Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog PERDIQMA KPMB

Islam Itu Indah

Dengar IKIM.fm Online

Dengar radio IKIM.fm secara online menerusi blog PERDIQMA

Like Facebook PERDIQMA

Sertai facebook PERDIQMA serta dapatkan info dan pengkongsian ilmu di laman fb PERDIQMA

30 Mei 2010

ISRAEL SEDIA SERANG BANTUAN KE GAZA

www.perdiqmakpmb.blogspot.com

30 MEI 2010: Haluan Palestin hari ini melaporkan operasi itu dipimpin langsung oleh Komando Angkatan Laut Israel, Mayor Jenderal Elizer Marom. Serangan yang dirancang meliputi empat tahap:

Pertama, tahap amaran. Tentera Laut akan sentiasa berusaha untuk menghentikan kapal daripada menghampiri garis sempadan yang ditentukan yang dikategori sebagai garis merah, apabila kapal menceroboh garis yang ditentukan, mereka akan diberi amaran bahawa mereka telah “melanggar undang-undang”. (Klik pada more untuk maklumat penuh)


29 Mei 2010

SENJATA-SENJATA MELAYU YANG TELAH DIGELAPKAN DALAM SEJARAH


*Maklumat dari artikel ini adalah berbeza dengan maklumat yang biasa diketahui umum. Tidak semua maklumat yang disiarkan dijamin tepat. Pembaca diharap menggunakan budi bicara dan bimbingan dari pihak yang betul apabila membaca artikel ini agar tidak tersalah erti/tafsir akibat dari artikel yang disiarkan.

Beribu-ribu tahun dahulu...di Lembah Bujang,terdapat satu peradaban yang makmur.Kota-kota yang besar dan istana-istana yang mengagumkan.Di satu kawasan,terdapat kilang-kilang membuat peralatan logam;kilang melebur besi.

Zaman berganti zaman.Tahun berganti tahun.Peperangan demi peperangan.Hasad dengki,khianat,kekejaman dan penipuan menghiasi tabir.Jatuh dan bangun.Bina kembali peradaban.Berperang lagi...hancur semuanya....bangkit kembali membina empayar...perang saudara...kedatangan bangsa Eropah yang tamak....dijajah...dijajah...dijarah...
Bangkit kembali...tentang penjajah...akhirnya merdeka.Kemudian bina negara...bina peradaban kembali.Perlahan-lahan. (Klik pada more untuk artikel penuh)



MUQADDIMAH ZINA

www.perdiqmakpmb.blogspot.com

Oleh:Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

“Susah, ustaz. Macam mana nak solat dalam kapal terbang kalau pakaian kotor” kata seorang anak muda.
“Nak berangkat ke UK pun pakai baju kotor? Tak sempat basuh ke?” tanya si ustaz.
“Bukan macam itu. Pakaian yang dipakai sudah tentu bersih. Tetapi semasa ke tandas di KLIA, di situlah pakaian jadi kotor” jelas beliau.
“Mengapa? Ustaz ke tandas tiada masalah pun” si ustaz ‘pura-pura tidak tahu’.
“Ustaz lainlah” ujar anak muda itu lagi.
“Apa pula lainnya. Awak lelaki, ustaz lelaki. Masuk pun ke tandas yang sama. Cuma, awak kencing berdiri ya?” si ustaz bertanya terus ke topik sebenar. (Klik pada more untuk artikel penuh)


24 Mei 2010

BEKALAN CUTI SEMESTER

www.perdiqmakpmb.blogspot.com
Oleh: Puan Riani Binti Awang*

Kehidupan sebagai insan yang bergelar remaja di dunia yang penuh ranjau dan onak duri ini sering kali terdedah malah mendedahkan diri kepada pelbagai persoalan yang pelbagai simpang siur dan memeningkan akal fikiran. Adakala persoalan itu sebenarnya amat mudah untuk dirungkaikan kerana  kekusutannya sudah ada jalan yang terang dan jelas dibentangkan oleh Allah swt kepada sesiapa yang mahu mencarinya. Rujukannya hanyalah satu iaitu Al-Quran yang terdapat di mana-mana. Ada di surau, ada di masjid, ada di rumah, ada di pasaraya, ada bilik, malahan ada di mana-mana jika mahu mencarinya. Antara malas dan tidak sahaja untuk kita mencari mutiara hikmah yang terkandung di dalamnya. (Klik pada more untuk artikel penuh)



23 Mei 2010

JAWAPAN ISU TARIAN POCO-POCO

 www.perdiqmakpmb.blogspot.com
Oleh: Mus'ab Khalili Rosli

Assalammualaikum...
Berikut merupakan jawapan terhadap isu tarian poco poco yang pergerakannya dikatakan menyerupai lambang salib.
Klik "sini" untuk rujuk isu tersebut yang  telah diterbitkan Januari lalu.

Kepada pengunjung perdiqma  yang telah memberi ulasan berkenaan tarian Poco-poco pada artikel yang bertajuk Rahsia Tarian Poco-Poco keluaran Januari lalu dan pengunjung blog perdiqma yang lain:



JOM JAWAB TEKA-TEKI 5!!!

Assalammualaikum. Setelah sekian lama blog PERDIQMA tidak mengeluarkan teka-teki. Kali ini, InsyaAllah, beberapa teka-teki versi islamik akan dikeluarkan.Jadi, kepada sesiapa yang ingin menguji kebolehan diri cuba berikan jawapan yang tepat. !!! :-).



Soalan:

Orang Nasrani (Kristian) menganggap Isa sebagai Putera Allah, mereka menyembah dan bertawassul semoga doa mereka diperkenanlan oleh Tuhan Bapa. Ini disebabkan Isa mampu menghidupkan orang mati dan mencelikkan orang buta serta berbagai lagi. -Siapakah nabi yang boleh berjalan di atas air, menghidupkan orang yang sudah mati, tapi umatnya tidak menjadikan dia sebagai Tuhan?


20 Mei 2010

DOA MENOLAK ZINA

www.perdiqmakpmb.blogspot.com
Oleh: Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

“Ustaz, di manakah saya boleh mencari kekuatan untuk menolak zina?” seorang anak muda bertanya kepada saya.
“Carilah ia di dalam Solat. Di dalam doa” saya membalas email yang dikirimnya.
Anak muda itu terasa hampa. Barangkali beliau kecewa kerana saya memberitahunya apa yang dia sudah tahu.

Solat.
Doa.

Sudah berapa kali dia bersolat dan berdoa, tetapi kekuatan yang dicari tidak pernah ada. Seperti Allah tidak menjawab permintaannya. Solat yang hampa. (klik more untuk baca lebih lanjut)


17 Mei 2010

ISU KERAJAAN MELULUSKAN LESEN JUDI & KONSERT PITBULL

www.perdiqmakpmb.blogspot.com
Muhammad Fadzli Bin Sa'doon*
(Moderator Blog PERDIQMA)

Berikutan pelbagai isu yang berlaku di Malaysia kini, mahasiswa perlu membuka minda seluas-luasnya. Lebih-lebih lagi sebagai mahasiswa Islam yang memahami agama perlu mempunyai satu pendirian yang tegas berkenaan isu yang sedang berlaku. Antara isu yang sedang berlegar di ruangan maya serta di kaca-kaca televisyen Malaysia pada hari ini adalah berkenaan isu kerajaan yang meluluskan lesen judi dan konsert Pitbull. Penulis serba sedikit cuba mengulas disamping menyatakan pendirian berhubung isu tersebut. (Klik untuk artikel penuh)


14 Mei 2010

MENGAPA BEGINI YA ALLAH!!!

www.perdiqmakpmb.blogspot.com
penulis:hishashi
Editor:muzark

Fail?? Tidakkkkkk.... 

"Kenapa aku tak lulus? Nak kata tak belajar aku belajar. Doa pun sudah. Sembahyang hajat pun selalu. Orang lain tak ulangkaji macam aku pun boleh lulus."

Pernahkah kita begini? Astargfirullah. Pernahkah kita memikirkan hikmah disebalik satu kegagalan itu? Dalam mengharungi rencah hidup yang penuh renyah ini kadang kala kita juga tumpas dan tewas dalam menghadapi halangan. Jika dilihat dari sudut logikalnya, Pelari 110m berpagar pun kadang kala tidak dapat melepasi kesemua halangannya. Tapi pernah kah kita fikir hikmah dan natijah disebalik kegagalan itu? (klik pada more untuk artikel penuh).



5 Mei 2010

Al-Quran Menjadi Penyembuh Rohani dan Jasmani: Benarkah?

www.perdiqmakpmb.blogspot.com
Oleh: Puan Riani Binti Awang

Setiap benda yang rosak pasti dapat dibaiki dan setiap penyakit pasti ada ubatnya. Akan tetapi “mencegah lebih baik daripada mengubati”. Itulah ayat yang sentiasa kita dengar sejak kecil hinggalah kini. Tapi adakah kita benar-benar memahami, menghayati dan mengamalkan petua orang tua-tua ini? Sepatutnya dalam apa-apa perkara sekalipun kita mestilah mendahulukan proses pencegahan iaitu menjauhkan diri daripada perkara yang merosakkan dan dari gejala penyakit, kemudian barulah menjalani rawatan dan mengubatinya. (Klik untuk baca selanjutnya)


6 TAHANAN WANITA BERTUMBUK

          www.perdiqmakpmb.blogspot.com
editor: Zubaidahtul Nooraini Bt Musdar

MAKKAH: Kira-kira 16 wanita didakwa terbabit dalam pergaduhan di pusat pemulihan akhlak di bandar raya ini hingga memaksa polis campur tangan.

Menurut sumber, pergaduhan bermula antara seorang penghuni berusia 20-an tahun dengan seorang tahanan hamil.

Tahanan lain kemudian campur tangan dan kejadian merebak menjadi pergaduhan antara dua kumpulan. (Klik pada more untuk baca selanjutnya)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...