Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog PERDIQMA KPMB

Islam Itu Indah

Dengar IKIM.fm Online

Dengar radio IKIM.fm secara online menerusi blog PERDIQMA

Like Facebook PERDIQMA

Sertai facebook PERDIQMA serta dapatkan info dan pengkongsian ilmu di laman fb PERDIQMA

27 Disember 2010

Teka-teki Islam Siri 7

Assalaamu'alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh,


Rasa-rasanya dah lama slot teka-teki Islam tak di Post ke Blog PERDIQMA. Maklumlah, kadang-kala bila dah banyak sangat soalan tak ada idea dah nak cari. Walaubagaimanapun,  kami telah berjaya mendapatkan soalan teka-teki Islam yang agak mencabar minda berkenaan sejarah Nabi kita. Mari kita mencuba.!!! :-)

"Semoga pengetahuan kita semakin bertambah dan digunakan untuk berdakwah di jalan Allah Subhanahu wa Ta'ala."

Berikut merupakan soalannya:
*********************************************************
Untuk melihat siri teka-teki Islam siri lain sila klik "sini"
*********************************************************
1. Siapa nama ibu asuhan Nabi Musa A.S:

a. Asiah
b. Sumayyah
c. Zainab
d. Mariam

2.
Siapa nama isteri pertama dari Nabi Muhammad S.A.W?

a.
Fatima ra
b. Zainab
c. Khadijah
d. Aishah

3. Siapakah pemimpin wanita di syurga?

a.
Zainab
b. Fatima ra
c. Ummu Khalsum
d. Khadijah

4.
Siapa nama wanita syahid pertama?

a.
Sumayyah
b. Fatimah
c. Hindun
d. Zainab

5. Siapakah antara berikut yang dilahirkan di dalam Kaabah?

a.
NabiMuhammad saw
b. Fatima
c. Ibrahim a.s
d. Ali

6.  Siapa ayah dari Nabi Isa A.S?

a. Ibrahim (a.s)
b.Adam (a.s)
c. Baginda tidak memiliki ayah
d. Daud
(a.s)


7. Apakah itu Usul-ud-din?

a. 5 rukun Islam
b. pengikut pertama Rasulullah
c.surat pertama dalam Al Qur'an
d. nama lain Malaikat Jibril


8. Apakah namanya hari raya qurban dalam bahasa Arab

a. Aidil Fitri
b. Taslim
c. Iqamah
d. Aidil Adha

 
9. Siapakah Kristian pertama yang menganut agama Islam?

a. Warakah ibn Nauful
b. Salman Al Farisi
c. Abu Bakar
d. Amar ibnu Yasir
 
10. Yang mana antara berikut merupakan "nombor telefon" kepada Allah SWT?

a. 9-6-5-2-2-9
b. 1-3-5-7-9
c. 2-4-4-3-4
d. 2-4-6-8-10
 
11.Al Qur'an memiliki 114 Surat, mana yang terpanjang

a. Al Fatihah
b. Al-Baqarah
c. Al-Imran
d. Yasin


 12.Kira-kira ada berapakah jumlah nabi yang pernah diturunkan secara keseluruhannya?

a. 5
b. 200
c. 124 000
d. 10 000
 
13.
Negara manakah yang memiliki penduduk Islam yang terbanyak?

a. Indonesia
b. Iran
c. Arab Saudi

d.
Jordan

14
Pada lima shalat wajib, pada dua rakaat yang pertama dibaca masing-masing 2 surah. Surah pertama sudah ditentukan, yang kedua dapat kita cari sendiri. Manakah surah yang wajib dibaca?

a. Al-Ikhlas
b. Al-Falaq
c. Umul Kitab
d. Al-Kauthar


15. Siapakah nabi yang membangunkan Ka'bah bersama anaknya? 

a. Nabi Ya'kub dan anaknya Yusuf
b. Nabi Nuh as dan anaknya Kan'aan
c. Nabi Ibrahim as dan anaknya Ismail
d. Muhammad saw dan anaknya Ibrahim


Untuk melihat siri teka-teki Islam siri lain sila klik "sini"


24 Disember 2010

The New World Order : Siapakah Di Sebalik Konspirasi Jahat Itu?


بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Sejak 2008 (Fenomena Arrivals), ramai pihak telah mula menyedari akan kewujudan "New World Order". Namun begitu, sehingga kini sebenarnya lebih ramai lagi yang belum lagi mengetahui perkara asas mengenai "New World Order" ini.  

Malah kini kelihatan perkara ini semakin kurang kedengaran. Oleh itu, artikel ini diedit dan diterbitkan semula  bertujuan untuk memberi pengenalan kepada mereka yang berminat dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai rancangan jahat musuh-musuh Islam.

(Artikel ini adalah antara artikel terpanjang dan mengandungi beberapa video penting dari siri Arrivals bagi menjelaskan dengan terperinci agar mudah memahami asas-asas New World Order dan gerakan freemason sedunia.)

Tonton dengan teliti video ini:


"New World Order"
Apakah yang terlintas di fikiran anda apabila melihat dan membaca frasa tersebut? ‘Pemerintahan dunia baru'. Apakah ianya sekadar ‘peralihan kuasa' daripada tampuk pemerintahan lama kepada yang baru?

Dunia Milik Golongan Elit

Berdasarkan rujukan[1], ‘new world order' adalah satu pemerintahan yang diorganisasikan oleh sebuah ‘kuasa' yang besar dan kuat. Pemerintahan ini melibatkan hubungan pertalian kekeluargaan, dimana kebanyakan mereka terdiri daripada orang-orang terkaya di dunia, pemimpin-pemimpin politik, dan tidak terkecuali Black Nobility of Europe. Black Nobility of Europe ini didominasi oleh pemerintahan monarki[2][3]. Tidak dinafikan jika dilihat kembali, kebanyakan mereka ini terdiri daripada golongan elit. Golongan elit ini juga lebih dikenali sebagai "Illuminati". Apabila disebutkan ‘pertalian kekeluargaan', ini menunjukkan bahawa golongan ini telah lama wujud, iaitu sejak zaman nenek moyang kita dahulu lagi. Jadi, ini bermakna ‘new world order' ini bukanlah sesuatu yang baru, tetapi satu misi yang sudah lama di jalankan, dan ianya berlarutan sehingga kini. Ianya hanya akan ‘tamat', apabila agenda mereka tercapai.

The Jason Society, Iluminati & Nuklear

Objektif golongan ini adalah untuk menguasai setiap orang yang berada di atas muka bumi ini secara menyeluruh (total)[4]. Mereka juga bermatlamat untuk mengurangkan populasi pendudukan manusia di bumi supaya setiap pergerakan dan perlakuan seseorang individu itu mudah untuk dikawal[5]. Pada tahun 1957, satu symposium telah diadakan dalam usaha mereka membincangkan perkara-perkara yang perlu dilakukan supaya objektif dan matlamat mereka ini dapat membuahkan hasil. Melalui symposium ini, satu kumpulan intelektual telah dibentuk, yang bertujuan untuk menganalisa perbincangan yang telah dibuat. Kumpulan ini dikenali sebagai The JASON Society, dimana pada dasarnya kumpulan ini terdiri daripada kelompok rahsia Illuminati ini. Daripada 3 usul yang dibangkitkan, 2 daripadanya telah diterima. Satu lagi usul tidak diterima kerana ianya melibatkan penggunaan senjata nuklear.

Maka, apa yang dapat disimpulkan? Jika golongan ini adalah golongan yang mahu membawa perubahan yang positif kepada masyarakat dunia, kenapa perlunya ada penggunaan senjata nuklear? Kenapa perlunya mengurangkan populasi dunia semata-mata untuk mengawal seorang individu? Kita perlu juga mengetahui, bahawa matlamat mereka untuk mengawal pergerakan individu tidak mustahil, dengan izin Allah SWT dan penggunaan satelit.

Satelit komunikasi adalah proses dimana isyarat radio dipindahkan kepada satelit yang berada di luar bumi. Kemudian, isyarat tersebut akan di hantar ke stesen yang berada di atas muka bumi, ataupun ke satelit yang lain untuk pemindahan isyarat yang seterusnya. Komunikasi ini tidak melibatkan wayar, menara mahupun alatan yang lain, kerana yang perlu adalah alat untuk menghantar (transmitter) dan menerima (receiver)[6].

Bandar Bawah Tanah dan Star Wars

Sekarang beralih pula kepada 2 usul lain yang telah diluluskan oleh The JASON Society. Berpegangkan kepada matlamat mereka untuk menguasai masyarakat dunia, usul mereka yang lain ialah membina satu rangkaian bandar bawah tanah yang besar. Bandar ini berfungsi sebagai perlindungan kepada golongan elit Illuminati, ahli politik dan tentera yang terpilih. Menurut sumber[7], sehingga bulan Mei 2001, terdapat 133 buah bandar bawah tanah yang sudah di bina Utara Amerika.

Tahukah anda mengapa mereka memilih untuk mendiami bahagian bawah tanah? Hal ini adalah untuk memastikan keselamatan diri mereka, tatkala mereka berusaha untuk ‘mengurangkan' populasi dunia, dengan cara menyebarkan sebanyak mungkin penyakit dan wabak kepada manusia. Wabak-wabak ini di kenali sebagai ‘penyakit biokejuruteraan' (bioengineered diseases) yang akan di bawa oleh ‘bioengineered pathogens'[8]. Apakah maksudnya? Maksudnya, penyakit-penyakit ini memang telah dicipta dan direka pathogen. (Pathogen ialah organisma mikrokospik yang boleh menyebabkan penyakit. ‘Mikrokospik' membawa maksud sangat kecil, yang hanya boleh dilihat melalui mikroskop.)

Terdapat juga sebahagian pathogen yang memang dikhususkan untuk menghapuskan beberapa etnik yang wujud di muka bumi ini. Antara etnik sasaran mereka ialah orang kulit gelap (blacks), Hispanics (mereka yang berbangsa Spain atau negara yang menjadikan Spanish sebagai bahasa perantara), orang kulit gelap Africa (black Africans), penduduk asal Amerika (native Americans) dan golongan homoseksual[9].

Usul mereka yang lain ialah operasi ini perlu dilaksanakan di Bulan dan planet yang terdekat dengan bumi, iaitu Marikh. Hal ini mempunyai tujuan yang sama, iaitu apabila mereka berusaha untuk mengurangkan pendudukan penduduk di Bumi, mereka akan mendapatkan perlindungan di dua tempat tersebut. Terasa seperti cerita sains fiksyen pula, kan? Adakah anda rasa cerita-cerita sains fiksyen seperti Star Wars dan lain-lain disajikan secara sahaja kepada anda? Kita mungkin merasa ianya tidak logik, kerana kita kurang membuat kajian seperti apa yang mereka sudah lakukan. Kita menerima cerita-cerita tersebut sebagai sebuah khayalan dan imaginasi serta hiburan. Sedarkah kita bahawa sebenarnya dalam usaha mereka menyajikan kita dengan kisah-kisah sains fiksyen ini, mereka juga berusaha untuk menjadikan imaginasi mereka ini sebagai satu kenyataan. Hal ini memang tidak mustahil apabila kita melihat kemajuan teknologi mereka yang lebih kehadapan.

Iluminati, Pemujaan Syaitan & Zaman Mesir Purba

Kini beralih pula kepada "Illuminati". Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan illuminati? Berdasarkan rujukan Compact Oxford Dictionary & Thesaurus Second Edition, ‘illuminate' membawa makna menerangi sesuatu[10], manakala ‘illumination' bermaksud cahaya[11]. Maka, apa kesimpulan yang boleh anda buat daripada maksud-maksud perkataan yang telah diberikan? Sebelum kita meloncat kepada satu kesimpulan yang jitu, adalah baiknya jika kita melihat maksud yang tersirat kepada setiap patah perkataan yang telah diberikan.

Illuminati ini merujuk kepada sebuah organisasi yang pernah wujud di sekitar tahun 1776, dan mereka juga sebenarnya ialah secret society (pertubuhan rahsia)[12]. Secret society ini mempunyai satu upacara rahsia dalam kalangan ahlinya. Upacara ini termasuklah daripada upacara yang biasa, kepada upacara mistik. Ketahui juga bahawa upacara ini sering melibatkan pemujaan syaitan ataupun lebih dikenali sebagai ‘luciferian belief'[13]. Illuminati yang wujud pada masa kini ialah organisasi yang berselindung di sebalik sesebuah pentadbiran, dan dalam masa yang sama cuba mengawal pentadbiran tersebut demi merealisasikan ‘pemerintahan dunia baru' mereka.[14]

Mereka juga mengamalkan ritual pemujaan[15] yang sangat hebat, dimana perkara ini berlaku di Utara California. Disana terdapat Bohemian Grove yang berukuran 45 kaki. Bohemian Grove ini hanyalah batu yang berukir ‘burung hantu' yang menjadi tempat untuk mereka memuja. Upacara tahunan ini dilakukan oleh mereka, dan di dakwa bahawa setiap Presiden Amerika Syarikat juga perlu menyertainya. Upacara pemujaan ini dasarnya mengikut cara pemujaan pada zaman Mesir Purba dahulu kala. Pada zaman tersebut, mereka menyembah Tuhan Api Molech. Molech ini adalah batu burung hantu yang besar, dimana di bahagian ‘perut'nya di tarah untuk membakar kanak-kanak sebagai korban. Perkara ini adalah penting bagi ‘luciferian thinkers', sama seperti hari ini. Mereka perlu untuk menimbulkan perasaan takut ke dalam diri masyarakat, jika mereka mahu dipatuhi. Perasaan takut ini adalah hasil daripada ‘hypnosis'. ‘Hypnosis' adalah satu praktis yang menyebabkan seseorang itu berada dalam keadaan yang mudah untuk di kawal dan akan bertindak mengikut arahan.

Pemujaan seperti ini sering kita dengar, bukan? Seringkali terjadi pada zaman Mesir Purba, dimana kebanyakkan masyarakat tidak menyembah Tuhan. Mereka percaya kepada kuasa-kuasa sihir (magic) dan pemujaan supaya mereka dapat menguasai sesebuah kerajaan. Cuba kita lihat kembali surah Al-Baqarah, ayat 101 dan 102.

"Dan setelah datang kepada mereka seorang Rasul (Muhammad) dari Allah yang membenarkan apa yang ada pada mereka, sebahagian dari orang-orang yang diberi Kitab (Taurat) melemparkan Kitab Allah itu ke belakang (punggung), seakan-akan mereka tidak tahu."

"Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir, mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat Harut dan Marut di negeri Babilonia (Babilon kini sebahagian dari Iraq). Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan, "Sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu), sebab itu janganlah kafir." Maka mereka mempelajari dari keduanya apa yang (dapat) memisahkan antara (suami) dan isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat.  Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dengan sihir, sekiranya mereka tahu."

Nabi Sulaiman Dituduh Ahli Sihir

Berdasarkan tafsir Ibn Kathir[16] mengenai ayat ini, Allah menegaskan bahawa Nabi Sulaiman itu bukan kafir tetapi syaitan itu lah yang kafir. Seperti yang kita tahu, Nabi Sulaiman AS mempunyai kelebihan yang di berikan oleh Allah SWT untuk bertutur dengan semua hidupan, termasuklah manusia dan haiwan. Sebelum itu, syaitan telah naik ke syurga dan mencuri dengar perbualan di antara para malaikat tentang apa yang akan berlaku di atas muka bumi termasuklah tentang perkara ghaib dan kematian. Kemudian syaitan menyampaikan tentang apa yang di dengari ini kepada tukang tilik. Tukang tilik ini mempercayai kata-kata syaitan tersebut, dan syaitan pun mula untuk menokok tambah tentang apa yang telah di dengari. Syaitan telah menambahkan 70 perkataan yang salah kepada setiap perkataan yang betul. Jadi, tukang tilik ini mula menulis dan menyimpan di dalam buku-buku tentang apa yang diberitahu oleh syaitan tadi. Apabila Nabi Sulaiman AS dilantik oleh Allah SWT sebagai Rasul-Nya, beliau telah mengumpul kesemua buku-buku sihir ini dan menyimpannya ke dalam sebuah kotak dan di tanam di bawah singgahsananya. Mana-mana syaitan yang berani untuk mendekati kotak itu, akan terbakar. Setelah kewafatan Nabi Sulaiman AS, bertukarlah beberapa generasi. Kemudian, syaitan menjelmakan diri nya kepada manusia dan bertanya kepada sekumpulan kanak-kanak dari bani Israel sama ada mereka mahu atau tidak sesuatu yang tidak akan habis digunapakai oleh mereka. Kemudian kanak-kanak itu bersetuju dan syaitan menyuruh kanak-kanak itu menggali. Akhirnya terjumpalah buku-buku sihir tersebut dan syaitan berkata, "Sulaiman mengawal manusia, syaitan dan haiwan dengan menggunakan sihir ini." Daripada sini lah tersebarnya berita bahawa Nabi Sulaiman AS sebagai ahli sihir. Padahal kesemua kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT kepada Nabi Sulaiman AS adalah sebagai kelebihan untuk membuktikan beliau ialah salah seorang utusan Allah SWT kepada kaumnya. Maka, dari sinilah pengamalan ilmu-ilmu sihir dan pemujaan syaitan berlaku.

Secara kesimpulan yang awal, kita dapat melihat bahawa ‘pemerintahan dunia baru' ini, melibatkan sebuah organisasi elit yang berharta serta terlibat dengan upacara pemujaan selain daripada Tuhan, di samping berkuasa mengawal pentadbiran yang ada sekarang. Mungkin juga tidak keterlaluan jika dikatakan, bahawa pemerintah yang ada pada kala ini hanya sebagai ‘kerajaan boneka'.

Mind Control Melalui Media - Aladdin

Sama ada kita sedar atau tidak, golongan elit ini, sedang cuba untuk mengawal dan menguasai pemikiran masyarakat (mind control). Hal ini adalah kerana, apabila manusia berada di dalam keadaan ‘hypnosis', mereka pasti akan menuruti sahaja apa yang di'hidang' kan kepada mereka. Apabila golongan elit ini dapat mengawal manusia, maka, perjalanan rancangan mereka akan bertambah lancar. Mereka bukan sahaja mengawal pemikiran masyarakat setempat (tempat di mana mereka bertapak), bahkan, mereka menguasai dan mengawal pemikiran masyarakat dunia. Bagaimana? Salah satu cara yang mereka gunakan ialah dengan menguasai dan memonopoli media. Kepentingan media sebagai alat perhubungan pada abad ini memang tidak dapat dinafikan lagi. Mana mungkin sesuatu berita dapat disampaikan dengan mudah dan cepat jika tidak menggunakan medium ini.


Pada masa ini, kebanyakan syarikat yang menguasai media di peringkat dunia, terdiri daripada mereka yang berbangsa Yahudi[17]. AOL Time Warner, Walt Disney Company dan Universal Studio adalah antara syarikat-syarikat gergasi yang berjaya menarik ramai pengguna media. Melalui cara ini mereka dapat berinteraksi dengan kanak-kanak, golongan remaja mahupun dewasa, serta golongan veteran. Satu demi satu agenda yang dapat merosakkan akhlak dan akidah manusia, mereka pampangkan menerusi media ini. Benar, medium seperti internet, televisyen dan sebagainya, adalah penting dalam usaha kita menambah ilmu dan mengetahui berita-berita yang terkini. Media ini tidak salah, cuma apabila kita, sebagai pengguna, salah menggunakan kemudahan ini ke arah yang boleh meruntuhkan akhlak, ianya adalah satu isyarat yang merbahaya.

Mereka sajikan penonton dan pengguna media dengan muzik yang melalaikan, hiburan yang melampaui batas dan tidak ketinggalan drama-drama yang mencerminkan keruntuhan moral dan akhlak masyarakat. Apabila anak-anak kecil menonton, mereka merasakan apa yang mereka lihat itu adalah sebagai betul dan tidak salah, kerana dari kecil, mereka disuapkan dengan tontonan yang sebegini, tanpa ditapis. Contohnya, drama-drama yang tidak menjaga batasan pergaulan antara para pelakon, persembahan artis-artis yang tidak ubah seperti melalak, program yang konon mengasah bakat anak-anak muda remaja yang akhirnya akan membawa mereka ke dalam industri nyanyian. Kemudian daripada sini, kebanyakan anak remaja ini akan di bawa ke dalam dunia peragaan (modeling). Adakah ini modal kepada lahirnya generasi yang cemerlang dari aspek agama, sahsiah dan peribadi? Sama sekali tidak!

Selain itu, mereka turut meracuni pemikiran anak-anak dengan memasukkan unsur-unsur ‘ketidakwujudan Tuhan' melalui kartun dan animasi. Contoh animasi kanak-kanak yang popular ialah Aladdin. Pendapatan yang di dapati oleh Walt Disney Pictures melalui animasi ini ialah $504,050,219, iaitu 18 kali ganda daripada kos pembikinannya.[18]

Melalui animasi ini, watak ‘Genie' telah diperkenalkan. ‘Genie' ialah satu watak yang telah menyajikan segala kemudahan kepada Aladdin. Apabila Aladdin memerlukan bantuan dan pertolongan, maka ‘Genie' akan dipanggil. Selain itu, terdapat satu bahagian di dalam animasi ini, dimana, Jafar (watak antagonis) dengan bangganya mengatakan bahawa dirinya ialah yang paling berkuasa di dunia ini. Namun, Aladdin menolak pernyataan itu dengan mengatakan bahawa ‘Genie' lebih berkuasa[19]. Bukankah selaku mereka yang mempunyai kepercayaan kepada Tuhan, kita perlu meletakkan kebergantungan hidup 100 peratus kepada Tuhan? Kita tidak perlu dan tidak sepatutnya meminta daripada suatu kuasa yang lain, yang akhirnya menyebabkan kita menyekutukan Allah Yang Maha Esa. Na'uzubillahiminzalik. Penyajian hiburan yang sebegini sebanyak sedikit membawa impak kepada diri kanak-kanak. Masakan tidak, kerana pada peringkat umur ini, otak kanak-kanak sangat aktif untuk menerima sebarang fakta. Jadi, apabila kanak-kanak menonton animasi ini, tidak mustahil bahawa segelintir daripada mereka akan merasakan bahawa Genie adalah yang paling berkuasa, dan mampu memberikan segala-galanya kepada mereka. Apabila otak kanak-kanak ini berjaya diracuni, secara tidak langsung, matlamat golongan Illuminati ini akan tercapai. Kita acap kali mendengar, "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Jadi, lihatlah, golongan ini sedang cuba ‘melentur buluh' kita dengan menguasai ‘rebung' kita!

Golongan ini juga sedaya upaya menghidangkan masyarakat dengan hiburan-hiburan yang melalaikan, supaya hasilnya nanti ialah manusia yang terumbang-ambing tanpa arah tujuan hidup yang sebenar. Mereka berusaha untuk mengusir pemikiran yang berlandaskan agama dan mempercayai Tuhan daripada pemikiran manusia. Apabila komuniti sebegini berjaya dibentuk, maka perjalanan kerja mereka akan menjadi semakin licin. Hal ini adalah kerana, individu yang tidak berpegang kepada apa-apa dalam kehidupan, adalah individu yang mudah untuk dijatuhkan[20] dan akhirnya dikuasai. Mereka akan menguasai pemikiran dan juga perbuatan individu tersebut. Mengapa tidak? Bukankah sebagai seorang makhluk ciptaan-Nya, kita telah diterangkan tujuan hidup kita yang sebenar?

Surah Az-Zariyat, ayat 56,

"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku".

Jadi, apabila individu itu tidak mempunyai pegangan, maka tidak mustahil individu tersebut tidak tahu tujuan penciptaannya di muka bumi ini. Langsung, individu ini akan mudah terjerumus ke dalam kancah penipuan golongan ini.

Mereka Mengkaji dan Mendalami Al-Quran

Perlu juga untuk kita ketahui bahawa golongan ini dalam sebahagian aspek, mereka lebih mengetahui tentang apa yang diterangkan oleh Al-Quran, lebih daripada kita, umat Islam ini sendiri. Kita perlu sentiasa ingat bahawa golongan ini adalah golongan yang mewarisi keturunan nenek moyang mereka.  Nenek moyang mereka bukannya tidak mengetahui tentang kebenaran Al-Quran, tetapi, sudah Allah tetapkan bahawa mereka ini tergolong dalam golongan yang degil dan berkeras hati untuk menerima ajaran Islam.

Apabila mereka sudah mengetahui apa yang diterangkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran, maka, tidak mustahil mereka berjaya mengatasi dan melumpuhkan kita; hanya dan hanya jika kita lupa untuk mengkaji dan mendalami Al-Quran. Mereka ini sangat bersedia dalam menunggu ketibaan Al-Masih Ad-Dajjal, iaitu makhluk yang mengaku sebagai ‘penyelamat sebenar' (false Messiah). Disebabkan itu, mereka berusaha untuk membentuk komuniti yang besar agar kelak, apabila munculnya Dajal, mereka dapat menyajikan Dajal ini dengan ramai pengikut.

Jadi, apakah peranan kita? Adakah kita hanya perlu mendiamkan diri tanpa mengambil pusing tentang apa yang telah berlaku di sekeliling kita? Ini bukanlah masanya untuk menjadi seorang yang ignorance. Perlukah kita untuk duduk bergoyang kaki pada waktu ini, tatkala orang-orang bukan Islam, sudah lebih mendahului kita dalam penguasaan Al-Quran? Kita sibuk mengatakan bahawa jati diri bangsa kita hilang apabila PPSMI dilaksanakan, tetapi dimana kita letakkan jati diri kita sebagai seorang Islam, apabila orang yang bukan Islam lebih mendahului kita dalam pemahaman Al-Quran?

Golongan Illuminati ini adalah golongan yang tidak pernah berputus asa dalam menyajikan ‘kemewahan dunia' kepada masyarakat. ‘Kemewahan dunia' yang akhirnya menyebabkan segelintir manusia lalai dan alpa. ‘Kemewahan dunia' yang akhirnya menjadikan segelintir manusia tidak kenal Penciptanya! Na'uzubuillahi minzalik. Semuanya ini akan berlaku apabila segelintir manusia meragui kewujudan Tuhan, sebagai Pencipta Alam. Tujuan golongan ini untuk melahirkan golongan yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan menjadi kenyataan apabila sehingga waktu ini, terdapat 2.3 peratus populasi dunia mengisytiharkan diri mereka sebagai atheist[21] (golongan yang menolak kewujudan Tuhan). Apabila disebutkan atheist, maknanya, golongan ini bukan sahaja mahu menghapuskan Islam, tetapi juga semua agama. Mereka mahu masyarakat hidup dalam keadaan tanpa mempercayai kewujudan Tuhan.

Atheist & Teori Evolusi

Kelompok atheist ini telah lama wujud, iaitu sejak golongan Illuminati ini menjalankan misi mereka bermula pada zaman nenek moyang mereka dahulu. Kelahiran kelompok atheist ini akhirnya membawa kepada wujudnya "Theory of Evolution" yang dipopularkan oleh Charles Darwin. Teori yang sehingga kini masih diguna pakai di peringkat universiti, dalam ataupun luar negara, menunjukkan betapa besarnya pengaruh yang telah dibuat oleh golongan Illuminati ini. Berdasarkan rujukan buku ‘Biology Seventh Edition, Thomson Learning, Inc.', pada helaian 334, ahli kaji tumbuhan dan haiwan yang berasal dari Perancis, ialah orang pertama yang telah membangkitkan teori ini. Jean Baptiste de Lamarck, ialah saintis pertama yang mengemukakan bahawa organisma mengalami perubahan mengikut masa disebabkan oleh faktor persekitaran, berbanding penciptaan Tuhan. Walaubagaimanapun mekanisma evolusi yang dikemukan oleh Lamarck ini semakin ditinggalkan di sekitar awal abad ke-20, di atas penemuan baru yang dibuat oleh Mendel.

Para pelajar disuapkan dengan teori evolusi ini, dimana jika dilihat, ianya amat bertentangan dengan ajaran Al-Quran, malah bertentanga dengan kepercayaan Agama Kristian sekalipun!. Secara umumnya, teori ini mengatakan bahawa, kejadian manusia dan hidupan yang kompleks pada hari ini asalnya bermula daripada kejadian nenek moyang yang sangat ringkas (mikroorganisma kepada organisma).[22] Secara terang-terangan, kita yang beragama Islam telah ditipu oleh mereka. Hal ini adalah kerana, jika kita merujuk kepada Al-Quran, Allah SWT sendiri telah menerangkan kejadian manusia yang bermula daripada air mani, kemudian sesuatu yang melekat, diikuti dengan segumpal daging. Daripada segumpal daging tersebut, Allah jadikan pula tulang belulang yang dibaluti dengan daging[23]. Maka sempurnalah penciptaan makhluk itu apabila ditiupkan Allah SWT roh ke dalamnya. Subhanallah, Maha Suci Allah yang telah menciptakan sesuatu!

Janji Iblis & Freedom of Choice

Memang sudah terpatri dalam Al-Quran, bahawa iblis akan sentiasa menyesatkan anak-anak Adam. Bermula daripada peristiwa iblis enggan sujud sebagai tanda penghormatan kepada nabi Adam a.s., iblis terus dikutuk oleh Allah SWT dan dari saat itu, sang iblis meminta keizinan Allah SWT, untuk menyesatkan manusia di dunia ini. Allah SWT memperkenankan permintaan iblis tersebut sehinggalah sampai hari manusia dibangkitkan. Namun, perlu di ingat, di dalam surah Al-Hijr, ayat 40, iblis menyambung lagi dengan, "...kecuali hamba-hamba-Mu yang terpilih di antara mereka."[24] Kita manusia memang bersifat lemah dan terkadang lalai dan lupa. Tapi, ia tidak bermakna kita tidak boleh berusaha untuk menggapai redha-Nya.

Kita sudah melihat realiti kehidupan pada masa ini. Maka, kita perlu untuk membebaskan pemikiran kita daripada belenggu-belenggu yang dicipta oleh manusia ini. Segala pilihan terletak di tangan kita. Kita perlu sedar, bahawa Allah SWT telah memberikan kita kebebasan untuk memilih (freedom of choice). Dia berikan kita akal untuk berfikir. Dia berikan kita panduan (Al-Quran) supaya kita turuti, mana mungkin Dia yang bersifat Maha Pemurah dan Penyayang, akan meninggalkan hamba-hamba-Nya terkontang-kanting tanpa petunjuk di muka bumi. Jadi, pilihan semuanya terletak di bahu kita. Lihatlah alam yang terbentang luas, lihatlah burung-burung yang terbang bebas di langit tinggi, semuanya memerlukan Pencipta Yang Maha Hebat. Bebaskan minda kita daripada terus di racuni, di belenggu oleh mereka yang tidak mendambakan syurga-Nya.


Artikel Asal: Nur Syamimi Mohamad Napis, iluvislam.com
Klik baca lagi untuk melihat rujukan


18 Disember 2010

Program Khidmat Sosial di Kemboja


HEBAT dan menginsafkan. Itulah dua perkataan yang paling sesuai untuk mencerminkan keseluruhan pengalaman yang telah penulis dan teman-teman timba daripada program khidmat sosial yang telah dijalankan di Kemboja pada bulan Jun yang lalu.

Kami bersyukur kerana berpeluang ‘hidup’ bersama-sama masyarakat Islam di beberapa buah kampung yang berbeza dan merasai kepayahan hidup mereka yang dhaif dan serba-serbi kekurangan.
Selain penulis, Nusaybah Mohd Asri, 21, misi ini melibatkan enam orang peserta lain yakni Najiyyah Mohd Asri, 26, Mohd Naqib Derani, 24, Muhammad Amirul Azreen Mohd Azmi, 21, Siti Madihah Shaharizan, 21, Najmy Naim Zaki, 20, dan Musfirah Mohd Asri, 19.  

Kami adalah sukarela yang dinaungi oleh Global Peace Mission Malaysia (GPM), salah sebuah agensi di bawah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) yang ditubuhkan khusus  demi menjalankan misi kemanusiaan.
Kami diiringi oleh Pak Cik Rahim dan Mak Cik Zaharah, individu yang telah berulang-alik ke Kemboja selama dua tahun untuk membina pam air di kampung-kampung komuniti Islam. Sumbangan untuk membina pam air ini dihulurkan oleh dermawan dari Malaysia. 

Kembara kami mengambil masa selama 10 hari di Kemboja dan dua hari di Thailand. Di Kemboja, kami telah menziarahi Chor Keng, Kratie, Tralach Korm dan Tebeng Bung Keib.

Chor Keng dan di Kratie adalah dua buah kampung terpenting sepanjang perjalanan kami kerana di sinilah kami melihat dengan mata kepala kami sendiri situasi anak-anak muda Islam di bumi Kemboja. Daripada dua madrasah inilah lahirnya semangat yang kuat untuk kami terus datang ke negara ini dan memberikan khidmat sedaya yang kami boleh.

Madrasah di Chor Keng boleh dikatakan sangat kekurangan dalam segala aspek. Tiga daripada empat kelas menumpang ruang di dalam sebuah masjid yang terbengkalai. Manakala sebuah lagi kelas lain dibina tidak jauh daripada masjid tersebut.

Sayu dan sebak jiwa kami apabila mengenangkan betapa besar perbezaannya keadaan madrasah di sini dengan sekolah rendah agama yang terdapat di Malaysia. Contohnya, di sekolah rendah agama penulis dahulu, ruangnya selesa serta ada kemudahan elektrik seperti kipas dan lampu. Tetapi tidak di madrasah ini, tiada kemudahan elektrik seperti kipas atau lampu. Makanya, anak-anak ini belajar dalam kepanasan memandangkan cuaca di Kemboja kebiasaannya terik dan kering.

Namun begitu, biar apa jua keadaannya, tiada alasan bagi generasi muda Islam di Chor Keng untuk terus menuntut ilmu, sungguhpun mereka dihimpit kemiskinan dan kedaifan.

Di sini, kami bergotong-royong membersihkan kawasan masjid tersebut yang dikotori oleh sampah-sarap. Sebenarnya, sampah-sarap yang berserakan di kawasan masjid ini adalah kesan daripada sikap pelajar masrasah itu yang tidak begitu mengerti erti kebersihan. Rata-rata sampah adalah pembalut ais krim, gula-gula, lidi sate, dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, apa yang membuatkan kami berbangga dengan sikap pelajar-pelajar ini adalah mereka tidak menjadikan kekotoran dan keadaan yang tidak berkecukupan sebagai alasan untuk menghalang mereka mencari ilmu. Takbir, Allahuakbar!

Lagi perkara yang membuatkan kami gembira dan berbangga adalah apabila mereka turut turun padang dan mengutip sampah bersama-sama kami dan menjadikan kerja lebih mudah dan siap dengan segera.
Kami berdoa agar kesan daripada aktiviti ini, akan terserapnya kesedaran dalam diri pelajar-pelajar ini supaya tidak membuang sampah merata-rata dan mereka akan terus menjaga kebersihan kawasan masjid tersebut, amin.

Siap bergotong-royong, kami terus melaksanakan kuiz berunsur akademik di semua kelas. Antara soalan yang ditanya termasuklah matematik, bahasa Melayu dan geografi. Pelajar yang berjaya menjawab soalan mendapat barangan alat tulis yang dibawa dari Malaysia. Ustaz di sini secara rasminya menjadi penterjemah antara kami dengan pelajar. Kami tercuit melihat gelagat pelajar yang berlumba-lumba ingin menjawab soalan. Nyata, mereka sukakan cabaran dan tidak jemu menuntut ilmu.

Di kelas peringkat menengah, kami diminta untuk memperkenalkan diri dan memberikan ucapan kepada semua pelajar. Seperti biasa, seorang ustaz menjadi pengantara untuk kami berkomunikasi dengan pelajar peringkat menengah ini.

Sebagai membalas ucapan kami, seorang wakil pelajar perempuan berkata (setelah diterjemah), “Tiada ucapan yang boleh saya katakan melainkan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang sudi melawat kami di madrasah ini. Saya berharap anda semua akan datang lagi dan melakukan lebih banyak aktiviti bersama-sama kami.”

Penulis, bersama-sama tiga peserta program ini yakni Najiyyah, Madihah dan Musfirah mengalirkan air mata mendengarkan bait-bait katanya yang sangat menyentuh perasaan kami. Ucapannya yang begitu syahdu membuatkan kami berazam untuk menziarahi lagi tempat ini pada masa depan dengan izin-Nya.
Jujurnya, apabila menyaksikan sendiri keadaan persekolahan yang boleh diklasifikasikan dalam kategori terkebelakang ini, penulis merasakan betapa besarnya tanggungjawab kami untuk membangunkan saudara seislam kami sendiri. Sebagai anak Malaysia yang hidup di dalam negara yang lebih bernasib baik, terdetik di hati penulis untuk melakukan sesuatu supaya anak-anak Islam di Kemboja berpeluang mendapat pendidikan yang lebih daripada apa yang mereka perolehi sekarang.

Seterusnya, sesi ‘memecahkan ais’ menjadi lebih meriah apabila kami bertujuh diminta menyanyikan lagu nasyid di hadapan kelas. Dalam masa yang singkat, kami membuat keputusan menyanyikan lagu nasyid ‘Sepohon Kayu dan ‘Puji-pujian’. Persembahan kami dibalas dengan nasyid ‘Wahai Ibuku Wahai Ayahku’ oleh pelajar-pelajar perempuan kelas itu.

Masa sememangnya mencemburui kami. Hal ini kerana, usai sahaja sesi berinteraksi dengan pelajar menengah itu, kami terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada mereka kerana rencana seterusnya, kami akan menuju ke destinasi ketiga kami di Kemboja iaitu Kratie.

Di Madrasah Al-Hidayah Al-Islamiyah, Kratie, kami disambut secara besar-besaran oleh guru-guru dan pelajarnya. Alhamdulillah, syukur kepada-Nya kerana kami yang bukanlah sesiapa ini telah mendapat layanan yang sangat baik daripada warga sekolah ini. Semoga ALLAH S.W.T. mengurniakan rezeki yang mencurah-curah kepada mereka, amin.

Daripada pemerhatian kami, Madrasah Al-Hidayah Al-Islamiyah di Kratie lebih bersistematik daripada madrasah di Chor Keng. Buktinya, 95% pelajarnya mengenakan pakaian seragam yang berwarna hijau. Bangunannya juga lebih baik berbanding dengan madrasah di Chor Keng yang hanya menumpang ruang di sebuah masjid yang terbengkalai. Kami juga dimaklumkan terdapat seorang guru bahasa Inggeris, menunjukkan madrasah ini berkembang dengan baik.

Di sini, kami laksanakan juga kuiz berunsurkan akademik tetapi soalannya kini lebih bertemakan sirah Rasulullah S.A.W.. Pelajar di sini nampaknya tidak banyak beza dengan pelajar yang kami jumpa sebelum ini; sukakan cabaran dan tidak jemu menuntut ilmu.

Satu perkara yang membuatkan kami berasa sayu adalah situasi di dalam kelas yang amat padat. Kelas peringkat rendahnya memuatkan hampir 70 orang di dalamnya, menjadikan kelas tersebut padat dan murid-murid terpaksa duduk berhimpit-himpit untuk belajar.

Kendatipun sempit dan sesak, itu juga bukan alasan untuk mereka berhenti menuntut ilmu. Syabas saya ucapkan kepada generasi pewaris negara Kemboja ini. 

Kami berusaha sedaya-upaya untuk melakukan aktiviti di kesemua enam kelas biarpun kami kesuntukan masa. Sepanjang aktiviti berlangsung, kami bergilir-gilir menulis soalan di papan hitam dan dengan bantuan Ustaz Alwi, iaitu guru besar madrasah tersebut, komunikasi antara pelajar dengan kami menjadi lebih mudah.
Terlalu singkat masa yang kami habiskan bersama-sama anak bertuah ini. Tetapi kami yakin bahawa bukan di sini pengakhirannya. Perjuangan kami masih belum selesai. Dengan izin-Nya, akan kami bertandang lagi ke madrasah-madrasah untuk mengadakan aktiviti yang lebih fokus seperti mengajar subjek bahasa Inggeris kepada pelajarnya dengan cara yang mudah dan menarik.

Kami akan lakukan sedaya-upaya kami untuk menyambung misi kemanusiaan di sana. Semoga niat kami dipermudahkan ALLAH S.W.T. agar rancangan kami akan menjadi lancar, amin.

Aktiviti menarik lain yang telah kami lakukan sepanjang perjalanan kami di Kemboja termasuklah bermandi-manda di sungai yang ke-10 terpanjang dan terbesar di dunia, Sungai Mekong di Kratie. Selain itu, kami juga berpeluang menyusuri Tasik Ton Le Sap di Tralach Korm.

Penulis sangat merindui ketenangan dan kedamaian suasana awal pagi dan tengah malam di Tralach Korm. Jutaan bintang bertaburan di langit malam kampung ini dapat dilihat jelas dengan mata kasar kerana kurangnya bekalan elektrik di sini. Indahnya, harmoninya kampung ini tidak dapat dirasai walau di kampung penulis di Senggarang atau Alor Setar.

Terlalu banyak yang kami lalui sepanjang 10 hari kembara kami di Kemboja. Segala pengalaman baru yang kami kaut di negara ini masih segar diingatan penulis sehinggalah hari ini. Jika ditanya, “Macam mana pergi Kemboja?”, penulis tidak dapat mengungkapkan dengan kata-kata betapa bermaknanya perjalanan ini dalam hidup penulis.

Benar, Kemboja menggamitku pulang. Penulis akan terus berusaha dan berdoa agar ALLAH S.W.T. membuka jalan agar penulis dan kawan-kawan dapat menyambung lagi perjuangan yang masih belum tamat ini. Takbir, Allahuakbar!




-TAMAT-

Artikel dikirim oleh: Musfirah Mohd Asri. 
Penulis asal: Nusaybah Mohd Asri

Gambar:  Harakahdaily.net. Klik sini


16 Disember 2010

Air Mata Palestin


Sejak kebelakangan ini, isu Palestin kelihatan seakan-akan telah hilang dari hati umat Islam khususnya di negara kita. Semangat dan laungan untuk Palestin hanya sayup-sayup kedengaran. Program mengenang saudara-saudara di Palestin semakin jauh dari penglihatan. Forum semakin tak terpandang, Konsert, perhimpunan apa segala program sepi tak berkumandang lagi.  

Seolah perjuangan untuk Palestin ini bermusim. Seolah Zionis telahpun berhenti membunuhan dan menjajah. Seolah pemerkosaan zionis telah kalian ampunkan. Juga seolah-olah streotaip "hangat-hangat tahi ayam " bangsa Melayu dan orang Islam tepat mengenai batang tubuh kita. Oh, kalaulah kita terus begini apa kita nak jawab di depan Allah dihari kebangkitan kelak bila kanak-kanak ini menuntut hak mereka pada kita?


Dan kalaulah kesedaran "orang-orang kita" dapat diberikan sejak kecil seperti yang dimiliki kanak-kanak ini:


Masya Allah!!!

Moga Allah menjadi saksi bahawa perjuangan kita tidak akan pernah berhenti demi mempertahankan bumi Palestin dan saudara kita di sana. Allah Akbar!!!

Sungguh, perjuangan ini hanya kerana Mu Ya Allah!!!

"Bandingan golongan mukminin di dalam kasih-sayang, simpati dan tolong menolong antara satu sama lain seperti satu jasad. Sekiranya satu anggota mengadu kesakitan, maka seluruh anggota akan berjaga malam dan demam panas" 

Riwayat al-Bukhari dan Muslim

Lalu tunaikanlah tanggungjawab mu sebagai seorang mukminin dengan penuh istiqamah saudaraku...


Dari meja editor PERDIQMA KPMB


Dalil kewajipan mempertahankan bumi Palestin & kedudukan Palestin di dalam Islam: Klik sini


 


14 Disember 2010

Gamis: Kesal Dengan 4 Dalam 1


Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia ( GAMIS ) kesal dengan kenaikan harga barangan asas pengguna yang menjadi permintaan harian rakyat iaitu petrol, gas, diesel dan gula.

NONEMenurut, presiden GAMIS, Ahmad Syazwan Muhammad Hasan kenaikan ini akan menimbulkan reaksi yang kontradik kepada keputusan kerajaan tersebut.

Alasan yang digunakan ialah perlu pelarasan fiskal dalam perbelanjaan negara khususnya dalam mengurangkan perbelanjaan. Persoalannya, kenapa subsidi syarikat kroni dalam IPP berjumlah RM19billion tidak dipotong? 

“Kenapa mahu bina menara 100 tingkat yang kosnya mencacah RM 5billion yang akhirnya rakyat tak dapat keuntungan darinya. Kenapa kos permulaan penubuhan PEMANDU di bawah JPM berjumlah RM66juta yang hanya diperolehi oleh orang-orang tertentu sahaja?” soalnya dalam satu kenyataan.

NONEMenurut Gamis, sepatutnya pengurangan fiskal mesti dibuat dalam pentadbiran kerajaan, bukannya dengan menarik hak rakyat marhaen. 

Katanya, mahasiswa merasakan alasan untuk mengurangkan subsisdi bagi bahan keperluan asas rakyat ini sangat tidak masuk akal.

“Dimana slogan rakyat didahulukan yang dilaungkan sebelum daripada ini sekiranya perkara keperluan asas rakyat juga boleh diperdagangkan.

Katanya, soal yang lebih besar bila harga petrol dan diesel naik akan menyebabkan harga barangan lain akan naik secara lansungnya.

Nota: Pada 10 Disember yang lalu, Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia ( GAMIS ) telah berkumpul di Putrajaya bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri berkenaan kenaikan 4 dalam 1 yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini. Memorandum tersebut telah diserahkan kepada wakil  JPM, Datuk Abdul Moin Omar di pintu masuk JPM.

Dalam usaha itu yang disertai kira-kira 100 peserta, tiga mahasiswa ditahan polis selepas berjaya menyerahkan memorandum bantahan kenaikan harga barang kepada wakil Perdana Menteri, Encik Moin. Walaubagaimanapun, ketiga-tiga mereka telah dibebaskan jam 6.15 petang ini dengan jaminan mulut sehingga 23 Disember sekiranya ada perbicaraan.

Mereka yang ditahan selama hampir 4 jam itu ialah setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Ridzuan Othman, Pengerusi Majlis Politik Nasional (GAMIS), Ahmad Shukri Abdul Razak, serta pelajar Universiti Malaya, Mohd Shahruldeen Ahmad Rosli.

Sumber artikel: http://mygamis.blogspot.com


12 Disember 2010

Fenomena azan


Sekadar pengisian buat rakan-rakan yang sedang bercuti semester.Video ini telahpun dimuat naik di Youtube beberapa tahun yang lalu.  Moga-moga kebesaran laungan azan memberikan pengertian buat kita dan semoga tidak kita abaikan seruan dariNya begitu sahaja. Saksikan...




7 Disember 2010

PERDIQMA KPMB Mengucapkan Salam Maal Hijrah

azlan  
PERDIQMAKPMB mengucap selamat menyambut Maal Hijrah 1432 kepada semua muslimin dan muslimat. Maal Hijrah atau Hari Awal Muharram merupakan satu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan  peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam, iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 masihi. Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam. Semoga tahun baru ini menambahkan amalan kita serta menjadi tahun penambahbaikan buat kita.

Dari meja editor. PERDIQMAKPMB


5 Disember 2010

Sirah Rasulullah S.A.W : Merintis laluan cinta


Nufaisah tidak mahu beria-ia sangat.Nanti Nampak seolah-olah dia pula yang lebih. Biarlah bersahaja asalkan tercapai maksud dan tujuan. Dia Cuma perlu mendapatkan pandangan dari pemuda bernama Muhammad tentang soal perkahwinan. Itulah tugasan yang diamanahkan oleh Khadijah kepadanya yang perlu disempurnakan. 

“ Untuk waktu ini aku belum memikirkannya lagi. Lagipun belum ada kemampuan. Biarlah berkerja dulu” jawab Muhammad S.A.W jujur tika Nufaisah mengajukan soalan. “Bagaimana kalau semuanya disediakan?” Nufaisah cuba menduga. 

“Maksudnya…? Muhammad meneka. “Tuan hanya perlu bersetuju sahaja dan tuan akan dijodohkan dengan seorang wanita mulia dan sekufu dengan tuan” Balas Nufaisah mengharap. 

“Siapa?” Terserlah juga rasa terkejut Muhammad dengan kenyataan Nufaisah itu. Nufaisah tersenyum. Berasa rancangannya menjadi. Atau setidak-tidaknya pulang nanti bukan membawa hampa. Nufaisah hampir berasa lega dengan soalan Rasullullah itu. “Khadijah binti Khuwailid” Jawab Nufaisah, sekali lagi menguit rasa terkejut sang pemuda yang begitu setia mendengar. 

Muhammad berasa dirinya terlalu hina jika dibandingkan dengan sang wanita yang dimaksudkan Nufaisah. Nama itu begitu gah di kalangan wanita hartawan Mekah dan sangat dihormati. Namun Muhammad menarik nafas lalu menjawab dengan tenang “Tak mungkin terjadi macam tu..nantilah dulu”…

“Semuanya boleh diatur, asal tuan bersetuju saja”..Balas Nufaisah pula. Juga turut mengerti apa berlegar di fikiran mulia itu yang merupakan pilihan hati sahabat baiknya. “Tuan tidak rugi apa-apa jika setuju.Malah akan beroleh kemuliaan yang besar” Nufaifah menambah lagi..”Tapi aku tidak punya apa-apa. Biarlah dulu”...Muhammad merendah diri. Hidupnya yang menumpang kasih dengan bapa saudara terlalu jauh nisbah bandingan dengan Khadijah, ia umpama dua darjat yang sukar disatukan. 

Setelah Rasulullah menimbang-nimbangkan hal itu maka baginda menjawab “Kalau begitu, baiklah aku setuju”…Bagai tidak terungkap kegembiraan Nusaifah. 

Begitulah antara cebisan kisah bermulanya kisah cinta Rasulullah S.A.W yang wajar kita teladani dan jadikan panduan. Rasulullah yang begitu lembut jiwanya. Begitu rendah dirinya. Tidak seperti kita hari ini. Menerima kehadiran cinta dengan hati penuh bangga dan gelojak rasa. Tidak bersyukur dengan anugerah yang Allah berikan.  Juga sering melanggar batas susila tika bercinta. Percayalah perlanggaran syariat itulah punca hilangnya berkat hidup kita kini. Sekadar renungan ringkas. Wallahua’lam..


24 November 2010

Kenangan Sepanjang Program Hari Raya Aidil Adha @ KPMB


Pada 17 November 2010 yang  lalu, Pihak PERDIQMA , MPP, Kamsis dan seluruh warga KPMB telah bekerjasama untuk mengadakan program Sambutan Hari Raya Aidil Adha di KPMB. Untuk makluman, ini adalah kali pertama KPMB mengadakan sambutan Hari Raya Aidil Adha di Kolej berikutan cuti Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini jatuh pada minggu peperiksaan.


Program yang diadakan ini berlangsung cukup meriah walaupun pelajar yang meraikan sambutan raya tidak dapat pulang ke kampung halaman masing-masing. Program pada hari tersebut  dimulakan dengan bertakbir pada jam 7.30 pagi - 8.30 pagi dengan suasana yang cukup syahdu dan penuh perasaan. Kemudian para jemaah menunaikan solat Sunat Aidil Adha berjemaah ji Surau An-Nur dan seterusnya mendengar Khutbah Khas Aidil Adha yang bertajuk "Bagaimana Seharusnya Kita Berkorban" oleh Tinbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar; Ustaz Md Zan Bin Yausof. Antara kupasan dari khutbah tersebut ialah pengorbanan yang begitu hebat sanggup dilakukan oleh Nabi  Ibrahim yang sanggup mengorbankan Nabi Ismail demi mentaati perintah Allah SWT serta mengaitkan dengan pengorbanan yang seharusnya dilakukan oleh para pelajar dalam perjuangan mengejar cita-cita

Setelah tamat memberikan khutbah, program diteruskan dengan perutusan khas daripada ayahanda Dr Yatim Bin Nawai selaku Pengarah Kolej Profesional MARA Beranang. Ucapan ayahanda pada hari tersebut begitu menyentuh perasaan apabila bercerita tentang pengorbanan yang dilakukan oleh semua pelajar pada hari tersebut yang sanggup berjauhan dengan keluarga demi mengejar cia-cita walaupun pada sambutan Hari Raya dimana kebiasaannya keluarga berkumpul bersama-sama. Setelah tamat memberikan ucapan, majlis diteruskan dengan Jamuan Hari Raya yang diadakan secara buffet di dalam Surau An-Nur.

Kemeriahan majlis diteruskan dengan acara menyembelih seekor Kambing Biri-biri. Kambing yang mendapat nama timangan "Boboi" ini telah selamat disembelih oleh Ustaz Md Zan pada kira-kira jam 11.00 Pagi. Kemudian pada pelajar bekerjasama untuk melapah dan memotong daging untuk peram dan di bakar pada sebelah petang. 

Seusai solat fardu Asar di Surau An-Nur, para pelajar mula membakar daging kambing  diperkarangan Surau An-Nur.Majlis pada hari itu berakhir selepas Solat Fardu Maghrib dengan kenangan yang amat indah terutamanya kepada para pelajar yang bakal menamatkan pengajian pada semester ini. Sambutan Hari Raya Aidil Adha kali ini juga begitu menggamit kenangan buat kami semua warga Kolej Profesional MARA Beranang yang meraikannya di KPMB dengan kenangan yang pasti tidak akan dapat dilupakan.

Wajah-wajah ceria sepanjang program

" Boboi "yang pasti kan dirindui



15 November 2010

Program Aidil Adha @ KPMB


Buat pertama kalinya semenjak KPMB ditubuhkan, kita akan mengadakan Solat Sunat Aidil Adha di Surau An Nur KPMB. Solat Sunat Aidil Adha akan di imamkan oleh Ustaz Md Zan Bin Yausof. Solat Sunat akan bermula jam 8.00 Pagi. Selepas solat Sunat Aidil Adha, jamuan hari raya akan diadakan di Surau An-Nur. Setelah jamuan, semua hadirin dijemput untuk bersama-sama membantu melapah seekor kambing yang akan dikorbankan pada hari tersebut. Semua warga KPMB yang tidak dapat pulang ke kampung dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.

Tarikh: 17 November 2010
Lokasi: Surau An-Nur KPMB & Perkarangan Surau An-Nur
Waktu: 7.30 pagi - 10.00 malam

Tentatif Program:

7.30 Pagi: Takbir Raya
8.00 Pagi: Solat Sunat Aidil Adha & Khutbah Raya
9.00 Pagi: Jamuan Raya
10.00 Pagi: Sembelihan Kambing
10.30 Pagi: Gotong-royong melapah kambing
8.30 Malam: BBQ kambing bakar


14 November 2010

Perkongsian buat kaum hawa


Bukanlah bererti anda harus meninggalkan facebook atau menutup akaun anda. Bukan juga hanya untuk muslimah, tetapi muslimin juga. Semoga kita semua lebih menjaga dan berhati-hati dalam setiap tindakan kita. Renungi sejenak video ini:





Imam dan 20 sen




Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.


12 November 2010

Syaitan Itu Kreatif


Pernah satu ketika saya diminta belajar daripada syaitan oleh seorang yang ulama yang dihormati. Saya terkejut. Benarkah ini?

“Belajar tentang kreativiti dan inovasi syaitan menyesatkan manusia,” jelasnya.

Saya tersenyum. Ada kebenarannya. Syaitan begitu kreatif mencipta dan mempromosi kejahatan. Ada-ada sahaja cara dan jalannya. Tidak pernah kaku, jarang yang beku. Sentiasa ligat dan cepat. Sentiasa ada pembaharuan. Malangnya, acapkali orang yang memperjuangkan kebenaran…tidak se’dinamik’ dia. Tumpul kreativiti dan beku inovasi. Asyik-asyik yang semacam itu juga.


11 November 2010

7 petua bersahabat



1. SALING PERCAYA

Ini penting bagi memudahkan persahabatan.Jangan begitu percaya pada gosip yang diperkatakan oleh rakan-rakan yang lain. perlu selidiki kebenarannya dan tak perlu terburu-buru. Menjalin persahabatan yang kekal memang sukar.Apa yang penting ialah saling mempercayai kepada rakan masing-masing. Itulah kunci utama bagi mengekalkan persahabatan.Tanpanya, percayalah amat sukar untuk menemui seorang sahabat yang benar-benar karib.

2. SALING MEMAHAMI

Saling memahami bermaksud faham apa yang ada pada sahabat, dan memahami apa yang dikehendaki dan yang dibenci. Persahabatan adalah perlakuan yang mengerti akan kekurangan atau kelebihan yang ada pada sahabat. Ingat,jangan sampai berat sebelah kerana ia akan terasa bahawa dirinya seperti bukan sebahagian daripada persahabatan itu

3. SALING MEMBANTU

Kalau sudah bersahabat,pastilah saling membantu. Bukan setakat yang termampu dan tidak perlu sampai mengorbankan diri sendiri, tetapi jangan pura-pura tidak tahu masalah sahabat kerana mahu mengelak dari membantu.Tunjukkan bahawa kamu selalu bersedia membantu sahabat yang dalam kesusahan,kecuali dia memang tidak mahu pertolongan.

4. JUJUR DAN TERBUKA

Sebagai seorang sahabat harus bersikap jujur dan terbuka kepada pasangan anda.Tidak perlu menyembunyikan perasaan dalam diri sekiranya ada perlakuan yang tidak kena pada rakan.Yang penting tegurlah secara berbahasa walaupun terbukti salah pada pihaknya. Melalui teguran & nasihat persahabatan ini menjadi lebih murni.

5. SALING BERTOLAK ANSUR

Sekiranya ada masalah kecil tetapi menjadi satu pertelingkahan yang besar salah seorang perlu bertolak ansur demi menjaga kepentingan persahabatan.Tetapi sekiranya tetap berlaku bermakna persahabatan itu masih perlu sempurna dan perlu diperbaiki. Salah seorang daripada sahabat itu perlu pula menjadi orang tengah sebagai hakim yg boleh menyelesaikan masalah yg wujud.

6. SALING MENEPATI JANJI

Janji amat perlu ditepati kerana ia mempengaruhi persahabatan. Sekiranya terpaksa melewatkan janji dia perlu diberitahu seawal mungkin bagi mengelakkan penantian. Jangan lupa meminta maaf di atas di atas kegagalan menepati janji sekurang-kurangnya ia akan menyejuk hati walaupun sedikit terkilan.

7. SALING MENGHARGAI

Mentang-mentanglah dia sahabt sendiri, maka selalu saja mengkritik sahabat dan menyinggung perasaaan. Kebiasaan ini perlu dihindari kerana lama kelamaan akan mengurangkan rasa hormat sahabat pada kita. Hargai bentuk pendapat sahabat kita walaupun terdapat kesilapan tetapi selepas itu akan mudah untuk menegurnya kerana masing-masing faham tentang sikap masing-masing.

Moga-moga kita dapat besahabat & berhadapan dengan teman-teman kita dalam keadaan yang lebih baik. Amin


10 November 2010

10 Amalan Yang Terbalik


Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-



5 November 2010

Buatmu warga pendidik KPMB


Titipan khas buat mu warga pendidik KPMB:



GURU OH GURU
.
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


Nukilan SN Dato Usman Awang

Dipetik daripada buku antologi puisi Guru oh Guru yang
diselenggarakan oleh Zam Ismail terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP), Kuala Lumpur, 1989


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...