Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog PERDIQMA KPMB

Islam Itu Indah

Dengar IKIM.fm Online

Dengar radio IKIM.fm secara online menerusi blog PERDIQMA

Like Facebook PERDIQMA

Sertai facebook PERDIQMA serta dapatkan info dan pengkongsian ilmu di laman fb PERDIQMA

24 Ogos 2013

MUKTAMAR PERDIQMA Kali Ke-5

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera,

      Apa khabar iman sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian ? InsyaAllah moga sentiasa sihat rohani dan jasmani. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah atas nikmat Allah S.W.T kita masih bernafas dengan aman di negara kita. Bersyukurlah atas segala nikmat ini sahabat-sahabat dan jangan pula kita lupa untuk mendoakan saudara-saudara kita diluar sana yang sedang berjihad demi Islam. Allahuakbar, sayu rasanya mengenangkan saudara-saudara kita di luar sana seperti di Mesir dan Palestin. Semoga Allah melindungi mereka semua dan Islam mencapai kemenangan jitu. Amin.

     Baiklah, sebenarnya entri kali ini ingin kami ceritakan tentang Majlis Muktamar PERDIQMA. Perdiqma telah menganjurkan Muktamar kali ke-5 untuk ahli-ahli Perdiqma yang baru dan lama pada 20 Ogos 2013 bertempat di Surau Annur KPMB. Majlis dimulakan pada jam 9.00 malam. Pada sesi ini, Julai-Disember 2013 seramai 156 orang pelajar KPMB telah mendaftar sebagai ahli PERDIQMA. Pada hari kejadian, penasihat PERDIQMA yang telah hadir ialah Ustazah Hafidzah Mansor. Tidak lupa juga kehadiran wakil Alumni iaitu saudara Mohd Aizuddin Jamalan, bagi melancarkan lagi program pada malam tersebut.

     Program dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-quran iaitu Surah Al-Anfal oleh saudara Muhammad Akmal dari biro takmir Perdiqma. Seterusnya, ucapan daripada presiden Perdiqma iaitu saudara Izat Hafiz , beliau membentangkan tentang pengenalan Perdiqma. Antara isi-isinya ialah objektif, tujuan, misi dan visi, aktiviti sepanjang sem serta pencapaian Perdiqma kepada semua para hadirin yang dimuliakan oleh Allah. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan memperkenalkan kepada semua hadirin Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi Perdiqma sesi Jul-Dis 2013 dan diikuti dengan lafaz ikrar.

    Kemudian diikuti pula dengan dengan ucapan daripada mantan Perdiqma, saudara Danial Ifran Khairuddin. Beliau berkongsi tentang keadaan negara Islam  diluar sana yang seringkali diserang, kita sebagai golongan muda sepatutnya banyak membantu agama dan tidak lalai dengan media sosial. Seterusnya, beberapa video Perdiqma telah ditayangkan pada malam itu bagi memeriahkan lagi majlis. Tidak lupa juga, ucapan yang telah disampaikan oleh wakil dari pihak Alumni iaitu saudara Mohd. Aizuddin Jamalan. Beliau berkata bahawa kita perlulah sentiasa menunjukkan usaha untuk agama Allah ini. Sebagai contoh, kita sentiasa mendoakan untuk keamanan Mesir dan Syria. Beliau juga menyeru kita agar kita istiqamah dalam beribadah.

Menyingkap kata-kata penasihat PERDIQMA,Ustaz Imran Ramzi di Muktamar kali ke-4:

 “ Perdiqma merupakan platform yang baik bagi melaksanakan proses mentarbiyah diri kita. Pada zaman Rasulullah S.A.W, dimana nabi sering dicerca dan dihina serta dilempar tahi ketika menyampaikan dakwah, jadi kita juga haruslah cekal dalam menjalankan kerja dakwah sepertimana Rasulullah menegakkan Islam dahulu”

     Majlis telah tamat pada jam 11.00 malam. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Diharap agar semua ahli-ahli Perdiqma yang telah dipilih oleh Allah ini dapat menjalakan tanggungjawab dengan sebaiknya dan terus meningkatkan keimanan dalam diri agar kita sama-sama meraih syurga Allah. Syukran kepada semua pihak yang telah menjaya program pada malam tersebut. Semoga perkongsian pada malam tersebut dapat meningkatkan lagi mutu iman kita, InsyaAllah. Jangan lupa mendoakan saudara-saudara kita di luar sana. Doa itukan senjata orang mukmin, Allahuakbar !!















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...