Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog PERDIQMA KPMB

Islam Itu Indah

Dengar IKIM.fm Online

Dengar radio IKIM.fm secara online menerusi blog PERDIQMA

Like Facebook PERDIQMA

Sertai facebook PERDIQMA serta dapatkan info dan pengkongsian ilmu di laman fb PERDIQMA

23 Februari 2015

Muktamar Perdiqma ke 8

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi ALLAH SWT, apa khabar semua? apa khabar iman kalian?. Jadi pihak perdiqma ingin berkongsi tentang muktamar perdiqma yang dijalankan pada hari Rabu bersamaan 28/1/2015 di LT2. Alhamdulillah , ahli perdiqma semakin bertambah dengan wajah-wajah yang baru yang bakal menyerikan suasana dakwah di kolej kita. Subhanallah! Alhamdulillah ! Allahuakbar!

Majlis muktammar bermula pada pukul 9:30 malam dan dimulai kata-kata aluan oleh saudara pengerusi majlis kita. Seterusnya , majlis diteruskan dengan bacaan al-quran oleh saudara saajid dengan surah pilihan dan alunannya yang tersendiri. Seterusnya untuk memberkati majlis , saudara pengerusi majlis menjemput saudara adib selaku penolong biro takmir untuk membacakan doa. Setelah selesai bacaan doa , para hadirin dihiburkan dengan tayangan video tentang aktiviti yang telah dijalankan pada semester yang lalu.

Setelah tamat tayangan video , maka bermulalah agenda yang ditunggu-tunggu iaitu ucapan daripada alumni perdiqma sendiri iaitu saudara Aizudin B. Jamalan. Saudara aizudin merupakan bekas pelajar kpm yang sentiasa berada bersama perdiqma dan membantu perdiqma bersama-sama dengan alumni yang lain. Beliau memperkenalkan diri dan menceritakan sedikit tentang alumni dan pengalaman beliau ketika bersama perdiqma. Beliau merupakan salah seorang alumni yang bertungkus lumus membantu perdiqma selama lebih kurang  tahun bagi menguatkan lagi ukhwah yang telah terbina. 


Dalam ucapan beliau , terdapat perkongsian yang begitu memberi kesan kepada semua hadirin  tentang perumpamaan yang mempunyai maksud tertentu iaitu:-

Apabila Rumah Terbakar, Dia Masih Tidak Sedar
- Seseorang individu yang leka dengan dunia sehingga tersesat jauh daripada jalan yang sebenar.

Apabila Rumah Terbakar, Dia Sedar Tetapi Kembali Tidur
- Seseorang individu itu tahu perkara yang dilakukan itu adalah salah dan berlanggar dengan syariat tetapi masih melakukannya.

Apabila Rumah Terbakar, Dia Sedar Dan Selamatkan Diri
- Seseorang individu yang sedar akan kesalahannya , dia bertaubat tetapi hanya untuk dirinya dan tidak berkongsi atau mengajak orang lain.

Apabila Rumah Terbakar, Dia Sedar Dan Kejutkan Kawan-Kawan
- Seseorang individu itu yang sedar akan kesalahannya , dia bertaubat dan mengajak rakan-rakannya yang lain untuk bertaubat.

Apabila Rumah Terbakar, Dia Sedar Dan Kejutkan Kawan-Kawan Serta Memikirkan Cara Untuk Memadamkan Api Itu.
- Seseorang individu yang tahu akan kesalahannya , dia bertaubat dan mengajak rakan-rakannya yang lain untuk berubah. Dia juga berfikir bagaima untuk menguatkan lagi keimanan diri dan memperluaskan lagi dakwah untuk mengajak lebih ramai umat islam untuk kembali ke jalan islam yang sebenar.

Kesimpulan daripada perkongsian itu , kita hendaklah sedar akan kesalahan kita dan jangan lupakan rakan-rakan disekeliling kita yang berada didalam kemungkaran. Kita hendaklah mengajak mereka dan memikirkan bagaimana cara untuk memperluaskan lagi dakwah dan bukan hanya di kolej. Selesai sahaja ucapakan daripada alumni , saudara Amir selaku presiden perdiqma dijemput untuk memberi ucapan dan pengenalan ringkas tentang perdiqma. Beliau banyak memberi penerangan tentang perdiqma dan sedikit jenaka yang menghiburkan semua hadirin. Tetapi ada sedikit perkongsian daripada beliau yang amat penting iaitu "Niat tidak menghalalkan cara". Beliau berkata bahawa segala perbuatan dimulai dengan niat jadi kita kena berhati-hati kerana jika kita berniat bukan kerana ALLAH SWT , maka apa yang kita lakukan adalah sia-sia. Beliau juga menekankan untuk kesemua ahli perdiqma menjaga niat masing-masing. 

Setelah itu , majlis diteruskan dengan sedikit video tentang aktiviti pada semester-semester yang lalu iaitu "Broga 4 Palestine" yang masih menjadi penguat semangat untuk kesemua ahli perdiqma untuk mengadakan program. Alhamdulillah , dengan berakhirnya video tersebut maka berakhirlah majlis muktammar perdiqma pada sem Jan-Jun 2015 ini. Semoga kesemua ahli kuat dan tekad meneruskan perjuangan demi memperluaskan lagi dakwah di muka bumi ini. 
    





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...