Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog PERDIQMA KPMB

Islam Itu Indah

Dengar IKIM.fm Online

Dengar radio IKIM.fm secara online menerusi blog PERDIQMA

Like Facebook PERDIQMA

Sertai facebook PERDIQMA serta dapatkan info dan pengkongsian ilmu di laman fb PERDIQMA

21 Mac 2011

MPP & Mahasiswa KPMB: Bilakah kita dapat bersatu hati?

.
Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah, syukur ke hadrat ILAHI kerana masih lagi diberikan kesempatan, ruang, peluang dan masa untuk bertatih, merangkak, berjalan dan meneruskan langkah dalam mengharungi liku-liku hidup di dunia yang semakin mencabar sekarang. Selawat serta salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga baginda, para sahabat, tabi’e, tabi’ tabi’e, para syuhada’ serta mujahid mujahidah yang tidak pernah putus generasinya dalam mendaulahkan kembali ISLAM yang mulia di muka bumi ini.


Subhanallah… Alhamdulillah… Allahuakbar…


Syukur yang amat sangat kerana dalam kekangan masa dan kesibukan belajar dan bercuti, masih lagi diberikan sedikit ruang untuk bernafas di bumi Allah ini. Alhamdulillah..


" Dalam kita melangkah mungkin merangkak ,terkadang di uji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk dan menangis, peritnya terasa.. tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan. Semoga kita tabah dan ditetapkan iman"


Sahabat-sahabat yang dihormati oleh Allah S.W.T, masa berlalu cukup pantas...hampir satu tahun saya di kerusi kepimpinan mahasiswa KPMB, masih terlalu banyak perkara yang masih saya ketinggalan untuk laksanakan..walaupun beberapa program telah berjaya dijalankan,tetapi agenda utama masih tidak tercapai secara keseluruhan.


Isu kebajikan yang menjadi lambakan masalah yang cukup serius di Pentadbiran, Isu infrastuktur, kelembapan pengurusan, etika kerja, sistem akademik dan pelbagai lagi isu yang berkaitan dengan Mahasiswa.


Seminggu ini saya terlalu sibuk dengan program-program dan aktiviti MPP dan anjuran dari kelab dan persatuan lain, ditambah dengan mesyuarat yang bertindan setiap hari,dan disesak kan lagi dengan tangungjawab sebagai seorang pelajar dan anak...
Sebenarnya saya amat risau dengan situasi mahasiswa Islam sekarang, secara jujur saya nyatakan..kita terlampau sayang untuk meninggalkan "KEADAAN SELESA" ini..sehingga kan kita terikat dengan rantai SELESA..nah, natijahnya..kita takut untuk berubah,kita takut untuk mencuba sesuatu yang baru..
Sahabat-sahabat..Saya melihat,isu yang diperjuangkan oleh MPP selama ini dipandang remeh oleh individu berwajib sehingga memberi kesan negatif atas isu yang dibawakan. Persoalannya sekarang adalah berkaitan dengan...


KESATUAN KITA..


kita tidak bersatu, kita tidak mahu berubah bersama2, kita tidak mahu sama2 susah dan sama2 senang...


Jawapannya sahabat2...


Ayuh kita bersatu dibawah satu organisasi


kita bergerak dibawah satu matlamat dan misi..
dan SAYA AMAT KOMITED, suara kita pasti akan didengari oleh pentadbiran dan badan berwajib SEKIRANYA...
Kita semua BERSATU..


AYUH SAHABAT2...


Masa untuk berubah sudah tiba..


mari kita bersatu memperjuangkan hak kita sebagai mahasiswa dan pengguna!!


Mohon berilah sokongan dalam apa jua bentuk,kerana kami perwakilan ANDA mahupun perwakilan selepas ini, kalau bukan anda yang akan membantu pihak perwakilan bangunan-bangunan tidak mampu bersuara, pokok-pokok pun tak mampu, melainkan manusia. Kami membuka seluas-luas pintu kesatuan mahasiswa untuk sama kita masuk dan bersatu di dalamnya.
Yang terakhir maafkanlah diri ini yang banyak melakukan kesilapan dan kesalahan, sebagai wakil MPP. juga seribu kemaafan diminta pada hati yang tercalar akibat mulut yang kasar, perasaan yang terguris akibat perbuatan yang menghiris, dendam yang tersimpan akibat jiwa yang melawan, permintaan yang tak ditunai akibat tanggujawab yang terabai, mereka yang membenci akibat ego yang terlalu tinggi, mata yang menangis akibat tamparan yang bengis, maafkan dan terus maafkan , tidakkah kita redha sekiranya nanti Allah juga memaafkan kita pada hari kebangkitan?

salam mahabbah......
Siiru a'la Barakatillah....
Bittaufiq wan najah fi imtihan
 
Mohd Asyraff Bin Aziz
Exco Pembangunan Insan & Kerohanian
Majlis Perwakilan Pelajar KPMB


10 Mac 2011

PROGRAM TAMRIN SISWI KPMB 2011

.
 KPMB, 7 Mac 2011-Untuk kali pertamanya, pada 4 Mac hingga 5 Mac 2011, satu program khusus buat siswi  Kolej Professional Mara Beranang yang  bertemakan “Remaja Musleh” telah diadakan. Program yang diberi nama Tamrin Siswi (TAMSIS)  ini telah dianjurkan dengan usahasama  Perdiqma dan AJK Kamsis. Program ini telah dibuka kepada semua pelajar asrama dan hanya terhad kepada 40 orang siswi yang terawal mendaftar sahaja. Setiap peserta dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM3 dan makanan telah disediakan sepanjang program berlangsung.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara siswi, disamping menambahkan pengalaman dan ilmu pengetahuan siswi dalam segenap aspek, terutamanya isu-isu semasa. Program ini juga diharapkan dapat menanamkan unsur-unsur Islamik dalam jiwa remaja kini yang boleh membawa perubahan untuk mengatasi permasalahan sosial pelajar. Program ini telah dijalankan selama 2 hari 1 malam dalam kawasan KPM Beranang.

Antara aktiviti menarik yang telah dilaksanakan adalah seperti ‘Ice Breaking & Team Building’ ,Solat berjemaah, Kuliah maghrib, bacaan Al-mathurat, ‘Briefing In Our Life' ,Qiamulail, Senam Pagi,Amazing Khalifah,Tayangan Movie,Telematch serta malam kemuncak iaitu malam kebudayaan 'Sure Soleh'. Yang lebih menariknya ialah semua peserta tidur di surau An-Nur sebelum qiamulail. Pada keesokan harinya aktivti Amazing Khalifah dan Telematch pula sememangnya telah  menguji  kemahiran berfikir, serta kerjasama antara ahli kumpulan dapat mengeratkan hubungan antara peserta dan fasilitator.


     Pengisian pada malam pertama program ialah Forum yang bertajuk “Dimanakah Cinta Dan Cita Tergadai”. Moderator dan para ahli panel jemputan sangat istimewa pada malam itu. Moderator, Pn. Riani Bt Awang yakni penasihat Tamsis juga turun padang melibatkan diri dalam progran Tamsis. Tiga orang ahli panel telah dijemput iaitu Siti Maisarah Bt Mansor mewakili KAMSIS, Ratna Sari Dewi Bt Roslan mewakili PEER’S  dan Musfirah Bt Mohd Asri yang mewakili Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi membincangkan tajuk forum pada malam tersebut. Tajuk ini dipilih bagi menyesuaikan situasi para pelajar masa kini yang sedang mengejar cita-cita tetapi kadang-kala cita-cita mereka dikaburi dengan perasaan cinta. Dilihat forum pada malam itu dapat menarik minat para peserta apabila ada yang sudi berkongsi pandangan dan bertanyakan soalan kepada ahli panel.

  Sebelum malam kemuncak, setiap kumpulan juga telah diberi satu tugasan untuk memahami satu kisah srikandi Islam dan setiap kumpulan perlu membuat persembahan mengikut nama-nama srikandi islam yang telah diberi pada hari pertama program. Antara persembahan yang telah dipersembahkan oleh setiap kumpulan pada malam tersebut adalah seperti mendeklamasikan sajak, nasyid,berlakon,bercerita dan pentomen. Best sangat...... Pada majlis malam penutup tersebut turut dihadiri oleh Ustazah Hafidzah Bt Mansor, pensyarah KPMB.

 
Majlis telah berakhir pada malam 'Sure Soleh' dengan penyampaian sijil kepada para peserta TAMSIS. Sebagai seorang peserta yang melibatkan diri dalam program Tamsis ini mengharapkan program ini dapat diteruskan pada masa akan datang.  

          Dilaporkan oleh: NOOR SYAHIRAH HUSNA BT MD NASIR


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...