Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog PERDIQMA KPMB

Islam Itu Indah

Dengar IKIM.fm Online

Dengar radio IKIM.fm secara online menerusi blog PERDIQMA

Like Facebook PERDIQMA

Sertai facebook PERDIQMA serta dapatkan info dan pengkongsian ilmu di laman fb PERDIQMA

29 Julai 2012

Pertandingan & Aktiviti Sempena Ramadhan

PELBAGAI AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK

DI BULAN RAMADHAN bersama PERDIQMA...

LET’S JOIN US FRIENDS !

1. Memasak & iftar Jama’e (setiap Isnin hingga Khamis)

2. Solat Sunat Tarawikh Berjemaah( setiap malam)

3. Tadarus Al-Quran (Sepanjang Ramadhan)

4. Pertandingan-pertandingan Sempena Ramadhan.


 
Assalamualaikum sahabat-sahabat perdiqma sekalian. Sempena Ramadhan ini Perdiqma ada menganjurkan beberapa aktiviti.Jadi kami amat mengalu-alukan warga siswa-siswi utk menyertainya..Hadiah untuk tempat 1,2,3 dan merupakan wang tunai..Wah dpt duit raya sebelum raya gitu..Penyampaian hadiah akan diadakan pada 8 Ogos 2012 di surau An-Nur..insyaAllah.

________________________________________________________ 

Berikut merupakan acara yang dipertandingkan dan syarat penyertaan

*Pertandingan mencipta kad ucapan Sempena Ramadhan 
1.1 Peserta harus mencipta satu kad ucapan Ramadhan dan hasil karya sendiri tanpa menciplak/meniru dari sumber lain. Jika ada penyertaan yang mempunyai unsur begitu akan dibatalkan.
1.2 Maximum satu penyertaan 2 orang
1.3 Saiz, dekorasi, isi(ucapan) kad adalah kreativiti peserta sendiri.
1.4 Penyertaan perlu dihantar sebelum atau pada 6 Ogos 2012.
1.5 Keputusan hakim adalah muktamad.
1.6 Penyertaan adalah percuma.
1.7 Untuk penyertaan boleh behubung dengan 
Muslimin : Muhamad Hairi b. Dahuri( Al-Farabi 302)
Muslimat : Noor Alfishah Binti Mohd Khozam (s.Aisyah 11B)

*Pertandingan Mencipta iklan/poster (bukan video) Sempena Ramadhan 
2.1 Peserta harus menghasilkan iklan tentang ramadhan tidak kira dari segi apa pun, contohnya tentang fadhilat ramadhan atau info tentang ramdhan. Mempunyai unsur-unsur ilmu yang berguna tentang ramadhan.
2.2 Hasil karya yang dicipta adalah asli tanpa meniru atau menciplak hasil yang sedia ada. Jika ada unsur berkenaan penyertaan akan dibatalkan.
2.3 Maximum satu penyertaan adalah 2 orang sahaja. 
2.4 Penggunaan software adalah bebas/ sebarang software yang ada. 
2.5 Penyertaan haruslah dihantar sebelum atau pada 6 ogos 2012
2.6 Setelah itu semua penyertaan akan dipost di page perdiqma dan iklan yang paling banyak di “Like” adalah pemenangnya. 
2.7 jumlah like akan diambil sebelum 8 Ogos 2012. 
2.8 Untuk penyertaan boleh berhubung dengan 
Muslimin: Mohamad Azmil Ulya Bin Nulferdi (Alfarabi 301)
Muslimat: Thaqifah Aqilah (S.Aisyah 13B)

Pertandingan Kuiz Ramadhan 
1.1 Peserta harus menjawab 25 soalan berkaitan Ramadhan yang telah disediakan.
1.2 Peserta harus membayar 10 sen untuk mendapatkan kertas soalan dan duit yang diberi akan disalurkan ke tabung ihya’ Ramadhan/Palestin
1.3 pertandigan akan diadakan pada 31/7/2012 dan 1/8/2012 bermula selepas tarawih.
1.4 Masa diberi selama 1 jam untuk menjawab soalan
1.5 Peserta diminta untuk membawa alat tulis sendiri.
1.6 Semua peserta diminta berkumpul disurau sebelum masa pertandingan
1.7 Keputusan adalah berdasarkan soalan yang betul paling terbanyak. Keputusan Hakim adalah muktamat.
1.8 Penyertaan untuk satu set soalan adalah hanya untuk satu orang.
1.9 Untuk penyertaan boleh berhubung dengan 
Muslimin : Muhammad Nurdin Haikal Bin Ab Latif (Alfarabi 104)
Muslimat: ZuliaSofy Binti Zakaria(CL 413 KKTM)



* Keputusan juri adalah muktamad. Pertandingan ini tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh PERDIQMA. Sebarang perubahan akan kemaskini.


25 Julai 2012

#SAVE MARYAM


Save Maryam - Secure the Islam of Indonesia

Donating to the Save Maryam campaign is a phenomenal way to propel ajr-accumulation this Ramadan. We are looking for 5000 people from across the world to donate $400. If we can acquire this, we will lay the foundations for the future of the biggest coordinated Dawah campaign of Indonesia in history.
No donation is too little or too great for this cause; however much you donate, it truly makes a difference. Investing in this campaign put simply is a deed that is beloved to the One whose name you are seeking to raise in Indonesia once again.
Allah, the Lord of The Worlds has said, "Whatever good you do, God is aware of it.” (Quran, 2:215). Therefore we value every dollar you give or wish you could give. Our target is 5000 people from across the world donating $400, but whatever you can donate is something we will honor, welcome and look forward to using in reviving the Islamic spirit.

Where will your money go?

Our approach is to start with one state and work our way across it, one town at a time. We plan to start in Jogjakarta, a place that is the cultural capital of Indonesia, and a place where multiple missionary organisations have settled.
Maryam
Muslim Youth TV
We will launch the first free to air Islamic TV channel for the masses with a reach of 5 million people. Our host city, Jogjakarta, is a city that spans 32.5km, and has a demographic so diverse that it is known as one of the most heterogeneous cities in Indonesia. To do this we need to secure:
  • Acquisition
  • Licensing
  • 24 Month Production
  • 24 Month Staffing
Maryam
Indonesian Youth Helpline
Launch the first helpline for Muslim youth helpline to reach out to the needs and requirements of our youth.

  • Call Centre/Helpline Setup
  • 24 Months Building Rental
  • 24 Months Staffing; >24 staff
Indonesia Micro-Credit
Launch the first Islamic micro-credit facility to help support those in need with a hunger for independence.
  • Establishment of Facility
  • 24 Months Staffing
  • 24 Months Promotion






We need your support to make this a reality. Do something amazing, donate now.

Please Donate Today!



24 Julai 2012

MU'TAMAR PERDIQMA KALI KE-3 SESI JULY-DIS 2012

Bersyukur kehadrat Allah S.W.T atas keberkatan dan keredhaan-Nya,pihak PERDIQMA telah  mengadakan MU'TAMAR buat kali ke- 3 yang telah berlangsung pada 19 Julai  2012 bersamaan 29 syaaban 1434 bagi sesi July-Disember 2012. MU'TAMAR singkatan daripada Majlis Ukwah Tahunan dan Mesyuarat Agung PERDIQMA bertujuan pemberitahuan secara terperinci tentang PERDIQMA  itu sendiri dan untuk mengeratkan silatulrahim antara ahli perdiqma bersama-sama Ajk Tertinggi  dan  Alumni PERDIQMA.

Antara ahli yang hadir.

Majlis ini dimulakan seawal jam 9.30 malam yang dipengerusikan oleh Saudara Nordin Haikal dan bacaan doa oleh saudara Azmil Ulya Mesyuarat diteruskan dengan  ucapan daripada presiden PERDIQMA saudara Danial Ifran serta menerangkan serba sedikit tentang PERDIQMA seterusnya memperkenalkan Ajk Tertinggi PERDIQMA kepada semua ahli yang hadir  pada malam  tersebut. Beliau juga telah memberikan kata-kata semangat kepada semua ahli baru.  Seterusnya satu tayangan video mengenai "ramadhan is coming" yang dihasilkan sendiri oleh pimpinan PERDIQMA.

Anda ingin menyaksikan video tersebut sila view video di bawah.Semoga mendapat manfaat:

Selepas itu, majlis  diteruskan lagi dengan ucapan daripada wakil Alumni iaitu saudara Aizudin dan Presiden Alumni  iaitu Saudara Ikwan yang memberikan beberapa nasihat dan semangat kepada semua yang hadir pada malam tersebut. 

 Ucapan dari Saudara Aizudin wakil dari Alumni PERDIQMA

 Ucapan dari Presiden Alumni PERDIQMA Saudara Ikhwan
 
Barisan pimpinan PERDIQMA yang istiqamah dalam perjuangan 

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua hadirin yang dapat meluangkan masa pada malam tersebut. Semoga Allah s.w.t membantu orang yang menolong agama-Nya serta mengukuhkan tapak pendirian orang yang berkenaan. Amin Ya Rabbal Alamin.

Firman Allah S.W.T::

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ

"Wahai orang-orang mu'min, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." 
(Muhammad:7).




21 Julai 2012

Apakah Mohor Besar Raja-Raja Melayu?

MOHOR BESAR RAJA-RAJA

Mohor Besar Raja-Raja disimpan dan digunakan oleh Penyimpan Besar Raja-Raja seperti diperuntukan oleh seksyen 4 dalam Jadual Kelima Perlembagaan Persekutuan.

Terdapat dua Mohor Besar yang disimpan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja. Mohor Besar yang pertama berukuran 51 cm panjang, 22 cm lebar, 52 cm tinggi dan seberat 93 kg. Manakala Mohor Besar yang kedua berukuran 51 cm panjang, 14 cm lebar, 35.5 cm tinggi dan seberat 38kg. Mohor Besar yang kedua ini lebih mudah dibawa ke luar pejabat apabila perlu.


Permukaan Mohor Besar mengandungi jata kerajaan sembilan Negeri Melayu serta tertulis perkataan “Mohor Besar Raja-Raja Negeri Melayu” dalam huruf jawi. Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali keempat pada 31 Ogos 1948 telah bersetuju menerima corak pada Mohor Besar Raja-Raja yang digunakan sehingga ke hari ini.

Kedua-dua Mohor Besar Raja-Raja dibuat di England pada tahun 1949 dengan kos GBP 211.10

FUNGSI MOHOR BESAR RAJA-RAJA

Mohor Besar ini melambangkan kuasa dan hak institusi Majlis Raja-Raja. Ia melambangkan kuasa kerana ia terbit daripada sebuah badan yang teragung di Negara ini. Surat cara yang dimeterai dengan Mohor Besar melambangkan kepercayaan dan kuasa. Ia melambangkan kadaulatan surat cara tersebut. Mohor membuktikan kesasihan asal usul sesuatu surat cara.



Mohor Besar Raja-Raja


Oleh sebab kesan terapan daripada Mohor Besar akan merubahkan tekstur kertas, maka cap mohor ini dapat bertahan lebih lama daripada “cop getah” yang menggunakan dakwat yang tertera pada permukaan surat cara.



* Pengumuman tahun ini dibacakan oleh Datuk Syed Danial Syed Ahmad, penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu yang baru. Beliau menggantikan Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah yang bersara setelah memegang jawatan sejak 1989.

Sumber: Blog Serius



20 Julai 2012

SELAMAT PULANG KE KPM BERANANG DAN SALAM NISFU SYA'ABAN

Alhamdulillah,bersyukur kehadrat Allah S.W.T keranan dengan izin-Nya kita dapat bersama-sama berada pada bulan Julai dan baru sahaja kita bersama-sama menikmati Nisfu Syaaban. Subhanallah. Bila disebut bulan Nisfu Syaaban ni,ramai yang bertanya, apa sebenarnya hari ini diraikan? saya terkelu seketika tidak tahu bagaimana untuk menjawab. tapi tidak mengapa, sedikit sebanyak ilmu dapat saya sampaikan melalui blog ini. InsyaAllah.
Nisfu di dalam bahasa arab bermaksu separuh. Nisfu Syaaban bererti separuh bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam 15 Syaaban ialah pada waktu siangnya ialah 14 haribulan Syaaban.Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita yang selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban akan bermula pada 14 sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib).

Selamat Datang saya ucapkan kepada semua pelajar baru semester ini dan tidak lupa kepada semua pelajar-pelajar lama,tingkatkan prestasi di semester ini dan buangkan kekecewaan didalam hati. semoga Allah memberi kita semua kekuatan yang baru dalam menerima ilmu dan disampaikan kepada yang lain. Semoga hari ini lebih baik dari semalam,hari esok lebih baik dari hari ini dan hari yang seterusnya lebih baik dari hari-hari yang telah datang. InsyaAllah. Assalamualaikum.

Danial Ifran Khairuddin
Presiden PERDIQMA 2012


PUASA BUKAN SEKADAR TIDAK MAKAN

Puasa merupakan ibadah yang sangat dicintai Allah ta'ala. Hal ini sebagaimana tersebut dalam sebuah hadis dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Puasa merupakan ibadah yang sangat dicintai Allah ta'ala. Hal ini sebagaimana tersebut dalam sebuah hadis dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَىسَبْعِمِائَةِ ضِعْفٍ. قَالَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ: إِلاَّ الصَّوْمَ، فَإِنَّهُ لِيْ وَأَنَا أَجْزِي بِهِ، يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِي
Setiap amalan anak Adam akan dilipatgandakan pahalanya, satu kebaikan akan berlipat menjadi 10 kebaikan sampai 700 kali lipat. Allah ta'ala berkata: 'Kecuali puasa, maka Aku yang akan membalas orang yang menjalankannya kerana dia telah meninggalkan keinginan-keinginan hawa nafsunya dan makannya kerana Aku'
(Hadith riwayat Imam Muslim)


Hadis di atas dengan jelas menunjukkan betapa tingginya nilai puasa. Allah ta'ala akan melipatgandakan pahalanya bukan sekedar 10 atau 700 kali lipat namun akan dibalas sesuai dengan keinginan-Nya Ta'ala. Padahal kita tahu bahwa Allah ta'ala Maha Pemurah, maka Dia tentu akan membalas pahala orang yang berpuasa dengan berlipat ganda.

Hikmah dari semua ini adalah sebagaimana tersebut dalam hadis, bahwa orang yang berpuasa telah meninggalkan keinginan hawa nafsu dan makannya kerana Allah Ta'ala. Tidak nampak dalam zahirnya dia sedang melakukan suatu amalan ibadah, padahal sesungguhnya dia sedang menjalankan ibadah yang sangat dicintai Allah ta'ala dengan menahan lapar dan dahaga. Sementara di sekitarnya ada makanan dan minuman.

Di samping itu dia juga menjaga hawa nafsunya dari hal-hal yang boleh membatalkan puasa. Semua itu dilakukan kerana mengharapkan keredaan Allah Ta'ala dengan meyakini bahwa Allah Ta'ala mengetahui segala gerak-gerinya.

Di antara hikmahnya juga ialah kerana orang yang berpuasa sedang mengumpulkan seluruh jenis kesabaran di dalam amalannya. Yaitu sabar dalam taat kepada Allah Ta'ala, dalam menjauhi larangan, dan di dalam menghadapi ketentuan taqdir-Nya Ta'ala. Allah Ta'ala berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya akan dipenuhi bagi orang-orang yang sabar pahala mereka berlipat ganda tanpa perhitungan." (Az-Zumar: 10)




15 Julai 2012

Refleksi Ramadhan

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Alhamdulillah syukur kita masih diberi nikmat kehidupan bersama dengan nikmat islam dan iman semoga kita senantiasa mendapat perlindungan dan rahmat dari Allah. Tunjukkanlah rasa syukur pada Allah dengan menjalankan segala suruhan dan tegahan-Nya serta memberi sedikit ruang masa kehidupan didunia ini dengan beribadat pada-Nya tanda syukur kita pada-Nya.

Tanpa kita sedari, kita sudah diambang bulan Ramadhan, bulan yang dinanti umat Islam seluruh dunia. Jika kita merasai Ramadhan yang lalu, ini bermakna sudah setahun masa berlalu setelah Ramadhan. Saya mengajak sahabat sekalian mari kita bermuhasabah sejenak, selepas kita melalui proses tarbiah Ramadhan yang lepas, adakah ia memberi kesan terhadap diri kita? Apakah penghijrahan diri yang berlaku terhadap diri kita?

Jika dengan datangnya Ramadhan itu memberi kesan terhadap diri kita, maka ucapkanlah kata syukur pada Allah kerana memberi hidayah dan memperkukuhkan iman terhadap diri. Tetapi bagaimana jika tiada? Ayuh kita refleksi diri kita, mengapakah Ramadhan yang hadir sebagai tarbiah dalam diri tidak memberi kesan terhadap diri.



Sedia maklum, bahawasanya ibadat khusus Ramadhan adalah berpuasa; iaitu menahan lapar dan dahaga serta nafsu. Namun adakah kita menitik beratkan soal itu? Mungkin sebilangan dari kita menganggap bahawa puasa itu tidak makan dan minum, tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa dari selepas subuh dan maghrib. Jika kita juga beranggapan sedemikian, maka kita antara orang yang rugi. Bagaimana kita hendak mencapai kenikmatan Ramadhan itu sedangkan kita langsung tidak mengambil kesempatan keberkatan bulan itu.

 "Kalaulah umatku tahu tentang kebaikan bulan ramadhan mereka pasti mengharapkan biarlah ramadhan itu sepanjang tahun". (Riwayat At-Tabrani)

Namun apakah umat Islam hanya bersedia melakukan ibadah puasa sekadar menahan diri daripada makan dan minum mengikut waktu yang ditetapkan sahaja, tetapi pada masa yang sama segala perbuatan-perbuatan yang keji masih diteruskan sekalipun ketika berpuasa?. Itu bukan amalan puasa yang dituntut Islam. Marilah kita sama-sama memahami maksud hadis nabi S.A.W:

"Bukanlah puasa namanya, hanya sekadar tidak makan dan tidak minum, tetapi puasa yang sebenar ialah menahan diri daripada perkara yang sia-sia dan bercakap kotor (keji), sekiranya ada orang yang memaki hamun kamu atau memperbodohkan kamu, maka katakanlah padanya sesungguhnya aku ini berpuasa". (Riwayat Ibnu Huzaimah, Ibnu Hibban dan Al-Hakim)
 
Kesilapan lain yang dilakukan oleh umat Islam sekarang adalah lebih memberatkan ibadat puasa dari ibadat wajib lain seperti solat. Mereka berpuasa seperti biasa namun tidak menunaikan solat. Sedangkan bahawasanya Rasulullah bersabda:

Diriwayatkan daripada Tamim al-Dari, Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Perkara yang mula-mula sekali akan dihisab seorang hamba itu dengannya pada hari kiamat ialah solat. Jika dia melaksanakannya dengan sempurna, maka ditulis baginya ganjaran solatnya yang sempurna itu. Namun jika dia tidak melaksanakannya dengan sempurna, Allah s.w.t berfirman kepada para malaikat: 'Lihatlah, adakah kamu mendapati bagi hambaku ini solat sunat (yang dikerjakannya)? Maka sempurnakanlah apa yang kurang pada solat  fardu itu dengan solat sunat (yang dikerjakannya).' Kemudian, amalan zakat pula (akan dihisab), seterusnya amalan-amalan yang lain juga akan dilakukan sedemikian rupa." (Riwayat Imam Ahmad)


Perlulah kita mengamati kembali rukun Islam yang seharusnya menjadi rukun hidup kita, tanpa kita mengabaikan satu darinya pun. Kita seharusnya sedar dan bersyukur kerana dilahirkan sebagai Islam tanpa perlu berusaha. Dan maka sedarilah apakah peranan diri kita untuk menjadi mukmin yang sejati. Kita mahukan syurga di akhirat nanti, tetapi apakah usaha kita untuk kearahnya. Adakah ianya akan datang dengan sendiri kepada kita tanpa usaha dari diri kita.

Nabi bersabda:

"Berapa banyak orang yang berpuasa, tiadalah dapat dari puasa itu melainkan lapar dan dahaga"

Apabila kita berpuasa bermakna jumlah makan minum semakin berkurangan. Kalau kita tidak berpuasa kita akan makan sekurang-kurangnya 3 kali sehari iaitu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Dengan berpuasa kita hanya makan dua kali sehari iaitu sewaktu bersahur dan berbuka puasa. Ini bermakna kita tidak perlu berbelanja yang banyak boleh berjimat cermat. Apatah lagi dalam keadaan hari ini barang-barang keperluan harian semakin hari semakin bertambah mahal.



 

Tetapi apabila lapar semua makanan dan minuman dirasakan sedap dan lazat. Itu semua adalah kerana dorongan nafsu. Sewaktu pergi membeli juadah berbuka puasa di bazar ramadan, dengan makanan dan minuman yang beraneka, rasanya semua jenis juadah hendak dibeli sedangkan apabila kita makan nanti, kita hanya mampu makan sebagaimana waktu kita tidak berpuasa juga. Akhirnya akan berlaku pembaziran sedangkan pembaziran itu amat dilarang kerana mensia-siakan harta. 

Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Israk ayat 27:

"Sesungguhnya membazir itu adalah sahabat syaitan"

Membeli pakaian yang baru untuk diri dan keluarga adalah digalakkan. Ini kerana, disebut dalam kitab fiqh bahawa sunat memakai pakaian yang terbaik sewaktu pergi mendirikan solat Aidul Fitri. Bila sebut yang terbaik termasuk yang baru atau lama tetapi sesekali dipakai. Perlu diingat tidak perlu berlebih-lebihan sehingga berlaku pembaziran. Yang penting berbelanja  mengikut kemampuan dan keperluan.

Biasanya bila menjelangnya  hari raya atau hari-hari perayaan yang lain terdapat berbagai-bagai promosi dan diskaun potongan harga yang ditawarkan menggugat keimanan dan kemampuan kita. Jangan sampai terpengaruh dan terpedaya dengan harga yang ditawarkan padahal jika kita adalah pengguna yang bijak sepatutnya kita telah membuat perbandingan harga sebelum dan semasa musim perayaan, samada ia adalah memang tawaran yang menguntungkan atau  satu perangkap peniaga yang mengambil kesempatan untuk meraih keuntungan yang berlebihan.

Berbelanja secara berlebih-lebihan untuk menyambut hari raya dengan menukar perabut, perkakas rumah, hiasan rumah, kenderaan termasuk kuih-muih apatah lagi mercun sangat bertentangan dengan semangat dan roh ramadhan  sekiranya terpaksa berhutang dan bergolok bergadai lebih-lebih lagi dengan niat untuk bermegah-megah.

Apa yang penting ialah pengisian ramadhan itu dilakukan bagi mencari rahmat, keampunan dan pembebasan dari api neraka selama sebulan sedangkan menyambut kemenangan ramadhan pada hari raya hanya sehari tetapi ramai dikalangan kita yang merasa seolah-olah puasa ramadhan  hanya sehari tetapi hari raya seperti sebulan.

Setahun yang berlalu dan kini menjelma kembali, adakah kita mahukan ia sama sahaja seperti tahun-tahun yang berlalu. Jadikanlah tahun ini transformasi dalam diri dalam menjadi mukmin Islam yang sejati. Bukanlah kita mahukan satu perubahan yang drastik, tetapi perlahan dengan kemampuan diri serta istiqamah dalam amalan. Jangan jadikan Ramadhan ini berlalu dengan sia-sia lagi.

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...