Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog PERDIQMA KPMB

Islam Itu Indah

Dengar IKIM.fm Online

Dengar radio IKIM.fm secara online menerusi blog PERDIQMA

Like Facebook PERDIQMA

Sertai facebook PERDIQMA serta dapatkan info dan pengkongsian ilmu di laman fb PERDIQMA

21 September 2015

PROGRAM BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK-ANAK ROHINGYA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat-sahabat,

Apa khabar iman kita? mari kita tepuk hati tanya iman kita, adakah iman kita sihat.
Jadi pada kali ini, pihak perdiqma ingin berkongsi tentang program yang lalu iaitu "Program Berbuka Puasa Bersama Anak-Anak Rohingnya" yang berlangsung pada 4/7/2015 iaitu pada hari sabtu. Program ini dijalankan oleh pihak Perdiqma bersama dengan beberapa penasihat iaitu Ustazah Noridayu Yusuf, Ustazah Hafidzah Mansor , Laoshi Aini , Pn Zaida dan beberapa pensyarah lain yang banyak membantu program ini.






Program ini bermula dengan menyiapkan peralatan program iaitu mempersiapkan makanan , alatan permainan, cenderahati dan sebagainya sebelum dibawa ke sana. Aktiviti ini disertai oleh semua pihak iaitu ahli dan penasihat Perdiqma. Setelah selesai proses penyediaan peralatan, semua ahli solat zohor berjemaah sebelum bertolak ke tapak program. Setelah selesai solat berjemaah, kesemua ahli diminta membawa segala peralatan ke dalam bas dan bertolak ke tapak program. Perjalanan dari KPMB dianggarkan dalam 1jam 30 minit untuk sampai ke tapak program. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan dan semua berjaya sampai ke tapak program sebelum bermula program. Program dimulakan dengan solat asar secara berjemaah dan diketuai oleh saudara Ali selaku timbalan presiden Perdiqma.




Setelah selesai solat berjemaah, program dimulakan dengan sesi perkenalan antara anak-anak rohingya dengan semua ahli dan penasihat perdiqma. Sesi ini berjalan dengan baik sekali kerana semua ahli memberi komitmen yang baik. Seterusnya, program diserahkan kepada pengendali program iaitu saudara Ayman , Haikal , Nasri , Maisarah dan Aina. Seterusnya, program diteruskan dengan sesi pembahagian kumpulan. Ketika ini agak sukar untuk membahagikan kumpulan kerana ramai anak-anak rohingya ini tidak pandai bertutur dalam bahasa melayu. Jadi pengendali program terpaksa menggunakan langkah lain seperti pergerakan badan dan sebagainya. Setiap kumpulan diberikan fasilitator masing-masing bagi memudahkan program.



Setelah itu, program diteruskan dengan slot mengenal diri , tarian dan sebagainya. Kesemua anak-anak rohingnya menunjukkan reaksi yang cemerlang dan gembira. Ini menunjukkan pihak program berjaya mengendalikan mereka. Alhamdulillah program berjalan lancar sehingga sebelum maghrib. Setelah selesai slot, anak-anak diminta berkumpul untuk mengambil juadah berbuka sebelum azan maghrib berkumandang. Anak-anak rohingya berbuka bersama dengan fasilitator yang telah
diberikan dan suasana begitu ceria ketika berbuka puasa tersebut. Terpancar wajah anak-anak yang gembira ketika itu.



Setelah selesai berbuka puasa, kesemua anak-anak rohingya diminta solat berjemaah bersama dengan ahli-ahli perdiqma. Mereka juga turut serta dan memberi komitmen dengan baik skali. Seterusnya program diteruskan dengan sedikit slot tarian bagi menceriakan suasana sebelum pulang dari tapak program. Setelah selesai, kesemua ahli mengemas kembali peralatan dan mengadakan sesi perkongsian dan bergambar. Ketika ini terlihat wajah-wajah sedih anak-anak yang sebelum ini gembira kerana kesemua fasilitator hendak pulang  kembali ke kolej. Setelah selesai sesi bergambar, para pelajar dan pensyarah mengemas kembali peralatan dan membawanya kembali ke dalam bas. Setelah itu, kami pun berangkat untuk  singgah ke surau yang terdekat untuk solat terawikh  dan kembali ke kolej semula.


Berdasarkan program yang telah dijalankan, kami dapat sesuatu yang amat berharga iaitu terdapat beberapa lagi anak-anak yang kurang beruntung jika hendak dibandingkan dengan kita. Hal ini kerana tidak semua diantara mereka yang mempunyai pengajian seperti kita. Mereka tidak bersekolah seperti kita dan melanjutkan pengajian seperti kita. Jadi bersyukurlah kita diberikan makan minum yang cukup , pengajian yang cukup dan sebagainya jika hendak dibandingkan dengan mereka. Semoga kita semua mendapat manfaat daripada apa yang disampaikan. In shaa ALLAH. Syukran.











25 Ogos 2015

PENGENALAN PERDIQMA JULY- DISEMBER 2015

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH SWT,

Adakah iman kita sihat?

   Jadi pada kali ini pihak perdiqma ingin berkongsi tentang pengenalan perdiqma yang berlangsung pada 27 july yang lalu iaitu pada hari isnin. Pengenalan perdiqma adalah slot yang diadakan oleh pihak perdiqma untuk menerangkan fungsi perdiqma itu sendiri. Ianya termasuk dengan fungsi setiap biro dalam perdiqma. Slot ini bermula selepas solat maghrib iaitu pada pukul 8:00 malam.

Pengenalan perdiqma dimulakan dengan bacaan doa supaya majlis berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Bacaan doa dibacakan oleh saudara afiq. Seterusnya majlis dimulakan dengan ucapan presiden iaitu saudara amir. Saudara amir menerangkan tentang fungsi perdiqma itu sendiri di dalam kolej. Seterusnya saudara amir juga menerangkan tentang beberapa biro yang ada di dalam perdiqma. Saudara amir juga memberi tazkirah ringkas tentang dakwah kepada pelajar-pelajar baru.

Seterusnya, majlis diterusnya dengan pembentangan slide oleh ketua biro program iaitu saudara irfan. Saudara irfan menerangkan tentang tugas sebagai ahli biro program dan menceritakan tentang program yang telah dilakukan dan bakal dilakukan oleh biro program. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan pembentangan slide oleh ketua biro media dan informasi iaitu saudara ayman. Saudara ayman menceritakan tentang skop kerja ahli biro media dan informasi. Seterusnya saudara ayman juga menceritakan tentang program yang telah dijalankan oleh semua ahli biro seperti jamuan dan lain-lain.

Majlis diteruskan dengan pembentangan slide oleh biro makanan iaitu saudara amirullah. Saudara amirullah menceritakan tentang tugas dan skop kerja ahli biro makanan. Saudara amirullah juga menceritakan tentang program yang telah dilakukan seperti memasak bersama ahli biro. Seterusnya pembentangan diserahkan oleh pengacara majlis kepada saudara afiq selaku ketua biro usrah. Saudara afiq menceritakan tentang tugas ahli biro usrah. Memandangkan biro usrah ini baru dibuat, saudara afiq menceritakan tentang biro dengan lebih luas kerana masih ramai yang tidak faham tentang biro usrah itu sendiri. Alhamdulillah, saudara afiq dapat menceritakan dengan baik sekali.

Selepas itu, majlis diserahkan kepada ketua biro ekonomi iaitu saudara sufian. Saudara sufian menceritakan tentang tugas biro ekonomi dalam membantu ekonomi perdiqma. Alhamdulillah saudara sufian dapat menerangkan tugas biro dengan baik sekali. Seterusnya, pembentangan diserahkan kepada ketua biro musollah iaitu saudara adib. Saudara adib menceritakan tugas dan skop kerja selaku ahli biro musollah. Segalanya berjalan dengan baik dan lancar.

Setelah selesai pengenalan, majlis  diteruskan dengan solat ishak berjemaah di surau an-nur. Selepas itu bermulalah sesi pengambilan ahli baru. Jadi semua pelajar yang berminat untuk menyertai perdiqma diminta duduk di dalam bulatan biro yang telah disiapkan oleh setiap biro. Pengambilan ahli pada sem kali ini sangat memberansangkan. Ramai pelajar baru yang beberapa yang lama telah menyertai perdiqma.


Semoga ahli-ahli yang baru mahupun yang lama tetap teguh dalam menyampaikan dakwah kerana tidak semua orang mampu lakukan tanggung-jawab ini dan yakinlah bahawa :


"Barang siapa yang membantu agama ALLAH SWT, nescaya ALLAH SWT akan membantunya dan meneguhkan tapak kedudukannya"
-Surah Muhammad Ayat 7

Semoga kita semua mendapat ganjaran dan manfaatnya in shaa ALLAH. Semoga kita berjumpa lagi ! Assalamualaikum :)







22 April 2015

PROGRAM "BANTUAN PERALATAN PERSEKOLAHAN"

          Assalamualaikum, apa khabar sahabat-sahabat? Semestinya sahabat-sahabat tertanya-tanya apakah yang bakal dikongsi oleh pihak perdiqma pada kali ini. Pada kali ini, pihak perdiqma ingin berkongsi sedikit tentang program yang telah berlangsung pada 1/1/2014 iaitu pada hari Khamis yang lalu. Dengan bantuan penasihat perdiqma, pihak perdiqma telah berjaya menjalankan program khidmat masyarakat iaitu " Program  Bantuan Persiapan Persekolahan"  kepada beberapa ahli keluarga di flat pangsapuri baiduri. Tujuan program ini adalah untuk memperluaskan platform dakwah dengan memberi sumbangan kepada masyarakat luar. Untuk program ini , beberapa bantuan telah diberikan seperti pakaian , seluar , kain, kasut dan alat tulis. Kesemuannya adalah baru dan berkualiti supaya ianya boleh digunakan pada jangka masa yang lama. 


1.0 Ketika Menjalankan Proses Penyerahan Bantuan

          Persiapan untuk program ini telah dijalankan sebulan lebih awal untuk memudahkan lagi proses pembelian barang. Beberapa AJK perdiqma telah mencari beberapa keluarga yang kurang berkemampuan di sekitar pangsapuri berdekatan kolej kita. Pihak AJK perdiqma telah berjaya mendapatkan maklumat tentang size daripada semua keluarga yang dipilih. Seterusnya , kesemua maklumat diserahkan kepada pensyarah untuk proses pembelian barangan.

            Setelah berjaya memperolehi maklumat beberapa keluarga , program diteruskan dengan pembelian barang bersama penasihat perdiqma iaitu Pn Zaida. Alhamdulillah, proses pembelian barang berjaya dilakukan dengan sempurna. Walaupun mengambil masa yang lama untuk proses pembelian , tetapi demi senyuman anak-anak yang bakal bersekolah , semuanya dipermudahkan. Alhamdulillah.


2.0 Ketika Menjalankan Proses Pemilihan Baju

         Program diteruskan lagi dengan persiapan membahagikan barangan mengikut keluarga. Proses ini dilakukan di rumah penasihat iaitu rumah Pn.Zaida. Proses ini dilakukan bersama-sama dengan Penasihat perdiqma yang lain iaitu Ustazah Noridayu dan AJK perdiqma yang lain. Alhamdulillah , penyusunan barangan telah dijalankan dengan baik dengan perancangan yang cekap dan pantas oleh pihak penasihat dan AJK.

        Setelah selesai persiapan menyusun barangan,  maka bermulalah proses pembahagian barang kepada semua keluarga di pangsapuri baiduri di belakang kolej kita. Untuk proses ini , beberapa AJK terlibat bersama-sama dengan penasihat iaitu Ustazah Noridayu. Proses ini dijalankan dengan begitu baik sekali dan berjalan dengan lancar. Kita dapat lihat terpancarnya senyuman di wajah anak-anak yang bakal bersekolah. Kita juga telah melakukan beberapa pecahan supaya proses pengagihan barang berlaku dengan pantas dan mudah. Walaupun proses ini mengambil masa yang agak lama , tetapi wajah-wajah keriangan anak-anak betul-betul menyebabkan kami tersentuh dan berpuas hati dengan apa yang telah kami lakukan. Lebih-lebih lagi apabila kami melihat keadaan keluarga yang hidup dalam keadaan serba susah. 


3.0 AJKT Perdiqma Menyusun Setiap Barang Bantuan

        Pihak perdiqma benar-benar tersedar bahawa masih ramai keluarga di luar sana yang benar-benar hidup dalam keadaan serba susah dan tidak berkemampuan. Dengan program ini , kami dapat mengenal lagi masyarakat mana yang susah dan lebih memerlukan bantuan. Pihak kami telah menyimpan beberapa maklumat supaya pada masa akan datang, bantuan dapat diberikan sekali lagi kepada beberapa keluarga. Semoga program ini menjadi platform utama untuk pihak perdiqma memperluaskan lagi dakwah. In shaa ALLAH. Terima kasih untuk semua pihak yang terlibat. 

4.0 Wajah Anak-Anak Yang Ceria Mencuba Pakaian Mereka

5.0 Kehidupan Keluarga Yang Kurang Berkemampuan



21 Mac 2015

BERNIQAB ATAU BERTABARUJJ???



Bismillah,
Assalamualaikum, dan salam sejahtera kepada sahabat NUR sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan izin NYA kami ahli Perdiqma diberi kelapangan untuk memberi sedikit perkongsian.

Pada kali ini Perdiqma ingin membuat sedikit perkongsian berkenaan AURAT, TABARUJJ, PAKAIAN dan sebagainya yang melibatkan kaum muslimat.Begitu juga berkenaan isu berpurdah atau berniqab.

Kali ini,  memilih satu tajuk yang sudah lama ain ingin coretkan di blog NUR.Tajuk kali ini BERNIQAB ATAU BERTABARUJJ.



Alhamdulillah, semakin ramai kaum muslimah yang mempunyai kesedaran dan keinginan untuk berniqab.Persoalan yang perlu ditanyakan pada mereka yang sudah berniat atau sudah pun berniqab tidak kira setahun, dua tahun, atau pun sudah bertahun-tahun lamanya.Tanyakan soalan ini pada diri kita sendiri wahai niqabis:

-Adakah kita benar-benar menghayati dan memahami kepentingan dan tujuan berniqab itu sendiri? 

-Adakah kita berniqab tapi masih ingin kelihatan cantik?

-Adakah kita berniqab kerana menanti pujian semata-mata?

-Adakah dengan berniqab kita boleh berpakaian sesuka hati?

Persoalan ini bukan hanya ditujukan pada sahabat-sahabat niqabis blog NUR semata, tetapi juga pada diri ain sendiri.Adakah ain berniqab untuk kelihatan cantik? Adakah dengan berniqab ain akan lebih dihormati? Nauzubillah min zalik..Moga dijauhkan dari perasaan sebegini!

Kebanyakkan niqabis gemar mengenakan ikatan niqab dari luar, iaitu selepas mengenakan selendang atau tudung.Namun, HATI-HATI apabila memilih cara ikatan sebegini terutamanya apabila niqab yang anda gunakan itu adalah jenis satu lapis sahaja.Jika niqab satu lapis [seperti dalam gambar] yang anda gunakan, maka, tanpa kita sedar sanggul rambut kelihatan.Maka, aurat kita sebenarnya sudah dipamerkan dikhalayak ramai.Mata-mata yang melihat pasti akan cuba meneka apa yang ada di sebalik kain tudung yang anda kenakan itu. 

Daripada Abu Hurairah r.a kata beliau: Bersabda Rasulullah s.a.w:
"Dua golongan daripada Ahli Neraka yang belum pernah aku melihatnya (wujud) iaitulah:
Kaum yang bersama mereka itu cemeti-cemeti seperti ekor lembu, memukul manusia, dan kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang, mereka itu mengajak manusia menjauhi perintah Allah dan mereka sendiri menjauhi perintah Allah, kepala mereka seakan-akan bonggol-bonggol unta yang senget, mereka ini (dua golongan ini) tidak masuk ke syurga dan tidak pula mendapat baunya sedangkan baunya dapat dihidu dari jarak sekian dan sekian.

(H.R. Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dalam al-Kubra, dan al-Tabrani dalam Mukjam al-Awsat)

dan

“akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”
- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

serta

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

– hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

Jika sahabat niqabis gemar berniqab dengan mengikatnya dari luar, maka pilihlah niqab yang boleh melindungi ikatan anda di bahagian kepala itu.Pilih niqab jenis 2 atau 3 lapis.InsyaAllah, jika ada sahabat niqabis yang sukar mendapatkan niqab sedemikian boleh berhubung dengan ain.Ain kini dalam usaha menyediakan keperluan muslimah berniqab agar dapat mengenakan niqab dengan cara yang sebaik mungkin, InsyaAllah.



Perhatikan gambar di atas, berniqab namun masih bertabarujj.Lihat foto pertama dan kedua dari kanan yang tumpuan diberikan di bahagian mata niqabis.Berniqab namun masih bersolek/bertabarujj.Berniqab namun masih memperagakan kecantikkan diri.Berniqab namun masih tidak faham apa itu tabarujj.

Sekali lagi ain tegaskan, tidak kiralah kita ini berniqab atau hanya bertudung labuh sahaja BERTABARUJJ DITEGAH DALAM ISLAM!!! Carilah ilmu wahai muslimah sekalian.Untuk berniqab juga perlu ada ilmu.Tanpa ilmu, maka sia-sia sahaja amalan kita selama ini.

Perkara lain yang cuba disampaikan melalui gambar di atas adalah, AURAT WANITA ISLAM.Adakah kita benar-benar faham apa itu aurat? Bertudung, berpakaian labuh, berniqab tidak bererti kita sudah menutup aurat dengan sempurna jika kita tidak peka di mana letaknya aurat itu sendiri.Perhatikan dan anda akan temui jawapannya.InsyaAllah.

Salah satu tujuan berniqab adalah melindungi diri sendiri daripada dilihat oleh orang lain.Berniqab juga bertujuan mengurangkan pandangan sekeliling pada diri para niqabis, selain mendidik diri kita agar menjadi seorang muslimah yang mengerti perasaan malu.

Namun, apabila kain niqab/purdah yang dipilih terdiri daripada kain yang nipis dan jarang hingga menampakkan bayang-bayang wajah, maka sia-sia sahaja berniqab.Selain itu ain pernah terlihat niqabis yang mengenakan niqab yang terlalu ketat hingga melekap di muka hingga menampakkan bentuk hidung dan ukiran bibir.

Nauzubillah min zalik.Moga diri ini dijauhi dari perbuatan demikian.Wahai sahabat niqabis ain kasihi sekalian, telitilah apabila memilih kain yang ingin dijahit sebagai niqab.Pastikan:

-kain dipilih adalah tebal, tidak jarang atau nipis.
-kain bukan dari material yang melekap pada kulit.

Seperkara lagi harus ain ingatkan pada diri ain sendiri dan sahabat sekalian, ELAK MENJAHIT NIQAB DENGAN MENGENAKAN MANIK ATAU SULAMAN.Memadailah memakai niqab yang kosong semata.Pilih warna-warna yang lembut dan tidak garang atau terlalu menonjol.

Mungkin ada sahabat niqabis yang tidak selesa mengenakan full niqab hingga menutupi bahagian dahi.Terpulanglah pada niat masing-masing.Namun sebaik-baiknya, tutuplah bahagian dahi anda itu walau pun tidak mampu menutup bahagian kening.Jika anda mengenakan half niqab sahaja, pastikan mengenakan anak tudung sebelum mengenakan selendang atau tudung biasa.Ini bagi mengelak, anak-anak rambut jelas kelihatan seperti gambar di atas.




Seperti ain katakan tadi, jika tidak mampu mengenakan full niqab maka memadai mengenakan anak tudung agar tertutup bahagian ubun-ubun rambut.Bagi yang mengenakan half niqab juga, ain nasihatkan pada diri ain sendiri dan sahabat niqabis sekali lagi, elak bertabarujj di bahagian kening anda.Jika tidak mampu full niqab, maka janganlah bersolek di bahagian kening atau sekeliling mata.





berniqab bukan bertujuan menunjuk kehebatan diri..
berniqab bukan bertujuan menunjukkan diri mu adalah wanita solehah..
berniqab bukan bertujuan membangga diri..
berniqab bukan bertujuan membuktikan kita adalah berbeza daripada yg lain..

apalah guna berniqab andai foto-foto dikongsi untuk tatapan sesiapa sahaja..
apalah guna berniqab andai masih ada keinginan untuk tabarruj..
apalah guna berniqab andai hanya menanti pujian semata-mata..
apalah guna berniqab andai diri masih terlibat dlm pergaulan bebas..

berniqablah hanya untuk mendapatkan redha Allah SWT..
berniqablah hanya untuk mendapatkan kasih sayang Allah SWT..
berniqablah semata-mata ingin melindungi diri dari perkara-perkara kemungkaran..
bersihkanlah niat untuk berniqab hanya untuk Allah SWT..bukan selainnya...



nukilan dari blog nurainvivian





13 Mac 2015

Kucing Kesayangan Nabi Muhammad SAW





Ramai yang suka memelihara dan menyayangi kucing. Tahukah antum bahawa Nabi Muhammad ﷺ memiliki seekor kucing kesayangan yang Baginda namakan ‘Mueeza’.

Muezza Kesayangan Rasulullah
Setiap kali Rasulullah ﷺ menerima tetamu di rumah, Baginda selalu mengendong Mueeza dan diletakkan di atas paha Baginda. Salah satu sifat Mueeza yang paling Rasulullah ﷺ suka ialah Mueeza selalu mengiaw sewaktu mendengar azan, seolah-olah bunyi suaranya seperti mengikuti alunan suara azan tersebut.

Pernah berlaku suatu kejadian ketika Rasulullah ﷺ hendak mengambil jubahnya, ternyata Muezza sedang tidur dengan santai di atas jubah Baginda. Oleh kerana tidak ingin mengganggu kucing kesayangannya itu, Rasulullah ﷺ pun memotong bahagian lengan jubah Baginda yang dibaringi oleh Mueeza dari supaya tidak membangunkan Muezza.
Ketika Baginda pulang ke rumah, Muezza terbangun dan menundukkan kepala kepada tuannya. Rasulullah ﷺ menunjukkan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu.


Kucing Tidak Najis

Nabi menekankan bahawa kucing itu tidak najis. Bahkan dibenarkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.

Abu Qatadah Radliyallaahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah ﷺ pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia adalah termasuk haiwan yang suka berkeliaran di rumah (haiwan pemeliharaan).” [HR At-Tirmidzi, An-Nasa’I, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah].

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Rasulullah ﷺ pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, Baginda berkata, “Ya Anas! Tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Rasulullah ﷺ menuju ke arah bekas tersebut.

Namun, seekor kucing datang dan menjilat bekas tersebut. Melihat itu, Rasulullah ﷺ berhenti sehingga kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhuk.

Rasulullah ﷺ ditanya mengenai kejadian tersebut, Baginda menjawab, “Ya Anas! Kucing termasuk perhiasan rumah rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budak suruhannya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang mendirikan solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk meletakkannya.

Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan melakukan solat, ia terlupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, ‘Aisyah ra. Lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.

Rasulullah ﷺ bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliaran di rumah.” Aisyah juga pernah melihat Rasulullah ﷺ berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat alBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].

Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad dan imam hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang yang badan, peluh, bekas makanannya adalah suci.

Demikianlah kisah tentang kucing Nabi Muhammad ﷺ Mueeza. Semoga dengan menghayati kisah di atas, kita akan ketahui betapa kasih dan sayangnya Rasulullah ﷺ terhadap haiwan.

Rasulullah ﷺ ada berpesan supaya menyayangi kucing kesayangan sebagaimana kita menyayangi keluarga sendiri. Aisyah binti Abu Bakar As-Shiddiq, isteri Rasulullah ﷺ juga amat menyayangi kucing dan berasa amat kehilangan jika ditinggal pergi oleh kucingnya. Beberapa orang terdekat Nabi turut memelihara kucing. Abdul Rahman bin Sakhr Al Azdi. diberi gelaran Abu Hurairah (bapa para kucing jantan), kerana kegemarannya menjaga dan memelihara berbagai jenis kucing jantan dirumahnya.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan lucu ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al-Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah seksa neraka.

Abdullah bin Umar ra. juga meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ. bersabda: “Seorang wanita diseksa kerana mengurung seekor kucing sampai mati. Kemudian wanita itu masuk neraka kerananya, iaitu kerana ketika mengurungnya dia tidak memberinya makan dan tidak pula memberinya minum sebagaimana dia tidak juga melepasnya mencari makan dari serangga-serangga tanah.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)


23 Februari 2015

Muktamar Perdiqma ke 8

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi ALLAH SWT, apa khabar semua? apa khabar iman kalian?. Jadi pihak perdiqma ingin berkongsi tentang muktamar perdiqma yang dijalankan pada hari Rabu bersamaan 28/1/2015 di LT2. Alhamdulillah , ahli perdiqma semakin bertambah dengan wajah-wajah yang baru yang bakal menyerikan suasana dakwah di kolej kita. Subhanallah! Alhamdulillah ! Allahuakbar!

Majlis muktammar bermula pada pukul 9:30 malam dan dimulai kata-kata aluan oleh saudara pengerusi majlis kita. Seterusnya , majlis diteruskan dengan bacaan al-quran oleh saudara saajid dengan surah pilihan dan alunannya yang tersendiri. Seterusnya untuk memberkati majlis , saudara pengerusi majlis menjemput saudara adib selaku penolong biro takmir untuk membacakan doa. Setelah selesai bacaan doa , para hadirin dihiburkan dengan tayangan video tentang aktiviti yang telah dijalankan pada semester yang lalu.

Setelah tamat tayangan video , maka bermulalah agenda yang ditunggu-tunggu iaitu ucapan daripada alumni perdiqma sendiri iaitu saudara Aizudin B. Jamalan. Saudara aizudin merupakan bekas pelajar kpm yang sentiasa berada bersama perdiqma dan membantu perdiqma bersama-sama dengan alumni yang lain. Beliau memperkenalkan diri dan menceritakan sedikit tentang alumni dan pengalaman beliau ketika bersama perdiqma. Beliau merupakan salah seorang alumni yang bertungkus lumus membantu perdiqma selama lebih kurang  tahun bagi menguatkan lagi ukhwah yang telah terbina. 


Dalam ucapan beliau , terdapat perkongsian yang begitu memberi kesan kepada semua hadirin  tentang perumpamaan yang mempunyai maksud tertentu iaitu:-

Apabila Rumah Terbakar, Dia Masih Tidak Sedar
- Seseorang individu yang leka dengan dunia sehingga tersesat jauh daripada jalan yang sebenar.

Apabila Rumah Terbakar, Dia Sedar Tetapi Kembali Tidur
- Seseorang individu itu tahu perkara yang dilakukan itu adalah salah dan berlanggar dengan syariat tetapi masih melakukannya.

Apabila Rumah Terbakar, Dia Sedar Dan Selamatkan Diri
- Seseorang individu yang sedar akan kesalahannya , dia bertaubat tetapi hanya untuk dirinya dan tidak berkongsi atau mengajak orang lain.

Apabila Rumah Terbakar, Dia Sedar Dan Kejutkan Kawan-Kawan
- Seseorang individu itu yang sedar akan kesalahannya , dia bertaubat dan mengajak rakan-rakannya yang lain untuk bertaubat.

Apabila Rumah Terbakar, Dia Sedar Dan Kejutkan Kawan-Kawan Serta Memikirkan Cara Untuk Memadamkan Api Itu.
- Seseorang individu yang tahu akan kesalahannya , dia bertaubat dan mengajak rakan-rakannya yang lain untuk berubah. Dia juga berfikir bagaima untuk menguatkan lagi keimanan diri dan memperluaskan lagi dakwah untuk mengajak lebih ramai umat islam untuk kembali ke jalan islam yang sebenar.

Kesimpulan daripada perkongsian itu , kita hendaklah sedar akan kesalahan kita dan jangan lupakan rakan-rakan disekeliling kita yang berada didalam kemungkaran. Kita hendaklah mengajak mereka dan memikirkan bagaimana cara untuk memperluaskan lagi dakwah dan bukan hanya di kolej. Selesai sahaja ucapakan daripada alumni , saudara Amir selaku presiden perdiqma dijemput untuk memberi ucapan dan pengenalan ringkas tentang perdiqma. Beliau banyak memberi penerangan tentang perdiqma dan sedikit jenaka yang menghiburkan semua hadirin. Tetapi ada sedikit perkongsian daripada beliau yang amat penting iaitu "Niat tidak menghalalkan cara". Beliau berkata bahawa segala perbuatan dimulai dengan niat jadi kita kena berhati-hati kerana jika kita berniat bukan kerana ALLAH SWT , maka apa yang kita lakukan adalah sia-sia. Beliau juga menekankan untuk kesemua ahli perdiqma menjaga niat masing-masing. 

Setelah itu , majlis diteruskan dengan sedikit video tentang aktiviti pada semester-semester yang lalu iaitu "Broga 4 Palestine" yang masih menjadi penguat semangat untuk kesemua ahli perdiqma untuk mengadakan program. Alhamdulillah , dengan berakhirnya video tersebut maka berakhirlah majlis muktammar perdiqma pada sem Jan-Jun 2015 ini. Semoga kesemua ahli kuat dan tekad meneruskan perjuangan demi memperluaskan lagi dakwah di muka bumi ini. 
    





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...