Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog PERDIQMA KPMB

Islam Itu Indah

Dengar IKIM.fm Online

Dengar radio IKIM.fm secara online menerusi blog PERDIQMA

Like Facebook PERDIQMA

Sertai facebook PERDIQMA serta dapatkan info dan pengkongsian ilmu di laman fb PERDIQMA

15 Disember 2013

Amalan Sunnah: Qailullah


Ramai individu yang kerap melakukan ‘tidur siang’ atau ‘napping’ tetapi sayangnya disebabkan tidak ada pengetahuan dan keperihatinan, tujuan sebenar perlakuan tersebut semakin diabaikan. Syarikat besar di luar negara seperti Google, PnG telah mengamalkan amalan sunnah ini sebagai "power nap". Menurut kajian, mengamalkan "power nap" ini meningkatkan produktiviti pekerja sebanyak 34 peratus. Ternyata, amalan sunnah Rasulullah ini sangat memberikan kebaikan dan memberi panduan hidup.




Di dalam Islam, tidur sekejap di waktu siang, dinamakan ‘Qailullah’ atau ‘Qoilulah’ iaitu tidur singkat (sebentar) di pertengahan hari yang disertai dengan niat. Tidur ini adalah suatu sunnah dan nikmat dari Allah swt. Sekiranya tidur siang dilakukan tidak mengikut spesifikasi dan sunnah iaitu tidur melampau dan tanpa berniat untuk bangun malam (berqiamullail), maka tidaklah mendapat sebarang pahala pada ‘Qailullah’ tersebut.

Firman Allah s.w.t:

“Dan di antara tanda-tanda KemurahanNya dan Kasih SayangNya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari, dan usahamu mencari sebahagian dari KurniaNya. Sesungguhnya pada hal yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran).”
(Surah Ar-Ruum : Ayat 23)

Nabi Muhammad telah menjadikan amalan Qailullah sejak usia muda sebagai memudahkan Baginda untuk bangun melakukan ibadah di tengah malam  (Qiamullail).
Sabda Rasulullah s.a.w :
“Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan Qailullah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zuhur) boleh memberi kekuatan untuk Qiamullail.”
(Hadis Riwayat Ibnu Abbas).

Waktu Qailullah

Waktu Qailullah (tidur siang) adalah selama beberapa minit sebelum masuk waktu solat Zuhur atau selepas makan tengahari hingga awal Asar iaitu dengan kadar masanya antara 10 hingga 30 minit sahaja . Waktu paling afdhalnya ialah dalam tempoh setengah jam sebelum masuk waktu solat Zuhur. Imam Muslim menyatakan bahawa

“Yang dimaksudkan dengan ‘Qailullah’ adalah tidur di pertengahan hari.”

Manakala al-Hafizh Ibnu Hajar pula berkata,

“Qailullah adalah tidur di tengah siang, iaitu ketika matahari tergelincir ke barat, dan beberapa waktu sebelum atau sesudahnya.” (Fath al-Bari [11/79]).

Niat Qailullah

Setiap kehidupan itu bermula dengan niat. Sebelum melakukan Qailullah, berniatlah agar tidur itu bagi memudahkan terjaga di malam hari dan dapat bangun melakukan solat-solat sunat malam dan berzikir untuk mendekatkan diri kepada Yang Maha Khaliq. Sekiranya tidur tanpa berniat untuk bangun malam, maka tidaklah mendapat sebarang pahala pada Qailullah tersebut.

Cara Niat Qailullah

Niat kena betul dan ia adalah lintasan hati untuk tidur dan bangun beribadah di malam hari nanti seperti contoh berikut:

“Daku tidur sebentar kerana hendak bangun beribadah tengah malam ini, kerana Allah Ta’Ala.”
Atau:~
“Daku tidur sebentar dan mohon terbangun tengah malam ini kerana rasa imanku terhadap-Mu (Allah) dan untuk mendekatkan diri denganMu.”
Qailullah adalah menjadi budaya masyarakat Arab dan kebiasaan orang Islam terdahulu, terutama pada musim panas dan bulan Ramadhan. Para solehin dan ulama terdahulu menjadikan tujuan tidur seketika siang hari sebagai persediaan supaya boleh bangun mendirikan solat Tahajjud pada malam harinya.

1.  Imam Al Ghazali, di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’, menyatakan: “Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zuhur.”
2.  Dalam sebuah riwayat, Imam Abu Hanifah selama 40 tahun tidak pernah tidur malam kerana malamnya dipenuhi dengan solat malam. Beliau tidur hanya sebentar pada siang hari.
3.  Tidur siang merupakan kebiasaan para salaf. Sebagaimana yang dikatakan oleh Sahl bin Sa’ad radhiyalahu’anhu, “Dahulu kami sering tidur siang, sebelum waktu Zuhur dan baru menikmati makan tengah hari selepas solat Jumaat.” (HR. Bukhari).




Syaitan Tidak Tidur

Sebenarnya tidur sebentar di pertengahan siang adalah suatu perkara yang sangat dianjurkan Islam dalam meningkatkan keimanan kerana syaitan tidak pernah tidur disebabkan mereka sibuk melekakan manusia agar keletihan dan liat melakukan ibadah malam.
Sabda Rasulullah s.a.w:

“Lakukanlah Qailullah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan Qailullah.”
(Hadis Riwayat At-Tabrani)

Bermalas-Malasan

Islam menganggapnya tidur tengahari sebagai suatu sunnah dan kebaikan sebagai asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Tidur siang bukanlah sebagai satu yang keji atau tanda kemalasan kerana tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti.

Dalam kitab ‘Mishkatul Masabih’ disebutkan: “Tidur sekejap pada waktu tengah hari (Qailullah) bukanlah perbuatan keji kerana Rasulullah ?  ada melakukannya.”
Banyak keterangan lain yang menganjurkan tidur seketika terutama bagi orang berpuasa. Amalan ini semakin dilupakan dan tidak diambil perhatian, jika pun dibuat, ia tidak mengikut spesifikasi sunnah.

Sebahagian orang terutama ketika berpuasa, mereka menggunakan tidur siang sebagai alasan untuk melayan rasa malas dan letih mereka. Jika memang berniat untuk membolehkan bangun malam untuk beribadat, tentulah ini mengikut sunnah Rasulullah. Tetapi nilai sunnah daripada tidur siang ini akan hilang begitu sahaja jika untuk bermalas-malasan dan malam harinya tidak didirikan Solat Tahajjud, berzikir, solat-solat sunat lain dan atau bertarawih di bulan Ramadhan. Seharusnya setiap orang muslim pandai dan dapat mengimbangi dalam menggunakan waktu tidur siang yang hanya seketika dan bukannya sepanjang hari walaupun sewaktu berpuasa.

Di dalam Al-Quran ada menyebut segolongan manusia yang masuk syurga kerana ibadah malamnya dan kurang tidur malam.
Firman Allah s.w.t:
“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.”
(Surah az-Zariyat; Ayat 15-18 )
.
Firman Allah s.w.t:
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “solat malam” padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”




(Surah al-Israa’ (17); Ayat : 79)

Sabda Rasulullah s.a.w :
“Rabb (Tuhan) kita Tabaraka wa Ta’ala turun pada setiap malam ke langit dunia ketika berbaki sepertiga malam yang akhir. Allah berfirman: “Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya Daku akan mengabulkannya; Sesiapa yang meminta kepada-Ku, nescaya Daku akan memberinya; Sesiapa yang memohon ampun kepada-Ku, nescaya Daku akan mengampuninya.”  

(Hadis Riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1145).

Imam Al Ghazali di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ telah berkata :
“Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk Solat Zuhur.”

Khalifah Umar bin Khattab pernah suatu hari melakukan lawatan rasmi ke Iskandariah, ketika Muawiyah bin Khudaij menjadi gabenor di kota itu. Umar sampai ke kota itu pada waktu siang ketika kebanyakan orang melakukan qailullah. Umar menemui Muawiyah yang tidak tidur sekejap pada siang, lalu berkata: “Saya fikir kamu tidur pada siang ini, kalau kamu tidur siang hari, maka akan melalaikan hak rakyat, kalau kamu tidur malam, kamu melalaikan hak Allah, jadi bagaimana kamu mengatur tidur antara dua hak ini wahai Muawiyah.” Umar seolah-olah mengingatkan bahawa manfaat waktu itu lebih penting daripada sekadar tidur siang.

Hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr dan Abdullah bin Abi Aufa, ada menyebut bahawa: “Tidurnya orang puasa adalah ibadah.”
Pengertian hadis ini harus difahmi bahawa tidur orang puasa adalah terjaganya (terpelihara) diri orang yang puasa daripada setiap perbuatan maksiat dan mungkar, dari situlah wujud makna ibadah itu. Kalau tidur hanya untuk bermalas-malasan dan meninggalkan kewajiban serta melalaikan tugas, tentulah ini sangat bertentangan dengan makna ibadah puasa itu.

Rasulullah s.a.w dan para sahabat pernah menjalani puasa Ramadhan dengan tugas yang cukup berat seperti Perang Badar dan penaklukan Makkah. Ini semua petunjuk bahawa puasa bukan untuk menjadikan kita bermalas-malasan, tetapi pencetus semangat agar memberikan yang terbaik meskipun dengan keterbatasan kecerdasan fizikal sebagai orang berpuasa.

Larangan

 
Jika tidur selepas solat dan makan tengahari, hendaklah berzikir beberapa ketika terlebih dahulu. Jangan terus tidur selepas makan kerana ia akan menyebabkan sembelit dan tidurlah sebelum masuknya waktu Asar. Tidur seketika pada waktu siang umpama mengecas semula bateri kehidupan untuk beramal pada malam hari, tetapi jangan tidur di siang hari terlalu lama, lebih-lebih lagi pada waktu petang iaitu selepas asar, kerana ia bakal mengundang pelbagai penyakit. Jauhkan diri juga daripada amalan tidur dua kali pada siang hari kerana amalan itu perbuatan syaitan. Ia menyebabkan lemah badan dan fikiran, lembap, wajah jadi kusam, keruh, mudah marah dan boleh mengurangkan rezeki.

Manfaatkan waktu itu adalah lebih penting daripada sekadar tidur siang. Khalifah Umar  bin Khattab pernah mengingatkan  “Sekiranya kamu tidur siang hari, maka akan melalaikan hak rakyat; jika kamu tidur malam, kamu melalaikan hak Allah.” Oleh kerana itu haruslah mengimbangi dan menggunakan waktu tidur siang yang hanya seketika (bukan sepanjang hari) walaupun pada musim panas atau bulan Ramadhan. Cubalah amalkan sunnah Qailullah ini dengan istiqamah. Ambillah sebahagian kecil waktu rehat tengahari dengan memilih untuk mencuba dan tidur sebentar sama ada di pejabat, tempat kerja atau di dalam kereta.








12 Disember 2013

Allah Menguji Kerana Manusia Mampu Menghadapinya


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Sedikit coretan pengalaman membantu mangsa banjir di Kuantan pada 7 & 8 Disember 2013.

Ceritanya bermula disini, saat hening pagi pada jam 3, dibasahi sang hujan yang menangis lebat, kami diminta berkumpul di Shell Taman Melati, Gombak. Kemudian kami menyusur ke NSK Selayang untuk membeli barang2 keperluan mangsa banjir menggunakan hasil wang sumbangan.Tepat jam 6 pagi kami mulakan musafir kami ke kuantan.

Jam lebih kurang 11 pagi kami melaporkan diri di pejabat ikram pahang dan bertemu dengan pegawai bertugas disana bernama pak ngah. Disana kami mengosongkan kenderaan dengan mengeluarkan barang2 sumbangan yg dibawa. Kemudian kami diarahkan membantu sebuah rumah mangsa banjir di Kg Sungai Isap.

Al-Kisah di kg sungai isap. Sang mentari berdiri tegak, tetapi dilindungi bayang awan yang gelap. Berderai derai air membasahi bumi. Lebih kurang jam 12 kami mulakan tugasan membersih sebuah rumah. Kerahan tenaga seramai 11 orang (team weekenders), 4 orang (unit amal) dan 3 orang (ikram).

Al-kisah tuan punya rumah.
Jikalau kita hilang sebuah telefon bimbit, kian perit rasanya. Lain cerita tuan punya rumah, mesin basuh, peti ais, set meja makan, sofa, tv, komputer riba, komputer atas meja, telefon bimbit rata-ratanya kesemua peralatan didalam rumah telah ditengelami air. Jika dulu permainan komputer menjadi mainan kini si anak kecil leka bermain mainan yang sudah ditengelami air. Si ibu pula leka membelek belek harta yang mampu diselamatkan dan rata-ratanya 90% tidak mampu diselamatkan. Si anak teruna bertanyakan kemana komputer bimbitnya, melihat komputer yang tiba tiba uzur, hanya anggukan kepala dapat dilihat tanda akur. Si anak gadisnya lincah membuang air keluar, tetapi perasaan hatinya sangat hiba menanggung ujian. Selut dan bauan yang kurang enak bergabung membaluti rumah ini. Tatkala leka mengemas, tuan rumah meminta diri utk menunaikan solat fardhu. Menjadi pengajaran kpd kita, walau banyak mana ujian menimpa, solat fardhu jangan tinggal.

“Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga) kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan,” (ali-Imran: 186)



 




Ini merupakan sebahagian daripada Alumni Perdiqma yang telah menyertai misi kemanusiaan membantu mangsa-mangsa banjir di Kuantan bersama Weekenders club. SubhanaAllah, mereka diuji dengan begitu berat ujian. Melayan perasaan kerana ujian yang sedang melanda hanya menambah beban yang ada dijiwa. Semakin dilayan, semakin hebat kesannya. Semakin derita rasa dijiwa. Rasa sedih akan menjalar disetiap pelusuk jiwanya sehingga dia merasakan dialah yang paling derita dan orang-orang disekelilingnya pasti tidak memahaminya. akhirnya menjadilah dia orang yang berputus asa kerana ketidakmampuan menanggung derita dijiwanya.

Ya Allah, Apa yang diuji oleh-Mu adalah apa yang termampu ditanggung oleh hamba-hamba-Mu.

Sedarlah wahai manusia, Allah tidak akan membebani hamba-hambaNya melainkan apa yang termampu dihadapi oleh mereka. Sebagaimana firmannya yang bermaksud :

Allah tidak memberati ( menguji ) seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya…. 

(Surah al-Baqarah 286)

Malah Rasulullah SAW sendiri turut menyebut di dalam hadisnya yang bermaksud :

Satu ketika Nabi saw ditanya “Siapakah orang yang paling berat ujiannya?”. Maka Baginda menjawab:

“Para Nabi, kemudian orang yang seperti mereka sesudahnya, dan orang semacam mereka berikutnya. Seseorang itu akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Apabila orang itu kuat agamanya maka semakin keras ujiannya. Kalau agamanya lemah maka dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Maka musibah dan ujian itu sentiasa menimpa seorang hamba hingga dia ditinggalkan berjalan di atas muka bumi dalam keadaan bersih dari dosa.” (Riwayat Imam Tirmizi)

Sesungguhnya Allah tidak akan berlaku zalim kepada hamba-Nya. Setiap yang diuji itu adalah sesuai dengan tahap kemampuan hamba-Nya. Cuma sebagai hamba, hendaklah berusaha untuk mengatasinya. Sekiranya seseorang itu tidak berusaha untuk mengahadapinya, sudah pasti mereka tidak mampu berhadapan dengan ujian yang sedang menimpanya. Sudah pasti jiwanya akan semakin lemah dan akhirnya putus asa semakin mendekatinya. Inilah yang paling ditakuti bakal menimpa seseorang manusia itu. Ya, putus asa!

Berusahalah dan yakinlah Allah akan membantumu.

Wahai manusia, yakinlah dengan sepenuhnya bahawa Allah akan membantumu. Berusahalah dan bertawakallah kepadaNya dengan sepenuh jiwa. Pasti pertolongan Allah itu akan datang kepadamu. Tiada pergantungan yang sehebat-hebatnya melainkan meletakkan sepenuh kebergantungan itu kepada Allah semata-mata. Percayalah, makhluk tiada upaya walau sebesar zarah sekalipun untuk membantumu, melainkan Allah jualah yang berkuasa menyelesaikan masalah yang sedang dibebani olehmu itu.

Setiap yang diuji itu semuanya baik-baik belaka.

“Sungguh mengkagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik. Dan hal itu tidak akan diperoleh kecuali oleh seorang mukmin. Apabila dia mendapatkan kesenangan, maka dia bersyukur. Maka hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila dia ditimpa kesusahan maka dia bersabar. Maka itu juga merupakan kebaikan baginya." (Imam Muslim)

Apabila seseorang itu telah mencapai tahap kebergantungan dan keyakinan yang sebenar-benarnya kepada Allah, maka segala ujian yang menimpanya itu akan diterima dengan redha dan kesabaran. Sekiranya datang kesedihan dalam hatinya maka bersegeralah dia beristigfar memohon keampunan kepadaNya dan akhirnya hatinya kembali tenang menerima ujian yang sedang menimpanya. Pada mereka, setiap ujian itu semuanya baik-baik belaka.

Khabar gembira apabila diuji
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Tidaklah ada suatu musibah yang menimpa seorang muslim melainkan Allah akan menghapuskan dosa dengannya walaupun duri yang menusuk badannya.” 

(Imam al-Bukhari dan Muslim)

Allah berfirman yang bermaksud :

“Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (al-Insyirah : 6)




Peserta misi adalah Ahmad Sofyan Hussein merupakan Alumni Perdiqma yang menyertai misi bersama Weekenders Club.

Rujukan: http://myibrah.com/allah-menguji-kerana-manusia-mampu-menghadapinya





8 Disember 2013

Rukhsah Solat dan Adab Ketika Banjir


Dikala ini, rakyat Malaysia terutama di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor menerima musibah banjir. Sehingga kini masih ramai lagi mangsa ditempatkan di pusat-pusat pemindahan sebagai tempat berlindung. Semoga Allah merahmati dan melindungi kalian.

Terkadang dalam menerima musibah banjir ini, ramai yang masih tidak menyedari bahawa ujian yang Allah timpakan ini berbentuk amaran agar kita sentiasa dekat dan patuh akan perintah Allah. Ya, seluruh harta benda habis musnah akibat hanyut diarus banjir, kerugian beribu ringgit dan tiada yang tinggal. Begitu sukar untuk menerima hakikat ketentuan Allah, bahawa harta dunia juga tidak kekal, begitu juga dunia ini. Keluhan, penderitaan, kesempitan yang dialami, kenapa Allah timpakan pada kami. Disini teruji kesabaran seorang hamba kepada Tuhan-Nya. Bukankah Allah telah berfirman:

"Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu, ia adalah kerana apa yang tangan anda usahakan. Dan Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu "[ash-Shura 42:30]




Ya, tangan yang penuh dengan dosa, tangan yang penuh dengan ketamakan dunia, lalu Allah beri peringatan. Allah itu Maha Adil, ditimpakan musibah itu kepada semua agar masing-masing sedar akan khilaf pada Tuhan-Nya. Kita masih bertuah kerana musibah yang berlaku tidak melibatkan ramai nyawa yang terkorban seperti di Filipina baru-baru ini, kerna jika Allah kehendaki, pasti Allah boleh mengadakannya. Teringatkan akan kisah kaum-kaum terdahulu:

"Maka Kami setiap satu (daripada mereka) untuk dosa-dosanya, ada pula yang yang Kami dihantar Haasib (angin ganas dengan pancuran batu) [seperti di orang Luth], dan ada pula yang yang berada alih oleh As-Saihah [azab - menangis besar, (seperti Tsamud atau orang Shu'ayb oleh kaum itu)], dan ada pula yang yang Kami jadikan bumi menelan [seperti Qaaroon], dan ada pula yang Kami tenggelamkan yang [sebagai orang-orang (Semuanya), atau pengikutnya (di laut) dan kaumnya]. Ia bukan Allah yang menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri "[al-'Ankaboot 29:40]




Adab dalam menerima musibah



Apa yang Muslim dan lain-lain yang bertanggungjawab dan yang berfikiran waras perlu lakukan adalah bersabar dan bertaubat kepada Allah, berpegang teguh kepada Agama-Nya dan mengelakkan semua bahawa Dia telah mengharamkan kesyirikan dan dosa, supaya mereka selamat dan diselamatkan dari segala kejahatan di dunia ini dan seterusnya, dan perbanyakkanlah berdoa supaya Allah akan peliharalah mereka dari segala bahaya, dan memberkati mereka dengan semua yang baik. Allah berfirman (yang bermaksud):

"Dan jika penduduk negeri itu beriman dan mempunyai Taqwaa (ketakwaan), sudah tentu, Kami akan membuka kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (Rasul-rasul). Lalu kami mereka (dengan hukuman) bagi apa yang mereka telah usahakan (syirik dan jenayah). "[Al-A'raaf 7:96]







Bagi meringankan beban mereka, hulurkanlah sekadar kemampuan keperluan untuk mangsa-mangsa banjir, jika tidak mampu hulurkanlah tenaga empat kerat untuk membersihkan terutama ditempat awam seperti masjid, sekolah dan lain-lain. 


"Mereka yang belas kasihan akan diberi rahmat oleh Yang Maha Pengasih. Kasihanilah mereka yang berada di bumi, dan Dia yang di langit akan mengasihani kepada kamu. "(Riwayat Abu Daud (13/285), al-Tirmidhi (6/43)).

Jangan dilupakan tentang kewajipan solat fardhu yang wajib kita dirikan meskipun dalam menghadapi musibah banjir. Berikut antara rukhsah solat ketika menghadapi musibah.


Rukhsah solat dalam musim banjir (oleh Ust Dr Zaharuddin)

Ulama mengharuskan jama’ solat Zuhur dan Asar, Maghrib dan Isyak disebabkan oleh keuzuran dan kesukaran tertentu yang munasabah. Ulama mazhab Maliki mengharuskan jama’ bagi mereka yang tidak bermusafir disebabkan hujan, tanah terlalu berlumpur untuk ke masjid (termasuk banjir) dan juga disebabkan sakit. (Al-Muqaddimat wa Mumahhidat, 1/185)

Ulama mazhab Syafie mengharuskan jama’ solat disebabkan hujan yang boleh membasahkan semua pakaian, dan sebahagian ulama Syafie turut mengharuskan atas sebab sakit, tanah dan ketakutan atas keselamatan ( biasanya merujuk kepada perjalanan ke masjid atau pertahanan diri seperti tentera dan lainnya). (Al-Umm, Al-Syafi’e, 1/76 ; Kifayatul Akhyar, 1/337)




Ulama mazhab Hanbali turut mengharuskan disebabkan salji, kesejukan angin kencang dan, wanita yang istihadah dan sepertinya. Mazhab Hanbali adalah yang paling luas keharusan untuk jama’ ini. Mereka berdalil kepada hadis riwayat Muslim yang sohih dari Ibn Abbas

Ertinya: Rasululllah telah menjama’kan solat Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak di Madinah tanpa jelas ketika itu wujud sebarang suasana ketakutan atau hujan. Ditanya kepda Ibn Abbas apakah tujuan baginda ? Maka dijawab : Baginda mahu agar tidak menyukarkan ummatnya.

Kesatuan ulama Fiqh sedunia telah membincangkan hadis ini dan meletakkan syarat kesukaran, keuzuran, sakit dan yang sepertinya bagi sesiapa yang ingin beramal dengan jama’ solat sebagaimana dalam hadis tadi. Tanpa sebarang keuzuran dan suasana yang munasabah, jama’ TIDAK DIBENARKAN.

KESIMPULAN

Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi ( Fatawa Mu’asiroh) mengharuskan jama’ dalam keadaan uzur dan kesukaran, ini terpakai dalam suasana banjir dan keadaan sukar di tempat pemindahan banjir dan rumah masing-masing, BUKAN SAHAJA DI MASJID, ( rujuk al-Umm, 1/76) khususnya dalam keadaan banjir belum surut, hujan pula masih turun, pakaian dan peralatan serba kurang. Air bersih terlalu terhad.

Hukumnya adalah HARUS dan DIBOLEHKAN untuk menjama'kan solat Zohor dan Asar, serta Maghrib dan Isyak, ia meringankan kerana dengan sekali wudhu’ dua solat fardhu dapat diselesaikan, pastinya sukar untuk menjaga wudhu dan sukar untuk berwudhu berulang kali dalam keadaan kekurangan air bersih yang meyakinkan. tetapi jika batal diantara dua solat jama' itu, wudhu tetap WAJIB diambil.

Jika terlalu terdesak dan tiada air mineral atau bersih paip, menggunakan air banjir juga masih dibenarkan namun wajar dielakkan setakat mampu. Lakukan rukun wudhu sahaja basuh muka, tangan, sapu kepala dan basuh kaki. kemudian lap air wudhu dengan air banjir bagi mengelakkan mudarat bakterianya.

Cuma para ulama bersepakat jika solat jama’ tanpa keuzuran sebenar dan menyalahgunakan keringanan ini, solat adalah batal dan tidak sah.

Jika penempatan banjir atau rumah mangsa banjir adalah seperti gambar, iaitu turut dinaiki air dan tiada tempat yang kering sepenuhnya, maka DIHARUSKAN solat sambil duduk atas kerusi, dengan rukuk dan sujud sekadar membengkok badan ke bawah. sujud mestilah lebih ke bawah berbanding rukuk. namun tiada menyentuh air banjir.

Wallahu'alam


Rujukan: https://www.facebook.com/pages/Ustaz-Dr-Zaharuddin-Abd-Rahman/264020270304330


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...