1 November 2013

Hijrah: Segalanya Bermula Di Sini


Assalamulaikum sahabat yang setia membaca blog kami...wah bukan main khusyuk membuat ulangkaji pelajaran. Maklumlah, minggu ni peperiksaan akhir untuk semester ini. Kami di Perdiqma mendoakan agar sahabat sekalian dipermudahkan dalam mengulangkaji dan menjawab soalan.

Ha...jangan konfius...anda berada di tempat yang betul. Ya ini adalah blog perdiqma ya..

Eh, tapi tajuk kat atas macam pernah dengar je kat tv. Betul tu sahabat, kami pinjam "tagline" Tv Alhijrah. Kalau sahabat punya kelapangan untuk menonton siaran di tv, rajin-rajin la buka tv alhijrah ni ya. InsyaAllah banyak manfaat yang kita peroleh. Eh, kami bukan nak cerita pasal tv ni, cuma tolong promo sikit je.

Sedar atau tidak, Tahun 1434 hijrah hampir melabuhkan tirai. Dikala masyarakat hanya menyambut tahun baharu masihi setiap tahun, kita sebagai umat Islam seharusnya turut meraikan tahun baharu dalam kalendar bulan Islam.

Allah SWT berfirman (maksudnya), “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah adalah 12 bulan sebagaimana ketetapan Allah ketika Dia menciptakan langit dan bumi. Di antaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.” (Surah at-Taubah, 9: 36)
 

Nabi SAW bersabda, “Waktu itu telah berputar sebagaimana biasa sejak Allah menciptakan langit dan bumi. Satu tahun ada 12 bulan, di antaranya empat bulan haram. tiga bulan berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam, dan satu lagi ialah Rejab yang terletak di antara Jamadilakhir dan Syaaban.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)




Kadangkala jika difikirkan, seperti kebiasaan manusia akan memperbaharui niat dikala berada di tahun baharu. Bagaimana azam atau matlamat pada tahun lepas tercapai atau sekadar angan semata-mata, ianya positif dari segi perspektif mentransformasi diri kearah yang lebih baik. Sesuai dengan tahun baharu hijrah, diawal inilah keazaman untuk hijrah harus dimulakan. Tiada istilah hijrah adalah untuk menjadikan diri ini lebih buruk.

Firman Allah dan Surah Al-Anfal:53

(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Namun, kita tidak sepatutnya hanya berniat semata-mata untuk sedapkan hati ini bahawa mungkin tahun ini banyak melakukan dosa dan ingin berhijrah pada tahun depan kepada yang lebih baik tanpa disusuli tindakan. Kita harus refleksi diri, apakah dan bagaimana hitungan amalan kita sepanjang tahun. Selain Allah dan Malaikat yang berada dikiri dan kanan kita, orang lain yang mengetahui amalan diri kita adalah diri kita sendiri.

Mari kita renung sejenak, bagaimana dengan hitungan amalan kita. Usah dihitung apa kebajikan dan kebaikan yang kita telah lakukan tetapi muhasabah tentang dosa dan maksiat yang pernah kita lakukan. Sentiasa ingat, sesalan atas dosa yang dilakukan tanpa disusuli dengan taubat adalah sia-sia malah kita mungkin hanya mengambil iktibar atas apa yang kita lakukan itu sebentar tapi lama kelamaan alpa semula dan hanyut dilembah dosa.

Semua kejahatan yang kita lakukan merupakan tanda betapa rapuhnya iman yang kita ada. Namun, dengan hidayah Allah serta keazaman dihati, InsyaAllah Allah permudahkan dan mengampunkan dosa yang kita lakukan. Semuanya terletak pada diri kita. Sesungguhnya taubat merupakan hamparan Allah, dan Dia Maha Pemberi Taubat, Maha Penyayang, dan Maha Pengampun. Bumi adalah tempat mengakui kesalahan, bukan tempat pemberian hukuman.

Teringat tentang kisah Nabi Adam dan Hawa yang telah melakukan dosa setelah digoda oleh syaitan lalu diusir keluar dari syurga. Lalu Nabi Adam memohon taubat kepada Allah dan Allah ampunkan dosanya itu di bulan Muharram.

"Orang-orang yang mengerjakan kejahatan, kemudian bertaubat sesudah itu dan beriman; sesungguhnya Tuhan kamu sesudah taubat yang disertai dengan iman itu adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah al-A'raf : 153).
 
Jika tidak sekarang, bila lagi kita mahu berhijrah? Ingat tuan-tuan, dunia membutakan mata bahawa mati itu berada dihadapan mata. Jangan sangka muda itu indah, mati itu susah.

Abu Hurairah r.a. berkata: Setiap kali datangnya tahun baru membuat aku risau dan resah kerana semakin singkat umurku semakin dekatnya ajalku, semakin tipisnya waktu pengampunan Allah terhadapku dan semakin dekatnya hari perhitunganku.

Wallahu a'alam

Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...