Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog PERDIQMA KPMB

Islam Itu Indah

Dengar IKIM.fm Online

Dengar radio IKIM.fm secara online menerusi blog PERDIQMA

Like Facebook PERDIQMA

Sertai facebook PERDIQMA serta dapatkan info dan pengkongsian ilmu di laman fb PERDIQMA

21 Mac 2012

SIAPAKAH ‎11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT ?





1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.


mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan orang yang mendapat keredhaan ALLAH serta doa dari para malaikat.



15 Mac 2012

Masjid Tersejuk Di Dunia

Selama ini mungkin kita tertanya-tanya apakah keadaannya jika ada umat Islam yang berkunjung ke kawasan paling sejuk di dunia seperti di Kutub Utara dan Kutub Selatan, bagaimana jika mahu menunaikan solat?

Hakikatnya terdapat beberapa masjid di sana yang mungkin ramai tidak tahu kewujudannya. Jika melihat pada keadaan cuaca, sememangnya agak sukar untuk didirikan sebuah masjid.


1. Masjid Nurd Kamal di Kutub Utara

Masjid ini terletak di bandar Norilsk di bahagian utara wilayah Siberia, di Rusia, dikatakan masjid ini dibangunkan oleh seorang lelaki daripada etnik Tartar, Mukhtad Mekmeyev pada 1998.



Masjid Nurd Kamal, terletak di pinggiran kota Norlisk, yang suhunya boleh mencecah sehingga -50 darjah Celsius. Daerah ini dilanda salji sekitar 270 hari dalam setahun dan musim ribut pula adalah sekitar 130 hari. Menurut pengurus masjid tersebut, Mukum Sidikov warga Rusia yang merantau ke daerah itu untuk mencari kehidupan yang lebih baik, terdapat lebih kurang 50,000 penduduk yang beragama Islam di daerah itu daripada jumlah keseluruhan 210,000 orang.

Kebanyakan mereka adalah imigran dari Azerbaijan dan Dagestan. Namun hanya sekitar 1,000 orang yang sering mengunjungi masjid itu untuk menunaikan ibadah. Namun kini penghijrahan penduduk Muslim ke daerah Norilsk semakin menurun berpunca daripada keadaan cuaca yang sangat buruk, kesan dari isu pemanasan global. Akibatnya, populasi di Norilsk semakin menurun bukan saja melibatkan umat Islam, tetapi kaum lain.

Golongan Muslim diterima baik oleh penduduk asal dan tidak mengalami diskriminasi. Menurut Sidikov, walaupun tidak ramai yang berkunjung ke masjid itu, beliau tetap membukanya sehingga larut malam setiap hari untuk memberi kesempatan bagi mereka yang ingin belajar al-Quran. Apabila tiba Ramadan, orang Islam di sini terpaksa berpuasa lebih lama jika dibandingkan umat Islam di negara atau benua lain iaitu sekitar 18-20 jam sehari.

2. Masjid di Hujung Dunia (Mosque at the End of the World)

Masjid ini terletak di Bandar Inuvik, lebih kurang 200 kilometer dari Kutub Utara. Kota yang terletak di barat laut Kanada, dengan diduduki sekitar 3,700 orang dan sekitar 80 orang daripada mereka ialah Muslim. Sebahagian besarnya terdiri daripada orang Arab.





Uniknya masjid ini dibina dahulu di tempat lain sebelum diangkut sejauh 4,000 kilometer melalui jalan darat dan sungai ke bandar ini. Sebuah badan kebajikan Islam, Yayasan Zubaidah Tallah di Thompson, Manitoba membiayai kos pembelian bangunan baru seluas 140 meter persegi itu.

Pada bulan Ogos 2010, masjid berwarna kuning itu mula dibawa dengan trak merentasi kawasan hutan di Barat Kanada menuju ke Sungai Hay di tebing Tasik Great Slave. Bangunan itu kemudiannya dipindahkan ke atas sebuah tongkang yang dihanyutkan mengikut Sungai McKenzie ke bandar Inuvik, kira-kira 200 kilometer ke utara Lingkaran Artik.

Masjid ini telah dibuka secara rasmi pada 10 November 2010 sebagai keperluan untuk jemaah yang terdiri daripada imigran dari Sudan, Lebanon dan Mesir yang berhijrah untuk mencari peluang pekerjaan dan kehidupan yang lebih baik.

3. Pusat Komuniti Muslim Eskimo (Antartika)

Wilayah yang dikenali sebagai tempat tersejuk di dunia ini hampir dilitupi salji sepanjang tahun dengan suhu mencecah -90 darjah Celsius pada musim sejuk dan 30 darjah lebih tinggi pada musim panas. Dikatakan terdapat kira-kira 1,000 orang tinggal di Antartika pada satu-satu masa.

Walaupun keadaan cuacanya begitu menggerunkan tetapi tetap terdapat sebuah masjid untuk digunakan umat Islam yang terdapat di sana. Satu-satunya pusat kegiatan Islam yang terdapat di sana adalah Muslim Eskimos Community Center, yang beralamat di nombor 3, Amundsen Scott Station South Pole, Kutub Selatan, Antartika. Selain untuk beribadat, pusat ini juga digunakan bagi membantu orang yang ingin mengetahui dan mempelajari tentang Islam.

4. Masjid baru di Alaska


Kini umat Islam di Alaska yang berjumlah sekitar 3,000 sedang menanti siapnya pembinaan sebuah masjid baru dengan keluasan 70,000 kaki persegi. Ia terletak di 80th Street berhampiran Lebuh raya Old Seward di Anchorage.





Selama ini umat muslim di Alaska beribadah di sebuah surau kecil juga di Anchorage. Kos pembinaan dan pembelian tanah didapati hasil dari kutipan derma masyarakat setempat dan antarabangsa.

Dengan pemandangan indah bukit bukau di belakangnya, kawasan masjid ini akan turut didirikan pusat kegiatan masyarakat dan sekolah untuk kegunaan umat Islam di sana.

Info: http://faktafaktamenarik.com/dimana-terletaknya-masjid-tersejuk-di-dunia.html


13 Mac 2012

NADWAH ISLAMIAH 2012



Tilmiz Voice bersama kumpulan Mestika

Assalamualaikun semua,apa khabar? semoga mendapat redha Allah SWT. Maaf kerana lambat postkan tentang berberapa perkara baru-baru ini. biasalah, pelajar la katakan. Jadi di pendekkan cerita, pada 9 -12 mac 2012 telah diadakan Nadwah Islamiah di Kolej Mara Banting yang bertemakan”Rasulullah Qudwah Remaja Kini”. Sebanyak 11 kolej-kolej Mara telah menyertai pertandingan ni.

Tidak ketinggalan juga Kolej Profesional mara yang telah menghantar wakil ke setiap pertandingan yang dianjurkan. Pelbagai kelainan yang cuba ditonjolkan pada nadwah kali ini ,antara pertandingan yang diadakan sempena Nadwah Islamiah kali ini ialah pertandingan Nasyid, Syarahan, Imam Muda, Dokumentari dan pertandingan memasak. Kolej professional mara beranang telah berjaya mendapatkan tempat di pertandingan Nasyid dan syarahan, dimana kita telah mendapat Juara dalam Syarahan yang diwakili oleh Rofithah Bt Haji Omar. Pertandingan nasyid pula telah mendapat tempat ke-2. Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya menamatkan pertandingan pada nadwah kali ini.

Antara peserta Nadwah Muslimin

Apa yang menariknya pada Nadwah kali ini ialah ada juga diselitkan aktiviti Khidmat Masyarakat. Dimana aktiviti ini diadakan pada 11 mac 2012(sabtu), khidmat masyarakat ini disertai oleh semua perserta Nadwah dan di bahagikan kepada beberapa kumpulan dan tempat yang berbeza-beza. Setiap kumpulan memdapat destinasi tersendiri untuk melakukan khidmat masyarakat. Setiap kumpulan di campurkan dengan kpm & km yang lain bagi mengeratkan lagi hubungan silatulrahim antara peserta-peserta yang hadir.

Semoga pada masa akan datang Nadwah ini akan memberikan pelbagai pengajaran baru buat semua pelajar untuk menjadi generasi Ulul Albab. Diharap semua peserta mendapat serba sedikit input daripada Nadwah Islamiah pada kali ini.

Antara Koleksi gambar sepanjang Nadwah:-

kumpulan Nasyid mendapat tempat ke-2


Hasil meja hidangan KPM Beranang

Khidmat Masyarakat



3 Mac 2012

MINGGU KESENIAN ISLAM KPM BERANANG

Pada 28-29/2/2012 yang lalu PERDIQMA dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) telah mengadakan Minggu Kesenian Islam. Fokus utama minggu kesenian Islam ini adalah untuk mencari bakat-bakat yang akan mewakili kolej ke pertandingan Nadwah Islamiah di KM Banting dan merapatkan lagi ukhwah islamiah diantara siswa dan siswi di KPMB khususnya dan umat islam yang lain amnya.

Di antara pertandingan yang diadakan adalah Khat, Khutbah, syarahan dan nasyid sempena minggu kesenian islam.
Alhamdulillah, dengan pertolongan yang MAHA ESA, minggu kesenian
islam berjalan lancar. Para siswa dan siswi memberikan komitmen yang amat mengalakan pada minggu kesenian islam tersebut.

Kepada siswa dan siswi yang menyertai, mudahan-mudahan kalian terus menyokong program seperti ini dikemudian hari. Kepada mereka yang tidak sempat untuk menyertai mana-mana aktiviti sempena minggu kesenian Islam ini, insyAllah kalian dapat menyertai pada hari mendatang.

Antara gambar sewaktu minggu kesenian berlangsung:
penyampaian hadiah kepada para peserta


salah satu kumpulan nasyid

Muslim hendaknya pro-aktif dalam bersilaturahim. Siapa yang berinisiatif untuk menjaga dan memperbaiki silaturahim dialah yang lebih baik. Ukhuwah melahirkan kerukunan hidup dan kesetiakawanan sosial. Komunitas Muslim tidak akan diperhitungkan keberadaannya jika tidak memelihara dan membangun jaringan silaturahim.

Terima Kasih kepada MPP kerana berkerjasama dengan pihak kami sepanjang program.Diharap kepada peserta yang tepilih untuk ke pertandingan Nadwah Islamiah pada 8-11 Mac 2012 di KM banting akan berjaya menjalankan misi masing-masing dan terus berjuang hingga ke akhir nya. InsyaAllah,sekian salam ukhwahfillah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...