahan nasyid (Tilmiz Voice):   11.00 malam
Majlis bersurai:                                    11.30 malam

 
MAKLUMAT:

Booth jualan oleh Iluvislam akan dibuka
Booth jualan makanan oleh PERDIQMA akan dibuka.
Semua persatuan/organisasi di KPMB/KKTM dijemput hadir.


5 Februari 2011

Al-Qaradhawi : Rakyat Mesir wajib turun ke jalan raya, peserta demonstrasi mati syahid!




Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syaikh Yusuf al-Qaradhawi menyifatkan Presiden Mesir, Husni Mubarak sebagai ‘mula menyembelih rakyatnya sendiri’ selepas tercetusnya pertempuran berdarah antara penyokong presiden Mesir itu dan para peserta demonstrasi pada Rabu, 2 Februari 2011 di Medan Tahrir.


Beliau disifatkan sedemikian kerana pertempuran itu berlaku selepas 9 hari majoriti rakyat Mesir berdemonstrasi menuntut pengunduran Husni Mubarak daripada kerajaan.


Mubarak, menurut al-Qaradhawi lagi “telah mula menyembelih tanahairnya sendiri dan bertindak seperti tindakan Firaun serta menjadikan sebahagian rakyat Mesir berkuasa ke atas sebahagian yang lain”.


Syaikh al-Qaradhawi turut berdoa supaya Allah membebaskan rakyat Mesir daripada penderitaan mereka dan membebaskan mereka daripada ‘para taghut’.


Ketegasan dan kelantangan Syaikh al-Qaradhawi berhubung situasi semasa di Mesir begitu terserlah apabila beliau, melalui stesen satelit al-Jazeera pada 2 Februari 2011, menegaskan adalah menjadi kemestian ke atas setiap rakyat Mesir menyertai ‘Perarakan Jutaan Umat’ yang akan diadakan pada jumaat depan.
Perhimpunan tersebut yang akan diadakan bagi menguatkan tekanan ke atas Presiden Husni Mubarak, disifatkan oleh para peserta demonstrasi sebagai ‘Jumaat Pemutus’ yang merupakan kesinambungan kepada perarakan pada Jumaat lepas yang dinamakan sebagai‘Jumaat Kemarahan’.


Lebih daripada itu, Al-Qaradhawi yang tinggal dalam buangan di Qatar itu, menganggap bahawa “turun ke jalan raya khususnya hari Jumaat, untuk menyertai bantahan merupakan kewajipan syarak ke atas setiap yang mampu pergi ke tempat-tempat perhimpunan dan tidak ada keuzuran yang menghalangnya”.
Sehubungan itu, beliau menggesa para ulama al-Azhar dan lepasan universiti itu agar memimpin dan menyertai perarakan membantah kezaliman regim Husni Mubarak di seluruh Mesir.


Dalam ucapan yang ditujukan kepada Husni Mubarak, al-Qaradhawi memberi amaran kepada Presiden Mesir itu bahawa “kami akan menghadapi kamu dengan doa diwaktu sahur dan dengan setiap orang yang kusut rambutnya dan berdebu tubuh badannya yang jika dia berdoa kepada Allah, nescaya Allah akan memperkenankan doanya”.


Beliau merujuk kepada hadis Nabi s.a.w yang memperihalkan kewujudan sebilangan manusia yang sangat mustajab doanya, meskipun mereka pada zahirnya kusut masai rambutnya dan berdebu tubuh badannya.
Sebagi ingatan kepada Mubarak, al-Qaradhawi menegaskan bahawa “doa orang yang dizalimi akan diangkat oleh Allah melepasi awan dan akan dibukakan untuknya pintu-pintu langit sambil Dia berkata, “demi keagungan dan ketinggianKu, Aku akan menolongmu walau pun selepas beberapa ketika”.


Peserta demonstrasi yang terbunuh mati syahid


Di akhir ucapannya, al-Qaradhawi memperlihatkan sikap dan pandangannya berhubung rakyat Mesir yang menyertai demonstrasi membantah regim Mubarak dan kedudukan mereka yang terbunuh dalam demonstrasi tersebut pada pandangan syarak.


Dalam ucapan yang ditujukan kepada para pemuda yang menggerakkan demonstrasi di Mesir, al-Qaradhawi menyatakan, “saya mengucapkan syabas kepada para pemuda yang menyertai siri-siri demonstrasi di atas keberanian, kecekalan, kemahuan dan sikap tidak berganjak mereka daripada lokasi-lokasi demonstrasi.


Saya katakan kepada mereka, sama ada kamu menjadi orang-orang yang mulia dan bahagia, atau kamu mati sebagai para syuhada’”.


Terdahulu, dalam perutusan khas, al-Qaradhawi di atas nama Kesatuan Ulama Islam Sedunia, memfatwakan bahawa rakyat Mesir yang terbunuh dalam tunjuk perasaan di Mesir sebagai mati syahid.


Asas kepada fatwa ini ialah hadis Nabi s.a.w yang bermaksud, “sebaik-baik orang-orang yang mati syahid ialah Hamzah r.a dan seorang lelaki yang pergi kepada pemimpin yang zalim, lantas menyuruhnya melakukan makruf dan menegahnya dari kemungkaran, lantas dia dibunuh”.


Perutusan ini disiarkan oleh laman rasmi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, iumsonline.net.
Difahami daripada fatwa ini, rakyat Mesir yang berdemonstrasi membantah regim Mubarak, pada hakikatnya sama seperti seorang yang tampil membantah pemimpin yang zalim yang mengakibatkannya dibunuh, seperti yang disebutkan dalam hadis yang dinyatakan.


29 Januari 2011

Filem Terbaru: Valley of the Wolves : Palestine - Official Trailer



Filem terbaru berbahasa Turki yang mengadaptasikan tragedi Kapal Bantuan Kemanusiaan "Mavi Marmara" dan 9 sukarelawan yang terbunuh di dalam tragedi tersebut. Filem ini telah ditayangkan di Turki pada 28 January 2011. Nantikan kemunculannya di Malaysia dan saksikan trailer filem Valley of the Wolves ini:



26 Januari 2011

Adakah Yahudi Di Malaysia?

  
 malaysia_mikvah














Adanya kubur Yahudi di Jalan Yahudi, Pulau Pinang membuktikan bahawa bangsa Yahudi ada di Malaysia sehingga sekarang khususnya di Kuala Lumpur. Walaupun minoriti, tetapi yang sedikit ini adalah beragama Judais, jika beragama lain mungkin lebih ramai.


Dalam laman web milik Andrew Harris (seorang Yahudi Australia), penulis serta juru gambar bebas, beliau telah menemuramah seorang ahli perniagaan berbangsa Yahudi yang menetap di Malaysia serta mempunyai kilang perusahaan sendiri di Kuala Lumpur.


Di dalam temu ramah bersama pemilik Malaysia Chabad Home iaitu Gary Braut, Andrew bertanyakan beberapa soalan berkaitan kehidupan mereka sebagai Yahudi di Malaysia. Dalam temu ramah itu juga Andrew mendedahkan Braut pernah beberapa kali berjumpa Dr. Mahathir serta mengenali rakan sekuliah Dr. Mahathir yang berbangsa Yahudi iaitu Dr. Yahya Cohen ketika menuntut di Universiti Malaya, Singapura.


solatframe1


(Gambar) bahagian kilang milik Gary Braut juga terdapat bingkai ayat Al-Quran. Mungkin Braut juga tahu serba sedikit bahasa Arab dan memahami budaya umat Islam Malaysia.

mikvahgary1

  Kata Braut tentang keadaan kehidupannya di Malaysia perlu kita perhatikan, katanya;


“More comfortable than Brooklyn, that’s for sure.”


P/S: Artikel ini sekadar membuktikan adanya Yahudi bermastautin di Malaysia. Dan ia juga membuktikan Yahudi selesa di negara Islam tetapi umat Islam sentiasa diundang bahaya di negara Nasrani dan Yahudi.






Artikel Asal: http://ibnuyaacob.com/?p=1583#more-1583






18 Januari 2011

The Story of DAB


Sepanjang blog PERDIQMA ditubuhkan, belum pernah diterbitkan artikel mengenai kehidupan dan kisah sahabat-sahabat seperjuangan di KPMB. Izinkan untuk saya memulakan kisah mengenai sahabat-sahabat dengan kisah tentang apa yang dilakukan oleh pelajar jurusan DAB. Artikel ini saya inspirasikan dari hasil kerja pelajar DAB yang mengubah pemandangan sekitar kolej menjadi landskap yang indah.



Indah dan mendamaikan. Sungguh, pekerjaan ini merupakan kerja yang mulia... Tahukah anda, baginda Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:

“Tiada seorang lelaki menanam sesuatu tanaman melainkan Allah Azza Wajalla menetapkan baginya ganjaran pahala sebanyak jumlah yang dihasilkan oleh tanaman tersebut”.
(Hadis riwayat Ahmad)




Bagi tumbuhan hiasan  yang ditanam diperkarangan surau ni, memanglah tidak mengeluarkan hasil seperti pohon buah-buahan atau tananam lain. Namun begitu, saya pasti pahala dan ganjarannya tetap ada kerana mereka telah memberi pada bumi. 

Bukankah menanam tumbuh-tumbuhan bererti mengindahkan pemandangan bumi? Dan setiap bibir yang mengucapkan subhanAllah lantaran mengagumi keindahan ini, berapa banyak ganjaran diperolehi oleh mereka yang mengusahakannya? Bukahkah juga pohon-pohon itu menghirup karbon dioksida yang dilepaskan manusia dan memulangkan oksigen untuk kita lantas membina kitaran yang seimbang dengan alam semula jadi? Berapa pula ganjaran yang bakal mereka perolehi agaknya?

Tahukah juga anda, bahawa setiap tanaman itu juga berzikir memuji kebesaran Allah SWT?   Ops. sekejap, pokok berzikirkah?  Ya. Tumbuh-tumbuhan juga berzikir memuji tuhannya:

Dan tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun”.
  (Al Israa', 44)

MasyaAllah!!! Lalu berapa besarkah pula ganjaran bagi setiap zikir pohon-pohon ini kepada yang mengusahakannya? Sungguh, saya cukup cemburu.


Sekarang, tonton video ni: Ada kaitannya dengan usaha pelajar DAB ini.


Kiranya pelajar-pelajar DAB sangat beruntung kerana telahpun memberi kepada bumi. Bagi kita, adakah kita termasuk didalam kategori manusia yang sudah memulangkan kepada bumi? Atau hanya tahu mengambil? Sudah semestinya Ya, sudah buat pelajar DAB. Kita bagaimana?

Ps/: Kepada pelajar baru sesi ini, yang mengambil jurusan DAB, intai-intailah peluang dan teruskanlah usaha murni teman-teman anda. Moga keberkatan dan kebaikannyanya dapat anda kecapi bersama...


Renungi hadith ini sejenak:

'Sekiranya ditangan kamu ada benih kurma dan kamu tahu bahawa esok akan berlaku hari kiamat, maka hendaklah kamu menanam dan jangan biarkan hari kiamat berlaku tanpa menanam benih kurma tersebut'.

Terdapat kisah disebalik tujuan hadis ini disampaikan oleh baginda dan pastinya ada iktibar yang dapat di fikirkan serta diambil buat yang mahu berfikir

Akhir sekali, saya terjumpa sajak hasil nukilan seorang pelajar DAB di Note facebook. Akaun faceboook empunya sajak bernama Geheimnisvolle Flamme - ni mesti nama pokok ni.  Kalau dah namanya pelajar DAB. Terimalah.....
 


Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama DAB
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama DAB
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta Hingga aku rasa indah


Cewah.. Macam adaptasi dari sajak buat kekasih pula.


 
SEkali Melangkah Ke HAdapan..DAb TETAp Di Ingatan
WAlau Hujung Dunia..WAlau Ke Utara DAn SElatan...
Ku BAwa KAu Bersama....WAhai Kekasihku..DAB

P/s: Harap empunya account fb tak marah sebab copy sajak tak minta izin terlebih dahulu. :-). Sekian, wassalam


Akhir kata: Terima Kasih teman-teman dan warga DAB atas jasa tak terhingga!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...