Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog PERDIQMA KPMB

Islam Itu Indah

Dengar IKIM.fm Online

Dengar radio IKIM.fm secara online menerusi blog PERDIQMA

Like Facebook PERDIQMA

Sertai facebook PERDIQMA serta dapatkan info dan pengkongsian ilmu di laman fb PERDIQMA

21 September 2010

CERAMAH ILMU ASTRONOMI (FALAK)



Menyedari bahawa gelombang liberalisasi seakan-akan menghakis kepercayaan umat Islam tentang kewujudan Allah SWT sebagai pencipta , Biro Dakwah & Tarbiah PERDIQMA berhasrat ingin membuat kelainan dalam usaha dakwah dengan mengajak warga KPMB mendekati Allah SWT melalui penciptaan alam semesta yang begitu luas agar lebih interaktif dan menarik minat khususnya warga KPMB dan para pelajar khasnya.




Tarikh/Masa/Tempat:


Tarikh:29 September 2010 (Rabu)

Masa: 9.00 Malam -11.00 Malam

Tempat: Dewan KPMB

Tentatif:


1. Doa Buka Majlis........................(Dewan Sri Gema) ........9.00 malam

2. Montaj/Video Cakerawala.......(Dewan Sri Gema)........ 9.05 malam

3. Ceramah....................................(Dewan Sri Gema)........ 9.10 malam

4. Mencerap (Teleskop)...............(Dewan Sri Gema)....... 11.05 malam


Biodata penceramah (Shahrin Ahmad):


Shahrin Ahmad merupakan seorang graduan Universiti Putra Malaysia dalam bidang Sains Komputer (1998). Dilahirkan di Petaling Jaya, Selangor pada tahun 1974, beliau pernah bertugas sebagai jurutera perisian, system integrator, penyelidik dan pengurus projek di dalam beberapa buah syarikat IT.


Minat beliau di dalam Astronomi bermula sejak tahun 1984 lagi, dan kini aktif di dalam program outreach Astronomi serta ceramah di sekolah, universiti, serta komuniti setempat.Beliau sering dijemput membentang kertas kerja di seminar astronomi di dalam negara, dan pernah menyertai ekspedisi menjejaki gerhana di Turki, Indonesia dan China.


Kini, beliau merupakan Pengarah Urusan syarikat Equatorial Sky Innovations, fokus kepada penyelidikan dan pembangunan sistem perisian dan teknologi integrasi instrumentasi Astronomi.


Selain itu beliau juga boleh ditemui di: falak-online.net




16 September 2010

Tahukah anda?: Apa Itu Hari Malaysia


Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.


Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.

1. A marriage that was doomed from the start. New Straits Times. 4 Ogos, 2007.
2. Hari Malaysia Diisytihar Sebagai Cuti Umum, Bernama
3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Malaysia


12 September 2010

Pendekatan rasional, wasatiyyah berdepan bakar al-Quran

Umat Islam di AS dalam keadaan dilema apabila Sambutan Aidilfitri bertembung dengan tarikh yang hampir sama dengan sambutan memperingati tragedi 911. Lebih teruk adalah apabila kempen ‘Ground Zero’ yang membantah pembinaan masjid dan Pusat Kebudayaan Islam yang terletak berhampiran dengan tempat tragedi Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang telah runtuh, dilancarkan. Protes besar-besaran rencana akan dilakukan pada hujung minggu ini menjangkakan akan turut dihadiri pemimpin seluruh dunia yang anti-Islam termasuklah Geert Wilders.(Klik more untuk artikel penuh).


10 September 2010

Salam Eid Al Mubaraq





PERDIQMA mengucapkan Salam Eid Al Mubaraq kepada semua pembaca dan pengunjung blog PERDIQMAKPMB. Semoga Tarbiah Madrasah Ramadhan mengembalikan diri kita kepada fitrah dan rayakanlah Eid Al Mubaraq tahun ini dalam suasana kemeriahan yang dirahmati Allah SWT.


Pihak PERDIQMA juga mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf diatas segala kesalahan dan kekurangan oleh pihak kami sepanjang organisasi ini ditubuhkan. Semoga redha Allah sentiasa bersama kita sepanjang Syawal yang mulia ini.


Assalammualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh.

Dari meja pengarang PERDIQMAKPMB.


4 September 2010

Gaza menjadi tempat eksploitasi komersial ubat-ubatan

Petugas-petugas di Jabatan Kesihatan Gaza mendedahkan keadaan hospital-hospital dan pusat-pusat kesihatan di Gaza yang mengalami kekurangan sejumlah besar ubat-ubatan dan peralatan perubatan akibat bekalan ubat yang rosak dan luput tarikh. Keadaan ini berlaku ekoran sistem bantuan bekalan ubat dan peralatan hospital daripada negara luar yang dilakukan secara tidak tersusun.

Begitu banyak ubat-ubatan disumbangkan oleh negara luar. Namun dalam banyak kes, ubat-ubatan yang dibawa masuk itu sudahpun luput tarikh dan kemungkinan besar akan membawa mudharat jika digunakan.
Menurut laporan Al-Jazeera yang memetik sebuah agensi berita German sebagai mendakwa bahawa hanya 30 peratus daripada sumbangan perubatan yang dibawa masuk ke Gaza dapat digunakan. Menurut laporan itu lagi, Jabatan Kesihatan menerima lebih daripada 1,300 tan bantuan ubat-ubatan dan peralatan hospital, namun ubat-ubatan itu tidak dilabel. Keadaan ini menimbulkan masalah yang besar bagi para pegawai kesihatan untuk mengenalpasti ubat yang begitu banyak.

Sebanyak 22 peratus daripada sumbangan perubatan yang sampai ke gudang Jabatan Kesihatan Gaza sudah pun luput tarikh. Yang menyedihkan lagi, ubat-ubatan tersebut ternyata sudahpun luput tarikh sejak dari negara asal bantuan dihantar, dan sebahagian lagi rosak di pusat-pusat simpanan berdekatan sempadan di Mesir.

Masalah menjadi semakin rumit apabila sebahagian besar ubat-ubatan yang disumbangkan itu sebenarnya tidak berdaftar di peringkat antarabangsa dan tidak sesuai dengan spesifikasi, mutu dan kegunaan di negara yang memberi bantuan itu sendiri. Terdapat juga ubat-ubatan yang sebenarnya dikeluarkan sebagai contoh komersial, atau tarikh luput yang hampir tamat, malahan sebahagiannya telah pun tamat sebelum tiba di Gaza.
Al-Jazeera juga memetik kenyataan seorang pegawai Jabatan Kesihatan yang menuduh bahawa terdapat usaha mengekspoitasi penderitaan penduduk Gaza untuk kepentingan komersial. “Gaza telah menjadi tempat pembuangan ubat-ubatan yang telah atau hampir rosak, dan yang lainnya hanyalah untuk eksploitasi perdagangan”, ujar pegawai yang tidak disebutkan namanya itu.

Menurut kenyataan Jabatan Kesihatan Gaza, terdapat sebanyak 114 jenis ubat kini kehabisan bekalan sepenuhnya meskipun mereka telah berulang kali memohon kepada penderma atau bantuan untuk bekalan ubat-ubat tersebut.
Beberapa kumpulan hak asasi manusia yang berkhidmat di Gaza menyatakan bahawa lebih daripada 300 orang pesakit telah meninggal dalam tempoh 3 tahun ini kerana keadaan kesihatan mereka semakin teruk akibat tidak mendapat rawatan yang diperlukan. Pesakit-pesakit juga tidak boleh mendapatkan perubatan di luar negara kerana embargo yang dikenakan oleh Israel menghalang pergerakan keluar masuk rakyat Gaza.





Sumber: http://haluanpalestin.haluan.org.my


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...