Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog PERDIQMA KPMB

Islam Itu Indah

Dengar IKIM.fm Online

Dengar radio IKIM.fm secara online menerusi blog PERDIQMA

Like Facebook PERDIQMA

Sertai facebook PERDIQMA serta dapatkan info dan pengkongsian ilmu di laman fb PERDIQMA

27 Februari 2013

Minggu Kesenian Islam KPMB 2013

       
    Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,marilah kita semua memanjatkan sepenuh kesyukuran kehadrat Ilahi diatas segala perlindungan dan rahmat atas perjalanan minggu keseniaan islam . Alhamdulillah majlis kita berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Pada 19 Februari 2013 yang lalu PERDIQMA telah mengadakan Minggu Kesenian Islam (MKI)  di Kolej Profesional MARA Beranang. Fokus utama minggu kesenian Islam ini adalah untuk mencari bakat-bakat baru bagi mewakili kolej dalam pertandingan Nadwah Islamiah 2013 . Di antara pertandingan yang diadakan adalah tilawah Alquran, khutbah, hafazan , pidato, azan, debat dan nasyid bersempena Minggu Kesenian Islam ini . Alhamdulillah,  atas pertolongan-Nya, Minggu Kesenian Islam telah berjalan dengan lancar.
  Pada 19 Febuari 2013 sebanyak dua pertandingan telah dijalankan iaitu pertandingan tilawah dan hafazan. Juri pada malam itu ialah Ustaz Abduh dan Ustazah Idayu. Pertandingan telah berlangsung di surau Annur. Pertandingan tilawah telah dibuka penyertaannya kepada peserta lelaki sahaja manakala penyertaan terbuka untuk pertandingan hafazan.  Alhamdulillah penyertaan dari para pelajar amat memberangsangkan. Keesokannya  pula bersamaan 20 Februari 2013, sebanyak empat pertandingan pula dijalankan . Pertandingan tersebut ialah pertandingan pidato (penyertaan perempuan sahaja) yang berlangsung di Surau Annur dan dijurikan oleh Ustaz Wan Muzakir Wan Najmi, khutbah dan azan (penyertaan lelaki sahaja)  di dewan KPMB dan dijurikan oleh Ustaz Imran Ramzi dan pertandingan debat (penyertaan terbuka) yang berlangsung di LT2 dan dijurikan oleh Puan Zaida. 



   
   Semasa pertandingan debat dijalankan topik yang diberikan untuk dibahas adalah “Selebriti sebagai model terbaik” dan “Poligami menyelesaikan masalah andartu”. Pendebatan antara kumpulan lelaki dan wanita amat menarik perhatian kerana dihadiri begitu ramai para pelajar. Pendebatan yang sangat hangit berlangsung pada malam itu dan sedikit sebanyak dapat memberikan input kepada semua.


   Pada hari khamis bersamaan 21 Februari 2013  pula, pertandingan nasyid (penyertaan lelaki sahaja) diadakan di dewan KPMB dan dijurikan oleh Ustazah Hafidzah Mansor dan En. Firdaus . Sebanyak 3 kumpulan telah menyertai pertandingan nasyid iaitu kumpulan Outteam, Voice of Khalifah dan New. Subhanallah, para peserta sememangnya sangat berbakat. Juri jemputan juga telah dijemput pada malam itu iaitu En. Aisammuddin yang juga merupakan pelatih nasyid kolej kita. Setelah itu, majlis penutup dan penyampaian hadiah pula diteruskan pada malam tersebut. 

     
   Tetamu jemputan pada malam itu ialah Sir Shahari Md Zin, En. Aziz dan Ustaz Imran Ramzi. Sedikit kata-kata aluan disampaikan oleh Ustaz Imran bagi menutup majlis   Minggu Kesenian Islam KPMB 2013. Diucapkan tahniah kepada semua pemenang dan semua yang melibatkan diri dalam setiap pertandingan. InsyaAllah dengan adanya program seperti ini dapat menonjolkan beberapa bakat para pelajar yang berteraskan keislaman. Semoga dengan adanya program keislaman seperti ini, para pelajar semakin berminat untuk menonjolkan bakat masing-masing serta berdakwah di jalan Allah SWT. Syukran buat semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program minggu keseniaan islam. InsyaAllah kita semua akan mendapat faedahnya diatas apa yang dilakukan.Amin.















  





  




 









18 Februari 2013

GUIDELINE PERTANDINGAN MINGGU KESENIAN ISLAM KPMB 2013










1. PERTANDINGAN NASYID

1.1    Syarat-Syarat Penyertaan

(a)    Setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada 4-10 ( minimum 4 orang dan maksimum 10  orang termasuk  pemain muzik) orang peserta.
(b)    Hanya peserta lelaki dibenarkan mengambil bahagian.
(c) Peserta  hendaklah hadir di tempat pertandingan 15 minit sebelum pertandingan bermula untuk tujuan pendaftaran,  pengesahan pertandingan dan undian giliran.

1.2    Peraturan-Peraturan

(a)        LAGU

(i)    Setiap kumpulan nasyid hendaklah mempersembahkan dua buah lagu. Peserta boleh menggunakan lagu nyanyian artis nasyid tanah air ataupun mengubah suai  lirik lagu kepada konsep ketuhanan dan keislaman.
(ii)    Lagu berkenaan hendaklah disampaikan dalam masa tidak lebih dari 15 minit sahaja.
(iii)    Lagu-lagu yang berentak Rock, Heavy Metal dan Rap tidak dibenarkan sama sekali untuk pertandingan ini.
(iv)    Senikata lagu hendaklah dalam bahasa Melayu, atau Inggeris atau Arab atau gabungan bahasa-bahasa tersebut.
(v)    Lirik lagu hendaklah berunsur nilai-nilai murni Islam yang bertujuan untuk memupuk semangat dakwah Islamiah, kehidupan sejahtera, membanteras masalah-masalah sosial seperti budaya ber”couple”, meningkatkan nilai-nilai kemanusiaan sejagat dan lain-lain.
(vi)    Lirik lagu hendaklah diserahkan bersama penyertaan pertandingan kepada urusetia pertandingan. ( semasa pendaftaran)
vii)    Konsep lagu adalah bebas sama ada irama padang pasir atau kontemporari.

(b)        MUZIK

(i)    Kaedah minus one adalah dibenarkan di dalam pertandingan ini. Oleh yang demikian, setiap kumpulan perlu menyediakan CD (MP3) atau kaset sendiri bagi kaedah tersebut. Penyerahan CD atau kaset minus one juga perlu diserah kepada Urusetia Pertandingan pada masa pertandingan.
(ii)    Setiap kumpulan juga dibenarkan menggunakan alat muzik yang dibenarkan sahaja. Peralatan seperti drum, alat muzik yang bertiup dan gitar elektrik tidak dibenarkan (Classic guitar dan keyboard dibenarkan).
(iii)    Pihak penganjur tidak menyediakan sebarang peralatan muzik untuk setiap kumpulan. Oleh yang demikian, setiap kumpulan dikehendaki menyediakan peralatan sendiri dari kolej masing-masing.

1.3    Penghakiman

(a)    Pertandingan akan dihakimi oleh seorang hakim.
(b)    Keputusan jemaah hakim adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan
(c)    Penghakiman adalah berdasarkan pada aspek-aspek berikut:
(i)    Mutu Suara           60     markah
(ii)   Persembahan        20     markah
(iii)  Gaya                     20    markah
(iv)  Mesej                    20    markah
(v)    Lirik                     30    markah
        Jumlah                150     markah

(d)    Mutu Suara meliputi kemantapan dan kemerduan suara.
(e)    Persembahan meliputi susun atur, keunikan dan kreativiti persembahan.
(f)    Gaya meliputi pakaian, kekemasan dan kesesuaian gaya dengan nasyid yang disampaikan.
 (g)    Lirik yang bersesuaian dengan tema dan tiada unsur yang bercanggah dengan syariat.
   
1.4    Pakaian 

Pakaian peserta hendaklah bersopan sesuai dengan nilai-nilai Islam.




2. PERTANDINGAN PIDATO

2.1    Peserta Pertandingan
(a)    Terbuka kepada semua pelajar muslimat KPMB.

2.2    Syarat Dan Peraturan Pertandingan
(a)    Tajuk pidato adalah bebas.
(b)    Setiap peserta hendaklah memakai baju sopan yang lengkap dan menutup aurat dengan sempurna.
(c)    Dua salinan teks hendaklah disediakan untuk urusetia dan juri dan peserta tidak dibenarkan merujuk teks semasa berpidato.
(d)    Pidato hendaklah dijalankan dalam bahasa Melayu, atau Inggeris atau Arab atau gabungan bahasa-bahasa tersebut.
(e)    Peserta pidato  hendaklah hadir di tempat pertandingan 15 minit sebelum pertandingan bermula untuk tujuan pendaftaran,  pengesahan pertandingan dan undian giliran.
(f)    Setiap peserta diberi masa 3 minit untuk menyampaikan syarahan masing-masing.
(g)    Masa dikira sebaik sahaja peserta memulakan ucapan.
(h)    Loceng akan dibunyikan sekali satu minit sebelum masa tamat dan dua kali bila masa tamat. Markah tidak akan diberikan kepada hujah-hujah yang dikemukakan selepas loceng penamat dibunyikan.
 (i)    Peserta tidak dibenarkan menunjukkan aksi yang kurang sopan atau mengucapkan perkataan kasar dan kurang manis.
 (j)    Peserta tidak dibenarkan menyentuh isu-isu sensitif mengenai peribadi seseorang, isu perkauman, kebudayan dan isu politik kepartian yang boleh menggugat keselamatan negara. Markah akan ditolak empat markah dan maksima dua puluh  markah bagi keseluruhan markah isi.
(k)    Sekiranya berlaku sebarang gangguan terhadap peserta semasa pertandingan berlansung seperti pitam, Pengerusi Pertandingan boleh menangguhkan pertandingan syarahan sehingga lima belas minit. Peserta akan diisytiharkan kalah sekiranya tempoh tersebut berakhir.

2.3    Pemarkahan
(a)     Suara                                            30 Markah 
(b)     Isi                                                  40 Markah
(c)     Teknik                                           45 Markah
(d)     Mesej                                            35 Markah
Jumlah markah keseluruhan                 150 Markah

2.4    Penghakiman
(a)    Panel hakim pertandingan syarahan adalah terdiri dari 3 orang hakim pertandingan termasuk seorang Ketua Hakim.
(b)    Ketua Hakim akan bertanggung jawab untuk :
(iv)    Menyatakan keputusan pertandingan.
(v)    Memberi komen dan nasihat yang membina kepada peserta syarahan  dan penonton sekiranya perlu.
(vi)    Keputusan Panel hakim adalah muktamad.



3. PERTANDINGAN KHUTBAH

3.1    Peserta Pertandingan

(a)    Terbuka kepada semua pelajar muslimin KPMB.

3.2    Syarat Dan Peraturan Pertandingan

 (a)   Setiap peserta hendaklah memakai baju sopan yang lengkap.
(c)    Khutbah dijalankan dalam hendaklah dalam bahasa Melayu, atau Inggeris atau Arab atau gabungan bahasa-bahasa tersebut.
(d)    Peserta khutbah  hendaklah hadir di tempat pertandingan 15 minit sebelum pertandingan bermula untuk tujuan pendaftaran,  pengesahan pertandingan dan undian giliran.
(e)    Setiap peserta diberi masa 3 minit untuk menyampaikan khutbah masing-masing.
(f)    Masa dikira sebaik sahaja peserta memulakan ucapan.
(g)    Peserta hanya boleh menyampaikan khutbah mengikut teks yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
(h)    Loceng akan dibunyikan sekali satu minit sebelum masa tamat dan dua kali bila masa tamat. Markah tidak akan diberikan kepada hujah-hujah yang dikemukakan selepas loceng penamat dibunyikan.
 (i)    Peserta tidak dibenarkan menunjukkan aksi yang kurang sopan atau mengucapkan perkataan kasar dan kurang manis.
(j)    Peserta tidak dibenarkan menyentuh isu-isu sensitif mengenai peribadi seseorang, isu perkauman, kebudayan dan isu politik kepartian yang boleh menggugat keselamatan negara. Markah akan ditolak empat markah dan maksima dua puluh  markah bagi keseluruhan markah isi.
(k)    Sekiranya berlaku sebarang gangguan terhadap peserta semasa pertandingan berlansung seperti pitam, Pengerusi Pertandingan boleh menangguhkan pertandingan khutbah sehingga lima belas minit. Peserta akan diisytiharkan kalah sekiranya tempoh tersebut berakhir.

3.3    Pemarkahan
(a)     Suara                                 30 Markah 
(b)     Gaya                                 40 Markah
(c)     Teknik                               45 Markah
(d)     Kekemasan Diri                35 Markah
Jumlah markah keseluruhan     150 Markah

3.4    Penghakiman

 (a)    Ketua Hakim akan bertanggung jawab untuk :
(iv)    Menyatakan keputusan pertandingan.
(v)    Memberi komen dan nasihat yang membina kepada peserta syarahan  dan penonton sekiranya perlu.
(vi)    Keputusan Panel hakim adalah muktamad.



4. DEBAT 

4.1    Penyertaan

(a)        Terbuka kepada semua penuntut kolej (Persatuan/Kumpulan sendiri).
(b)        Setiap kumpulan hendaklah mempunyai 3 peserta sahaja.
(c)        Ahli kumpulan boleh terdiri dari anggota sama jantina sahaja.
(d)        Penyertaan terhad kepada 8 persatuan/kumpulan yang mendaftar terawal (4 kumpulan lelaki & 4 kumpulan perempuan).
(e)        2 kumpulan yang berjaya ke peringkat akhir akan dipilih untuk Debat Siswa pada 28 Mac 2013.

4.2    Pertandingan

a)      Kumpulan akan diberi topik untuk diperdebatkan.
b)      Cara pertandingan adalah kumpulan lelaki akan berdebat dengan kumpulan perempuan di peringkat akhir.
c)      Terdapat 6 pusingan dan masa yang ditetapkan untuk setiap pusingan ialah 20 minit sahaja ( 3 minit setiap seorang, 1 minit penggulungan bagi setiap kumpulan).

4.3    Penghakiman

(a)    Penghakiman dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Tajwid, Tarannum dan kelancaran.
(b)    Pecahan markah untuk setiap bahagian adalah seperti berikut:
(i)      Isi                                               60 markah
      (ii)    Gaya                                           15 markah
(iii)    Bahasa                                       20 markah
(v)    Adab                                             5 markah
                    Jumlah markah keseluruhan       100 markah

4.4     Penentuan pemenang

(a)     Peserta yang mendapat jumlah markah tertinggi akan menyandang tempat pertama dan seterusnya.
(b)    Keputusan panel hakim adalah muktamad.



 5. PERTANDINGAN HAFAZAN: (Al-Mulk, Al Waqiah @ Sajadah)

5.1    Penyertaan

(a)    Syarat-syarat Penyertaan:
(i)                 Hanya pelajar yang berdaftar secara sah sahaja layak menjadi peserta. Urusetia Pertandingan boleh membatalkan penyertaan peserta yang tidak menepati syarat ini.
(ii)               Terbuka kepada semua pelajar KPMB

(b)    Pakaian:
(i)    Peserta lelaki dikehendaki berpakaian sopan yang lengkap.
(ii)    Peserta perempuan dikehendaki berbaju kurung lengkap menutup aurat yang sempurna

5.2    Pertandingan

(a)    Peserta akan diberi pilihan untuk memilih satu dari surah berikut: (Al-Mulk, Al Waqiah atau Sajadah).
(b)   Cara pertandingan adalah berdasarkan konsep “Tebuk” di mana ketua hakim akan memilih mana-mana ayat dari surah yang telah dipilih oleh peserta dan membacakan ayat tersebut. Peserta juga akan disoal 5 soalan dari Surah Lazim. Peserta dikehendaki mengulang bacaan dan menyambung hafalan pada ayat seterusnya sehingga diminta berhenti oleh hakim.  Kelancaran bacaan, hukum tajwid, fasohah dan suara adalah diambil kira.

5.3    Penghakiman

(a)    Penghakiman dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Tajwid, Fasohah dan suara
(b)    Pecahan markah untuk setiap bahagian adalah seperti berikut:
(i)      Bahagian Tajwid             50 markah
 (ii)    Bahagian Fasohah         25 markah
(iii)    Bahagian Suara             25 markah
Jumlah markah keseluruhan     100 markah

5.4      Penentuan pemenang
(a)     Peserta yang mendapat jumlah markah tertinggi akan menyandang tempat pertama dan seterusnya.
(b)    Keputusan panel hakim adalah muktamad.



 6. PERTANDINGAN TILAWAH

6.1    Penyertaan

(a)        Syarat-syarat Penyertaan:
(i)        Hanya pelajar yang berdaftar secara sah sahaja layak menjadi peserta. Urusetia Pertandingan boleh membatalkan penyertaan peserta yang tidak menepati syarat ini.
(ii)      Terbuka kepada semua pelajar muslimin KPMB

(b)        Pakaian:
(i)          Peserta dikehendaki berpakaian sopan yang lengkap.

6.2    Pertandingan

(a)        Peserta akan bebas untuk memilih surah yang akan dibaca.
(b)        Cara pertandingan adalah peserta dikehendaki membacakan ayat yang dipilih sendiri dalam masa yang diberikan  iaitu 5 minit. Kelancaran bacaan, hukum tajwid, tarannum dan suara adalah diambil kira.

6.3     Penghakiman

(a)    Penghakiman dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Tajwid, Tarannum dan kelancaran.
(b)   Pecahan markah untuk setiap bahagian adalah seperti berikut:
(i)     Bahagian Tajwid                  50 markah
(ii)   Bahagian Kelancaran           25 markah
(iii) Bahagian Tarannum            25 markah
Jumlah markah keseluruhan     100 markah

6.4      Penentuan pemenang
(a)    Peserta yang mendapat jumlah markah tertinggi akan menyandang tempat pertama dan seterusnya.
(b)   Keputusan panel hakim adalah muktamad.






7. PERTANDINGAN AZAN

7.1    Penyertaan

(a)    Syarat-syarat Penyertaan:
(i)     Hanya pelajar yang berdaftar secara sah sahaja layak menjadi peserta. Urusetia Pertandingan boleh membatalkan penyertaan peserta yang tidak menepati syarat ini.
(ii)   Terbuka kepada semua pelajar muslimin KPMB sahaja.

(b)   Pakaian:
(i)     Peserta lelaki dikehendaki berpakaian sopan yang lengkap.


7.2    Tata Cara Pertandingan

Format persembahan :
Mengikut disiplin Azan yang betul

7.3    Penghakiman
(a)    Fasohah/Sebutan                         30 Markah 
(b)   Alunan Lagu                               40 Markah
(c)    Suara                                           30 Markah
      Jumlah markah keseluruhan     100 markah


7.4    Penentuan pemenang
(a)    Peserta yang mendapat jumlah markah tertinggi akan menyandang tempat pertama dan seterusnya.
(b)   Keputusan panel hakim adalah muktamad.



PENYERTAAN SEMUA PELAJAR KPMB ADALAH TERAMAT SANGAT DIGALAKKAN.
                  MAJULAH ISLAM UNTUK NEGARA . ALLAHUAKBAR !!



9 Februari 2013

MAJALAH JOM , SNACK FOOD PILIHAN KAMI ! ...........SNACK FOOD ??


     SNACK FOOD ?

Assalamualaikum pembuka bicara  buat syabab syabab dan mawar mawar mujahidah yang sentiasa penuh bersemangat dalam menghadapi hari hari sebagai seorang pemuda Islam .
Ehem,, ehem,, sebelum kita meneruskan pengembaraan kita di dalam blog yang osem ni , ingin kami bertanya kepada pembaca pembaca blog perdiqma yang setia  ^^, 

APA KHABAR IMAN kalian ?

APA KHABAR JIWA kalian ?

APA KHABAR kesihatan kalian ?

Moga anda semua dalam keadaan yang sihat , baik dan lebih bertenaga agar kalian masih terus berusaha untuk menjadikan diri anda lebih baik dari semalam dan semalam . insyaAllah .
Okay , the point that we want to share is about SNACK FOOD for you all . opss ! bukan snack food untuk anda kenyang perut senang hati , tapi snack food yang mungkin boleh memberi suntik kepada iman anda yang hampir rapuh dek kerana arus dunia yang hebat ni . :D
Ohoi, rasa nya dah lama perdiqma tidak berkongsi bahan bacaan yang menjadi pilihan buku kami . nah ! ini dia 

MAGAZINE JOM !
“Dakwah itu Mudah ; bukan sekadar kewajipan, tetapi gerakan yang menghidupkan”

fuhh ! trademark yang cukup menggetarkan jiwa .
baiklah , kenapa majalah ini menjadi pilihan kami kerana DIA SANGAT OSEM la ! :D
pertama tamanya gaya bahasa yang digunakan sangat santai dan mudah untuk difahami bagi mereka yang baru hendak berjinak jinak dengan encik DAKWAH & TARBIYYAH selepas tersentuh makcik HIDAYAH .  subhanAllah ! teruskan usaha kalian wahai syabab pemuda pemudi Islam . kalian adalah orang orang dipilih Allah . eh, sungguh rasa terharu bila diri yang tak seberapa ni Allah pilih untuk dipermudahkan jalan mendekatkan diri kepadaNya .
kedua setiap kolumnis yang bertungkus lumus berpena majoritinya adalah kalangan orang orang bukan lah dari kalangan pelajar jurusan agama malah mereka ini belajar di negara mat salleh gitu . yang mungkin kita rasa adakah syiar islam di sana ? ~krikk, krikk~ (kalau tak percaya anda boleh try selak selak di kedai buku especially MPH and MyNews)
pengisian dalam setiap edition sangat menarik dan mungkin boleh buat kalian sentiasa untuk menantikan keluaran yang terbaru . tema setiap bulan yang sangat santai dan penuh debaran . setiap pengisian dalam majalah JOM ! sangat sesuai untuk membantu kalian untuk keluar dari kepompong jahiliyah dan membimbing untuk menjadi hamba Ilahi yang 
sebenar benarnya. insyaAllah .



akhir kalam kami cadangkan anda juga memiliki SNACK ini kerana anda juga layak untuk memilikinya .  moga buku buku yang menjadi pilihan kami ini dapat menambat hati anda untuk terus berjuang bersama kami di dalam medan perjuangan mencari REDHA ILAHI . :) 
*takbir ALLAHUAKHBAR !






















 


Carta Organisasi PERDIQMA KPMB Sesi Jan-Jun 2013



                                          CARTA ORGANISASI PERDIQMA


PRESIDEN                                                         :              MOHAMMAD IZAT HAFFIZ BIN IDDRIS
TIMB. PRESIDEN                                             :          MUHAMMAD NURDIN HAIKAL BIN ABDUL LATIF
NAIB PRESIDEN                                              :         MAZIAH BT BAHARUDDIN

BENDAHARI 1                                                  :          MUHAMMAD NAQIB BIN ABD RAZAK
BENDAHARI 2                                                  :     NUR AMALINA AQILAH BT RAZALI

SETIAUSAHA 1                                                 :         NOOR SYAHIRAH HUSNA BT MD NASIR
SETIAUSAHA 2                                                 :         NUR DALILA FARIHAH BT ROSNAN

K. BIRO TA’MIR                                                 :             ZAIM RASHDAN BIN HAMDAN
K. BIRO MEDIA & INFORMASI                      :               MUHAMMAD HASHIM BIN BURHANUDDIN
PK. BIRO MEDIA & INFORMASI                    :               NURULTHAQIFAH ‘AKILAH BT SANIMAN

K. BIRO DAKWAH & TARBIYAH                   :    MUHAMMAD SYAFIQ BIN SHAMSUL
PK. BIRO DAKWAH & TARBIYAH                 :               NOR MAISARAH BT MOHD SUKRI

K. BIRO KEBERSIHAN & KECERIAAN            :     MUHAMMAD HAIRI BIN DAHURI
PK. BIRO KEBERSIHAN & KECERIAAN          :   SITI BALQIS BT OTHMAN

K. BIRO MAKANAN, UTILITI & EKONOMI   : MUHAMMAD KAMAL AFIQ BIN KAMAL RAZLAN
PK. BIRO MAKANAN, UTILITI & EKONOMI : AFIQAH NURUL JANNAH BT JAAFAR



5 Februari 2013

IJTIMAK JUMAAT BERSAMA USTAZAH FATIMAH SYARHA


cik puan maikropon : Perhatian kepada semua pelajar muslimat, sila hadirkan diri anda ke Surau An-Nur KPMB sekarang juga kerana Ijtimak Jumaat akan dimulakan sebentar lagi…..... 


Ehhh haii Assalamualaikum sahabat-sabahat yang soleh dan solehah. Alhamdulillah, hari ini kita masih berdiri teguh bagi melaksanakan kewajipan sebagai hamba dengan izinNya.  Seperi biasa setiap hari jumaat akan diadakan Ijtimak Jumaat yang membawa maksud pengumpulan pada hari jumaat yang dianjurkan untuk pelajar muslimat KPMB. Pada 1 Februari 2013 yang lalu, pihak Perdiqma telah menjemput penceramah jemputan iaitu Ustazah Fatimah Syarha yang merupakan seorang pensyarah dan juga seorang penulis bagi menyampaikan ceramah beliau dalam Ijtimak Jumaat. Majlis dimulakan pada jam 12.40 pm apabila semua pelajar muslimat telah berkumpul.

 Pada hari tersebut, Ustazah Fatimah Syarha membawa tajuk " Couple tu haram ke ?....." . Wahhh, tajuk yang begitu sesuai dengan remaja-remaja masa kini yang tidak lari dari gelodak jiwa yang ingin bercinta. Puan  Riani Awang selaku penasihat Perdiqma turut hadir dalam majlis tersebut. Ustazah berkongsi kepada para muslimat tentang pengalaman beliau untuk berumahtangga bersama suami tercinta, Dr. Farhan Hadi. Subhanallah, sungguh indah kisah cinta beliau dimana mereka suami isteri bercinta selepas nikah. Disini juga ustazah menegaskan bahawa cuople itu HARAM !! Semasa sesi soal jawab berlangsung, pelbagai soalan telah diutarakan kepada ustazah, antaranya ialah bolehkah perempuan meminang lelaki ? Ustazah menjawab bahawa Siti Khadijah dahulu lah yang meminang nabi kerana tertarik dengan sifat mulia nabi. Jika di zaman moden ini pula, utarakanlah niat yang baik itu kepada orang tua masing-masing. InsyaAllah, kalau ada jodoh..ada lah.....Majlis ditamatkan pada pukul 2.30 petang. Ustazah juga membawa hasil karya beliau dan begitu mendapat sambutan daripada para pelajar. Alhamdulillah program berjalan lancar dan diharap agar WARGA KPMB BIJAK MENJAUHI ZINA . ehhh terlupa, ini juga adalah kemunculan beliau kali ke-2 di KPMB. 

Pengisian ceramah Ustazah Fatimah Syarha :

               Konsep 3P

bila hati mula mengikut tuntutan nafsu......

- PAUSE : Befikir sejenak dan muhasabah diri sendiri
- PURITY : Apa yang sepatutnya aku lakukan sekarang ? Betulkan semula niat kita kearah    mengingati Allah.
- PERGI : Bangkit serta terus berjihad, dan melaksanakan amar makruf nahi munkar. 

















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...