Bismillahirrahmanirrahim
….
Amboiiii seronok holiday ?? holiday holiday jugak , tapi amal takde holiday tau !
Apa khabar
iman kalian semua ? Mudah mudahan berada di tahap yang stabil untuk terus memandu
ke arah menuju redha Ilahi. Alhamdulillah , Allah masih beri ruang kesempatan
untuk kita sama sama menatap secebis nota dalam merangka suasana kedamaian dan
ketenangan untuk dipasakkan ke dalam iman kita. Moga pengisian yang sedikit ini dapat memberi
sedikit energy untuk kita meneruskan pengembaraan di muka bumi Allah ini.
insyaAllah.
Baik !
first thing first. Jom kita buka minda kita seluas-luasnya agar apa yang kita
baca mudah untuk dihadam dengan baik dan memudahkan kita untuk melaksanakannya.
*Eh, nak buat apa erk ?
HATI !
Lihat pada
tajuknya macam menarik. HATI ! *aku sudah terbayangkan HATI ku yang sedang
berbunga bunga. (PANGG ! jangan berangan sangat okay). Masalah hati gamaknya.
Di sini
bukan untuk bercakap mengenai HATI = LOVE or HATI = CINTA. Tapi ada yang lebih
penting dari itu. Iaitu PENYAKIT HATI !
Hadis
riwayat al-Bukhari dan Muslim, sabda Nabi saw : “Ketahuilah bahawa dalam jasad
ada seketul daging, apabila baik maka baiklah jasad, apabila rosak maka
rosaklah jasad. Ketahuilah ia adalah hati!”
Wahh.
Bagaimana hati boleh menjadi sakit. Kalau sakit organ hati berkemungkinan boleh
di rawat oleh doctor dengan atas izin Allah namun kalau penyakit masalah hati
bagaimana pula ?
Nahh ! Hati
itu umpama raja di dalam diri manusia. Hati itu umpama sistem yang mengawal
gerakan manusia. Jadi tidak menjadi hairan bilamana sistem ini boleh rosak
sekiranya tidak diuruskan dan tidak dikawal dengan baik. Oleh itu, memang benar
lah apa yang telah disabdakan Rasulullah yakni apabila baik maka baiklah jasad,
apabila rosak maka rosaklah jasad. Ketahuilah ia adalah hati!
Wahai
sahabat sahabat , sekali lagi ditekankan HATI UMPAMA RAJA dalam diri. Dan hati
boleh jadi sakit sekiranya kita tidak mengurus, mengawal dan menyelenggara
dengan sebaik mungkin. Hari ini, penyakit hati sangat bermaharajalela dalam
diri kita dan masyarakat. Kerana itu kita perlu sedar dan bangkit untuk
perbaiki semula keadaan hati kita.
Hati adalah
salah satu SENDI PERTARUNGAN JIWA ; pertarungan yang sengit untuk kita
bermujahadah(melawan). Ini kerana, hati itu boleh jadi macam macam samaada HATI
yang
HIDUP, MATI atau SAKIT. Jika diteliti HATI itu boleh
jadi sifatnya mahmudah atau mazmumah. Kerana itu pertarungan dalam membina hati
yang bersifat mahmudah sangat sengit dan perlukan pengorbanan.
SubhanAllah,
dasyatnya fungsi HATI ini ! betapa hebatnya seketul daging yang Allah ciptakan
ini. *tiba tiba terpanggil untuk menyoal diri sendiri bagaimana kah keadaan hatiku ini ?
TANDA – TANDA HATI SAKIT.
Hati
menjadi sakit bilamana segala fikiran kita itu menjadi negatif justeru lahirlah
tindakan yang tidak positf iaitu keburukan mahupun kejahatan. Seperti contoh
timbul rasa ujub(bangga), syirik & riya’, hasad dengki dengan orang
sekeliling. Dan lagi dasyat bila hati menjadi sakit kita akan menurut segala
kehendak nafsu yang mendorong untuk melakukan kemaksiatan.
Wahai, sahabat
sahabat yang dikasihi, ayuh kita semak kembali adakah diri kita punya rasa
sebegitu? Allahuakhbar! Sesak dada ini pabila merasakan hati ini sakit rupanya.
Sahabat sahabat yang dimuliakan Allah, bila mana kita telah sedar di atas
kesilapan kita, sebenarnya hati kita sedang HIDUP. Hati yang hidup ini adalah
dia sedar dan menginsafi kesalahan dan merasakan diri telah dihujani dosa dosa
atas kemaksiatan yang dilakukan. Kadang bukanlah maksiat - maksiat besar tapi maksiat – maksiat kecil yang menjadi
virus dalam hati. Sahabat bersyukurlah, Allah masih beri rasa kesedaran agar
kita membangkitkan semula hati yang sakit menjadi hati yang hidup.
RAWAT HATI SAKIT.
“Oh,
doctor. Hati saya sakit”
Maaf doctor
pun tak mampu nak merawat hati anda. Cuma anda sahaja yang mampu merawat
sendiri. Kerana hati itu adalah hati kita sendiri. jadi kita sendiri yang mampu
menyelenggara sistem hati kita. Jadi bagaimana ?
Abu Ishaq
Ibrahim bin Ahmad Ismail Al-Khawwash pernah memberi nasihat untuk mengubati
hati.
1. Membaca Al Quran dengan merenungkan
isi dan ertinya
2. Berpuasa dengan mengosongkan perut
3. Bangun malam beribadat
4. Bermunajat/tadharru’ berpanjangan
5. Berkumpul dengan orang-orang soleh
JOM ! SUCIKAN HATI KITA.
Sahabat
sahabat yang diredhai Allah, serulah pada diri sendiri , jangan biarkan hati
kita kekosongan. Hati itu perlu di isi seperti mengisi air ke dalam botol.
Jadi, kita punya pilihan sama ada mahu di isikan dengan KEIMANAN atau
JAHILIYYAH/NAFSU. Seharusnya pilih lah untuk di isi dengan keimanan
kerana manusia itu akan lemah dan terus sakit sekiranya kita tidak mengisi
dengan perkara perkara kebaikan. Allah ciptakan kita untuk berubudiyah yakni
beribadah, tunduk patuh kepada Allah. Jadi semuanya bermula dengan hati. Ingin
melakukan sesuatu bermula dengan hati yang bersih dan niat yang suci agar
perjalanan kita sebagai seorang hamba akan diredhai Allah dan diberkati
olehNya. Oleh itu, marilah kita bersama sama bermujahadah merawat dan menyucikan hati kita.
JADIKAN CUTI KITA INI CUTI YANG BERPRODUkTIF, BARULAH OHSEM !
Wassalam.
Rujukan : http://www.jilulquran.com/islamic-poster/5-ubat-hati/