Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog PERDIQMA KPMB

Islam Itu Indah

Dengar IKIM.fm Online

Dengar radio IKIM.fm secara online menerusi blog PERDIQMA

Like Facebook PERDIQMA

Sertai facebook PERDIQMA serta dapatkan info dan pengkongsian ilmu di laman fb PERDIQMA

30 Oktober 2010

Ketahuilah, Sesungguhnya Allah itu dekat dengan mu

Oleh : Aszleyana Bahaudin

Sekadar Renungan ...

Seandai ada di antara kita ,merasa tiada tempat mengadu cerita, kesenangan dan kepahitan, jangan kita lupa kita masih punya yg ESA yang lebih memahami. Marilah kita sama-sama merenungkan ayat ini...
"Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran - ayat (2:186)

Petikan ayat di atas adalah satu antara beberapa ayat di dalam Al Quran yang meyarankan agar kita berdoa kepada ALLAH. Sesungguhnya doa merupakan satu wasilah untuk kita mendekatkan diri kepada ALLAH. Bersyukurlah kepadaNYA apabila hajat kita disampaikan. Teruskanlah berdoa kepadaNYA dengan penuh pengharapan... dan mengharapkan petunjuk. 

Lebih-lebih lagi di waktu peperiksaan yang semakin hampir ini. Adalah lebih baik kita memperbanyakkan lagi doa kepada PENCIPTA kita. Tenangkanlah jiwa kita dengan ayat-ayat cinta dari Allah SWT yang sememangnya khas untuk hambaNYA. 

Hakikatnya ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNYA.
Renungkanlah dari mana asal kita dan pada siapa kita patut berharap dan berdoa.....



29 Oktober 2010

UNTUK KALI PERTAMANYA: PERDIQMA DAY


www.perdiqmakpmb.blogspot.com
Disediakan Oleh: Maziah

Alhamdulillah, kerana pada 23 Oktober 2010 yang lalu Perdiqma telah berjaya menjalankan satu lagi program terbaru iaitu Perdiqma Day.Aktiviti yang dijalankan satu hari ini diisi dengan tiga bahagian aktiviti iaitu pada paginya aktiviti Tressure of Iman, pada petangnya Rehlah dan sukaneka dan malamnya pula majlis penutup di Dewan Sri Gema KPMB. Aktiviti ini bermula dengan pendaftaran peserta pada jam 8.00 pagi. Pada pagi itu para peserta disediakan sarapan iaitu nasi goreng kampung. Sebelum dimaulakan dengan senaman regangan dan treasure of Iman. Selepas penerangan kepada peserta tentang peraturan Treasure of Iman barulah mereka dilepaskan untuk memulakan permainan. Permainan ini disertai oleh wakil dari setiap Biro PERDIQMA. Setiap kumpulan perlu melalui 8 checkpoint. Permainan bermula dan berakhir di surau An-Nur. Permainan Treasure of Iman berakhir pada waktu tengah hari.
 
Selepas itu, aktiviti diselangi dengan solat zohor berjemaah di surau. Selepas solat selesai semua peserta dijamu dengan makan tengah hari yang cukup istimewa yangdihidangkan dengan menggunakan talam.
Setelah itu, progrem diteruskan padapada jam 2 petang dimana peserta diberi taklimat untuk aktiviti Rehlah yang akan dijalankan pada jam 3.30 petang. Peserta dibenarkan pulang ke asrama untuk berehat sementara menunggu untuk aktiviti kedua.

Walaubagaimanapun, aktiviti Rehlah pada mulanya terpaksa dibatalkan kerana takdir Allah telah menentukan hujan lebat mencurah-curah. Namun begitu, Setelah menunggu beberapa lama hujan mula reda. AJK Rehlah meminta pandangan peserta adakah mereka ingin meneruskan aktiviti sukaneka. Melihatkan semangat para peserta yang berkobar maka AJK Rehlah mendapat keyakinan untuk meneruskan aktiviti. Aktiviti diteruskan dengan sukaneka antara biro dihadapan Surau An-Nur. Antara permainannya ialah meniup gula-gula di dalam tepung dengan menutup mata, mengisi air di dalam botol menggunakan straw, dan menyambut belon berisi air. Aktiviti berakhir pada jam 6.30 petang dan para peserta dibenarkan balik ke asrama untuk persiapan aktiviti malam.


Acara malam pula dimulakan dengan solat maghrib dan Isyak secara berjemaah di surau. Selepas solat maghrib para peserta diberi peluang untuk berbincang tentang persembahan malam dalam biro masing-masing  Selepas solat Isyak acara diteruskan dengan makan malam di dalam talam iaitu acara tradisi di Surau an-Nur. Selepas makan malam semua peserta bergerak ke dewan untuk acara penutup. Setiap biro dikehendaki membuat persembahan yang bermesejkan Islamik dan akan dinilai oleh juri yang terpilih. Sememangnya menarik persenbahan yang diberikan oleh setiap biro pada malam resebut.

Sementara menunggu pengadil mengira markah keseluruhan yang diambil dari tiga aktiviti tersebut, peserta dipertontonkan dengan video klip mengenai ketamadunan Islam.Setelah selesai tontonan video klip dan permarkahan, masa yang ditunggu-tunggukan oleh semua peserta dari setiap biro iaitu pengumuman pemenang telah tiba. Berikut adalah pemenang mengikut kedudukan:

Tempat pertama: Biro Ta’mir
 
Tempat kedua: Biro Dakwah Tarbiah dan Ekonomi
 
Tempat ketiga: Biro Keceriaan 
 
Tempat keempat: Biro Media dan Informasi

Tempat kelima: Biro Makanan

Kesimpulannya, bukanlah kedudukan yang paling penting tetapi apa yang peserta dapat dari segala aktiviti yang dijalankan semasa Perdiqma Day. Antara yang jelas dilihat dari ketiga-tiga aktiviti ini adalah semangat kerjasama berpasukan antara ahli biro dan pengalaman baru bagi ahli-ahli setiap biro serta ukhwah yang terjalin semakin utuh. Semoga dengan program ini, semakin memudahkan urusan dan persefahaman dikalangan ahli PERDIQMA dan dapat menimba ilmu baru yang sangat bermakna. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang. InsyaAllah.

Galeri Program PERDIQMA DAY:



26 Oktober 2010

TV-Al Hijrah disiarkan mulai 1 Disember 2010


Stesen televisyen baru bercorak Islam, TV-Al Hijrah akan mula bersiaran di lima kawasan iaitu Lembah Klang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak, bakal menemui penonton mulai 1 Disember ini.

Sebelum itu, televisyen yang beroperasi dari Pusat Islam di Kuala Lumpur akan memulakan siaran ujian pada 1 November ini dengan waktu siaran bermula jam 3 petang hingga 12 tengah malam dan pada jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.


22 Oktober 2010

Kelebihan Surah Dalam Al-Quran

www.perdiqmakpmb.blogspot.com
Editor: Fyna Fynas

Sesungguhnya segala apa yang Allah SWT turunkan kepada umatnya adalah untuk kebaikan manusia itu sendiri. Tetapi ia bergantung juga kepada seseorang umat Islam itu bagaimana dia mempraktikkan dan mengamalkan segala apa yang Allah turunkan kepada umatnya. Antara rahmat yang diturunkan Allah SWT kepada kita adalah Al-Quran nul-Karim. Al-Quran itu ada kelebihannya yang tersendiri. Jadi marilah kita menghayati kelebihan Al-Quran ini.  



MAJLIS PENUTUPAN KHATAM AL-QURAN 2010

 www.perdiqmakpmb.blogspot.com
editor: Zulia Sofy Zakaria

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana sekali lagi Perdiqma berjaya menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran untuk pelajar semester satu bagi sesi Julai-Disember  2010. Alhamdulillah kerana semua pelajar berjaya khatam Al-Quran di dalam masa yang di tetapkan.

Pada malam itu juga para peserta amat bertuah dengan kehadiran pengarah KPMB, Dr Mohd Yatim Bin Nawai.Turut hadir Ustaz Md Zan Bin Md Yusuf, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan juga beberapa orang felo dan pensyarah. Selain itu, ini adalah antara penyertaan pelajar semester 1 yang paling ramai menyertai tadarus al-quran dengan bilangan 313 orang.

Selepas solat maghrib, majlis didahului dengan majlis tahlil ringkas. Sesudah itu, majlis dimulai dengan bacaan doa dan barulah bacaan surah-surah lazim dijalankan sebagai simbolik majlis penutup khatam al-quran.
Selepas bacaan berakhir, majlis diteruskan dengan tayangan video klip sepanjang  tadarus diadakan.
Selepas tayangan video, ustaz Md Zan dijemput untuk memberikan ucapan. Di dalam ucapannya, beliau meluahkan harapan supaya para pelajar dapat meneruskan bacaan al-quran  walaupun setelah tadarus ini selesai. Selain itu, ustaz Md Zan juga menekankan tentang masalah kegelinciran aqidah dan masalah sosial yang semakin berleluasa dalam kalangan pelajar. Juga umat manusia zaman sekarang yang mengarah hidup dengan berlandaskan hawa nafsu. Beliau berharap semua pelajar KPMB dapat menyeimbangkan antara akademik, sukan dan akidah. Semoga apa yang diucapkan itu dapat diambil sebagai pedoman agar menjadi manusia yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada semua peserta tadarus al-quran yang terlibat.
Acara terakhir untuk penutupan majlis Khatam Al-Quran kali ini adalah dengan acara tradisi surau An-Nur iaitu jamuan makan di dalam talam. Jamuan diadakan selepas para hadirin selesai solat fardu Isyak.
Di akhir sekali, Perdiqma ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ajk, peserta dan hadirin yang hadir. Semoga aktiviti seperti ini dapat diadakan lagi untuk kebaikan bersama.        


18 Oktober 2010

Program Terkini: PERDIQMA DAY 2010


PERDIQMA DAY 2010*

Pada semester ini, buat pertama kalinya PERDIQMA akan menganjurkan program satu hari penuh yang dinamakan PERDIQMA DAY 2010. Sepanjang program ini, pelbagai aktiviti akan diadakan berbentuk pertandingan bertujuan merapatkan hubungan antara biro-biro yang bernaung di dalam PERDIQMA dan persatuan PERMUDA (KKTM). Pelbagai hadiah menarik menanti untuk biro terbaik sepanjang program. Marilah kita bersama-sama menyertai program ini!!!. Antara hadiah bagi kumpulan terbaik ialah:

1. PEMENANG KUMPULAN TERBAIK: HAMPER BERNILAI RM 100.00
2. PEMENANG KUMPULAN KEDUA: HAMPER BERNILAI RM 85.00
3. PEMENANG KUMPULAN KETIGA: HAMPER BERNILAI RM 70.00
4. SAGUHATI KUMPULAN: HAMPER BERNILAI RM 150.00


TARIKH: 23 Oktober 2010.
HARI: SABTU
WAKTU: 8.00 Pagi - 11.00 malam


ANTARA AKTIVITI MENARIK:

          Program                                      Waktu                              Lokasi

TREASURE OF IMAN.....(8.00 Pagi-1.00 Tengah hari)....KMPB
REHLAH............................(3.00 Petang-6.30 Petang)........TASIK KESUMA
TAZKIRAH........................(7.30 Malam-8.20. Malam)......SURAU AN-NUR
MALAM UKHUWWAH...(9.00 Malam-11-00 Malam).....DEWAN SRI GEMA KPMB


Yuran setiap peserta RM 5.00 sahaja
Yuran untuk kumpulan Treasure of Iman: RM 10.00 (Satu kumpulan)

(*Terbuka kepada semua ahli PERDIQMA & Jemputan dari KKTM sahaja. Maklumat lanjut, sila hubungi ketua biro masing-masing. Semua pertandingan tertakluk pada terma & syarat. Pihak penganjur berhak menukar mana-mana aktiviti dan nilai hadiah pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada peserta terlebih dahulu)

Maklumat tambahan: Hubungi sekretariat PERDIQMA:

Aizudin Jamalan : 017 7742438
Ikhwan Hadid Mesari: 013 6024215
Rokiah Rawi:   017 5935843
Nur Jannah :  013 3958538


Laporan Aktiviti: Booth PERDIQMA @ Karnival Kerjaya


Pada 8 & 9 Oktober 2010, PERDIQMA telah membuat kelainan dengan buat pertama kalinya telah membuka gerai pameran (Biasanya hanya membuka gerai jualan) sempena Karnival Kerjaya yang diadakan di Dewan Sri Gema KPMB. Pameran Kerjaya kali ini telah dianjurkan oleh pelajar jurusan Diploma in Business Studies semester 4. 

Untuk pameran yang disertai PERDIQMA kali ini,kesemua biro iaitu Biro Keceriaan, Biro Media & Informasi, Biro Dakwah & Tarbiah, Biro Ta'mir dan biro Makanan & Utiliti terlibat dalam membuat pameran tentang aktiviti biro masing dan mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang dua hari tersebut. Antara aktiviti yang diadakan ialah kuiz, teka-teki, jualan, pameran dan tayangan video-video islamik. Sepanjang program tersebut diadakan, booth PERDIQMA mendapat sambutan yang baik dan menggalakkan dari para pengunjung.

 Pengunjung mencuba kuiz islamik di komputer yang disediakan
 Pengunjung di booth PERDIQMA
Booth PERDIQMA diserbu pengunjung
 Pengunjung sedang menonnton video islamik di layar besar yang disediakan PERDIQMA
Lagi pengunjung mencuba menjawab kuiz yang disediakan khas sempena Pameran Kerjaya 2010


Nasihat AL-QAMAH: Mengenai Sahabat


AL-QAMAH, sahabat Rasullulah saw, mengajak puteranya pada suatu hari untuk memberi amaran dan panduan dalam memilih rakan dan sahabat. Kata Al-Qamah: wahai anakku , kiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau pilih orang yang siftnya seperti berikut:

- Jika engkau membuat bakti kepadanya,dia akan melindungimu.
- Jika engkau merapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu.
- Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, dia akan membantu.
- Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
- Jika dia mendapat sesuatu kebaikan (bantuan) daripadamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.
- Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, dia akan menutupnya.
- Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
- Jika engkau berdiam diri (kerana malu meminta), dia akan menanyakan kesusahanmu.
- Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahanmu
(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
- Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkanmu.
- Jika engkau merancang sesuatu, nescaya dia akan membantumu
- Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia akan lebih senang mengalah demi menjaga kepentingan persahabatan.



12 Oktober 2010

Konsert Adam Lambert: Suburkan Gajala Sosial

Kuala Lumpur, 12 Oktober. Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Ahmad Syazwan Muhammad Hasan berkata, amat mendukacitakan apabila gejala sosial semakin membiak, usaha menyuburkannya digiatkan lagi.
Katanya, barah yang ada ditambah lagi dengan racun yang bakal dibawa oleh pemerintah sendiri, iaitu budaya ‘gay’ yang bakal ditonjolkan melalui artis remaja Amerika, Adam Lambert dalam konsert pada 14 Oktober ini di Stadium Putra Bukit Jalil.

“Tidak ada guna membina sekolah untuk remaja hamil yang terlanjur (sekolah harapan), ataupun lawatan ke Belgium untuk mendapatkan sistem pencegahan masalah ini sekiranya dalam masa yang sama budaya negatif ini dibawa masuk,” ujar beliau di dalam blognya.
Tambahnya, seperti sedia maklum, Adam Lambert merupakan penyanyi yang amat tidak bermoral sehinggakan rancangan televisyen Good Morning America terbitan ABC di Amerika Syarikat pun membatalkan penampilannya di udara kerana menolak budaya liar penyanyi gay itu.

“Nampaknya warga Amerika lebih sensitif dalam soal budaya dan sosial sedangkan mereka bukannya sebuah ‘Negara Islam’ seperti Malaysia,” ujarnya sinis.
Baginya, kesan daripada konsert itu akan menjadi suatu wabak dan ikutan remaja Melayu Islam untuk ‘menghalalkan’ budaya yang dilaknat oleh Allah.



9 Oktober 2010

LAPORAN CERAMAH ILMU ASTRONOMI (ILMU FALAK)

www.perdiqmakpmb.blogspot.com
Oleh: zulia sofy bt zakaria

Pada 29 september 2010, Biro Dakwah, Tarbiah dan Ekonomi PERDIQMA telah menganjurkan satu ceramah berkenaan dengan ilmu astronomi, yang telah dijalankan dengan jayanya di Dewan Seri Gema KPMB. Ceramah ini telah di sampaikan oleh EN.Shahrin Bin Ahmad, seorang graduan Universiti Putra Malaysia dalam bidang Sains Komputer (1998).

Tujuan ceramah ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada warga KPMB tentang kekuasaan ALLAH S.W.T. Betapa kerdilnya kita sebagai seorang umat Muhamad di muka bumi ini. Subahanallah..apa yang di sampaikan pada malam itu tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Bumi ini ibarat satu bintang yang ada di dalam sebuah galaksi yang di panggil sebagai bimasakti. Bayangkanlah betapa kecilnya kita disisi ALLAH S.W.T. Kita yang berada dimuka bumi ini pula ibarat satu titik yang tidak kelihatan di sebalik titik yang banyak di dalam bimasakti yang sangat besar.  Lagi.Klik More.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...