Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog PERDIQMA KPMB

Islam Itu Indah

Dengar IKIM.fm Online

Dengar radio IKIM.fm secara online menerusi blog PERDIQMA

Like Facebook PERDIQMA

Sertai facebook PERDIQMA serta dapatkan info dan pengkongsian ilmu di laman fb PERDIQMA

30 Disember 2011

SELAMAT TAHUN BARU & SELAMAT MENIMBA ILMU


Assalamualaikum w.b.t Salam persahabatan diucapkan kepada semua warga KPM Beranang yang akan menghadapi semester seterusnya pada tahun hadapan. Tidak lupa juga untuk mengucapkan selamat tahun baru. Semoga Allah merahmati tahun 2012 dan perjalanan kembali ke KPM Beranang,InsyaAllah. Perjalanan fisabilillah yang memberikan kita semangat baru untuk bertaqwa kepada Allah s.w.t dengan ilmu yang baru yang mampu menjadikan kita sebagai muslim yang berjaya. Mulakan tahun baru ini dengan niat yang betul. Jangan pernah berputus-asa untuk menuntut ilmu dunia dan akhirat.

Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam bersabda yang bermaksud:


“Dipersilakan dengan gembira kepada penuntut ilmu, sesungguhnya penuntut ilmu diselubungi oleh para malaikat sehingga bersusun sebahagiannya ke atas sebahagiannya hingga sampai mereka kelangit dunia, lantaran cinta mereka kepada apa yang dituntutnya “(Riwayat Ahmad dan Attabarani,Ibnu Habban dan Al-Hakim).

Nasihat Untuk Sang Penimba Ilmu..

Kita semua adalah penimba ilmu… wahai para pembawa ilmu,
amalkanlah apa yang kalian ilmui…

bersemangat untuk bersikap jujur dan ikhlas…

bersemangat untuk beramal salih
semestinya semangat kita untuk beramal seperti semangat kita dalam menimba ilmu, bahkan lebih besar lagi…
salah satu faktor terbesar yang memalingkan dari jalan ilmu adalah tidak beramal dengan ilmu
termasuk beramal dengan ilmu adalah dengan banyak-banyak kembali kepada Allah, dengan doa, dengan sholat dan perkara yang baik Ilmu adalah pohon sedangkan amal adalah buahnya… ilmu adalah sarana sedangkan amal adalah tujuan menuntut ilmu harus dengan bersungguh-sungguh dan serius…
menghafal quran termasuk perkara wajib paling agung yang harus diperhatikan oleh para penimba ilmu…
bersemanngat untuk konsisten dan terus menerus dalam kebaikan yang kita tekuni…

menimba ilmu dengan tertata dan terarah
ikhlas tanpa sabar tidak cukup Ilmu itu diutamakan kerana ia menjadi sarana untuk bertakwa kepada Allah

http://cipto.net/nasihat-untuk-penuntut-ilmu/


25 Disember 2011

ALUMNI PERDIQMA KECEWA KEPUTUSAN LEMBAGA PENAPISAN FILEM

Kecewa.

Merujuk kepada kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam mengenai keputusan kementerian untuk "Membenarkan  semua penggiat filem di negara ini dibenarkan  melakukan pengawal seliaan dan penapisan sendiri terhadap filem atau drama yang dihasilkan berkuatkuasa tahun depan", pihak Alumnai PERDIQMA amat kecewa dengan keputusan ini.

Natijah Buruk Kepada Akidah & Sosial Umat Islam

Sekali pandang kita akan melihat seolah-olah tindakan membenarkan penggiat filem mengawal selia sendiri filem terbitan mereka menunjukkan kerajaan lebih terbuka dalam pengamalan perfileman di Malaysia. Namun, hakikat sebenarnya ia memberikan kesan yang sangat buruk kepada akhlak dan sosial umat Islam. Ini kerana mulai tahun depan semua jenis filem yang berunsurkan tahyul, khurafat, memaparkan adegan seks, ganas dan budaya negatif tidak lagi ditapis oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).
Dalam kenyataan kementerian lagi, "Notis peringatan daripada kementerian, bahagian kawalan filem, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Lembaga Penapisan Filem (LPF) akan dipaparkan pada skrin semasa penayangan filem itu untuk memaklumkan filem itu ada unsur khurafat, seks atau sebagainya" pula ibarat melepaskan diri dan bakal memburukkan keadaan apabila filem-filem yang mengandungi adegan-adegan yang sepatutnya dipotong boleh ditonton oleh orang ramai.

Dalam kenyataan kementerian lagi, "Notis peringatan daripada kementerian, bahagian kawalan filem, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Lembaga Penapisan Filem (LPF) akan dipaparkan pada skrin semasa penayangan filem itu untuk memaklumkan filem itu ada unsur khurafat, seks atau sebagainya" pula ibarat melepaskan diri dan bakal memburukkan keadaan apabila filem-filem yang mengandungi adegan-adegan yang sepatutnya dipotong boleh ditonton oleh orang ramai.
Dalam kenyataan kementerian lagi, "Notis peringatan daripada kementerian, bahagian kawalan filem, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Lembaga Penapisan Filem (LPF) akan dipaparkan pada skrin semasa penayangan filem itu untuk memaklumkan filem itu ada unsur khurafat, seks atau sebagainya" pula ibarat melepaskan diri dan bakal memburukkan keadaan apabila filem-filem yang mengandungi adegan-adegan yang sepatutnya dipotong boleh ditonton oleh orang ramai.

Keputusan tersebut tidak sepatutnya dilakukan kerana ia bukan sekadar memperlihatkan sikap tidak mengambil kira hukum memaparkan perkara yang diharamkan oleh Allah SWT tetapi diyakini akan mendatangkan kesan lebih buruk terhadap masyarakat.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Mahamengetahui apa yang mereka perbuat.” Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya.” 
(QS. an-Nur [24]: 30-31)

Tanggungjawab Siapa?

Meletakkan tanggungjawab menapis hanya kepada pihak penerbit filem dan pengarah, pasti akan menimbulkan pelbagai risiko bagi perlaksanaan tanggungjawab moral kerana mereka mempunyai tanggapan tersendiri terhadap sesebuah filem yang dihasilkan termasuklah menganggap hasil kerja mereka merupakan hasil "seni tersendiri". Begitu juga dengan adegan-adegan yang terdapat di dalam filem yang mereka hasilkan itu kerana masing-masing mempunyai pandangan tersendiri meskipun tidak disenangi pihak lain.


Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

إِنَّ الدُّنْيَا حُلْوَةٌ خَضِرَةٌ، وَإِنَّ اللهَ مُسْتَخْلِفُكُمْ فِيْهَا فَيَنْظُرُ كَيْفَ تَعْمَلُوْنَ، فَاتَّقُوا الدُّنْيَا وَاتَّقُوا النِّسَاءَ، فَإِنَّ أَوَّلَ فِتْنَةِ بَنِي إِسْرَائِيْلَ كَانَتْ فِي النِّسَاءِ
“Sesungguh dunia itu manis dan hijau dan Allah Subhanahu wa Ta’ala menjadikan kalian sebagai khalifah di atas kemudian Allah Subhanahu wa Ta’ala memerhatikan amalan kalian. Maka berhati-hatilah kalian terhadap dunia dan wanita kerana sesungguhnya awal fitnah Bani Israil dari kaum wanita.”


"Disebabkan perkara itu, dapatkah pihak penerbit dan pengarah itu sendiri yang diharapkan memainkan peranan itu dengan baik, apatah lagi jika mereka itu bukan beragama Islam?"


Tindakan LPF diyakini itu bukan akan membantu mengatasi masalah gejala sosial di negara ini, malah akan mempertingkatkannya, ekoran filem-filem yang akan ditayangkan di negara ini nanti lebih banyak mempunyai adegan yang berunsur negatif.


Ini tidak terkecuali sama ada filem-filem tempatan dan dari luar negara yang dibawa masuk ke negara ini kerana bagi filem-filem dari luar negara, tanggungjawab itu juga akan diserahkan kepada mereka yang membawa masuk filem-filem itu sendiri


Jika sebelum ini di bawah tanggungjawab agensi itu sendiri pernah berlaku adegan-adegan yang sepatutnya dipotong tidak juga dipotong sehingga turut ditayangkan kepada umum, kejadian seperti itu pasti berlaku dengan lebih berleluasa setelah LPF mengambil langkah itu.

Oleh itu, Pihak Alumni PERDIQMA menggesa agar pihak kementerian dan LPF lebih peka dalam isu yang melibatkan agama dan akidah umat Islam dari terus dicemari dengan pelbagai budaya negatif yang melanda Umat Islam masa kini.

 Sekretariat Alumnai PERDIQMA KPMB.

Rujukan: Klik sinisini dan sini.


16 Disember 2011

Kursus Keusahawanan Dan Jati Diri - Kalumpang Resort

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian. Apa khabar iman anda? Semoga cuti semester ini memberi sedikit kelapangan diri dan hati setelah berusaha selama 5 bulan menyerap ilmu di kolej. Di sini PERDIQMA ingin berkongsi sedikit tentang aktiviti ketika cuti semester 2011 ini.
Kalumpang Resort Training Centre
"SELAMAT DATANG"
Pada 5 – 8 Dec 2011 yang lalu, Ahli Perdiqma telah ditawarkan untuk menyertai kursus Keusahawana dan Jati Diri di Kalumpang Resort Training Centre. Kursus tersebut dijalankan selama 4 hari 3 malam dan penyertaan adalah percuma. Kursus yang diadakan ini adalah berkonsepkan indoor dan outdoor. Kursus ini adalah anjuran Persatuan Siswa Niaga KPMB.

Syukur Alhamdulillah, dengan rombongan seramai 13 muslimin dan 20 muslimat kami telah bertolak dari KPMB pada jam 9.30 pagi dan sampai lebih kurang jam 12 tengah hari. Sememangnya semua peserta teruja kerana pertama kalinya kami mendengar nama Kalumpang, ramai yang tertanya-tanya “di manakah Kalumpang?”. Setelah sampai barulah persoalan itu terungkai. Subhanallah rupanya ada lagi tempat yang indah dan menarik yang belum kami terokai.

Subhanallah..Kalumpang Resort yang sangat damai..
Untuk hari pertama, seperti biasa sesuatu program akan diadakan sesi taklimat program dan sesi ta'aruf bersama fasilitator dan peserta. Kami telah diperkenalkan kepada dua orang fasilitator yang sangat mantop iaitu En. Mohd Zullutfi Bin Abd Razak atau lebih mesra dipanggil Ejul Lutfi dan En. Hamzah. Hari pertama juga adalah untuk sesi "ice breaking" dan kami telah dibahagikan kepada lima kumpulan dimana peserta akan tetap bersama ahli kumpulan yang sama sehingga program tamat. Setiap kumpulan telah diberi nama yang menarik oleh Faci iaitu Batman, Ultraman, Xman, Spiderman dan Superman. Walaupun nama-nama tersebut agak kelakar tetapi ada sesuatu yang faci ingin kami fahami. Untuk itu faci meminta setiap kumpulan memahami nama kumpulan dan mencipta "Wardance" berdasarkan nama kumpulan. Setiap kumpulan sangat kreatif dalam mencipta "wardance" dan persaingan antara kumpulan agak sengit. Kami membuka tirai aktiviti outdoor dengan beriadah di waktu petang. Kami diperkenalkan dengan beberapa permainan baru. Sangat menarik.

"Hah tengok tapak tangan siapa lagi mahal"
"Hah masuk sini cepat!!"
Untuk hari yang kedua, pagi kami dimulai dengan solat subuh berjemaah dan kuliah subuh yang disampaikan oleh En.Hamzah. Setelah selesai kami segarkan badan dengan senaman pagi. Untuk hari kedua aktiviti lebih kepada indoor. Tajuk modul untuk hari kedua: Evolusi Minda Jutawan. Modul hari kedua agak berat pengisiannya kerana memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Modul ini kami dipandu oleh fasilitator bagaimana untuk "reprogram" diri supaya kami dapat mengekalkan tahap minda usahawan dalam diri. Program berlangsung di dalam dewan dari pagi sehingga petang. Hari ke 2 merupakan hari yang sangat bermakna bagi kami sekeluarga dimana kami menjalani latihan persahabatan di mana latihan itu memerlukan kekuatan seluruh peserta. Disebelah malam, kami melakukan berberapa aktiviti kumpulan yang memerlukan perbincangan kumpulan antaranya adalah berbincang berkenaan skil berkomunikasi dengan lebih baik. Setelah selesai aktiviti ini, kami teruskan dengan melakukan aktiviti yang lebih menarik dimana jurucakap dari setiap kumpuan dipilih untuk menyampaikan suatu ceramah. Dengan penuh bangganya kelima-lima jurucakap masuk dan memberi ucapan. Ucapan yang baik tetapi peserta yang lain mengajuk dan membuatkan jurucakap menjadi marah kerana tiada kerjasama dari mereka. Rupa-rupanya mereka telah merancang segalanya dan ianya adalah salah satu dari permainan.Sangat menguji kesabaran. Macam-macam hal.

Perkonsian antara sahabat. Sangat menyentuh kalbu..
Pada hari ketiga,kami melakukan aktiviti riadhah dengan menjalani aktiviti jungle tracking yang diketuai oleh En. Ejul Lutfi pada jam 8.00 pagi. Perjalanan mengambil masa selama 45minit. Kami juga sempat melakukan solat sunat dhuha dalam perjalanan itu. Kami juga dapat merasai keindahan ciptaan Allah dengan melihat segala keindahan ciptaan-Nya. Kami juga perlu meredah sungai untuk meneruskan perjalanan kami dan Alhamdulillah, kami dapat merasai nikmat Allah dengan kecantikan sungai yang diberikan-Nya. Kami diberi peluang untuk bermandi manda di sana. Perjalanan yang sangat menyeronokkan dan sangat bermakna. Pada sebelah malam pula,kami didekatkan dengan sesi kesedaran tentang pentingnya persahabatan. Aktiviti yang sangat menyentuh perasaan.

menuruni cerun
melepas lelah seketika




Berehat sebentar dengan Dhuha..Alhamdulillah..
Pada hari keempat iaitu hari terakhir kami di kalumpang Resort, kami menjalani latihan dimana kami perlu membentuk satu sistem perniagaan yang akan dilakukan di KPM Beranang. Setiap kumpulan perlu melakukan perniagaan tersebut dan perlu dibentangkan. Antara kumpulan yang memberi pembentangan:

Sedang menerima komen dari fasilitator.

Sememangnya setiap kumpulan mempunyai idea tersendiri.

"NOW OR NEVER"
Alhamdulillah,semuanya berjalan dengan lancar. Kami begitu berbangga dengan diri kami yang diciptakan sebagai pemimpin dimuka bumi Allah ini. Kami mengakhiri majlis dengan kata-kata penutup oleh wakil peserta dan wakil guru pemimpin. Dengan itu kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penasihat PSN Pn. Zalina kerana telah memberi kami peluang untuk menyertai kursus ini. Tidak lupa juga kepada beberapa orang guru pengiring En. Maizul dan Cik Baizura serta kepada fasilitator yang sangat hebat Tuan Ejul Lutfi dan Tuan Hamzah.Kepada sahabat perdiqma terima kasih diucapkan kerana sudi menyertai kursus ini walaupun sedang dalam 'mood' bercuti. Semoga perjuangan kita semua diredhai Allah SWT. Majlis telah berakhir pada jam 3 petang. Semoga Allah mendekatkan warga KPMB dengan pendekatan menuju mardhotillah. InsyaAllah. Maklumat lanjut mengenai KRTC :http://www.kalumpangresort.com.my/

Semoga ukhuwah yang dibina berkekalan, InsyaAllah...

Firman Allah SWT:
"Sesungguhnya Allah SWT tidak mengubah keadaan sesuatu kaum (hambaNya) sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri"
Surah Ar-Rad : 11


11 Disember 2011

Yahudi Ketawakan Kita



Perkongsian ini adalah bersumberkan dari sebuah e-mail berkenaan agenda/konspirasi Zionis terhadap Umat Islam dan orang bukan Yahudi serta telah diolah semula untuk kesesuaian khususnya warga KPMB. Marilah kita menilai diri kita dan lihat, sejauh manakah kita telah mengikut telunjuk mereka. Semoga mendapat manfaat bersama.

Protokol Zionis ke 10 Yahudi Zionis mengandungi 8 perkara (4S & 4F) iaitu: 

4 S: 

1. SONG

Lagu-lagu yang melalaikan. .jika ada pelajar-pelajar yang mengucap masih tak betul..tetapi boleh menghafal lagu inggeris yang panjang berjela dengan fasih... Ada dikalangan kita  yang tak hafalpun Surah Al-Fatihah....tapi boleh mengingati lagu Indonesia dan korea  yang panjang lebar..... berjaya sudah Yahudi..... Hingga kita terfikir.... .. bagaimana jadinya hidup tanpa mendengar lagu di radio, mp3 atau video klip di komputer kita? 

2. SEX 

Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex di mana-mana.Di kaca tv, dalam filem, dalam iklan babak sex amat lumrah. Kadang-kala adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex. Filem 18SX amat laris berbanding filem U. VCD lucah mudah didapati...dan harganya amat murah...Sekarang ni, ada ke lagi filem hollywood yang tiada adegan sex?  

Lagi sekali berjaya sungguh Zionis laknatullah. ....... 

3. SMOKE
Tonton video ini untuk melihat kesan merokok terhadap badan anda:



Rokok..menjadi kegilaan para remaja....sehingga dikatakan tidak moden jika tidak merokok...
malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan yang kononnya mahu di gelar 'up to date'.. Pernahkan anda mengkaji siapakah Yahudi pemilik syarikat rokok terbesar dunia iaitu Philip Morris? Tahukah anda Philip Mirris adalah pengeluar pelbagai rokok berjenama seperti Marlboro, L&M, Philip Morris, F6, Classic dan Sampoerna. Malah, syarikat yang sama juga adalah merupakan penyeludup rokok haram paling besar. Tidakkan anda yang merokok merasakan anda bersetongkol tengan yahudi? Maklumat lanjut tentang syarikat ini klik sini 

4. SPORT 

Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, sembahyang pun banyak yang miss.....bukan yang bermain sahaja tak sembahyang.. ...yang menonton pun tak sembahyang juga ....Kalau menonton dirumah.... akan lambat sembahyang sebab takut tak nampak macam mana masuk gol. Sampai ada orang berpendapat: "Kerana sukan, sembahyang boleh tangguh"....Masha Allah.

Pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan....hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga.... Itu belum lagi cerita yang tonton bola secara "Live" di stadium. Soal pergaulan, aurat dan solat bagaimana? Itu tak termasuk lagi gelagat penyokong fanatik yang kita semuapun dapat bayangkan.


Yahudi gol lagi. 

(4F) 

5. FUN 

Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.. ..Kalau kita lihat dalam 100 majalah..mungkin 99 adalah majalah hiburan.. termasuklah majalah mangga, URTV dan lain-lai yang menayangkan aurat artis-artis melayu. Kalau boleh, pakaian pasti yang paling singkat, baru laris. Kalau ada konsert pula, sanggup orang Islam datang walau harga tiket beratus ringgit. Siap berbangga dan tayang tiket kat kawan-kawan kalau dapat hadir konsert Justin Bieber atau westlife. Apatah lagi kalau dapat tengok K Pop buat performance secara life. Dalam konsert tu pelbagai hiburan yang melalaikan dan,pelbagai maksiat akan diselit masuk.... 

Ya, kita buat Yahudi terhibur lagi.... 

6. FEMALE 

Perempuan... tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan. . terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan perempuan... . Kalau kita tengok perlumbaan kereta di tv ( Rally, F1, Grand Turismo, Nascar dan go-cart), sebelum perlumbaan akan ada sesi bergambar bersama gadis sunti separuh bogel beraksi..... apa kena mengena lumba kereta dengan perempuan? Wanita hanyalah dijadikan simbol seks dan direndahkan tarafnya. Dan itulah juga yang buat kita tertarik untuk pergi menonton. Malah sampai ada yang nak tonton perlumbaan tu semata-mata nak melihat aksi-aksi gadis-gadis tersebut. Kalau boleh, nak bergambar sekalipun ada juga. 

Yahudi bersorak lagi...... 

7. FESYEN 

Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam. Sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat.... Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan pusat?

 Festival Fesyen yang menggunakan nama Islam tetapi hakikatnya menghina Islam. Lebih menghairankan penaungnya juga merupakan pemimpin Islam negara kita.
Yang mewarnakan rambut lagilah. Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan. Bila warnakan rambut..mestilah tidak bertudung sebab kalau bertudung..bagaimana nak menayangkan warna rambut yang terkini itu. Kalau dah rambut diwarnakan.. .. sembahyang pun tak sah... malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air... itu tak kira yang cukur bulu kening lagi... bersolek dengan bahan-bahan yang tidak halal dan sebagainya, 

Yahudi ketawa lagi dan Umat Islam sudah jadi macam Yahudi..... 

8. FOOD 

Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasuklah MC D, Kentucky , Pizza hut...dan seribu satu macam lagi. Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina. Ada di rumah pun setahun sekali bila tiba Ramadan. Tapi makanan Barat menjadi kebanggaan. Bila makanan datang dari Barat. adakah kita yakin tentang
halalnya? Apatah lagi sekarang ni banyak syarikat makanan segera yang status halalnya diragui. Itupun masih lagi kita percaya pada mereka.

Semua orang tahu akan bahaya makanan seperti ini. Tapi berapa ramai yang mampu mengelak jika setiap hari digoda dengan iklan yang membangkitkan nafsu makan kita?
 Apa kata kita tonton video ini seketika sebagai pengajaran:


Juga video ini:


Bila sudah termakan benda haram dan meragukan, macammana iman nak menjadi mantap? Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam yahudi.... tetapi berfikiran pun macam yahudi...Nauzubillah. 

Zionis telan Islam lagi... 

Itu baru protokol yang ke 10......yang lain-lain entah macam-macam lagi.... kita semua cintakan Malaysia. Tapi kita lebih cintakan ALLAH bukan? . Oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan manusia dengan kepentingan Allah, DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH.

Oleh itu rakan-rakan, sebagai tanda memohon perlindungan daripada Allah terhadap segala agenda musuh-musuh Islam, ada beberapa usaha untuk kita lakukan. Antaranya dengan mengamalkan amalan-amalan berikut: 

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh :
Surah Al Baqarah - Ayat 102 

Anak2 pandai belajar :
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79 

Anak2 lembut hati/ elak panas baran :
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24 

Anak2 malas sekolah :
Surah Toha ayat 1-5 

Ayat pendinding :
Ayat akhir surah At Taubah 

Bg anak-anak yg suka keluar malam :
Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x 

Untuk jadi pendinding rumah :
Surah Al BAqarah dibaca,  ditiup pada air, dan spray sekeliling rumah 

1 minit untuk mengingat Allah 

Langkah 1:
Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih kalimah:

* SUBHANA'LLAH
* ALHAMDULI'LLAH
* LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* ALLAHU AKBAR
* ASTAGHFIRU'LLAH
* LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALASAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI
* WA SAHBIHI AJMA'EEN 

Langkah 2: 

* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan 

Langkah 3:


* Sebarkan/selitkan maklumat yang anda ketahui ini bersama ahli keluarga, sahabat, rakan-rakan, saudara-mara dan masyarakat melalui perbualan, usrah, perkongsian, diskusi ceramah dan sebagainya. Ataupun paling mudah, like posting ini atau copy url di atas kemudian paste di wall facebook anda.


Semoga bermanfaat untuk umat ini. Assalammualaikum.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...