Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog PERDIQMA KPMB

Islam Itu Indah

Dengar IKIM.fm Online

Dengar radio IKIM.fm secara online menerusi blog PERDIQMA

Like Facebook PERDIQMA

Sertai facebook PERDIQMA serta dapatkan info dan pengkongsian ilmu di laman fb PERDIQMA

24 November 2010

Kenangan Sepanjang Program Hari Raya Aidil Adha @ KPMB


Pada 17 November 2010 yang  lalu, Pihak PERDIQMA , MPP, Kamsis dan seluruh warga KPMB telah bekerjasama untuk mengadakan program Sambutan Hari Raya Aidil Adha di KPMB. Untuk makluman, ini adalah kali pertama KPMB mengadakan sambutan Hari Raya Aidil Adha di Kolej berikutan cuti Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini jatuh pada minggu peperiksaan.


Program yang diadakan ini berlangsung cukup meriah walaupun pelajar yang meraikan sambutan raya tidak dapat pulang ke kampung halaman masing-masing. Program pada hari tersebut  dimulakan dengan bertakbir pada jam 7.30 pagi - 8.30 pagi dengan suasana yang cukup syahdu dan penuh perasaan. Kemudian para jemaah menunaikan solat Sunat Aidil Adha berjemaah ji Surau An-Nur dan seterusnya mendengar Khutbah Khas Aidil Adha yang bertajuk "Bagaimana Seharusnya Kita Berkorban" oleh Tinbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar; Ustaz Md Zan Bin Yausof. Antara kupasan dari khutbah tersebut ialah pengorbanan yang begitu hebat sanggup dilakukan oleh Nabi  Ibrahim yang sanggup mengorbankan Nabi Ismail demi mentaati perintah Allah SWT serta mengaitkan dengan pengorbanan yang seharusnya dilakukan oleh para pelajar dalam perjuangan mengejar cita-cita

Setelah tamat memberikan khutbah, program diteruskan dengan perutusan khas daripada ayahanda Dr Yatim Bin Nawai selaku Pengarah Kolej Profesional MARA Beranang. Ucapan ayahanda pada hari tersebut begitu menyentuh perasaan apabila bercerita tentang pengorbanan yang dilakukan oleh semua pelajar pada hari tersebut yang sanggup berjauhan dengan keluarga demi mengejar cia-cita walaupun pada sambutan Hari Raya dimana kebiasaannya keluarga berkumpul bersama-sama. Setelah tamat memberikan ucapan, majlis diteruskan dengan Jamuan Hari Raya yang diadakan secara buffet di dalam Surau An-Nur.

Kemeriahan majlis diteruskan dengan acara menyembelih seekor Kambing Biri-biri. Kambing yang mendapat nama timangan "Boboi" ini telah selamat disembelih oleh Ustaz Md Zan pada kira-kira jam 11.00 Pagi. Kemudian pada pelajar bekerjasama untuk melapah dan memotong daging untuk peram dan di bakar pada sebelah petang. 

Seusai solat fardu Asar di Surau An-Nur, para pelajar mula membakar daging kambing  diperkarangan Surau An-Nur.Majlis pada hari itu berakhir selepas Solat Fardu Maghrib dengan kenangan yang amat indah terutamanya kepada para pelajar yang bakal menamatkan pengajian pada semester ini. Sambutan Hari Raya Aidil Adha kali ini juga begitu menggamit kenangan buat kami semua warga Kolej Profesional MARA Beranang yang meraikannya di KPMB dengan kenangan yang pasti tidak akan dapat dilupakan.

Wajah-wajah ceria sepanjang program

" Boboi "yang pasti kan dirindui



15 November 2010

Program Aidil Adha @ KPMB


Buat pertama kalinya semenjak KPMB ditubuhkan, kita akan mengadakan Solat Sunat Aidil Adha di Surau An Nur KPMB. Solat Sunat Aidil Adha akan di imamkan oleh Ustaz Md Zan Bin Yausof. Solat Sunat akan bermula jam 8.00 Pagi. Selepas solat Sunat Aidil Adha, jamuan hari raya akan diadakan di Surau An-Nur. Setelah jamuan, semua hadirin dijemput untuk bersama-sama membantu melapah seekor kambing yang akan dikorbankan pada hari tersebut. Semua warga KPMB yang tidak dapat pulang ke kampung dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.

Tarikh: 17 November 2010
Lokasi: Surau An-Nur KPMB & Perkarangan Surau An-Nur
Waktu: 7.30 pagi - 10.00 malam

Tentatif Program:

7.30 Pagi: Takbir Raya
8.00 Pagi: Solat Sunat Aidil Adha & Khutbah Raya
9.00 Pagi: Jamuan Raya
10.00 Pagi: Sembelihan Kambing
10.30 Pagi: Gotong-royong melapah kambing
8.30 Malam: BBQ kambing bakar


14 November 2010

Perkongsian buat kaum hawa


Bukanlah bererti anda harus meninggalkan facebook atau menutup akaun anda. Bukan juga hanya untuk muslimah, tetapi muslimin juga. Semoga kita semua lebih menjaga dan berhati-hati dalam setiap tindakan kita. Renungi sejenak video ini:





Imam dan 20 sen




Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.


12 November 2010

Syaitan Itu Kreatif


Pernah satu ketika saya diminta belajar daripada syaitan oleh seorang yang ulama yang dihormati. Saya terkejut. Benarkah ini?

“Belajar tentang kreativiti dan inovasi syaitan menyesatkan manusia,” jelasnya.

Saya tersenyum. Ada kebenarannya. Syaitan begitu kreatif mencipta dan mempromosi kejahatan. Ada-ada sahaja cara dan jalannya. Tidak pernah kaku, jarang yang beku. Sentiasa ligat dan cepat. Sentiasa ada pembaharuan. Malangnya, acapkali orang yang memperjuangkan kebenaran…tidak se’dinamik’ dia. Tumpul kreativiti dan beku inovasi. Asyik-asyik yang semacam itu juga.


11 November 2010

7 petua bersahabat



1. SALING PERCAYA

Ini penting bagi memudahkan persahabatan.Jangan begitu percaya pada gosip yang diperkatakan oleh rakan-rakan yang lain. perlu selidiki kebenarannya dan tak perlu terburu-buru. Menjalin persahabatan yang kekal memang sukar.Apa yang penting ialah saling mempercayai kepada rakan masing-masing. Itulah kunci utama bagi mengekalkan persahabatan.Tanpanya, percayalah amat sukar untuk menemui seorang sahabat yang benar-benar karib.

2. SALING MEMAHAMI

Saling memahami bermaksud faham apa yang ada pada sahabat, dan memahami apa yang dikehendaki dan yang dibenci. Persahabatan adalah perlakuan yang mengerti akan kekurangan atau kelebihan yang ada pada sahabat. Ingat,jangan sampai berat sebelah kerana ia akan terasa bahawa dirinya seperti bukan sebahagian daripada persahabatan itu

3. SALING MEMBANTU

Kalau sudah bersahabat,pastilah saling membantu. Bukan setakat yang termampu dan tidak perlu sampai mengorbankan diri sendiri, tetapi jangan pura-pura tidak tahu masalah sahabat kerana mahu mengelak dari membantu.Tunjukkan bahawa kamu selalu bersedia membantu sahabat yang dalam kesusahan,kecuali dia memang tidak mahu pertolongan.

4. JUJUR DAN TERBUKA

Sebagai seorang sahabat harus bersikap jujur dan terbuka kepada pasangan anda.Tidak perlu menyembunyikan perasaan dalam diri sekiranya ada perlakuan yang tidak kena pada rakan.Yang penting tegurlah secara berbahasa walaupun terbukti salah pada pihaknya. Melalui teguran & nasihat persahabatan ini menjadi lebih murni.

5. SALING BERTOLAK ANSUR

Sekiranya ada masalah kecil tetapi menjadi satu pertelingkahan yang besar salah seorang perlu bertolak ansur demi menjaga kepentingan persahabatan.Tetapi sekiranya tetap berlaku bermakna persahabatan itu masih perlu sempurna dan perlu diperbaiki. Salah seorang daripada sahabat itu perlu pula menjadi orang tengah sebagai hakim yg boleh menyelesaikan masalah yg wujud.

6. SALING MENEPATI JANJI

Janji amat perlu ditepati kerana ia mempengaruhi persahabatan. Sekiranya terpaksa melewatkan janji dia perlu diberitahu seawal mungkin bagi mengelakkan penantian. Jangan lupa meminta maaf di atas di atas kegagalan menepati janji sekurang-kurangnya ia akan menyejuk hati walaupun sedikit terkilan.

7. SALING MENGHARGAI

Mentang-mentanglah dia sahabt sendiri, maka selalu saja mengkritik sahabat dan menyinggung perasaaan. Kebiasaan ini perlu dihindari kerana lama kelamaan akan mengurangkan rasa hormat sahabat pada kita. Hargai bentuk pendapat sahabat kita walaupun terdapat kesilapan tetapi selepas itu akan mudah untuk menegurnya kerana masing-masing faham tentang sikap masing-masing.

Moga-moga kita dapat besahabat & berhadapan dengan teman-teman kita dalam keadaan yang lebih baik. Amin


10 November 2010

10 Amalan Yang Terbalik


Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-



5 November 2010

Buatmu warga pendidik KPMB


Titipan khas buat mu warga pendidik KPMB:



GURU OH GURU
.
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


Nukilan SN Dato Usman Awang

Dipetik daripada buku antologi puisi Guru oh Guru yang
diselenggarakan oleh Zam Ismail terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP), Kuala Lumpur, 1989


2 November 2010

DOA-DOA PANDUAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

1. Klik pada gambar
2. Klik kanan
3. Save Image As…

4. Pilih lokasi penyimpanan






SEMOGA KEJAYAAN MENJADI MILIKMU TEMAN-TEMAN SEPERJUANGAN!!!
UCAPAN DARIPADA: PIMPINAN PERDIQMA


1 November 2010

REVISION + EXAM = HEADACHE



So you’ve got a few months left for your exams, or perhaps only a few weeks. This article aims to talk about how you can go about planning your revision and exam preparation. You may or may not agree with all, or some, of the things I say, this is ok, as you should use the method you feel comfortable with. If something different has worked for you then stick to that.
It needn’t be the case, just follow the directions to achieve great results every time, Insha’Allah.
  1. Always, always, always begin with Bismillah.
  2. Examine your niyaah (intention) and correct it if necessary.
  3. Honour your teachers no matter how strange their teaching methods seem to you. Respect and reverence for teachers are amongst the distinguishing marks of being a Muslim student.
  4. Begin making preparations well before the examinations begin. Plan out a REALISTIC timetable that will result in you having covered (or at least scanned) all the material well before your first exam. Use this final period to look at and attempt past exam papers and to compensate for any unforeseen delays.
  5. Use your teachers. If you have a problem, ASK!! You will find the vast majority of teachers only to happy too help (and inadvertently give out many heavy hints as to what’s on exam paper!)
  6. Always revise with a sheet of paper at hand so that you can build up a list of topics which you want to discuss with your teachers. DON’T rely on your memory. If you do, you will only be reminded when you are in the exam hall trying to answer a question on your forgotten queries.
  7. When revising make notes. It may seem as though you are just reproducing your notes, but persevere, believe it or not what you are doing is one of the most effective ways of revising.
  8. Give yourself regular breaks, but make sure that they don’t go on for longer than intended.
  9. Make sure you are unlikely to be disturbed whilst studying. This means turning off the TV and asking others to answer the phone. Discipline is pivotal to success.
  10. Turn off the radio. Listening to haram music takes the barakah (blessings) out of your studies. If you absolutely must listen to something try some nasheeds (Islamic Songs)
  11. Always iron out problems as soon as possible. If you don’t then you may well encounter problems when trying to understand the work that comes later.
  12. If you are getting frustrated and feel as though you are getting nowhere then try to take comfort that from the saying of the Prophet: “For him who embarks on a path of seeking knowledge, Allah will ease for him the way to Paradise.” .
  13. If you are having problems calming your nerves on exam day, remind yourself of the ultimate purpose of life and indeed the ultimate examination; before Allah (SWT) on the Day of Judgement. This should help you to put your present worries into context.
  14. Before you begin on the exam paper, take a couple of minutes out to supplicate to your Lord, asking Him to grant you success only on the condition that it’s good for your deen and patience in the event that it’s not. Then begin in the name of Allah.
  15. As you come out of the exam hall, remember to thank Allah if the exam went well. If however it didn’t go as well as you had hoped, put your trust in Him. Know that such things are sent to test us and are an opportunity for us to shed some of our sins and show our contentment with his divine decree.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...