Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog PERDIQMA KPMB

Islam Itu Indah

Dengar IKIM.fm Online

Dengar radio IKIM.fm secara online menerusi blog PERDIQMA

Like Facebook PERDIQMA

Sertai facebook PERDIQMA serta dapatkan info dan pengkongsian ilmu di laman fb PERDIQMA

28 Julai 2011

Mini Konsert dan Ceramah Perdana Akhil Hayy Rawa


Pada 25 Julai 2011 PERDIQMA telah berjaya menjalan sebuah program ceramah dan Mini Konsert Ustaz Akhil Hayy Rawa yang telah berlangsung di Dewan Besar KPMB. Program bermula tepat jam 9.00 malam. Majlis dipengerusikan oleh saudara Mohammad Asyraff Bin Aziz dan diteruskan dengan bacaan doa. Promosi yang bertungkus lumus dijalankan oleh PERDIQMA telah Berjaya mendapat sambutan dengan dihadiri seramai 270 orang. PERDIQMA mengadakan promosi disekitar pasar malam beranang, masjid-masjid terdekat, surau-surau berhampiran dan juga disekolah menengah juga sekolah rendah. Tiket yang dijual adalah berharga RM10,RM30(orang/beg istimewa),pakej pelajar RM30(2 orang/beg istimewa) dan pakej keluarga RM60(ibubapa dan seorang anak).

Pada jam 9.15, Ustaz Akhil Hayy memulakan ceramah dengan melaungkan lafaz HASBI RABBI JALLALLAH. Para hadirin terpegun mendengar kemerduan suara Ustaz Akhil Hayy. Beliau menceritakan tentang bagaimana cara untuk kita merindui Rasullallah S.A.W. Keikhlasan dihati adalah paling utama dalam menjadi insan yang merindui Rasullahllah S.A.W. Sunnah yang dilakukan oleh baginda hendaklah diamalkan dalam kehidupan seharian kita.
Seterusnya,beliau meneruskan ceramah dengan lagu HAMBAMU dan berduet bersama saudara Nurdin Haikal salah seorang daripada pelajar KPMB. Lagu yang penuh dengan makna tersirat dinyanyikan bagi menarik perhatian para hadirin untuk mendekatkan diri kepada yang Maha Esa. Setelah menyanyikan lagu tersebut, beliau mengaitkan tajuk lagu tersebut dengan mencintai Allah s.w.t. Sebagai seorang hamba,kita wajib mengabdikan diri kepada-Nya. Pada waktu ini,hadirin telah diajar dengan beberapa doa antaranya doa khusyuk didalam solat. Ustaz Akhil Hayy juga menyanyikan lagu SESUNGGUHNYA bersama Mohd Ashraf Affendi dan lagu SEROJA bersama Wan Azim, mereka salah seorang pelajar di Kolej Professional MARA Beranang.


Ustaz Akhil Hayy meneruskan ceramah beliau sehingga jam 11.30 malam. Setelah selesai ceramah, beliau seterusnya menyampaikan hadiah kepada hadirin yang berduet diatas pentas bersama Ustaz Akhil Hayy. Pihak KPMB juga memberikan sedikit cenderahati kepada Ustaz Akhil Hayy sebagai tanda penghargaan. Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan pada jam 11.50 malam. Kami berasa sangat bersyukur kerana majlis ini berjalan dengan lancar, Allhamdulillah. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan program ini. Semoga semua yang hadir ke majlis ini mendapat sedikit sebanyak ilmu yang boleh di manfaatkan dalam kehidupan seharian kita. ALLAHUAKBAR!!!





24 Julai 2011

Rahsia Bintang Enam Zionis Laknatullah

Bintang Enam yang menjadi lambang rasmi negara Israel
Jumaat 24 April 09, merupakan hari bersejarah dalam hidup saya dan rombongan apabila ia merupakan hari pertama di dalam hidup kami menjejaki kaki ke al-Aqsa. Saya menunaikan solat Tahyatul Masjid. Sebelum khutbah bermula, kami mendengar bayan (syarahan) yang disampaikan oleh Imam al-Aqsa, Syeikh Yusuf Abu Sunainah. Di dalam bayannya, beliau mengutuk Israel dengan suara yang lantang.

Ketika khutbah bermula, beliau menegaskan agar semua anak-anak muda Palestin balik merujuk kepada sejarah kerana orang Yahudi telah mula mahu menipu sejarah. Mereka mengatakan bahawa tanah Palestin adalah tanah asal mereka.

Ketika selesai menunaikan solat Jumaat, saya dan rombongan berjalan-jalan sekitar al-Aqsa. Saya menghampiri mimbar al-Aqsa. Ia merupakan mimbar lama hampir berumur 1000 tahun.

Ketika Salahuddin al-Ayubi dapat mengalahkan tentera salib di Jerusalem, beliau membawa dua mimbar dari Halab (Aleppo) Syria, tempat dimakamkan Saidina Khalid al-Walid . Saidina Khalid al-Walid antara sahabat yang berjuang untuk membuka kota Jerusalem ini. Setelah enam ratus tahun kemudian, Jerusalem berada di dalam tangan tentera salib. Pada tahun 1187, ia berada ditangan Islam kembali. Mimbar ini sebagai simbol bahawa masjid ini telah di dalam amanah Islam semula.

Satu mimbar diletakkan di masjid al-Aqsa, satu lagi di masjid al-Khalil (Masjid dimakamkan Nabi Ibrahim a.s)
Bintang enam yang terdapat di mimbar al-Aqsa
Ketika saya menghampiri mimbar Salahuddin di al-Aqsa ini, saya mengerutkan dahi. Kenapa di mimbar ini ada bintang enam? lambang negara Israel.

Gelagat saya diperhatikan salah seorang penjaga al-Aqsa. Dia menghampir saya, memberi salam dan memegang bahu saya. “Aku tahu apa yang engkau fikirikan” kata beliau.

‘Kamu tentu hairan kenapa ada lambang Israel di mimbar ini kan”? Beliau menambah.

Saya hanya menganggukkan kepala.

Penjaga ini menarik tangan saya, pergi ke tepi masjid. Dia kemudian menudingkan jarinya ke arah tingkap berhampiran dengan syiling al-Aqsa.

“Cuba kamu lihat, ditingkap itu pun ada lambang bintang enam ini, di dinding ini pun ada,” katanya sambil menunjukkan arah dinding al-Aqsa.
Tingkap dengan bintang enam yang berada di al-Aqsa
“Emmm, kenapa ya?” Tanya saya ingin mengetahui lanjut.

“Sebenarnya nak, bintang enam ini adalah lambang bangsa Arab Kan’an. Ia ada sejak ribuan tahun dahulu. Bangsa Arab Kan’an menggunakan bintang ini sebagai lambang kaum mereka. Sebab itu, ketika Salahuddin datang, dia membina tingkap ini dengan mengekalkan lambang bintang enam ini sebagai menghormati kaum Arab Kan’an yang telah Islam."

“Orang Kan’an merupakan penduduk asal tanah Palestin ini. Sebelum Israel dibawa oleh Nabi Musa ke Palestin, mereka telah ada."

“Umur mimbar ini hampir seribu tahun. Tingkap dan mar-mar di dinding ini berumur ratusan tahun. Orang Israel menggunakan lambang ini baru dalam 100 tahun. Mereka menggunakan lambang ini dengan alasan seolah-olah mereka penduduk asal seperti Arab Kan’an di sini “. Penjaga ini menerangkan kepada saya dengan panjang lebar.

“Oh, baru saya faham. Rupanya bintang enam ini bukannya lambang asal Israel.” Kata saya.

Apa ada pada lambang? Ia merupakan simbol. Orang yang memakai lambang sesuatu kaum dia akan termasuk di dalam kaum itu.

Di dalam Islam kita dilarang memakai lambang orang kafir. Bukan sahaja lambang, menyerupai sesuatu kaum pun kita dilarang. Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud:

“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia akan tergolong di dalam kaum itu”.

Israel menggunakan lambang bintang enam untuk menyatakan dia adalah penduduk asal Palestin ini. Mereka mengarang buku-buku yang menyatakan mereka adalah penduduk asal dengan menafikan bahawa Arab Kan’an adalah penduduk asal di sini.

Sebab itulah, Syeikh Yusuf Abu Sunainah menekankan kepada pemuda-pemuda Palestin agar kembali mendalami sejarah. Apabila sejarah tidak diajar, maka akhirnya, sesorang akan hilang jatidirinya. Inilah yang sedang berlaku bagi penduduk Palestin yang bersekolah di sekolah rasmi. Enam puluh tahun berada di dalam jajahan Israel bermakna sudah masuk generasi ketiga tanah ini dijajah.

Saya bertemu dengan penduduk Palestin yang merasa selesa berada di bawah Israel kerana semua kelengkapan telah cukup dan keadaan di sini lebih selesa dari negara Arab lain. Tidak sedikit yang lebih bangga memakai passport Israel dari memakai passport Palestin atau Jordan.

Pada mereka, saudara di Gaza hal mereka. Sebab itu, dari Palestin sendiri, tidak banyak bantuan yang datang ke Gaza. Orang kaya semakin kaya dengan syarikatnya. Coca-cola tidak diboikot di Palestin. Iklan terpampang besar di sana sini.
Iklan Coca Cola yang terpampang di sana sini
Di sini, barangan Israel digunakan oleh orang Arab sendiri.Coca-cola menjadi minuman harian mereka.
Benarlah kata hukama’:

“Jika mahu membunuh tanamam, racunlah akarnya, jika mahu membunuh bangsa, racunlah sejarah mereka”

Jika ini dibiarkan, maka generasi Palestin yang akan datang akan lebih selesa bersama Israel dari bersama orang Arab. Semoga, iman dan ilmu akan menyelamatkan mereka. Dan semoga ia menjadi iktibar buat kita di Malaysia.

Artikel ini merupakan catatan perjalanan Ustaz Muhamad bin Abdullah Al-Amin ketika berada di Palestin. Beliau juga merupakan pengacara bagi rancangan Usrah TV 9.Bermula tahun 2003, beliau mula merantau ke serata negara Arab, membuat lawatan, bertalaqqi dengan ulama' yang ditemui, mengambil sanad dari mereka di Yaman, Syria, Jordan, Lubnan, Turkey, Maghribi, Mesir, Iran,dan lain-lain negara. Untuk profil lengkep beliau klik sini.




17 Julai 2011

Ceramah Perdana dan Mini Konsert Akhil Hayy

Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak, pihak PERDIQMA dengan kerjasama Akhil Hayy Network Sdn Bhd akan mengadakan ceramah perdana dan mini konsert Ustz Akhil Hayy yang bertajuk "Mencintai Allah, Merindui Rasulullah". Butiran program adalah seperti berikut:

TARIKH: 25 JULAI 2011
MASA: 9.00 MALAM - 11.30 MALAM
TEMPAT: DEWAN SRI GEMA KPM BERANANG

HARGA PROMOSI TIKET!!! = RM 10.00 Sahaja*

Sebarang pertanyaan / tempahan tiket, sila hubungi :
  1. Ustz Wan Muzakir bin Wan Najmi (017-4746446)
  2. Pn Riani bt Awang (013-2728814)
  3. Mohd Aizudin bin Jamalan (202, Kamsis Al-Farabi)
  4. Nor'Aisah bt Hamid (102, Kamsis Saidatina Khadijah)
  5. Wan Azim bin Shabuddin (Wakil Pelajar Luar)
  • Promosi dan penjualan tiket akan dijalankan di pasar malam Bandar Tasik Kesuma pada hari Isnin dan Khamis dari jam 5.30 ptg - 7.00 malam.
  • Tiket juga boleh didapati pada hari program berlangsung (25 Julai 2011)
  • Setiap pemegang tiket akan membawa pulang bersama 1 kotak akhil perfume, baucer diskaun barangan untuk produk akhil network bernilai RM100 dan senaskah majalah muslimah.
Terbuka kepada semua muslimin & muslimat (Umum). 

*Harga tiket RM 10.00 adalah tanpa boogy beg berisi Akhil Hayy Perfume, Baucer barangan Akhil Hayy network bernilai RM 100 & Senaskah Majalah Muslimah. Untuk mendapat barangan boogy beg harga tiket adalah pada harga asal iaitu: RM 30.00 seorang. Bagi pelajar KPMB, tiket RM 30.00 adalah access untuk 2 orang. Bagi pembelian 2 tiket oleh ibubapa, anda boleh membawa seorang  anak percuma.!!

Khas untuk pelajar KPMB yang menetap di asrama pula: 

Anda akan diberikan kupon aktiviti & letakkan di kad aktiviti kamsis bagi mendapatkan tempat di asrama pada semester akan datang (biro program kamsis). 



12 Julai 2011

Eh, kita boleh bersalam ke tak ni?

Tidak berapa lama lagi kita semua akan menyambut kedatangan  bulan syawal yang dinantikan semua. Biasa kita melihat ramai orang yang merayakan hari lebaran dengan gembira. Namun, ada beberapa perkara yang kita kadang-kala terlepas pandang sehinggakan syawal yang berkat kita cemari dengan perbuatan dosa yang tidak kita sedari terutamanya dalam batasan bersalaman. Oleh itu, kami rasa perkongsian berkenaan topik ini adalah sangat sesuai buat panduan kita dalam menjaga batasan-batasan yang telah disyariatkan oleh Allah SWT menepati firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (An-Nur:31) 

Posting kali ini, adalah difokuskan kepada isu dengan siapa kita boleh bersalam dan dengan siapa kita tidak boleh bersalam. Atau bahasa yang lebih mudah siapa yang mahram (Mahram: haram kita kahwini) dan siapa yang bukan mahram dengan kita (Bukan Mahram: boleh dikahwini). Jadi, kita kena lebih berhati-hati dan tidak bersalaman dengan mereka yang bukan mahram serta menjaga aurat bila bersama mereka. 

Maklumlah, bila berhari raya kadang-kala kita kita bersalam dengan ramai orang sehingga terlupa akan hal ini.

Penjelasan berkenaan isu ini akan dilakukan dari perspektif seorang wanita supaya lebih mudah difahami dan jelas. Namun yang namanya lelaki juga perlu memberi perhatian untuik pengetahuan anda juga.

Secara asasnya, seorang wanita perlu menjaga aurat (dikecualikan muka dan tapak tangan) kecuali kepada:

1. Suami
2. Ayah
3. Ayah suami (Ayah mertua)
4. Anak lelaki
5. Anak lelaki kepada suami
6. Adik beradik lelaki
7. Anak lelaki kepada adik beradik lelaki
8. Anak lelaki kepada adik beradik perempuan
9. Sesama muslimat
10. Lelaki yang sudah tua dan tiada keinginan terhadap perempuan
11. Kanak kanak yang belum mengerti aurat perempuan

Senarai diatas, ramai yang sudah tahu bukan? Tatapi biasanya yang menimbulkan masalah bagi kita adalah bila kita nak "apply" akan mula jadi "pening-pening" sedikit. Contohnya: Dengan adik beradik mak atau ayah kita, boleh salam ke tak? Dengan anak abang kita, boleh salam ke tak? Kena pakai tudung ke tak? Jadi, disini disediakan sebuah diagram untuk kita mudah memahaminya: Mudah-mudahan dapat difahami.

Diagram Keluarga
Baik.. Dalam rajah di atas, Syahril dan Syahriza adalah datuk dan nenek kepada Hafizah, Fakhrullah, Shuhada dan Hafiz. Diana, Aisyah dan Asyraf adalah adik beradik (Tulisan bewarna hijau). Ini bermaksud Suhaimi, Farid dan Husna adalah menantu kepada pasangan Syahril dan Syahriza.

Untuk Diana, dia boleh salam dengan Aisyah dengan Asyraf lah, sebab itu adik beradik dia. Tapi dia tak boleh salam dengan Farid sebab itu ipar dia. Begitu juga dengan Aisyah, dia tidak boleh bersalaman dengan Suhaimi.

Kalau Hafizah, dia tak boleh bersalaman dengan Hafiz. Sama juga dengan Shuhada, dia tidak boleh bersalaman dengan Fakhrullah.

Kalau katakan Asyraf kahwin lagi satu, contoh namanya ‘Ain, maka Husna boleh bersalam dengan anak-anak lelaki ‘Ain (madunya). Sebabnya adalah anak Ain adalah anak lelaki suaminya.

Namun begitu,  wanita boleh bersalaman dengan anak lelaki pada adik-beradik (Anak ). Jadi Diana boleh salam dengan Hafiz. Dan Aisyah boleh salam dengan Fakhrullah dan Hafiz.

Sekadar ini untuk perkongsian kali ini. Semoga kita ingat dengan baik kerana perkara ini penting. Kalau tidak, mana mungkin Allah gariskan di dalam Al Qurankan? Kadang-kala sikap tidak ambil kisah kita menjadikan kita mendapat dosa yang boleh kita elakkan. Untuk sebarang kemusykilan dan sebarang maklumat tambahan, bolehlah rujuk kepada Ustaz dan Ustazah yang berdekatan ya!

P/S: Syawal dah hampir ni. Selamat mengamalkan perkongsian ini diucapkan kepada semua muslimin dan muslimat. Tapi jangan hanya diamalkan ketika raya sahaja ya. Assalammualaikum. :-)

Video Khas sempena ramadhan yang bakal menjelang tak lama lagi:




Kredit kepada artikel asal: xserata


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...