Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog PERDIQMA KPMB

Islam Itu Indah

Dengar IKIM.fm Online

Dengar radio IKIM.fm secara online menerusi blog PERDIQMA

Like Facebook PERDIQMA

Sertai facebook PERDIQMA serta dapatkan info dan pengkongsian ilmu di laman fb PERDIQMA

24 Ogos 2013

MUKTAMAR PERDIQMA Kali Ke-5

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera,

      Apa khabar iman sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian ? InsyaAllah moga sentiasa sihat rohani dan jasmani. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah atas nikmat Allah S.W.T kita masih bernafas dengan aman di negara kita. Bersyukurlah atas segala nikmat ini sahabat-sahabat dan jangan pula kita lupa untuk mendoakan saudara-saudara kita diluar sana yang sedang berjihad demi Islam. Allahuakbar, sayu rasanya mengenangkan saudara-saudara kita di luar sana seperti di Mesir dan Palestin. Semoga Allah melindungi mereka semua dan Islam mencapai kemenangan jitu. Amin.

     Baiklah, sebenarnya entri kali ini ingin kami ceritakan tentang Majlis Muktamar PERDIQMA. Perdiqma telah menganjurkan Muktamar kali ke-5 untuk ahli-ahli Perdiqma yang baru dan lama pada 20 Ogos 2013 bertempat di Surau Annur KPMB. Majlis dimulakan pada jam 9.00 malam. Pada sesi ini, Julai-Disember 2013 seramai 156 orang pelajar KPMB telah mendaftar sebagai ahli PERDIQMA. Pada hari kejadian, penasihat PERDIQMA yang telah hadir ialah Ustazah Hafidzah Mansor. Tidak lupa juga kehadiran wakil Alumni iaitu saudara Mohd Aizuddin Jamalan, bagi melancarkan lagi program pada malam tersebut.

     Program dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-quran iaitu Surah Al-Anfal oleh saudara Muhammad Akmal dari biro takmir Perdiqma. Seterusnya, ucapan daripada presiden Perdiqma iaitu saudara Izat Hafiz , beliau membentangkan tentang pengenalan Perdiqma. Antara isi-isinya ialah objektif, tujuan, misi dan visi, aktiviti sepanjang sem serta pencapaian Perdiqma kepada semua para hadirin yang dimuliakan oleh Allah. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan memperkenalkan kepada semua hadirin Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi Perdiqma sesi Jul-Dis 2013 dan diikuti dengan lafaz ikrar.

    Kemudian diikuti pula dengan dengan ucapan daripada mantan Perdiqma, saudara Danial Ifran Khairuddin. Beliau berkongsi tentang keadaan negara Islam  diluar sana yang seringkali diserang, kita sebagai golongan muda sepatutnya banyak membantu agama dan tidak lalai dengan media sosial. Seterusnya, beberapa video Perdiqma telah ditayangkan pada malam itu bagi memeriahkan lagi majlis. Tidak lupa juga, ucapan yang telah disampaikan oleh wakil dari pihak Alumni iaitu saudara Mohd. Aizuddin Jamalan. Beliau berkata bahawa kita perlulah sentiasa menunjukkan usaha untuk agama Allah ini. Sebagai contoh, kita sentiasa mendoakan untuk keamanan Mesir dan Syria. Beliau juga menyeru kita agar kita istiqamah dalam beribadah.

Menyingkap kata-kata penasihat PERDIQMA,Ustaz Imran Ramzi di Muktamar kali ke-4:

 “ Perdiqma merupakan platform yang baik bagi melaksanakan proses mentarbiyah diri kita. Pada zaman Rasulullah S.A.W, dimana nabi sering dicerca dan dihina serta dilempar tahi ketika menyampaikan dakwah, jadi kita juga haruslah cekal dalam menjalankan kerja dakwah sepertimana Rasulullah menegakkan Islam dahulu”

     Majlis telah tamat pada jam 11.00 malam. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Diharap agar semua ahli-ahli Perdiqma yang telah dipilih oleh Allah ini dapat menjalakan tanggungjawab dengan sebaiknya dan terus meningkatkan keimanan dalam diri agar kita sama-sama meraih syurga Allah. Syukran kepada semua pihak yang telah menjaya program pada malam tersebut. Semoga perkongsian pada malam tersebut dapat meningkatkan lagi mutu iman kita, InsyaAllah. Jangan lupa mendoakan saudara-saudara kita di luar sana. Doa itukan senjata orang mukmin, Allahuakbar !!















28 Julai 2013

Andai Ini Ramadhan Terakhirku

My last Ramadhan ? Could it be ? No one knows.
Allahuakbar.
  





"Aduh, kenyangnya perut aku", kata Syafiq ketika masuk ke biliknya. dia baru sahaja pulang dari berbuka puasa di luar bersama rakan-rakanya. Cakap sahaja dimana ada offer buffet atau pantang diajak rakan untuk berbuka puasa, pasti dia tidak ketinggalan.

"Alhamdulillah, hahh malam 16 ini berbuka kat mana? lambat kau balik, makan apa?" sapa Naqib. Naqib merupakan rakan sebilik dengan Syafiq. "Aku buka kat Kampung Baru tadi, makan chicken chop. biasa la, malamkan  masih muda." Tatkala itu jam menunjukkan jam 11.30 malam. "Dah solat isyak belum, terawih?" tanya Naqib.
"Isyak dah, terawih tak payah, kan sunat." Naqib menggelengkan kepala. Mereka terus berbual sambil berbaring, dengan keadaan Syafiq yang kekenyangan. Tanpa tidak sedar, Syafiq terlena.

Tiba-tiba Syafiq tersedar didalam lamunan yang dia berada di sebuah taman yang indah. Taman itu penuh dengan buah-buahan yang bermacam bagai. Satu persatu Syafiq perhatikan, hasil buah-buahan itu dipetik dan dimakan oleh orang ramai. Mereka turut menjaga dengan baik pokok-pokok disitu seperti membaja, menyiram dan membersihkan sekitarnya. Pokok buah-buahan disana bagaikan tiada henti untuk berbuah biarpun hampir tiap-tiap hari diambil oleh orang ramai. Semakin ramai orang mengambil hasil buah-buahan tersebut dan semakin kerap mereka membela dengan elok tanaman mereka, semakin banyak hasil yang mereka perolehi.

Syafiq  yang sudah lama berada disitu, terasa ingin menikmati buah-buahan ditaman itu. Lalu dia berjumpa dengan seorang pemuda yang sedang mengusahakan tanaman itu. "Wahai pemuda, bolehkah saya menikmati sedikit hasil  buah-buahan tersebut", kata Syafiq. Lalu dengan pantas, pemuda itu memberikan sebahagian hasil tanamannya.

Hampir setiap hari Syafiq berjumpa dengan pemuda tersebut dengan niat yang sama, tetapi pemuda yang pemurah itu tetap tidak jemu memberikan sebahagian daripada hasil tanamannya. Dan hasil tanaman pemuda itu kian bertambah. Setelah lama dari itu, pemuda itu menghadiahkan sebuah pohon dari kebun tanamannya dengan syarat menjaganya seolah-olah pokok itu akan mati esok. Pokok itulah paling lebat hasilnya diantara pohon buah-buahan yang lain. Syafiq berterima kasih kepada pemuda tersebut dan berjanji akan menjaga sebaik mungkin pokok tersebut.

Hari demi hari,Syafiq menikmati hasli buah-buahan pokok itu tanpa henti sehingga lupa apa yang sepatutnya dia lakukan untuk pohon tersebut. Dia leka dengan kenikmatan yang diberi itu.
Sehingga suatu hari, hasil buah dari pohon tersebut kian berkurang. Syafiq terpaksa mengurangkan pemakanan dari hasil pohon itu, sehinggalah pohon tersebut tiada lagi mengeluarkan buah dan mati. 

Syafiq baru teringat akan pesanan pemuda tersebut untuk menjaga dengan baik pokok tersebut. Dia pun berusaha membaja, menyiram dan sbg kepada pokok tersebut. Tetapi setelah sekian lama, usahanya seakan sia-sia. Pokok itu tetap tidak mengeluarkan hasilnya.

Akibat terdesak, Syafiq mencari semula pemuda tersebut dan bertanyakan masalah yang dihadapi. Pemuda itu tersenyum dan menceritakan perihal masalah tersebut. Kata pemuda tersebut, "bukankah aku berpesan kepadamu supaya menjaganya seolah-olah pokok itu akan mati esok? Adakah kau melakukan seperti yang aku pesankan?". Syafiq terdiam.

Sambung pemuda itu lagi, "lihatlah kepada pokok yang telah mati itu, sia-sia sahaja kau kerjakan kerna pokok itu telah mati. Sekiranya kamu melakukan semua itu seperti yang aku pesankan, ianya tidak terjadi seperti ini."

Begitulah juga dengan kehidupan didunia. Allah telah memberikan pelbagai nikmat dan kita sebagai hambanya mensyukuri nikmatnya dan sentiasa beramal seperti kita kan mati esok hari, nescaya itulah amalan yang terbaik kita lakukan untuk Tuhan kita. Tetapi sekiranya kita telah mati, tiada apa yang boleh kita lakukan untuk diri kita. Syafiq tersedar dengan kata-kata itu.

Pemuda itu menambah "Lihatlah apa amalan yang kau lakukan sekarang. Sekarang kau berada di Bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan, tetapi lihatlah, kau hanya biarkannya dengan sia-sia, tanpa kau bajai dan beramal dengannya? Lupakah kau bahawa Nabi pernah bersabda:

"Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian pada langkah pertama mengatakan : "Amiinn", pada langkah kedua mengatakan :"Amiinn" sampai pada langkah ketiga mengatakan : "Amiinn".Para sahabat bertanya."Kenapa engkau berkata Amiinn, Amiinn, Amiinn, sedangkan kami tidak melihat seorangpun wahai Rasulullah?" Nabi Shallallahu ‘alaihi Wasallam bersabda:"Telah datang malaikat Jibril yang naik mimbar didepanku dan berkata : Wahai Muhammad. aku berkata : labbaika wasa'daik. dan ia berkata : Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin! maka kukatakan, ‘Amiinn’ ".Kemudian pada langkah kedua Jibril berkata lagi. Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan, puasa pada siangnya dan solat pada malamnya kemudian meninggal tidak diampuni dosanya dan masuk neraka dan katakanlah Amiinn!’, maka aku berkata : ‘Amiinn’.Kemudian pada langkah ketiga Jibril berkata lagi.’Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak berselawat kepadamu dan katakanlah Amiinn!’ maka kukatakan, ‘Amiinn’." 
(HR Bukhari)

Dengan rasa insaf, Syafiq bertanya siapakah dirimu wahai pemuda. Maka pemuda itu menjawab, akulah amalanmu. Lalu pemuda itu hilang dalam pandangan matanya. Teringat Syafiq tentang hadith:

Diriwayatkan oleh Huzaifah bin Yamani  R.A, mereka bertanya kepada Rasulullah S.A.W.

"Berapakah ketetapan usia umatMu Ya Rasulullah? Jawab Rasulullah;   saat kematian mereka pada umumnya antara usia enam puluhan dan tujuh puluhan. Mereka bertanya lagi, Bagaimana dengan mereka yang mencapai usia lapan puluhan? Jawab Rasulullah, sedikit sekali umatku yang dapat mencapainya. Semoga Allah merahmati mereka yang mencapai umur lapan puluh tahun" 

 ( H.R HUZAIFAH IBNUL YAMANI )

Dan Surah Al-Qadr, Ayat 3

Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

Ya Rabbi, Begitu hikmahnya datang Ramadhan, dan Lailatul-Qadar. Kita merupakan umat yang bertuah sungguhpun umur umat kita yang pendek jika dibandingkan dengan umat Nabi lain telah diberi ganjaran amalan seperti hidup 83 tahun, Sungguh ajal maut itu perkara ghaib dan sangat hampir dengan kita. Dan semestinya kita perlu sedia sentiasa agar kita tidak rugi dikemudian hari. Dalam Ramadhan yang berbaki beberapa minggu lagi, janganlah kita hanya melebihkan persiapan raya dari memanfaatkan Ramadhan yang berbaki ini sebaik mungkin. Andai Ini Ramadhan terakhir kita, apa yang kita bawa diakhirat nanti.







Ramadhan, kami pasti merinduimu dan kami tidak mengetahui sama ada kami berpeluang atau tidak untuk bertemu denganmu di masa akan datang. Allah Yang Maha Mengetahui ~

Wassalam.





15 Julai 2013

AHLAN WASAHLAN


HAI -- HELLO -- BONJOUR !


Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. 

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...kita masih diberi peluang untuk bernafas lagi pada hari ini dan dapat duduk membaca entri diblog ini dengan selesa. Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah beri ini. Sungguh hebat ciptaan Allah. Haaaaaaaaa amacam Ramadhan sahabat-sahabat semua ? InsyaAllah semestinya owsem2 belaka kannnnn kerana anda semua muslim yang superhebat !. Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari Ramadhan sebelumnya. Dibulan Ramadhan yang mulia ini, kita bukan sahaja menahan lapar dan dahaga malah dapat menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang sia-sia dan menggantikannya dengan pelbagai jenis ibadah antaranya ialah solat sunat terawikh, tadarus Al-quran dan banyak lagi, haaaaaa yang paling best sekali dapat Iftar Jam'ie di Surau Annur. hehehe ~~ Semoga kita ikhlas dalam melakukan ibadah dan diterima oleh Allah. Sungguh indahnya Islam , Allahuakbar ! 



BANYAK IBADAHNYA, BANYAKLAH PAHALANYA...
BERBALOI-BALOI ~~~ InsyaAllah.







Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah, sebenarnya entri kali ini kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan AHLAN WASAHLAN atau Selamat Datang kepada semua pelajar yang baru mendaftar di Kolej Profesional MARA Beranang yang cukup indah ini. Para pelajar baru yang telah mendaftar pada 3 Julai 2013 yang lalu. Pendaftaran bermula pada jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Seramai 272 pelajar telah mendaftar pada hari tersebut. Wahhhhh sungguh ramai bukan ? Inilah kali pertama kolej menerima pelajar yang begitu ramai, Alhamdulillah. Kedatangan pelajar-pelajar baru disambut meriah oleh para pensyarah dan para Orientation Commitee KPMB (OC)  yang merupakan organisasi yang bertugas pada hari tersebut. Cuaca pada hari tersebut juga seakan menyambut kedatangan para pelajar. 

Setelah semua ibubapa pulang, bermula lah Minggu Jalinan Ukuwah sesi Jul-Dis 2013 (MJU) iaitu minggu orientasi buat para pelajar yang berlangsung selama 5 hari yang dilaksanakan oleh para OC. Sepanjang minggu orientasi berlangsung, pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya ialah solat subuh berjemaah di padang. Subhanallah, begitu indah perasaan ini apabila dapat solat beralaskan rumput diwaktu subuh. Sedikit sebanyak kita juga dapat merasai kesusahan sahabat-sahabat kita dinegara lain. Bersyukurlah kita tinggal di Malaysia yang cukup selesa ini. Semasa MJU berlangsung juga para pelajar dibawa bersiar-siar sekitar KPMB oleh -para OC agar mereka dapat mengenali kolej kita yang indah ini. Orang kata, tak kenal maka tak cinta,  Amboiiiiii ~~~~ Pelbagai gelagat yang ditampilkan oleh para pelajar sepanjang MJU berlangsung. Alhamdulillah MJU telah berlangsung dengan jayanya. Minggu Jalinan Ukuwah sesi Jul-Dis 2013 ini telah tamat pada 7 Julai 2013. 

Diharap agar sepanjang 5 hari berlangsungnya MJU, ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan sebaiknya, InsyaAllah dan semoga Kolej Profesional MARA Beranang dapat terus melahirkan insan yang cemerlang dan gemilang serta owsemmmm dari segi rohani dan jasmani. Amin.


Hidup Generasi Quran, Allahuakbar ! ^_^















9 Julai 2013

Jutawan Segera


Assalamualaikum para pembaca setia blog kami. Kami doakan agar anda sentiasa mendapat perlindungan dan rahmat dari Allah. Alhamdulillah, setelah lama bercuti, akhirnya lembaran baru untuk semester bermula. Kelas akan bermula pada minggu ini bersama dengan semangat yang baru untuk mencapai kejayaan. Tidak lupa pula kepada pelajar baru yang baru berdaftar, kami mengucapkan ahlan wa sahlan kepada anda. Cabaran untuk mendapat segulung diploma baru sahaja bermula.

Ok baik, kita tinggalkan sekejap cerita tentang student, pasal saya ada cerita menarik nak disampaikan pada sahabat - sahabat semua. Nak dengar tak? Eh, mana boleh dengar, kena baca la..hihi...(^_^). Ok nak habaq kat hangpa semua ada kerja kosong ni. (speaking utara pulak).Eh kerja kosong?, menarik ni. Tak pernah pulak blog Perdiqma ni ada promote jawatan kosong. Bukan kena cari kat Jobstreet ke? Ha, bukan senang kitorang nak promote kerja kosong ni. Lagipun diorang da nak amik orang da ni. Eh, baguslah tu, saya pun memang tengah cari kerja ni. Ceritalah pada kami semua.



Syarikat tu memang milik Islam. Kerja yang dibagi taklah susah mana. Kerja dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Lepas tu yang paling bagus ialah gaji + elaun yang dia bagi. Gaji yang diberi basic cuma 24434 tapi side elaun yang banyak. Elaun akan digandakan sehingga 60 kali ganda. Makin banyak korang kerja, makin berganda elaun tu. Siap boleh buat overtime lagi untuk sebelah malam. Wow!!..lumayannya kerja kat situ, biar betul?? La, tak kan bohong pulak. Macam tak percaya. Bole jadi jutawan den (speaking nogori pulak).

Lagi satu syarikat ni ada gak bagi bonus. Bonus yang diberi tu sampai 1000 bulan. Fuh, banyak tuuu. Erm, siapa yang taknak kalau diberi sampai begitu. Tapi tawaran ni cuma sebulan je tempohnya. Lepas tu kena tunggulah sampai tahun depan, itupun kalau diberi kesempatan lagi. Kalau tak berebut, memang rugi la. Eh, tawaran yang lumayan tu, tak kan lah takde orang yang berminat kot. Errmm, jangan tak percaya, ada je orang yang tidak endah dengan tawaran yang lumayan ni. Cuma orang yang bijak je yang ambil peluang tentang tawaran ni. Wah, bagus sangat tu, syarikat apa tu? Syarikat Ramadhan Al-Mubarak. =)



Apa lagi sahabat sekalian, anda semua akan memasuki syarikat tu nanti. Cuma ganjaran yang diberi berdasarkan corak kerja dan usaha yang dilakukan. Jangan lepaskan peluang, anda tidak perlu apply sebaliknya anda semua automatic layak asalkan anda Islam, baligh, berakal dan mampu sudah cukup untuk merebut ganjaran yang lumayan. Jangan tangguh lagi, nanti rugi.

Pintu Ramadhan telah pun dibuka kepada semua umat Islam. Jangan pernah rugikan tawaran Allah yang sebaik ini. Salam Ramadhan Al-Mubarak dari Perdiqma.

 


22 Jun 2013

Cara Mudah Meraih COPA !!

" Siapa taknak COPA angkat tangan....!"

*krik..krikkk..krik..*

Semua pelajar pasti menginginkannya betul tak ? Okay jom kita explore cara-cara untuk mendapatkan COPA BULAN RAMADHAN

Assalamu'alaikum sahabat-sahabat yang setia menikmati coretan blog ini..haa jangan tidak sedar dari lamunan lagi, walaupun kita sedang "menikmati" cuti semester, jadi segala amalan yang dibuat lagi tak terbuat juga tidak "cuti" weee (^-^).. Apa-apapun, kami berharap sahabat sekalian dapat manfaatkan cuti dengan sebaiknya. Sebelum terlupa, memandang result peperiksaan akhir sesi Jan-Jun 2013 sudah keluar, tahniah disucapkan kepada sahabat2 yang berjaya dan yang kurang berjaya, InsyaAllah pasti ada hikmahnya. Teruskan lagi usaha, Allah pasti membalasnya. okay, kita tolak tepi hal result sbb ada perkara yang lebih penting lagi bagi umat Islam sedang menantikan kita....






Sedar tidak sedar, Allah masih panjangkan umur kita sehingga kini di bulan Sya'ban. Ayuh sama-sama kita berdoa agar kita dipanjangkan umur hingga bertemu Ramadhan yang mulia.Amiinn..

اللهم بارك لنا فى شعبان وبلغنا رمضان


“Allaahumma baariklanaa fii Sya’baana wa ballighna Ramadhan.

Ertinya: “Ya Allah, berkatilah kami di bulan Sya’ban ini, dan sampaikanlah umur kami bertemu Ramadhan.”

 

Kedatangan Ramadhan disambut dengan cara paling mulia kita raikan. Dan diambang menyambut kedatangan bulan Ramadhan ini, kami ingin mengajak sahabat semua untuk membuat sedikit "post-mortem" tentang Ramadhan yang lalu. Mari kita kaitan final exam yang baru sahaja lepas kita lalui dengan "exam Ramadhan" yang bakal kita lalui. Dikala bakal menghadapi final exam, rasanya tidak perlu saya bicarakan secara panjang lebar. Paham-paham jela student kan, bila dah nak exam barulah sibuk nak study semua. Nak dapatkan COPA, MOPA la kata kan.
Nah, macam mana pula nak hadapi "exam Ramadhan"?. "Alah, tiap-tiap tahun kita puasa, tak kan tidak tahu kot." Wuu... Ni lah masalah kita ni. Bila dengar pengumuman untuk tengok anak bulan, barulah nak terhegeh-hegeh nak bayar "hutang" puasa lepas. Bila hari pertama puasa pulak, dah macam-macam penyakit lain timbul seperti gastrik dan yang berkaitan. Eerrmm, mengalahkan budak kecik pulak orang dewasa ni. Sikit pun dah tak boleh tahan. Perkara semua ini boleh kita elakkan sekiranya kita "study" dahulu sebelum ambil exam Ramadhan ini. Maklumlah, markah yang diberi Allah masa exam Ramadhan ni, pahala amalan sunat = pahala amalan wajib, pahala amalan wajib = pahala amalan wajib x60++. Banyak tu Allah nak bagi, tapi kita buat biasa je. Boleh dapat COPA ke dalam exam Ramadhan ni?

Jadi untuk entri kali ini, kita akan memberi panduan kepada sahabat sekalian dalam menghadapi Ramadhan agar kita mendapat COPA dalam exam Ramadhan kali ini . Sungguh 1 bulan yang Allah peruntukkan untuk Ramadhan, walaupun rasanya begitu lama namun kita sebagai hamba tidak akan mensia-siakan begitu sahaja dan peroleh kemenangan yang hakiki. "Lecehlah pulak nak kena ada preparation untuk Ramadhan"...heh, Syawal tu boleh je nak buat preparation, tak kisah habiskan ratusan ringgit, nak raya kena berjaya di Ramadhan dulu.

Antara persediaan yang perlu ada dalam setiap dari kita ialah persediaan ilmu. " Eh,kita dah 30 tahun hidup la. Dah 26 tahun kita puasa, nak belajar apa lagi?" Inilah antara masalah kita, menyangkakan segala amalan yang telah kita belajar dan amalkan dari dulu sudah betul dan tidak perlu diperbetulkan. Tidak salah jika mendalami sedikit tentang semua yang berkaitan dengan puasa. Sebagai contoh, ada sesetengah kita bersahur pada sebelah malam (12 tengah malam keataas) dan tidur selepas itu. Tabiat seperti itu tidak digalakkan dan tidak berpadanan dengan sunnah Rasulullah ketika bersahur.

Daripada Anas meriwayatkan daripada Zaid bin Thabit: “Kami telah bersahur bersama-sama dengan Nabi, kemudian Baginda bangun untuk mengerjakan solat. Aku (Anas) bertanya, berapa lama tempoh antara azan dengan sahur itu? Zaid menjawab sekadar bacaan 50 ayat al-Quran.”

 Persediaan dari segi rohani (dalaman) juga penting. Apakah maksudnya? Ianya melibatkan penjagaan hati (iman) kita. Mulai sekarang setiap hari kita tanyakan pada diri kita "apa khabar iman kita?" Bagaimana nak menjaga hati ini? apa yang pasti soal menjaga hati ini adalah tahap paling sukar ditambah pula dengan dugaan dunia. Ianya tidak akan gagal andai amalan istiqamah (berterusan) diamalkan walaupun sedikit. Inilah masanya kita lipat gandakan amalan kita supaya kita tidak sukar mengamalkan di bulan Ramadhan. Antara amalan yang dilakukan adalah bertaubat segala dosa yang telah dilakukan, melazimi qiamullail, membaca Al-Quran dan amalan sunat lain.



 Persediaan harta pula adalah melibatkan harta yang kita miliki. Inilah saatnya untuk harta kita juga disucikan dengan zakat dan sedekah. Jika masih belum mengeluarkan zakat seperti zakat harta dan sbgnya, maka segerakanlah dan perbanyakkan amalan sedekah. "Alah, zakat fitrah cukuplah, asal keluar zakat sudahlah". Salah tu, zakat fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan di bulan Ramadhan manakala zakat - zakat lain adalah untuk mensucikan harta kita. Selain itu perbanyakanlah amalan sedekah kerna di bulan Ramadhan nanti amalan tersebut yang menjadi keutamaan. Haa bukan susah nak dapat COPA bulan Ramadhan, Allah itu Maha Kaya sahabat2. 

Antara lain, adalah persediaan jasmani dan juga harta. Penjagaan kesihatan penting kerna ia melancarkan dan memberi kekuatan untuk melakukan amalan wajib dan amalan sunat. Boleh bayangkan sekiranya kita ditakdirkan sakit pada bulan Ramadhan nanti dan tidak mampu menjalankan ibadat puasa. Sungguh memang ada kelonggaran namun beza puasa di Bulan Ramadhan dan qadha di bulan lain tidak akan tetap sama. Bagi yang perokok tegar, sebelum Ramadhan inilah permulaan kita untuk mengurangkan ketagihan rokok itu. Sedia maklum, nanti di bulan Ramadhan nanti peluang untuk merokok juga kurang. Jadi alang-alang kita kurang merokok, baik kita berhenti terus. Kan haram merokok itu. Pesanan penaja , jangan sesekali kita berbuka puasa di Ramadhan nanti dengan sepuntung rokok. 

Rasulullah saw bersabda, maksudnya: "Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadan."


" Kalau COPA dunia kita study untuk mendapatkannya , kenapa tidak kita 'study' untuk dapatkan COPA Ramadhan ?

*hidung berdarah*

Begitulah serba sedikit yang boleh kami kongsikan kepada sahabat sekalian. Apa yang penting, apa usaha kita sebelum kita graduate untuk ijazah Ramadhan ini. Jangan sesekali melepaskan peluang yang Allah bagi kita tiap-tiap tahun dan yang belum tentu kitakan mengecapinya tahun mendatang. Persediaan diatas tidak boleh tidak mesti dimulakan sekarang. Jika tidak kita kan merasa rugi walaupun diberi 30 hari dibulan Ramadhan, tetapi hanya dapat lapar dahaga sahaja. Ayuh muhasabah diri. Kita sudah bersedia untuk menghadapi Ramadhan.



JEJAKILAH BULAN RAMADHAN DENGAN HATI YANG BERSIH DENGAN DIRI DIPENUHI IMAN DAN TAQWA.



Wassalam.





6 Jun 2013

Bumi Isra' Yang Dinodai

Assalamualaikum muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah, 
Setiap tahun, saban kali sampai tanggal 27 Rejab, kedengaran di corong-corong radio dan banyak ceramah diadakan bersempena dengan Isra' dan Mikraj. Acap kali kita kedengaran tentang bagaimana Rasulullah di Isra' dan Mikrajkan, diperlihat beberapa kejadian dan berjumpa dengan Allah. Rujuk artikel kami disini .

Bila direnung kembali tentang peristiwa ini, ia bermula di Masjid al-Aqsa yang terletak di Baitul Maqdis, Palestin, bumi yang sehingga kini tidak lekang dengan pelbagai ujian. Bersempena dengan peristiwa Isra' dan Mikraj, mari kita singkap kembali bagaimana bumi yang Rasulullah kita diisra'kan telah dinodai sehingga kini. 





Isra’ Mikraj dan Perjuangan Dakwah Islam

“Maha suci Allah yang mengIsra’ hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” [Surah Al-Isra’ :1]


Meneliti kembali rentetan peristiwa sebelum berlakunya Isra’ Mi’raj ini, Baginda dan golongan as-Saabiqun Al-Awwalun yang ikhlas berjuang telah menempuh pelbagai cabaran dan pahit maung dalam berdakwah. Pelbagai peristiwa yang terpaksa diterima dan dihadapi oleh Baginda. Ini termasuklah usaha pemboikotan yang telah dilakukan oleh musyrikin Quraisy terhadap kaum muslimin. Selain itu, kematian isteri tercinta yang merupakan penyokong utama dakwah Islam di Mekah iaitu Saidatina Khadijah RadiAllahu ‘anha, diikuti kematian bapa saudaranya Abu Talib yang senantiasa membela serta melindungi diri Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam daripada ancaman dan penyeksaan orang-orang musyrikin Quraisy. Selain dari itu, keperitan penolakan seruan dakwah oleh masyarakat Thaif menambahkan lagi kedukaan Baginda. Justeru itu, peristiwa Isra' dan Mi’raj merupakan suatu mukjizat yang menjadi pengubat kepada kesedihan dan kedukaan yang dialami oleh Baginda. 

Apa yang pastinya, peristiwa Isra’ Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam ke Baitul Maqdis dan Mi’raj ke lapisan langit ke tujuh merupakan satu peristiwa yang besar ertinya. Di samping ianya merupakan satu bukti tentang kebesaran, kekuasaan dan kehebatan Allah SWT, ianya juga menjelaskan bagaimana Allah memberkati bumi Isra’ dan sekitarnya yang menjadi isyarat kepada semua kaum muslimin agar terus berwaspada dalam menjaga keselamatan dan kehormatan tanah suci ini dari sebarang bentuk pencerobohan. Sesungguhnya harus difahami dan dihayati bahawa Palestin adalah salah satu identiti umat Islam yang perlu dibela daripada terus dinodai oleh tipudaya musuh. 

Kepentingan dan kemuliaan bumi Palestin 

Bumi Palestin dipenuhi dengan sejarah ketamadunan tauhid sejak daripada Nabi yang pertama, Adam ‘alaihissalam sehinggalah kepada Nabi terakhir Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam. Ia adalah tanah suci di mana ramai para Nabi dan Rasul yang telah diutuskan untuk menyampaikan risalah tauhid telah dilahirkan serta diwafatkan di sana termasuk Nabi Ibrahim, Lut, Daud, Sulaiman, Musa dan Nabi Isa. Kepentingan dan kemuliaan bumi Palestin telah dibuktikan di banyak tempat dalam al-Quran dan hadis. Kepentingan terbesar ialah kerana di sanalah terletaknya Baitul Maqdis yang merupakan tempat paling suci selain bumi Hijaz (Mekah dan Madinah) di mana terbina Masjid Al-Aqsa dan Dome of the Rock. 

Abu Dzar berkata: 

Pada suatu hari aku bertanya kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam mengenai apakah masjid yang pertama sekali dibina di muka bumi ini? Baginda menjawab Masjidil Haram. Kemudian aku bertanya lagi, kemudian, masjid apa? Baginda menjawab, Masjidil Aqsa. Aku bertanya lagi, berapakah jarak masa antara pembinaan kedua-dua masjid tersebut? Baginda Rasulullah menjawab, 40 tahun. [Riwayat Al-Bukhari]

Rasulullah juga pernah bersabda: 

Solat di Masjidil Haram adalah sama dengan 100,000 kali solat (ditempat lain), dan solat di masjid ku (di Madinah) adalah sama dengan solat 1000 kali, dan solat di Baitul Maqdis adalah sama dengan 500 kali solat. [Riwayat at-Tabrani]
Sejarah juga mencatatkan bahawa Baitul Maqdis juga merupakan kiblat pertama umat Islam sepanjang dakwah berlangsung di Kota Mekah sehinggalah Allah telah memerintahkan untuk mengadap ke Kaabah di Mekah. Perubahan ini berlaku setelah 16 bulan Rasulullah berhijrah ke Madinah. 


Kronologi Sejarah Palestin

Tanah Palestin telah diserahkan secara damai pada tahun 15H (636M) kepada pasukan kaum muslimin semasa kepimpinan Khalifah Umar al-Khattab r.a. Sejak itu ia menjadi sebahagian daripada negara Islam yang mengikut undang-undang Islam. Undang-undang baru ini, tidak hanya dialu-alukan oleh orang Islam tetapi juga oleh orang Kristian dan Yahudi yang sebelum ini hidup di bawah kekuasaan dan kekejaman Byzantine. Setelah hampir 350 tahun Islam memayungi bumi Palestin, sering berlaku pertukaran pentadbiran. Berikut adalah kronologi sejarah Pendudukan penguasaan Yahudi ke atas Palestin.

TAHUN 1099: Palestin telah diceroboh oleh tentera Salib Eropah dan dijajah hampir satu abad. Semasa penjajahan ini, pembunuhan beramai-ramai dan ketidakadilan telah berlaku terhadap orang Islam, Yahudi dan Kristian. Hanya undang-undang berdasarkan paksaan dan penindasan diamalkan di bumi Palestin yang penuh berkat ini.

TAHUN 1187: Palestin telah dibebaskan daripada penjajah yang zalim ini melalui penyerahan secara damai oleh Salahuddin Al-Ayubi yang mengembalikan undang-undang Islam.

TAHUN 1897: Kongres Yahudi di Basel, dipelopori oleh Theodore Hertzl. Hertzl mendesak Khalifah Abdul Hamid agar menerima secara beransur-ansur perlembagaan Jerman, memujuk untuk membuka pejabat diplomatik Jerman di Istanbul, dan mendesak Khalifah agar membuat keputusan bahawa Daulah Khilafah Utsmaniyyah mengakui imigrasi orang-orang Yahudi ke Bumi Palestin. Namun Khalifah menolak melepaskan Palestin walaupun hanya sejengkal. 

TAHUN 1914: Tercetusnya Perang Dunia I.

TAHUN 1917: Kerajaan British telah meletakkan dalam Deklarasi Balfour bahawa bumi Palestin adalah milik orang-orang Yahudi. Pada waktu itu, orang Yahudi hanyalah merupakan 8% (56, 000 orang) daripada populasi rakyat Palestin dan memiliki hanya 2.5% bumi Palestin. Lord Allenby memasuki Al Quds dengan menyatakan 'Baru sekaranglah perang Salib berakhir'. 

TAHUN 1918 : British dan pakatan nasionalis Arab telah berjaya mengalahkan Khilafah Utsmaniyyah dalam perang dunia pertama. British kemudiannya menjajah Palestin. Mereka kemudiannya memulakan kempen penghijrahan beramai-ramai Yahudi di Eropah ke Palestin.

Tahun 1924: British berjaya meruntuhkan Khilafah Islamiyyah (Utsmaniyyah) melalui agennya Mustafa Kamal.

TAHUN 1948: Orang Yahudi mengisytiharkan penubuhan kerajaan mereka sendiri di atas bumi Palestin yang dikenali sebagai Israel pada 14 Mei dengan izin PBB dengan keluasan tanah 57% dan mencecah 78% dari bumi Palestin pada tahun berikutnya. Ratusan ribu orang Islam telah dihalau keluar daripada bumi Palestin dengan menggunakan tekanan tentera yang dilakukan oleh kumpulan pengganas/samseng Yahudi seperti Irgun, Levi dan Haganot. Kumpulan ini telah dibiayai dan dilatih oleh tentera British.

TAHUN 1967: Israel telah menyerang Mesir, Jordan dan Syria dan telah menjajah lebih banyak kawasan, dan buat pertama kalinya, termasuklah Masjidil Aqsa. Semenjak itu, Masjidil Aqsa telah menjadi sasaran Yahudi dalam beberapa percubaan untuk dimusnah
atau dibakar, termasuk percubaan untuk merobohkannya melalui penggalian bawah tanah. Yahudi tahu bahawa Masjidil Aqsa adalah simbolik kepada tanah semulajadi orang Islam, jadi mereka ingin untuk memusnahkan sebarang tanda ketamadunan Islam di bumi Palestin.

TAHUN 1973, 1982, 1986, 1994: Terjadi pertempuran dan pembantaian oleh Israel.

TAHUN 1987-1999: Termeterainya Perjanjian Camp David I antara Mesir dengan Yahudi, perjanjian Oslo di Washington(1993), dan Perjanjian Way River. Tertubuhnya PLO yang hanya mempunyai autonomi sekitar Gaza dan Jericho. Palestin tidak diperkenankan memiliki tentera melainkan hanya polis sahaja. 

TAHUN 2000: Perjanjian Camp David II di AS yang akan memberikan seperlima (20%) sahaja dari jumlah wilayah Palestin.
Krisis yang tidak berkesudahan

Sehingga kini, bukti-bukti sejarah telah menunjukkan bahawa persoalan Palestin merupakan akibat dari pertembungan dua peradaban iaitu peradaban Islam dan peradaban Barat yang didalangi oleh Amerika Syarikat, Britain, Perancis dan sekutunya. Dengan demikian, munculnya persoalan Palestin banyak dilatarbelakangi oleh usaha untuk meruntuhkan peradaban Islam yang sememangnya telah dirancang secara sistematik untuk jangka masa panjang oleh orang-orang kafir bagi menjauhkan Islam daripada realiti kehidupan serta memecah belahkan negeri-negeri kaum muslimin di samping menerapkan sistem perundangan yang berkiblatkan Barat.

Bagi menyibukkan lagi kaum muslimin agar melupakan persengketaan sebenar antara kaum muslimin dengan negara-negara kuasa besar yang sedia ada, maka persoalan dan krisis-krisis berkaitan Palestin terus ditimbulkan. Pada masa yang sama, permasalahan Palestin sering dianggap sebagai konflik bangsa Arab dengan Israel. Bahkan, sejak berdirinya Pemerintahan Otonomi Palestin, masalah itu dianggap sebagai konflik bangsa Palestin dengan Israel dan tidak berkait dengan kaum muslimin di luar Palestin. Realitinya, masalah Palestin adalah masalah bersama bagi kaum muslimin, bukan sekadar konflik Arab-Israel semata, namun merupakan masalah bagi seluruh umat Islam di dunia ini. Ini adalah kerana masalah Palestin, yang bermula dari pengusiran jutaan umat Islam di bumi Palestin oleh bangsa Yahudi Israel dengan bantuan negara penjajah dan agen-agennya, terkait rapat dengan konspirasi meruntuhkan Daulah Khilafah Islamiyyah.

Bagi memberikan keyakinan kepada kaum muslimin bahawa Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Rusia dan PBB begitu komited untuk menyelesaikan masalah yang berlaku di bumi Palestin, maka banyak perundingan serta persetujuan telah ditandatangani oleh pihak-pihak terbabit. Ini termasuklah Persidangan Madrid (Oktober 1991) dan perjanjian Oslo (September 1993) dan Road Map yang menjanjikan sebuah negara Palestin yang merdeka pada tahun 2005 walau pun mendapat bantahan lebih daripada 90% masyarakat Israel, apatah lagi sekiranya negara Palestin yang dimaksudkan menjadikan Jerusalem sebagai ibu negara; kota yang selama ini menjadi salah satu isu utama konflik Palestin.

Dalam salah satu usaha untuk menunjukkan kesungguhan dalam menjayakan Road Map dan pembentukkan negara Palestin seperti yang dipersetujui ini, Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon telah melakukan “pengorbanan yang menyakitkan'' dengan mengerahkan sejumlah 32,000 orang tentera dan polis ke Genting Gaza untuk memindahkan 8,500 orang pendatang Yahudi daripada kawasan penempatan haram Yahudi di Genting Gaza yang telah diduduki sejak 1967. 

Natijahnya, apa yang dilakukan oleh Israel ini yang didokong penuh oleh Amerika Syarikat dan sekutunya sebenarnya hanyalah merupakan salah satu perancangan licik mereka bagi mencapai tujuan-tujuan tertentu antaranya;

Pertama; Dengan wujudnya Israel di Timur Tengah ini, maka ianya akan menimbulkan konflik dan ketidakstabilan secara berterusan di Timur Tengah. Dalam keadaan ini, golongan kuffar dapat terus menanamkan pengaruhnya di sana sekaligus dapat menyedut sumber alam yang ada serta dapat mengalihkan perhatian kaum muslimin daripada usaha menegakkan semula Khilafah Islam.

Kedua; Cadangan perdamaian di dalam Road Map ini juga diharapkan dapat melunturkan semangat intifadah dan jihad rakyat Palestin dengan menggunakan pihak berkuasa Palestin (PLO) sendiri sebagai benteng menghadapi kebencian rakyat Palestin terhadap Israel. Selain itu, PLO sendiri menerima tawaran perdamaian ini pada 13 september 1993 di Washington agar kewujudan mereka di muka bumi Palestin dapat diterima oleh masyarakat Arab.

Ketiga; Dengan adanya Road Map ini, Amerika Syarikat yang memainkan peranan penting membawa pihak penguasa Palestin dan Israel ke meja rundingan berharap dapat meraih simpati daripada kaum muslimin di Timur Tengah. Hal ini terpaksa dilakukan oleh Amerika dan sekutunya setelah mendapat tentangan dan kecaman hebat daripada masyarakat Arab akibat pencerobohan tentera bersekutu ke atas Iraq.

Tambahan pula, ‘lakonan’ Ariel Sharon di Gaza adalah pada hakikatnya merupakan helah semata-mata. Pengamat politik Timur Tengah mendapati bahawa pengurangan penduduk Yahudi di Gaza dibayar dengan penambahan pendudukan kaum Yahudi di Jerusalem Timur yang akhirnya akan memisahkan Tebing Barat yang diduduki kaum muslimin dari Jerusalem Timur [Jerusalem, The Powder Keg, New Statesman].

Penyelesaian Hakiki

Berdasarkan ringkasan di atas, pendekatan perundingan dan perdamaian yang diadakan dengan pihak Israel sebenarnya merupakan satu usaha yang batil, apatah lagi ianya bertentangan apa yang telah termaktub di dalam Al Ihdat Al ‘Umariyyah (Perjanjian Umar) yang menyebutkan “Tidak boleh seorang Yahudi pun tinggal di Baitul Maqdis” [Ibnu Jarir At-Thabari, Tarikhul Umam wal Muluk]. 

Jelaslah bahawa tanah Palestin yang di sana tersemadinya para syuhada di kalangan Sahabat Rasulullah dan statusnya adalah tanah kharajiah yang bererti tanah milik umat Islam. Tepatlah apa yang dikatakan oleh Sultan Abdul Hamid II tatkala Theodore Hertzl meminta tanah Palestin pada tahun 1897; “Tanah itu bukan milikku tetapi milik umatku”. 

Tidak dapat dinafikan bahawa banyak usaha yang boleh dan telah dilakukan oleh kaum muslimin di seluruh dunia bagi membantu meringankan penderitaan saudara-saudara seaqidah mereka di Palestin. Antaranya ialah dengan memutuskan segala bentuk hubungan dengan negara-negara kafir, menutup dan mengusir semua kedutaan dan pangkalan-pangkalan tentera mereka yang berada di bumi umat Islam, menyita segala bentuk pelaburan dan perusahaan yang mereka miliki di bumi umat Islam serta memberi bantuan dana, perubatan dan sokongan moral kepada umat Islam di Palestin. 

Namun demikian, usaha-usaha yang disebutkan di atas masih belum mampu sepenuhnya untuk menyelesaikan masalah umat Islam di Palestin. Pada pengamatan kami, satu-satunya jalan penyelesaian yang hakiki dalam mengembalikan Palestin ke tangan kaum muslimin adalah dengan mengobarkan seruan jihad fi sabilillah dan mengusir Yahudi kafir muharriban fi'lan dari bumi Palestin. 

Firman Allah;

“Wahai orang-orang yang beriman, perangilah orang-orang kafir yang disekitarmu itu. Dan hendaklah mereka menemui kekerasan daripadamu. Dan ketahuilah bahawa Allah berserta orang-orang yang bertaqwa” [Surah At-Taubah:123]

Imam Ibnu Kathir ketika menjelaskan ayat di atas menyatakan ‘wajib memerangi orang-orang kafir bermula dari sempadan yang terdekat’. Ini bermakna menjadi kewajipan fardhu ain ke atas kaum muslimin di Palestin, Syria, Jordan, Lebanon dan Mesir dan menjadi fardhu kifayah ke atas kaum muslimin yang lainnya untuk turut sama membebaskan Palestin dari cengkaman Yahudi. 

Khatimah

Sejajar dengan itu, bagi memastikan usaha ini dapat dilakukan dengan lebih optimum kaum muslimin seharusnya terlebih dahulu memiliki kekuatan yang mampu menggerunkan pihak musuh. Kekuatan itu tidak lain hanyalah dengan menegakkan semula Daulah Khilafah yang akan menyatupadukan umat Islam seluruh dunia dan seterusnya membebaskan tanah Palestin dan juga tanah-tanah umat Islam di seluruh dunia daripada cengkaman musuh-musuh Islam.

Sayangnya, Khilafah yang dinantikan masih belum terwujud di tengah-tengah kita. Oleh kerana itu, sudah tiba saatnya untuk umat bangkit dan kembali menegakkan kekuatan mereka di atas dunia ini dengan mewujudkan Daulah Khilafah Islamiyah berdasarkan Thariqah yang pernah ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam. Insya Allah, kehinaan dan penderitaan yang kini melekat pada tubuh umat akan segera sirna. Amin.






Semoga bermanfaat. Wassalam.


5 Jun 2013

SIHATKAH HATI KITA ?


Bismillahirrahmanirrahim …. 

Amboiiii seronok holiday ?? holiday holiday jugak , tapi amal takde holiday  tau !

Apa khabar iman kalian semua ? Mudah mudahan berada di tahap yang stabil untuk terus memandu ke arah menuju redha Ilahi. Alhamdulillah , Allah masih beri ruang kesempatan untuk kita sama sama menatap secebis nota dalam merangka suasana kedamaian dan ketenangan untuk dipasakkan ke dalam iman kita.  Moga pengisian yang sedikit ini dapat memberi sedikit energy untuk kita meneruskan pengembaraan di muka bumi Allah ini. insyaAllah.

Baik ! first thing first. Jom kita buka minda kita seluas-luasnya agar apa yang kita baca mudah untuk dihadam dengan baik dan memudahkan kita untuk melaksanakannya. *Eh, nak buat apa erk ?



HATI !

Lihat pada tajuknya macam menarik. HATI ! *aku sudah terbayangkan HATI ku yang sedang berbunga bunga. (PANGG ! jangan berangan sangat okay). Masalah hati gamaknya.
Di sini bukan untuk bercakap mengenai HATI = LOVE or HATI = CINTA. Tapi ada yang lebih penting dari itu. Iaitu PENYAKIT HATI !

Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, sabda Nabi saw : “Ketahuilah bahawa dalam jasad ada seketul daging, apabila baik maka baiklah jasad, apabila rosak maka rosaklah jasad. Ketahuilah ia adalah hati!”

Wahh. Bagaimana hati boleh menjadi sakit. Kalau sakit organ hati berkemungkinan boleh di rawat oleh doctor dengan atas izin Allah namun kalau penyakit masalah hati bagaimana pula ?

Nahh ! Hati itu umpama raja di dalam diri manusia. Hati itu umpama sistem yang mengawal gerakan manusia. Jadi tidak menjadi hairan bilamana sistem ini boleh rosak sekiranya tidak diuruskan dan tidak dikawal dengan baik. Oleh itu, memang benar lah apa yang telah disabdakan Rasulullah yakni apabila baik maka baiklah jasad, apabila rosak maka rosaklah jasad. Ketahuilah ia adalah hati!

Wahai sahabat sahabat , sekali lagi ditekankan HATI UMPAMA RAJA dalam diri. Dan hati boleh jadi sakit sekiranya kita tidak mengurus, mengawal dan menyelenggara dengan sebaik mungkin. Hari ini, penyakit hati sangat bermaharajalela dalam diri kita dan masyarakat. Kerana itu kita perlu sedar dan bangkit untuk perbaiki semula keadaan hati kita.
Hati adalah salah satu SENDI PERTARUNGAN JIWA ; pertarungan yang sengit untuk kita bermujahadah(melawan). Ini kerana, hati itu boleh jadi macam macam samaada HATI yang HIDUP, MATI atau SAKIT. Jika diteliti HATI itu boleh jadi sifatnya mahmudah atau mazmumah. Kerana itu pertarungan dalam membina hati yang bersifat mahmudah sangat sengit dan perlukan pengorbanan.

SubhanAllah, dasyatnya fungsi HATI ini ! betapa hebatnya seketul daging yang Allah ciptakan ini. *tiba tiba terpanggil untuk menyoal diri sendiri  bagaimana kah keadaan hatiku ini ?


TANDA – TANDA HATI SAKIT.
Hati menjadi sakit bilamana segala fikiran kita itu menjadi negatif justeru lahirlah tindakan yang tidak positf iaitu keburukan mahupun kejahatan. Seperti contoh timbul rasa ujub(bangga), syirik & riya’, hasad dengki dengan orang sekeliling. Dan lagi dasyat bila hati menjadi sakit kita akan menurut segala kehendak nafsu yang mendorong untuk melakukan kemaksiatan.

Wahai, sahabat sahabat yang dikasihi, ayuh kita semak kembali adakah diri kita punya rasa sebegitu? Allahuakhbar! Sesak dada ini pabila merasakan hati ini sakit rupanya. Sahabat sahabat yang dimuliakan Allah, bila mana kita telah sedar di atas kesilapan kita, sebenarnya hati kita sedang HIDUP. Hati yang hidup ini adalah dia sedar dan menginsafi kesalahan dan merasakan diri telah dihujani dosa dosa atas kemaksiatan yang dilakukan. Kadang bukanlah maksiat - maksiat besar  tapi maksiat – maksiat kecil yang menjadi virus dalam hati. Sahabat bersyukurlah, Allah masih beri rasa kesedaran agar kita membangkitkan semula hati yang sakit menjadi hati yang hidup.



RAWAT HATI SAKIT.

“Oh, doctor. Hati saya sakit”
Maaf doctor pun tak mampu nak merawat hati anda. Cuma anda sahaja yang mampu merawat sendiri. Kerana hati itu adalah hati kita sendiri. jadi kita sendiri yang mampu menyelenggara sistem hati kita. Jadi bagaimana ?
Abu Ishaq Ibrahim bin Ahmad Ismail Al-Khawwash pernah memberi nasihat untuk mengubati hati.

1.       Membaca Al Quran dengan merenungkan isi dan ertinya
2.       Berpuasa dengan mengosongkan perut
3.       Bangun malam beribadat
4.       Bermunajat/tadharru’ berpanjangan
5.       Berkumpul dengan orang-orang soleh

JOM ! SUCIKAN HATI KITA.

Sahabat sahabat yang diredhai Allah, serulah pada diri sendiri , jangan biarkan hati kita kekosongan. Hati itu perlu di isi seperti mengisi air ke dalam botol. Jadi, kita punya pilihan sama ada mahu di isikan dengan KEIMANAN atau JAHILIYYAH/NAFSU. Seharusnya pilih lah untuk di isi dengan keimanan kerana manusia itu akan lemah dan terus sakit sekiranya kita tidak mengisi dengan perkara perkara kebaikan. Allah ciptakan kita untuk berubudiyah yakni beribadah, tunduk patuh kepada Allah. Jadi semuanya bermula dengan hati. Ingin melakukan sesuatu bermula dengan hati yang bersih dan niat yang suci agar perjalanan kita sebagai seorang hamba akan diredhai Allah dan diberkati olehNya. Oleh itu, marilah kita bersama sama bermujahadah merawat  dan menyucikan hati kita.




JADIKAN CUTI KITA INI CUTI YANG BERPRODUkTIF, BARULAH OHSEM ! 

Wassalam.



 Rujukan : http://www.jilulquran.com/islamic-poster/5-ubat-hati/



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...