Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog PERDIQMA KPMB

Islam Itu Indah

Dengar IKIM.fm Online

Dengar radio IKIM.fm secara online menerusi blog PERDIQMA

Like Facebook PERDIQMA

Sertai facebook PERDIQMA serta dapatkan info dan pengkongsian ilmu di laman fb PERDIQMA

22 Februari 2011

Program Tamrin Siswi (TAMSIS)

.
Program Khas untuk Muslimat
Antara yang menarik:
· Amazing Khalifah
· Tayangan Filem Islamik
· Forum: “Dimanakah Cinta & Cita Tergadai”
· Malam Sure Musleh
· Qiammullail

Tarikh: 4/3/201(Jumaat) - 5/3/201 (Sabtu)             
Lokasi: KPMB
    Yuran Penyertaan: RM 3.00
(Makanan disediakan sepanjang Program)

Hubungi Sekretariat:
Nor ‘Aisah (Khadijah)- 0134479780
Syarifah Nur Liyana (Aishah) -0108913565

Tentatif Penuh:


Terbuka kepada semua warga Aspuri KPMB*Penyertaan terhad kepada 40 penyertaan terawal sahaja



Sambutan Maulidur Rasul Anjuran Surau Al Falah

.
.
Pada 21 Februari 2011 lalu, pihak PERDIQMA telah dijemput menyertai program sambutan Maulidur Rasul bersama penduduk sekitar Taman Tasik Kesuma. Bersempena dengan program yang diadakan ini, pihak PERDIQMA telah membawa 1 kontigen bagi mewakili Kolej Profesional MARA Beranang seramai 30 anggota yang diketuai oleh Pengerusi PERDIQMA, saudara Aizudin Jamalan.




Program yang disertai kira-kira 500 orang ini telah dimulakan dengan perarakan dari sekitar kawasan Kolej Kemahiran Tinggi MARA dan tamat di sekitar kawasan Surau Al Falah. Sebaik tiba, peserta perarakan dijamu dengan sarapan pagi sebelum dipersembahkan dengan dendangan nasyid oleh persatuan penduduk.






Setelah itu, majlis Maulidur Rasul diteruskan dengan Ceramah Oleh Ustaz Izhar. Kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Izhar berkisar tentang pentingnya kita memahami erti hijrah yang sebenarnya dalam kehidupan seharian selain beliau mengaitkan dengan masalah sosial yang belaku kini dengan tanda-tanda  peristiwa akhir zaman yang semakin ketara. Program yang turut dihadiri oleh Adun Semenyih iaitu Johan Aziz itu berakhir dengan penyampaian cenderahati dan anugerah khas Maulidur Rasul kepada tokoh-tokoh tempatan yang banyak memberi jasa kepada penduduk di sekitar Taman Tasik Kesuma. Majlis pada hari itu ditutup dengan jamuan tengah hari dan berakhir pada kira-kira jam 12.00 tengah hari.


19 Februari 2011

ADUHAI REMAJA..TULUSKAH CINTAMU?

.
.

Sempena sambutan Hari Kekasih yang julung-julung kali disambut oleh seluruh dunia pada 14 Februari setiap  tahun hampir dengan tarikh Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini, PERDIQMA dengan kerjasama  Exco Kerohanian MPP telah menganjurkan satu program   peringkat Kolej Profesional MARA Beranang  bagi membuka minda remaja tentang permasalahan “Cinta Remaja” pada masa kini.


Program itu telah diadakan pada 16 Februari 2011 bersamaan 12 Rabiulawal 1232H bertempat di Dewan Seri Gema KPMB. Majlis telah dimulakan pada pukul 9 malam dengan bacaan doa oleh saudara Mohd Asyraff dari barisan MPP, diikuti dengan bacaan selawat ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W yangdiketuai oleh saudara Aizuddin. Majlis diteruskan dengan tayangan montaj yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Majlis turut dihadiri oleh, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, En. Mad Zan B. Mad Yausuf,  Penasihat MPP, Pn Riani Awang, barisan pensyarah serta pelajar dan persatuan dari KPMB/KKTM




Ceramah kali ini disampaikan oleh seorang anak muda yang begitu kreatif dan cemerlang dalam medan dakwah di zaman serba mencabar ini. Beliau merupakan “founder” iluvislam.com iaitu sebuah portal islamik yang komited dengan pembangunan masyarakat islam seluruhnya.  Mohd Nurul Imran Bin Koyube merupakan anak jati Perak yang bercita-cita tinggi dalam mengembangkan dakwah Islam   secara moden serta interaktif supaya mudah diterima oleh semua pihak. Dengan kejayaan yang diperoleh hasil dari usaha yang gigih, penceramah telah mengorbankan pengajianya dalam bidang   perubatan bagi meneruskan misi dakwah secara sepenuh masa di tanah air sendiri


Dengan bertemakan “ Aduhai Remaja: Tuluskah Cintamu”, ceramah kali ini menyentuh tentang erti sebenar cinta yang perlu diketahui serta kemanakah cinta perlu disalurkan oleh remaja dengan cara yang betul. Beliau turut menekankan persoalan adakah kita benar-benar mencintai Allah sedangkan kita memilih untuk “couple” sebelum waktunya atau secara tidak halal. Selain itu juga, penceramah juga berkongsi pengalaman bagaimana pahit getir  yang ditempuhi dalam menubuhkan sebuah laman web dakwah yang bersesuaian dengan jiwa remaja masa kini. Hal ini dapat dilihat dengan berkembangnya komuniti iluvislam.com melalui “Facebook” , “Twitter” serta media cetak pada hari ini.


Sebagai penutup majlis, para hadirin telah dihiburkan oleh kumpulan nasyid “Tilmiz Voice” dan majlis berakhir pada pukul 11.30 malam. Dengan adanya program seperti ini, para pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan serta berusaha memperbaiki diri ke arah yang lebih baik . Diharapkan program seperti ini akan dapat diadakan lagi pada masa akan datang.


12 Februari 2011

Mubarak sah undur, tentera ambil alih Mesir


Presiden Mesir Hosni Mubarak akhirnya meletakkan jawatan dan meminta pihak tentera mentadbir negara itu, umum naib presiden Omar Suleiman.Kenyataan ringkas di stesen televisyen nasional itu dibuat sehari selepas Mubarak bertegas tidak akan melepaskan jawatannya.



Berita pengundurannya itu disambut meriah oleh lebih sejuta rakyat Mesir yang berkumpul di Dataran Tahrir di Kaherah.



Presiden dan keluarganya sebelum itu dilaporkan meninggalkan istana presiden di ibu negara ke Resort Laut Merah Sharm el-Sheihh.


Lelaki yang menerajui Mesir selama 30 tahun dan terlepas dariapda enam cubaan membunuh akhirnya terpaksa akur pada kehendak rakyat yang mahukan perubahan.
Mubarak, 82, meletakkan jawatan hari ini selepas 18 hari protes antikerajaan tanpa gangguan - terbesar pernah dilangsungkan di negara itu.

Mubarak terselamat daripada banyak serangan sebelum ini tetapi suara rakyat akhirnya membuktikan sesuatu.


Enam kali pembunuh upahan cuba menamatkan riwayatnya. Perang sampai ke pintu rumah.
Jiran mengebom negaranya. Kerajaan pimpinannya hampir muflis. Aktivis berulang kali menyumpahnya di jalan raya. Tetapi Mubarak selama itu terus juga berkuasa.


Kebanyakan rakyat Mesir masih belum dilahirkan apabila pendahulunyanya Anwar Sadat dibunuh pada 1981.


Mubarak, ketika itu naib presiden, hanya beberapa meter daripada Sadat, dan turut terkena tembakan di tangan.


Beliau mengangkat sumpah sebagai presiden lapan hari kemudian, pada 14 Oktober 1981.


P/S: Moga perletakan jawatan ini membuka lembaran baru. Namun sesungguhnya yang perlu bukan sekadar Mubarak yang meletakkan jawatan. Tetapi seluruh ideologi, kerajaan, pimpinan dan corak pemerintahan kerajaan Mesir sekarang. Tanpa ianya dapat dilakukan, sesiapa sahaja yang menggantikan beliaupun tetap tidak memberi makna dan pintu sempadan rafah yang menghubungkan Palestin & Mesir tetap ditutup serapat-rapatnya kerana kerajaan itu mengikut telunjuk "Zionis" dan Amerika Syarikat




10 Februari 2011

SELEKSI REMAJA: ADUHAI REMAJA: TULUSKAN CINTAMU?




Penceramah : Mohd Nurul Imran Koyube

(President iluvislam.com)

Menyedari bahawa gelombang globalisasi dan hedonisme semakin menghakis nilai dan jatidiri remaja Islam pada mutakhir ini, Exco Kerohanian MPP dan PERDIQMA berhasrat ingin melaksanakan satu program ceramah yang sangat rapat dengan permasalahan remaja yang juga pelajar Kolej Profesional MARA Beranang iaitu masalah "Cinta Remaja". Ceramah tersebut bukan hanya setakat berbentuk ceramah tetapi ia berbentuk lebih interaktif dan bersifat kasual. Ini kerana ia akan disampaikan oleh seorang anak muda yang begitu kreatif dan cemerlang dalam medan dakwah di zaman serba mencabar ini.


TENTATIF PROGRAM

Doa buka majlis:                                    9.00 malam
Selawat:                                                  9.05 malam

Tayangan Montaj/video :                      9.10 malam
Seleksi Remaja:                                     9.20 malam
Persembahan nasyid (Tilmiz Voice):   11.00 malam
Majlis bersurai:                                    11.30 malam

 
MAKLUMAT:

Booth jualan oleh Iluvislam akan dibuka
Booth jualan makanan oleh PERDIQMA akan dibuka.
Semua persatuan/organisasi di KPMB/KKTM dijemput hadir.


5 Februari 2011

Al-Qaradhawi : Rakyat Mesir wajib turun ke jalan raya, peserta demonstrasi mati syahid!




Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Syaikh Yusuf al-Qaradhawi menyifatkan Presiden Mesir, Husni Mubarak sebagai ‘mula menyembelih rakyatnya sendiri’ selepas tercetusnya pertempuran berdarah antara penyokong presiden Mesir itu dan para peserta demonstrasi pada Rabu, 2 Februari 2011 di Medan Tahrir.


Beliau disifatkan sedemikian kerana pertempuran itu berlaku selepas 9 hari majoriti rakyat Mesir berdemonstrasi menuntut pengunduran Husni Mubarak daripada kerajaan.


Mubarak, menurut al-Qaradhawi lagi “telah mula menyembelih tanahairnya sendiri dan bertindak seperti tindakan Firaun serta menjadikan sebahagian rakyat Mesir berkuasa ke atas sebahagian yang lain”.


Syaikh al-Qaradhawi turut berdoa supaya Allah membebaskan rakyat Mesir daripada penderitaan mereka dan membebaskan mereka daripada ‘para taghut’.


Ketegasan dan kelantangan Syaikh al-Qaradhawi berhubung situasi semasa di Mesir begitu terserlah apabila beliau, melalui stesen satelit al-Jazeera pada 2 Februari 2011, menegaskan adalah menjadi kemestian ke atas setiap rakyat Mesir menyertai ‘Perarakan Jutaan Umat’ yang akan diadakan pada jumaat depan.
Perhimpunan tersebut yang akan diadakan bagi menguatkan tekanan ke atas Presiden Husni Mubarak, disifatkan oleh para peserta demonstrasi sebagai ‘Jumaat Pemutus’ yang merupakan kesinambungan kepada perarakan pada Jumaat lepas yang dinamakan sebagai‘Jumaat Kemarahan’.


Lebih daripada itu, Al-Qaradhawi yang tinggal dalam buangan di Qatar itu, menganggap bahawa “turun ke jalan raya khususnya hari Jumaat, untuk menyertai bantahan merupakan kewajipan syarak ke atas setiap yang mampu pergi ke tempat-tempat perhimpunan dan tidak ada keuzuran yang menghalangnya”.
Sehubungan itu, beliau menggesa para ulama al-Azhar dan lepasan universiti itu agar memimpin dan menyertai perarakan membantah kezaliman regim Husni Mubarak di seluruh Mesir.


Dalam ucapan yang ditujukan kepada Husni Mubarak, al-Qaradhawi memberi amaran kepada Presiden Mesir itu bahawa “kami akan menghadapi kamu dengan doa diwaktu sahur dan dengan setiap orang yang kusut rambutnya dan berdebu tubuh badannya yang jika dia berdoa kepada Allah, nescaya Allah akan memperkenankan doanya”.


Beliau merujuk kepada hadis Nabi s.a.w yang memperihalkan kewujudan sebilangan manusia yang sangat mustajab doanya, meskipun mereka pada zahirnya kusut masai rambutnya dan berdebu tubuh badannya.
Sebagi ingatan kepada Mubarak, al-Qaradhawi menegaskan bahawa “doa orang yang dizalimi akan diangkat oleh Allah melepasi awan dan akan dibukakan untuknya pintu-pintu langit sambil Dia berkata, “demi keagungan dan ketinggianKu, Aku akan menolongmu walau pun selepas beberapa ketika”.


Peserta demonstrasi yang terbunuh mati syahid


Di akhir ucapannya, al-Qaradhawi memperlihatkan sikap dan pandangannya berhubung rakyat Mesir yang menyertai demonstrasi membantah regim Mubarak dan kedudukan mereka yang terbunuh dalam demonstrasi tersebut pada pandangan syarak.


Dalam ucapan yang ditujukan kepada para pemuda yang menggerakkan demonstrasi di Mesir, al-Qaradhawi menyatakan, “saya mengucapkan syabas kepada para pemuda yang menyertai siri-siri demonstrasi di atas keberanian, kecekalan, kemahuan dan sikap tidak berganjak mereka daripada lokasi-lokasi demonstrasi.


Saya katakan kepada mereka, sama ada kamu menjadi orang-orang yang mulia dan bahagia, atau kamu mati sebagai para syuhada’”.


Terdahulu, dalam perutusan khas, al-Qaradhawi di atas nama Kesatuan Ulama Islam Sedunia, memfatwakan bahawa rakyat Mesir yang terbunuh dalam tunjuk perasaan di Mesir sebagai mati syahid.


Asas kepada fatwa ini ialah hadis Nabi s.a.w yang bermaksud, “sebaik-baik orang-orang yang mati syahid ialah Hamzah r.a dan seorang lelaki yang pergi kepada pemimpin yang zalim, lantas menyuruhnya melakukan makruf dan menegahnya dari kemungkaran, lantas dia dibunuh”.


Perutusan ini disiarkan oleh laman rasmi Kesatuan Ulama Islam Sedunia, iumsonline.net.
Difahami daripada fatwa ini, rakyat Mesir yang berdemonstrasi membantah regim Mubarak, pada hakikatnya sama seperti seorang yang tampil membantah pemimpin yang zalim yang mengakibatkannya dibunuh, seperti yang disebutkan dalam hadis yang dinyatakan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...