Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog PERDIQMA KPMB

Islam Itu Indah

Dengar IKIM.fm Online

Dengar radio IKIM.fm secara online menerusi blog PERDIQMA

Like Facebook PERDIQMA

Sertai facebook PERDIQMA serta dapatkan info dan pengkongsian ilmu di laman fb PERDIQMA

31 Mac 2010

BERSAMA MENJAYAKAN KEMPEN '60 EARTH HOUR'

     www.perdiqmakpmb.blogspot.com
Oleh : zulia sofy zakaria

  Pada 27/03/2010, MPP 2010 dan Perdiqma telah mengadakan majlis '60 Earth hour' bertempat di surau An nur.Majlis ini diadakan bagi menyokong kempen hari '60 Earth Hour' yang di sambut di seluruh dunia. Aktiviti seperti ini diadakan dengan harapan generasi muda masa kini sedar akan apa yang sedang berlaku terhadap bumi yang kita jejak ini. Lihat sajalah sekarang ini dengan masalah 'global warming'nya dan boleh dikatakan satu dunia dapat merasai bahananya.



AKTIVITI AJURAN PELAJAR DIA, KERJASAMA BERSAMA PERDIQMA

www.perdiqmakpmb.blogspot.com
Oleh : Nor 'Aisah Abd Hamid

   Tajuk Ceramah : CABARAN UMAT ISLAM MASA KINI
   Pada malam Selasa, 30 Mac 2010, satu ceramah telah diadakan di surau An-Nur. Ceramah itu telah diadakan dengan kerjasama diantara pelajar Diploma In Accountancy (DIA) semester dua dengan persatuan Perdiqma. Perdiqma telah dipelawa untuk bekerjasama dengan pelajar DIA untuk menjayakan program tersebut dan kami amat menghargainya. 




30 Mac 2010

Menjadi seorang pelajar muslimah seharusnya bagaimana?

 www.perdiqmakpmb.blogspot.com
Oleh: Riani Binti Awang*

Kehidupan sebagai pelajar sememangnya menuntut seribu satu pengorbanan demi untuk mencapai cita-cita asasi sebagai seorang pelajar iaitu ingin menyelesaikan tempoh pengajian dengan cemerlang. Namun dalam usaha untuk mencapai dan menggapai cita-cita asasi itu terlalu banyak mehnah dan tribulasinya, sehinggakan ada kalanya seseorang pelajar itu sedikit leka, hanyut dan larut. Jika kelekaan dan kelarutan itu tidak dibendung dengan cara yang drastik sudah pasti hidup seorang pelajar itu akan hancur sedikit demi sedikitnya nantinya.


29 Mac 2010

CINTA VS SUKA

www.perdiqmakpmb.blogspot.com.
Editor: Zubaidahtul Nooraini bt Musdar

Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah."


26 Mac 2010

PROGRAM TERKINI: 60 EARTH HOUR@KPMB

 PROGRAM TERKINI: 60 EARTH HOUR@KPMB

Anjuran: MPP 2010 & PERDIQMA
Lokasi: Surau An Nur
Pada: 27 Mac 2010
Waktu: 8.00PM-9.30 PM
Aturcara: Solat fardu Isyak, Solat sunat hajat & Slot Muhasabah diri. 
 
"TOGETHER CELEBRATE EARTH DAY"


25 Mac 2010

STATISTIK ANAK LUAR NIKAH DI MALAYSIA

www.perdiqmakpmb.blogspot.com
Oleh: johnjimat
Editor: Mus'ab Khalili Rosli

Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.

Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.(klik pada more)


Cinta Remaja: Banyak Bala Daripada Pahala?

www.perdiqmakpmb.blogspot.com
Oleh: Riani Binti Awang*

Remaja menurut Kamus Dewan membawa maksud sesorang yang mulai dewasa, sudah akil baligh, sudah cukup umur untuk berkahwin dan sudah mulai memiliki rasa cinta berahi. Manakala menurut Wikipedia Bahasa Melayu, remaja merujuk kepada golongan manusia yang berumur 12 hingga 21 tahun. Pada peringkat umur tersebut merupakan peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan peringkat dewasa. Robiah K.Hamzah (2001:i) pula berpendapat remaja merupakan golongan perantaraan antara yang muda dengan dewasa. Pada peringkat umur sebegini mereka dianggap sebagai golongan pendesak, pewaris khazanah dan harapan bangsa dan negara. Di peringkat usia sebegini juga mereka sedang sibuk berjuang dengan konflik dalaman, dan konflik luaran iaitu keadaan sekitar yang penuh kontardiksi dan ketidakstabilan.(klik pada more)



24 Mac 2010

Siapakah Yang Rugi Dan Siapakah Pula Yang Untung?

www.perdiqmakpmb.blogspot.com
Editor : Nor 'Aisah Abd Hamid

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang paling sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya
seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.




AKTIVITI PERDIQMA

www.perdiqmakpm.blogspot.com
Editor : Nor 'Aisah Abd Hamid

  Pada 17 Mac 2010 yang lalu, Biro Dakwah, Tarbiah dan Ekonomi dari persatuan Perdiqma telah menganjurkan satu tayangan filem. Tayangan filem ini adalah bertujuan untuk mengutip dana tabung Perdiqma. Nak tahu filem apa yang ditayangkan …???
Macam biasa klik kat more tu….




19 Mac 2010

PANDUAN MEMILIH PEMIMPIN


Pilihanraya kampus di KPMB begitu hampir sekali. InsyaAllah, selasa ini, 23 Mac 2010 pilihanraya akan diadakan. Poster-poster calon juga telah ditampal sekitar kolej.Malah, beberapa calon turut kelihatan lebih "kreatif" pada kali ini dengan berkempen melalui laman sosial seperti facebook dan sebagainya. Bagi pelajar-pelajar yang bakal mengundi dan yang baru kali pertama mengundi, pasti sukar membuat pilihan bukan? 

Pasti tertanya-tanya dan "confuse" siapa yang harus diundi. Yang berambut pacak? yang bersongkok? yang kacak bergaya? yang bijak berkata-kata? yang cantik molek? oh, mungkin juga yang wajahnya begitu cute diposter itu? Oh... oh... Cukup memeningkan kepala. Lalu, apakah sebenarnya yang menjadi ukuran?

Disini ada tips yang sangat berguna daripada Dr Harun Din. InsyaAllah, inilah panduan memilih pemimpin sebenar!:


17 Mac 2010

12 BARISAN DI AKHIRAT

www.perdiqmakpmb.blogspot.com
Editor : Nor 'Aisah Abd Hamid

Suatu ketika, Muaz Bin Jabal r.a mengadap Rasulullah dan bertanya : “Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah S.W.T : “Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datang berbaris-baris “(Surah An-Naba’: 18). Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab “ Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat  besar, bahawa umat ku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….”

Maka ditanyakan apakah 12 barisan tersebut :




AKTIVITI PERDIQMA UNTUK PELAJAR KAMSIS.

www.perdiqmqkpmb.blogspot.com
Editor : Nor 'Aisah Abd Hamid

     Sesungguhnya sesiapa yang membaca Al-Quran pasti akan mendapat syafaat di akhirat nanti......
Sebagai  aktiviti mingguan untuk pelajar kamsis,PERDIQMA telah menganjurkan satu aktiviti iaitu tadarus Al-Quran. Aktiviti ini dijalankan setiap minggu dan pelajar semester satu adalah wajib untuk menyertainya.




JAHANNAMKU

Dari hadith Qudsi: bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahariKu. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:




16 Mac 2010

Ceramah Sempena Sambutan Maulidur Rasul

  Khamis, 11 Mac 2010-Sempena Sambutan Maulidur Rasul peringkat Kolej Profesional Mara Beranang, unit Ta’mir dari Persatuan PERDIQMA telah menganjurkan satu program ceramah Maulidur Rasul bertempat di Dewan Seri Gema KPMB. Sebelum ceramah bermula pada pukul 9 di dewan, majlis telah didahulukan dengan solat maghrib secara berjemaah diikuti bacaan yasiin dan tahlil untuk tiga orang pelajar kpmb yang telah kembali ke rahmatullah.................


HANDZALAH: KORBAN CINTA SEORANG PEJUANG

Handzalah. Cukup asing sekali nama itu pada kita. Malah, sepanjang zaman persekolahan hatta dalam kuliah atau ceramah sekalipun jarang terdengar kisah Handzalah.  Pertama kali terdetik mendengar kisah beliau ketika Allah takdirkan saya mendengar lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Rabbani yang menceritakan kisah Hanzalah.  Tatkala mendengar dan cuba menghayati  bait-bait liriknya, cukup meruntun hati.  Lalu saya cuba mencari maklumat tentang Handzalah di internet.

Alhamdulillah, ada beberapa maklumat tentang Handzalah. Hanzalah merupakan pemuda dari suku Aus di Madinah. Ketika itu Handzalah baru sahaja menikahi seorang wanita (baru beristeri). Namun, takdir Allah yang Maha Esa, perkahwinan itu berlangsung tatkala Perang Uhud menjelang. Oleh kerana Handzalah baru bernikah, beliau dikecualikan oleh Rasulullah dari menyertai peperangan Uhud.

Namun Handzalah seorang pembela agama yang teguh. Diawal pagi selepas malam pernikahannya, gendang perang telah dibunyikan. Ketika itu pasukan kaum Muslimin sedang berada dalam keadaan yang genting sekali. Handzalah terjaga dari tidur lantas memakai pakaian perang miliknya. Beliau turut bersama para sahabat berjuang dalam pertempuran Uhud.  Ditakdirkan oleh Allah SWT, beliau syahid pada pertempuran itu.

Subhanallah.. Sesungguhnya pengorbanan dan keimanan beliau sangat hebat. Walau ketika itu beliau mempunyai pilihan untuk tidak menyertai peperangan, beliau sanggup meninggalkan kekasih hatinya yang baru sahaja dinikahi. Demi memastikan Agama Allah ditegakkan, Jihad menjadi pilihan. Sedang kala itu, pasti beliau terfikir tentang resiko yang bakal dihadapi sekiranya pergi berjihad bersama para sahabat.Diantara kenikmatan dunia dan tertegaknya Islam, tanpa ragu-ragu Handzalah bangkit dan maju dengan penuh keimanan menuju ke medan jihad. Takdir Allah tak siapa dapat menolak. Pada awal pagi itu, Handzalah telah syahid menemui Allah dalam pertempuran.

Begitu besar  dan hebat keimanan Handzalah. Berapa ramai dari kita sanggup meninggalkan kenikmatan dunia demi membertahankan Agama Islam. Sedang ketika itu, Handzalah sedang bersama dengan isteri tercinta yang baru sahaja dinikahi. Tentu sahaja berat hati untuk meninggalkan isteri tercinta dan meninggalkan kenikmatan berumah tangga untuk pergi berperang. Yang entahkan dapat bejumpa lagi sekiranya kelak terkorban atau cedera. Pasti itu suatu keputusan yagn besar bagi Handzalah. Namun Handzalah pasrah.

Menyelusiri bait-bait lagu Handzalah dendangan Rabbani:

"Usapilah genang air mata kasih
Senyumanmu penguat semangat daku
Andai kita tak jumpa lagi
Ku semai cintamu di syurga"

Dengan nama-Mu Allah yang Maha Gagah
Langkahku atur pasrah daku berserah


Akhirnya Syahidlah Handzalah dalam pertempuran Uhud menentang Kaum Musyrikin.

Setelah Handzalah syahid, telah diriwayatkan Baginda Rasulullah saw melihat jasad Handzalah dimandikan oleh malaikat di antara langit dengan bumi dengan menggunakan bekas yang diperbuat dari perak.Pada ketika itu, Handzalah tidak sempat berjunub dan telah pergi ke medan pertempuran dalam keadaan tegesa-gesa kerana keadaan Pasukan Muslimin begitu genting sekali. Peristiwa ini berlaku dalam Perang Uhud yang berlaku pada 625M 3H. Dalam pertemburan ini, Handzalah telah terbunuh ditombak oleh Kaum Musyrikin. Beliau syahid bersama-sama 69 pahlawan yang lain. Semoga Allah merahmati Handzalah dan isteri beliau diatas keteguhan iman yang dimiliki.

Persoalan buat kita, adakah kita sebagai hamba Allah yang cukup hina ini sanggup melakukan sama seperti Handzalah? Adakah lagi pemuda seperti beliau... Sekiranya ada, kitakah itu? Dan bagi kaum hawa, sudikah anda setabah dan sehebat pengorbanan isteri Handzalah? Lalu sekiranya jawapan kita 'Insya-Allah' atau 'ya', lalu apakah yang pernah kita lakukan demi membantu Agama Allah?

Coretan hati.... Ku dedikasikan buat 70 Pahlawan yang syahid dalam pertempuran Uhud...

Judul:  Handzalah
Album : Qiblat

Relakanlah perpisahan kita ini
Iringilah pemergian daku nanti
Dengan doa yang tak berhenti
Moga Islam terus berdiri

Usapilah genang air mata kasih
Senyumanmu penguat semangat daku
Andai kita tak jumpa lagi
Ku semai cintamu di syurga


Berpisahlah dua jiwa
Meninggalkan kuntum cinta
Mekar di istana taqwa
Menyahut panggilan Allah


Dengan nama-Mu Allah yang Maha Gagah
Langkahku atur pasrah daku berserah
Menangkanlah kaum muslimin
Hancurkanlah kaum musyrikin

Handzalah pergi ke medan jihad
Bersama dengan para sahabat
Bertempur hebat penuh semangat
Sehingga dia syahid akhirnya


Turunlah malaikat ke bumi
Mandikan jasadnya simpati
Sucilah jasadnya mewangi
Diarak rohnya ke Firdausi


Hening malam menyaksikan
Korban cinta dua insan
Baru diijabkabulkan
Rela menyahut seruan
Demi Islam ditegakkan
Jihad menjadi pilihan

Munsyid : Rabbani
http://liriknasyid.com
Senilagu: Yusri Yusof
OP : EMI Music Publishing (M) Sdn Bhd
Senikata : B Nury


 Kisah Perang Uhud

Artikel Oleh: Mus'ab Khalili Bin Rosli


13 Mac 2010

Fikrah mahasiswa yang perlu diubah

www.perdiqmakpmb.blogspot.com
Muhammad Fadzli Bin Sa'doon*
(Moderator Blog PERDIQMA)

Fikrah mahasiswa dalam mendepani isu


Bersyukur kehadrat Allah kerana kita masih lagi ditemukan dalam suatu ruangan maya. Sudah lama rasanya ana tidak menulis, mungkin kerana komitmen persatuan serta memenuhi peranan dalam setiap program yang sentiasa rancak dijalankan.

Saban hari, kita mendengar pelbagai isu yang membicarakan mengenai mahasiswa. Dalam artikel kali ini ana ingin berkongsi bersama sahabat-sahabat mengenai beberapa panduan dan kaedah dalam mendepani isu-isu yang dibangkitkan.


JOM JAWAB TEKA-TEKI 3!!!

Assalammualaikum..

Pada minggu ini, satu lagi teka-teki diberikan.. So, kepada antum sumer yang hebat-hebat kat luar sana tu cubalah menjawab. Tapi, pada minggu ni tiada hadiah ok? hehe.. Jom menguji minda!!

Soalannya ialah: 

When you use me wrongly you can't undo your mistake
so please control me for Allah's sake.
so use me well, or at least try your best,
now tell me, what am I?

Cuba yang terbaik ya!


10 Mac 2010

CERAMAH SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KPMB

TAJUK: "GENERASI PENCETUS GERAKAN DAKWAH,
RASULULLAH SAW SEBAGAI IKUTAN"

OLEH: SYED ABDUL KADIR BIN SYED HUSSIN ALJOOFRE*
PADA: 11 MAC 2010
WAKTU: JAM 9.00 MALAM
LOKASI: DEWAN SRI GEMA KPMB
ANJURAN: BIRO TA'MIR PERDIQMA

SEMUA DIJEMPUT HADIR


NASIHAT YANG MENGHASILKAN DIAM

 www.perdiqmakpmb.blogspot.com
Oleh : Ustaz Hasrizal bin Jamil

"Kalaamuna lafzun mufeedun kastaqim…" Itu petikan daripada Alfiyyah Ibn Malik, kitab yang digunakan semasa belajar Nahu Arab.
Kalam di sisi kami ialah lafaz yang bermanfaat seperti, “beristiqamahlah!”




FITNAH DI HUJUNG LENSA

www.perdiqmakpmb.blogspot.com
Oleh : Ustaz Hasrizal Bin Jamil

“Ustaaazzz, Assalamualaikum!” terdengar suara kuat bertempik dari anjung surau.
Saya terkejut.Capati dilepaskan kembali ke pinggan.
“Err, wa ‘alaikum al-Salaam” saya membalas salam beriringan dengan senyuman.“Saya sudah lama mencari peluang mahu bertemu dengan ustaz. Nak minta tandatangan buku ni!” kata beliau.




AKTIVITI PERDIQMA UNTUK PELAJAR KAMSIS

www.perdiqmakpmb.blogspot.com
Editor : Nor 'Aisah Binti Abd Hamid

AKTIVITI PERDIQMA UNTUK PELAJAR KAMSIS

   Sebagai seorang pelajar, kita mestilah membahagikan masa yang ada dengan bijak, terutamanya dalam mengimbangi urusan dunia dan akhirat. Oleh itu, Persatuan Dakwah Islamiah Kolej Profesional Mara Beranang (PERDIQMA) telah menganjurkan satu aktiviti bagi mengisi rohani pelajar KPMB dengan mengadakan Majlis bacaan Yasin dari bilik ke bilik di setiap asrama iaitu kamsis Siti Khadijah, kamsis Saidatina Aishah, dan kamsis Al-Farabi.



8 Mac 2010

Sempena Maulidur Rasul: Saat-saat Akhir Rasulullah SAW.

“Kepalaku!” kata Aisyah. Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan Aisyah radhiyallaahu ‘anha baru sahaja pulang daripada menziarahi perkuburan al-Baqi’ lewat malam tadi.
Kepala Aisyah sakit berdenyut-denyut.
Baginda menyedarinya.



4 Mac 2010

Aktiviti PERDIQMA

www.perdiqmakpmb.blogspot.com
Editor : Nor ‘Aisah Binti Abd Hamid

Pasti anda tertanya-tanya apakah aktiviti yang dijalankan oleh PERDIQMA sepanjang mingggu untuk pelajar KPM Beranang. Antara aktiviti yang dilakukan adalah seperti  mengadakan slot ceramah yang diadakan pada setiap hari Selasa malam Rabu. Ingin tahu lebih lanjut.

 Klik la dekat ‘More’ tu……


Sempena Maulidur Rasul: "Rasulullah Idola Sepanjang Zaman."

Bismillahirrahmanirrahim...

Masyarakat kini dahagakan role model, yang boleh diikut sebagai panduan untuk melayari kehidupan menuju ke alam akhirat. Sebagai seorang mukmin dan mukminat, al Quran dan As Sunnah adalah sumber utama untuk dijadikan panduan.

Dua sumber tersebut, tidak dapat tidak hendaklah diterjemahkan secara realiti, yang boleh dinampak dengan mata kasar, yang telah dijelmakan dalam bentuk kehidupan. Itulah yang dimaksudkan 'masyarakat kini dahagakan role model'; perlukan 'role model' yang nampak dan boleh diikuti secara 'live' untuk dijadikan contoh.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...