Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog PERDIQMA KPMB

Islam Itu Indah

Dengar IKIM.fm Online

Dengar radio IKIM.fm secara online menerusi blog PERDIQMA

Like Facebook PERDIQMA

Sertai facebook PERDIQMA serta dapatkan info dan pengkongsian ilmu di laman fb PERDIQMA

29 Jun 2014

Ahlan Wasahlan Ramadhan Kareem !


Salam 1 Ramadhan 1435H.
Alhamdulillah Allahuakbar Subhanallah.

Tiap kali memasuki Ramadhan kita merasakan “naluri beragama” (gharizatu at-tadayyun) kita meningkat, terasa kuat, seiring gambaran suasana Islami yang akan mengitari kita selama sebulan penuh.Setiap Muslim sangat menantikan datangnya Ramadhan, meski hampir selalu saja terjadi kontroversi atau perbezaan pendapat soal kepastian awal Ramadhan.
Dipastikan, melihat suasana Ramadhan sebelumnya, suasana Islami akan terjadi di sekitar kita. Masjid-masjid dipenuhi jamaah terawih, pengajian, dan acara-acara keislaman lainnya. Sungguh, keislaman kaum Muslim terasa dan terlihat pada bulan Ramadhan.
Kewajiban kita sebagai kaum Muslim sebenarnya cuma satu selama Ramadhan, yakni berpuasa –menahan diri dari makan, minum, dan berhubungan badan suami-isteri— sejak imsak atau jelang terbit fajar (masuk waktu solat Subuh) hingga terbenam matahari (masuk waktu solat Magrib).
Namun, mengingatkan bahawa Ramadhan merupakan bulan penuh berkat dan keampunan Allah SWT, pahala ibadah dilipatgandakan, dan Allah SWT menjanjikan “siapa berpuasa penuh keimanan dan keikhlasan akan diampuni dosanya yang telah lalu dan menemukan dirinya kembali suci pada akhir Ramadhan”, maka kita merasa tidak cukup, merasa tidak puas, dengan hanya “sekadar” berpuasa pada bulan Ramadhan itu. Kita ingin melakukan ibadah ekstra, seperti ibadah “khas” Ramadhan lainnya yang sifatnya sunah –tarawih—plus tadarus atau membaca Al-Quran, belajar atau mendalami Islam, mengikuti ceramah tarawih, ceramah Subuh, bersedekah, dan sebagainya.

Pada sepuluh malam terakhir Ramadhan, yaitu malam tanggal-tanggal ganjil (21, 23, 25, 27, 29), kita “memburu” untuk bertemu satu malam “khoirun min alfi syahrin”, lebih baik dari seribu bulan, yakni Lailatul Qodar (Malam Penentuan). Ibadah pada malam itu bernilai seribu bulan ibadah! Subhanallah. Rasulullah s.a.w pun mengajar dan memberi teladan i’tikaf, berdiam diri di masjid untuk khusyu’ beribadah kepada Allah, demi menemukan Lailatul Qadar.

“Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadan” (HR. Bukhari).

RAMADHAN sememang bulan istimewa. Ramadhan juga bulan kemenangan umat Islam. Sejarah Islam menunjukkan, majoriti kemenangan umat Islam dalam sejumlah peperangan dan medan dakwah, terjadi pada bulan Ramadhan –mulai dari Perang Badar hingga Perang Oktober Arab-Israel 1973. Faktor utamanya, kerana Allah SWT “turun tangan” menolong kaum Muslimin untuk mengatasi berbagai rintangan dakwah dan jihad, disebabkan kedekatan kaum Muslimin dengan-Nya selama Ramadhan.
Keistimewan bulan Ramadhan, antaranya ialah:
Bulan Diturunkan Al-Quran. “Bulan Ramadhan, bulan diturunkannya al-Quran sebagai petunjuk bagi sekalian manusia dan membawa keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbedaan antara yang benar dengan yang salah” (QS. Al-Baqarah: 185).
Pintu Syurga Terbuka Luas. “Apabila datang bulan Ramadan, pintu-pintu syurga akan dibuka” (HR. Bukhari).
Pintu Rahmat Terbuka Luas. “Apabila tiba bulan Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu rahmat” (HR. Muslim).
Pintu Langit Terbuka Luas. Amal ibadah, utamanya puasa, langsung sampai kepada Allah SWT. “Bila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka” (HR. Bukhari).
Pintu-Pintu Neraka Tertutup Rapat. “Apabila masuk bulan Ramadan, pintu-pintu langit dibuka dan pintu-pintu neraka jahanam ditutup” (HR. Bukhari).
Syaitan dan Jin Dirantai. “Bila tiba malam pertama bulan Ramadan, setan-setan dibelenggu juga jin yang derhaka” (HR. Tirmizi). Maka, jika ada manusia yang tetap saja melakukan maksiat atau kejahatan pada bulan Ramadhan, semata-mata karena akhlak atau perangainya yang busuk dan menjadi budak nafsu.

SATU hal yang tidak boleh dilupakan, iaitu soal pembatal puasa. Secara fiqih, puasa batal kerana makan, minum, berhubungan badan, muncul niat berbuka, dan muntah yang disengaja. Namun, puasa juga boleh batal pahalanya jika kita tidak menahan diri dari perbuatan buruk, seperti menyakiti orang, berkata dusta, keji, dan cabul, dan sebagainya.

“Puasa bukanlah sekadar menahan dari makan dan minum” (HR Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, dan Al-Hakim).

Ibnu Qoyyim Al-Jauziyyah menerangkan: “Seorang yang berpuasa adalah orang yang anggota badanya berpuasa dari perbuatan-perbuatan dosa, lisannya berpuasa dari kata dusta, kata keji, dan ucapan palsu, perutnya berpuasa dari makanan dan minuman, kemaluannya berpuasa dari bersetubuh. Bila dia berbicara, tidak berbicara dengan sesuatu yang mencacat puasanya, bila berbuat, tidak berbuat dengan suatu perbuatan yang merusak puasanya, sehingga seluruh ucapannya keluar dalam keadaan baik dan manfaat. “.
“Janganlah kamu saling mancaci (bertengkar mulut) sementara kamu sedang berpuasa. Maka bila seseorang mencacimu katakana saja: ‘Sesungguhnya saya sedang berpuasa’, dan kalau kamu sedang berdiri maka duduklah.” (HR. Ibnu Khuzaimah, Nasa’i, Imam Ahmad).
Wallahu a’lam.
Renung-renungkan dan selamat beramal !
#OwsemnyaRamadhan

sumber : jalanakhirat.wordpress.com


23 Jun 2014

PROJEK AMAL UNTUK RAMADHAN (P.A.U.R.@T.A.R)


Assalamualaikum w.b.t :)

Hai sahabat-sahabat semua apa khabar ? Semoga sentiasa dibawah lindungan Ilahi. Wah nampaknya keputusan peperiksaan telahpun keluar, jadi macam mana dengan result sahabat semua?. Alhamdulillah, walau apa pun yang kita peroleh itu adalah yang terbaik dari Allah s.w.t. Syabas diucapkan, daripada kami,  PERDIQMA KPMB kepada semua pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir Sesi Jan-Jun 2014. Bagi yang kurang bernasib baik juga tahniah diucapkan atas usaha anda. Usaha sungguh-sungguh lagi ye untuk semester depan. Jangan pernah berputus asa, Allah kan Maha Pemurah, Allahuakbar. 


Sahabat-sahabat sekalian, 
Bulan Ramadhan bakal tiba 6 hari lagi ! Berdebarnyaaaa, Masya-Allah. Tak sabar rasanya nak berpuasa dan bersolat terawih. Bulan mulia ini cuma sekali sahaja dalam setahun, haa apa ya lagi rebutlah pahala ! Antara amalan yang baik untuk dilakukan ialah bersedekah. JOM MENDERMA ! Besar ganjarannya ~




Macam mana nak derma ek ?? Haa senang je sahabat2.

PERTAMA
Kami memerlukan RM 1k untuk mengedarkan "kit iftar" (1000 pax) yang mengandungi makanan-makanan sunnah seperti kurma, air, dan kismis.

KEDUA
Bagaimana nak derma ???????? Bagi merealisasikan kejayaan program mulia ni, Kami memerlukan tajaan RM10.00 untuk (10 pax) yang bersamaan dengan (1000 pax) RM1000.00

Nak derma pada siapa sebenarnya ? 1000 pax yang dapat dihasilkan bakal diberikan kepada warga kota yang tidak sempat berbuka di rumah.

KETIGA 
Berikan tajaan anda menerusi akaun Maybank atas nama Syarifah Nurliyana. No akaun boleh rujuk pada rajah di atas . Seterusnya SMSkan nama anda, jumlah tajaan dan waktu bank-in ke talian 013-3970561.

CONTOH: KAMARUL BIN ZAHARI. RM10. 1030 AM.

KEEMPAT
Projek Amal Untuk Ramadhan ni akan berlangsung pada 12.07.2014 (4.30 p.m - 7.30 p.m.). bertempat di Masjid Jamek, KL. Untuk makluman lanjut, sila hubungi saudara Nordin Haikal (P.A.U.R Project Manager) di talian 0193469366.

*Bagi yang berminat untuk menjadi sukarelawan ketika P.A.U.R berlangsung, anda perlu sentiasa update di page facebook: PERDIQMA yaa ! Selamat Menjengah Ramadhan ! 



“Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut.”

(Hadis Riwayat Imam Tirmizi).


SELAMAT BERPUASA ! 
Majulah Islam untuk Negara.



2 Jun 2014

ZIKRULLAH DALAM KEHIDUPAN KITA



Assalamualaikum semua ,

Bagaimana dengan kesihatan sahabat-sahabat yang saya kasihi sekalian?
Memandangkan cuaca kurang baik sekarang ini, sama-samalah kita menjaga kesihatan agar mudah menjalani kewajipan sebagai umat islam.

Sebelum itu adakah iman kita sihat? Mari tepuk dada tanya diri kita sejauh mana amalan kita.
Apa yang hendak dikongsikan disini ialah tentang  Zikrullah. Apakah itu Zikrullah? Kadang-kadang ramai yang tidak tahu apakah itu Zikrullah. Zikrullah ialah memuji nama dan kebesaran ALLAH SWT atau dikenali sebagai zikir.


Mengapa penting zikir dalam kehidupan kita??

Antara kebaikan-kebaikan berzikir  yang perlu kita tahu :

1.  Membersihkan hati
 Ramai yang tidak tahu bahawa berzikir dapat membersihkan hati kita yang kotor akibat dosa-dosa lalu yang telah kita lakukan. Apatah lagi jika amalan zikir sebati dalam diri kita, secara automatik kita ingin melakukan kebaikan dan sentiasa memuji kebesaran ALLAH SWT secara sendiri tanpa paksaan.

2. Menaikkan Iman
 Seperti yang diberitahu tadi , apabila hati menjadi bersih selepas zikir menjadi rutin harian kita akan ingin melakukan kebaikan dan meninggalkan larangan ALLAH SWT. Mengapa? Hal ini kerana berzikir telah menaikkan iman kita kerana kita mengingati ALLAH SWT.


3. Membersihkan Dosa
Setiap kebaikan yang kita lakukan seperti berzikir, In Shaa ALLAH mengugurkan dosa-dosa lampau kita kerana ALLAH SWT maha pengampun. Justeru ia juga mempermudahkan kita menerima hidayah kerana hidayah itu milik ALLAH SWT  apatah lagi kepada hambanya yang mencari hidayah dan mencari islam yang sebenarnya. In Shaa ALLAH yakinkan diri dengan sepenuh yakin terhadap ALLAH SWT.

4. Semakin yakin terhadap kebesaran ALLAH SWT
Dengan amalan berzikir dan memahami semua kebesaran ALLAH SWT melalui nama-namanya yang indah, kita semakin yakin dengan kebesaran dan kekuasaan ALLAH SWT .  Apatah lagi dengan menghayati nama-namanya yang indah. SubhanAllah.
Jadi dengan perkongsian disini , harap ianya dapat meningkatkan semangat kita dalam meningkatkan amalan dan dapat diterapkan dalam kehidupan. Segala keburukan dan kesalahan datang dari diri saya sendiri dan yang baik semuanya dari ALLAH SWT. In Shaa ALLAH. 

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

 "Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram"

 (Ar-Ra'af:28)











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...