Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog PERDIQMA KPMB

Islam Itu Indah

Dengar IKIM.fm Online

Dengar radio IKIM.fm secara online menerusi blog PERDIQMA

Like Facebook PERDIQMA

Sertai facebook PERDIQMA serta dapatkan info dan pengkongsian ilmu di laman fb PERDIQMA

18 Januari 2014

Program BBSS Alumni Perdiqma


Assalamualaikum kepada pembaca setia blog kami. Diharapkan Allah melimpahkan kurnia atas usaha kita yang senantiasa dahagakan ilmu agama. Alhamdulillah, tahun baharu, semester baharu telahpun membuka tirai. Kami mengucapkan ahlan wahsahlan kepada semua pelajar dan diharapkan diawal semester ini kita berazam untuk mengekalkan prestasi, bukan sahaja dari segi aspek akademik malah peningkatan dari segi rohani dalam diri.


InsyaAllah, entri kali ini ingin membuat laporan tentang sedikit aktiviti Alumni Perdiqma. Eh, ada ea alumni kat perdiqma ni. Ha bagi yang tak tahu menahu, ke yang tahu, atau tengah makan tauhu, alumni perdiqma ni telah ditubuhkan pada Jun 2011 yang bertujuan untuk mengekalkan ukhwah antara bekas - bekas pimpinan perdiqma terdahulu mahupun ahli. Sila rujuk entri ini untuk artikel penubuhan alumni perdiqma.





Alhamdulillah, pada 11 - 12 Januari 2013 eh 2014, usai program Berkumpuli, Berukhwah Sambil Santai (BBSS) di Excel Training Resort, Lenggeng. Seramai 8 orang alumni yang menyertai program kali ini. Menjelang asar, program dimulai dengan sesi taaruf dan para peserta diberi kebebasan melakukan aktiviti sambil menikmati kedamaian suasana.


Usai makan malam, kami membuat sedikit perkongsian dan musyawarah. Sedikit perkongsian diberi sebagai peringatan untuk insan bernama manusia yang mungkin leka dan hatinya sentiasa tenggelam timbul. Alhamdulillah, musyawwarah kali ini telah membincangkan tentang laporan sepanjang tahun lepas dan sedikit perihal perancangan untuk program untuk tahun 2014.

Keesokan pagi seusai solat subuh berjemaah, menikmati bayu yang mendamaikan, melakukan sedikit regangan yang diketuai oleh saudara Shahir sebagai persediaan untuk aktiviti seterusnya. Jeng, jeng, jeng...jungle tracking. Dengan lafaz bismillah, kami memulakan langkah untuk menikmati kehijauan dunia yang belum pernah kami terokai sebelum ini.


Keterujaan kami untuk melangkah lebih jauh kedalam hutan bertambah apabila kedengan derasan air yang kami jangkakan seperti air terjun. Wah, bertambah semangat para peserta untuk mendaki biarpun ada dikalangan kami yang pada mulanya tidak mahu menyertai. Setelah 37 minit berjalan, kami berjumpa satu kawasan yang bersesuaian untuk santai.


 





Setelah itu, kami bertungkus lumus menyiapkan juadah sarapan untuk pagi itu. Lapar na, apa yang kami ada cuma maggi bungkus dan sup cendawan. Ermm, jadilah..asal dapat alas perut untuk makan dah bersyukur, Alhamdulillah. Kami menikmati sarapan dengan sedikit perkongsian ilmu oleh saudara Miqdam sambil menikmati kedamaian alam semulajadi. Fuh nikmat.

Usai aktiviti, kami bersiap dan kembali semula ke resort. Aktiviti seterusnya adalah bebas antara sesama muslimin dan muslimat. Bagi yang muslimin, hah ada pulak kolam depan mata, apa lagi terjun. Dengan kesejukan air yang dirasai, pelbagai aktiviti yang kami jalankan bersama. Dek kata, macam nak pegi lagi la pulak.




Alhamdulillah, menjelang jam 12:38 tengahari, kami berangkat pulang setelah usai program. Sebelum berpisah, kami makan tengahari bersama di pekan Semenyih sebelum masing - masing pulang ke destinasi masing - masing. Diharapkan program seperti ini diteruskan dan penglibatan antara alumni dapat ditingkatkan bersama. InsyaAllah.



Penulis merupakan salah seorang alumni perdiqma yang berkongsi pengalaman program alumni perdiqma. Beliau berkongsi diblog perdiqma sebagai mempromosikan alumni perdiqma.


15 Januari 2014

Amalan Sunnah: Selawat


‘Selawat’ (صلوات) adalah jamak dari kalimat solat bererti doa atau seruan kepada Allah SWT. Di segi bahasa pula, selawat bermaksud mendoakan atau memohon berkat kepada Allah SWT dan melimpahkan Rahmat-Nya untuk Nabi dengan ucapan, kenyataan dan pengharapan, semoga beliau (Nabi) sentiasa sejahtera (beruntung, tak kurang suatu apapun, keadaannya tetap baik dan sihat).

Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW juga bermaksud memperbesarkan, mengagungkan, menambahkan kehormatan dan kepujian serta mendukung perjuangannya yang mulia, di samping melahirkan rasa syukur sebagai penyampai utusan-Nya yang menjadi rahmat seluruh alam, malah menambahkan keyakinan beramal dengan sunnahnya yang diredhai Allah.

Nabi Muhammad SAW bersabda;  “Doa seseorang itu akan terawang-awangan dan tidak diangkat ke langit selagi yang berdoa itu tidak berselawat kepadaku.”




Mengucap Salam Kepada Nabi

Salam pula bererti damai, sejahtera, aman sentosa dan selamat. Jadi ketika seseorang muslim membaca selawat untuk Nabi, bermaksud ia mendoakan Baginda SAW semoga tetap damai, sejahtera, aman sentosa dan selalu mendapatkan keselamatan.

a. Allah SWT memberi salam kepada setiap orang yang memberi salam kepada Nabi SAW.
Rasulullah SAW telah bersabda: “Saya berjumpa Jibril, maka dia berkata: ‘Sesungguhnya saya memberi khabar gembira kepadamu bahwa sesungguhnya Allah Ta’ala telah berfirman: ‘Sesiapa memberi salam kepadamu, maka Aku memberi salam kepadanya dan sesiapa membaca selawat untukmu, maka Aku membaca selawat untuknya ‘.”

b. Mengucap salam kepada Nabi SAW, lebih utama daripada memerdekakan budak.
Abu Bakar As-Siddiq r.a. berkata: “Membaca selawat untuk Nabi itu boleh menghapuskan dosa-dosa, seperti air sejuk memadamkan api, dan salam kepada Nabi itu lebih utama daripada memerdekakan budak”. Nabi SAW., Bersabda: “Sesiapa membaca selawat untuk ku satu kali, maka dia menjadi tidak berdosa walaupun sebesar atom dan biji sawi.”

c. Sesiapa yang membaca salam untuk Nabi 100 kali setiap hari, akan dikabulkan oleh Allah 100 hajat. 30 diberikan di dunia dan 70 diberikan di akhirat.

Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala mempunyai tujuh puluh malaikat yang selalu berjalan di muka bumi serta menyampaikan kepadaku salam dari umatku. Maka, apabila ada seseorang dari umatku membaca selawat untukku seratus kali dalam sehari, maka Allah Ta’ala akan akan mengabulkan seratus macam hajatnya, tujuh puluh diberikan diakhirat dan tiga puluh di dunia.”

Keutamaan dan Kebesaran Selawat
Setiap umat Islam berkewajipan mengasihi atau mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW. Bukti seseorang itu berbuat demikian ialah dengan mengerjakan segala suruhan Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah salah satu bukti kecintaan seseorang itu kepada Allah dan Rasulullah SAW.

Selawat kepada Nabi Muhammad SAW merupakan ibadah yang mulia dan terpuji. la mengandungi berbagai-bagai kelebihan dan keistimewaan bagi mendapatkan pertolongan dan perlindungan dari Nabi Muhammad SAW serta memperolehi ganjaran yang besar dari Allah di hari akhirat kelak.

“Sesiapa yang berselawat kepadaku (Muhammad SAW) satu kali saja, maka aku akan berselawat kepadanya sepuluh kali”
Hukum berselawat

Hukum berselawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah wajib ketika:
1.  Mengerjakan solat.
2.  Membaca Tasyahud (tahiyyat).
3.  Membaca Tasyahud kedua / tahiyyat akhir.
4.  Setiap kali menyebut, mendengar atau menulis nama Nabi Muhammad SAW, ganti namanya atau pangkat kerasulan dan kenabian Baginda SAW.


Arahan Membaca Selawat
Dalam semua perintah mengerjakan ibadat, Allah SWT menyuruh hamba-Nya beribadat. Allah sendiri memulakan selawat ke atas Nabi, diikuti malaikat kemudian dianjurkan kepada Muslimin mengamalkannya. Ini bermakna membaca selawat itu lebih utama.

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya.”  (Surah Al-Ahzab: 56).

Berselawat ertinya: kalau dari Allah bererti memberi rahmat: dari malaikat bererti meminta keampunan dan kalau dari orang-orang yang beriman bererti berdoa supaya diberi rahmat seperti dengan perkataan: Allahuma shalli ala Muhammad. 

Dengan mengucapkan perkataan seperti: Assalamu’alaika ayyuhan nabi ertinya: semoga keselamatan tercurah kepadamu hai Nabi.

Membaca Selawat

Lafaznya selawat ke atas Nabi SAW, cukup mudah, tidak mengambil masa yang panjang. Sebagai tanda kasihnya Allah kepada umatnya supaya mampu mengerjakan amal mulia dan memperoleh ganjaran daripadanya.

1. Membaca Selawat harus disertai dengan niat dan dengan sikap hormat kepada Nabi. Orang yang membaca selawat untuk Nabi hendaklah disertai dengan niat dan rasa cinta kepada Nabi dengan tujuan untuk memuliakan dan menghormati Baginda.
Dalam penjelasan hadis (akhbar al-hadis) disebutkan bahawa apabila seseorang membaca selawat tidak disertai dengan niat dan perasaan hormat kepada Nabi, maka timbangannya tidak lebih, hanya berat sekadar sehelai bulu sayap.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sahnya amal itu tergantung niatnya”.
Ada tiga perkara yang timbangannya tidak lebih berat dari pada selembar bulu sayap, iaitu:
Solat yang tidak disertai dengan tunduk dan khusyuk. Zikir dengan tidak sedar. Allah SWT tidak akan menerima amal orang yang hatinya tidak sedar. Membaca Selawat untuk Nabi Muhammad SAW tidak disertai dengan niat dan rasa hormat.
Rasulullah SAW bersabda: “Dan kalau kamu membaca selawat, maka bacalah dengan penuh penghormatan untuk ku.”

2. Membaca selawat bertujuan untuk mencintai dan memuliakan Rasulullah SAW. Siti Aisyah ra. berkata: “Sesiapa cinta kepada Allah Taala, maka dia banyak menyebutnya dan hasilnya ialah Allah akan mengingati dia, juga memberi rahmat dan keampunan kepadanya, serta memasukkannya ke syurga bersama para Nabi dan para wali. Dan Allah memberi kehormatan juga kepadanya dengan melihat keindahan-Nya. Dan sesiapa cinta kepada Rasulullah SAW maka hendaklah ia banyak membaca selawat untuk Nabi SAW, dan hasilnya ialah ia akan mendapat syafaat dan akan bersama Rasulullah SAW di syurga.”

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca selawat untukku kerana memuliakan, maka Allah Ta’ala menciptakan dari kalimat (selawat) itu satu malaikat yang mempunyai dua sayap, yang satu di timur dan satu lagi di barat. Sedangkan kedua-dua kakinya di bawah bumi sedangkan lehernya memanjang sampai ke Arasy."

Allah Ta’ala berfirman kepadanya: “Bacalah selawat untuk hamba-Ku, sebagaimana dia telah membaca selawat untuk Nabi-Ku. Maka Malaikat pun membaca selawat untuknya sampai hari kiamat.”

Cara Membaca Selawat

Disunatkan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW:
Menggunakan kata-kata beradab dan sopan, menzahirkan sifat kemuliaan Nabi Muhammad SAW, keagungan darjat, kehormatan dan kebaikkan budi serta jasa Rasulullah SAW.

Paling afdal, berselawat seperti ketika tahiyyat dalam solat.

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ كَمَا بَارِكَتْ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد

Ya Allah! Berilah shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau telah member shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Di dalam alam semesta ini hanya Dikau sahajalah Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia!

Allaahumma shalli ‘alaa Muhammadin wa’alaa aali Muhammadin, kamaa shallaita ‘alaa Ibraahim wa’alaa aali Ibrahim, wa baarik ‘alaa Muhammadin wa’alaa aali Muhammadin,, kama baarakta ‘alaa Ibrahiima wa’alaa aali Ibraahima, fil ‘aalamiina innaka hamiidun majiid.

Jenis-Jenis Selawat

Terdapat berbagai jenis selawat susunan para ulama dan antara lafaz selawat yang baik diamalkan adalah:
1) Selawat Ibrahimiyah.
2) Selawat Tafrijiyah.
3) Selawat Munjiyah
4) Selawat Ummi
5) Selawat Fatih
6) Selawat Syifa’.
7) Selawat Syafaat.
8) Selawat Badriyah
9) Selawat kebajikan.
10) Selawat menolak kecelakaan.
11) Selawat untuk Nabi SAW dan keluarganya.

Bencana Tidak Berselawat
Mereka yang tidak berselawat adalah orang yang paling kedekut dan akan;
  • Dijauhkan dari rahmat Allah.
  • Mendapat kehinaan yang memalukan.
  • Setiasa mengalami kerugian dan penyesalan.
  • Termasuk kalangan yang mendapat kesusahan.
  • Mengalami kebingungan di hari kiamat.
  • Mengalami kesukaran di Padang Mahsyar.
  • Menjadi ahli neraka.
Nabi Muhammad SAW. Bersabda;  “Doa seseorang itu akan terawang-awangan dan tidak diangkat ke langit selagi yang berdoa itu tidak berselawat kepadaku.”

Waktu Afdal Berselawat
Masa paling afdal dituntut berselawat:
  • Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi SAW.
  • Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan.
  • Sesudah tasyahud wuduk, sebelum membaca doa.
  • Pada permulaan, pertengahan dan penutup doa.
  • Di akhir qunut dalam solat.
  • Di dalam solat jenazah.
  • Di antara takbir solat hari raya.
  • Ketika masuk dan keluar dari masjid.
  • Setiap waktu pagi dan petang.
  • Hari Khamis malam Jumaat,
  • Sepanjang hari Jumaat,
  • Ketika telinga berdesing.
  • Ketika terlupa sesuatu perkara.
  • Ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan.
  • Ketika memulakan sesuatu pekerjaan yang baik atau penting.
  • Masa menghadiri  tempat perhimpunan yang baik.
  • Waktu meninggalkan sesuatu majlis.
  • Ketika berziarah di makam Rasulullah SAW.

Fadilat Berselawat
  • Allah limpahkan rahmat berkali ganda.
  • Allah menghapuskan dosa dan menutupkan aib.
  • Menghilangkan kesusahan dan meluaskan rezeki.
  • Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.
  • Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.
  • Terselamat daripada keburukan yang menimpa orang yang tidak berselawat.
  • Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langt.
  • Memperolehi doa malaikat selama sedang berselawat.
  • Beroleh syafaat yang khusus daripada Rasulullah SAW pada hari akhirat.
  • Dapat sentiasa berada bersama Rasulullah SAW pada hari akhirat kelak.
  • Jaminan terpelihara dan terselamat dari segala perkara yang mendukacitakan dan membimbangkan di dunia dan akhirat.
  • Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar.
  • Meneguhkan tapak kaki ketika melalui Titian Siratul Mustaqim.

Keberkatan Dan Kelebihan Berselawat
 

1. Para Malaikat berjanji,  sesiapa yang membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW setiap hari sebanyak 10 kali:
  • Jibril akan membimbing tangan bawa melintasi titian seperti kilat menyambar.
  • Mikail akan memberi minum dari telaga Rasulullah SAW.
  • Israfil akan sujud kepada Allah dan tidak akan mengangkat kepalanya sehingga Allah mengampuni orang itu.
  • Malaikat Izrail akan mencabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti mencabut roh nabi-nabi bila mati kelak.

2.   Dalam beberapa hadis, sabda Rasulullah SAW:
 
  • Sesiapa membaca selawat untukku sekali saja dengan tulus ikhlas dari hatinya, maka Allah akan memberi 10 rahmat kepadanya serta diangkat ke 10 tingkat dan diampunkan 10 dosa.
  • Sesiapa berselawat 11 kali setiap lepas solat fardu, segala dosa kecilnya diampuni Allah serta tenteram hati dan jiwanya.
  • Sesiapa membaca selawat kepadaku 100 kali sehari, maka Allah akan menyampaikan 100 hajatnya iaitu 70 hajat akhirat dan 30  lagi hajat dunia.
  • Sesiapa berselawat ke atasku pada Jumaat sebanyak 80 kali, diampunkan baginya dosa selama 80 tahun.
Rasulullah SAW bersabda lagi: “Sesungguhnya antara hari kamu yang paling mulia adalah Jumaat, perbanyakkanlah amalan berselawat ke atasku kerana selawat kamu itu disampaikan terus kepada ku.”


3. Antara hadis-hadis lain yang menyatakan tentang kelebihan selawat ke atas Rasulullah SAW ialah:

“Sesiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. “ (Riwayat Tabrani).

“Sesiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.”  (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim)

“Sesiapa yang membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali.  Dan sesiapa yang bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka.  Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid.” [Riwayat At-tabrani].

” Sesiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku, maka aku mendengarnya, sesiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” (Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib).

“Sesungguhnya orang yang dekat kepadaku daripada kalangan kamu pada hari kiamat pada setiap tempat aku berada ialah orang yang lebih banyak berselawat kepadaku di dunia.”


Hikmah Berselawat ke atas Rasulullah SAW
  • Berasa lebih mencintai Rasulullah SAW.
  • Menjadi zakat dan pembersih diri.
  • Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah SWT.
  • Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu bersedekah.
  • Para malaikat memberi jaminan keistimewaan masing-masing.
  • Ganjaran yang diberikan bukan saja di dunia, malah di akhirat.
  • Menyedari betapa besarnya pahala orang yang berdoa dan berselawat ke atas Nabi.
  • Sebagai mengenang semula budi dan jasa baik Nabi Muhammad SAW yang sentiasa berusaha mengajak manusia ke arah kebaikan, walaupun Baginda SAW sudah wafat.

Rasulullah SAW bersabda: “Hidupku adalah kebaikan kepada kamu dan wafaku adalah kebaikan juga kepada kamu, kerana segala amal kamu sentiasa dibentangkan kepadaku, maka apa saja amal yang aku dapati baik, aku ucapkan ‘Alhamdulillah’, dan apa saja amal kamu yang jahat, aku memohon keampunan Allah untuk kamu.”    (Riwayat Ibni Mas’ud)

Bayangkanlah betapa beruntungnya orang yang mendapat ucapan salawat dan begitu banyak manfaat daripada Allah Subhanahu Wataala disebabkan amalan bersalawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.


8 Januari 2014

Lahirnya Rahmat Seluruh Alam



Ada yang menarik menjelang hari-hari terakhir kelahiran manusia suci ini, iaitu Allah SWT melimpahkan anugerahNya kepada Sayyidah Aminah sejak malam 12 sehinggalah malam sebelum kelahiran ‘Rahmatan Lil’alamin’, Nabi umat manusia di seluruh dunia dan Rasul Akhiruzzaman iaitu Muhammad Rasulullah.

‘Rahmatan Lil’alamin’ adalah istilah qurani dan terdapat dalam Al-Quran, sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Anbiya ‘ayat 107:
21:107
“Dan tiadalah kami mengutus kamu (Wahai Muhammad), melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi seluruh alam.”

Ayat tersebut menegaskan bahawa kalau Islam dilakukan dengan betul, dengan sendirinya akan mendatangkan rahmat, bagi orang Islam mahupun untuk seluruh alam. Namun sebelum Rahmatan Lil’alamin terkandung dalam kitab suci Umat Islam, Rahmatan Lil’alamin telah ada pada diri Muhammad menjelang hari kelahirannya, tepatnya 12 hari sampai saat-saat bayi Muhammad akan keluar dari rahim perempuan terpilih.


Sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Shihabuddin Ahmad bin Hajar Al-Haitami Asy-Syafie di dalam kitabnya “An-Ni’matul Kubraa’alal Aalam” di halaman 61, sebagai berikut:

Pada Malam Pertama

Allah SWT melimpahkan segala kedamaian dan ketenteraman yang luar biasa sehingga beliau (ibunda Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam), Sayyidah Aminah merasakan ketenangan dan kesejukan jiwa yang belum pernah dirasakan sebelumnya.

Pada malam ke 2

Datang seruan berita gembira kepada ibunda Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam yang menyatakan dirinya akan mendapati anugerah yang luar biasa dari Allah SWT.

Pada malam ke 3

Datang seruan menyatakan: “Wahai Aminah … sudah dekat saat engkau melahirkan Nabi yang agung dan mulia, Muhammad Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam yang sentiasa memuji dan bersyukur kepada Allah SWT.”

Pada malam ke 4

Sayyidah Aminah mendengar seruan beraneka ragam tasbih para malaikat secara nyata dan jelas.

Pada malam ke 5

Sayyidah Aminah bermimpi dengan Nabi Allah Ibrahim as.

Pada malam ke 6

Sayyidah Aminah melihat cahaya Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam memenuhi alam semesta.

Pada malam ke 7

Sayyidah Aminah melihat para malaikat silih berganti saling berdatangan melawat kediamannya membawa khabar gembira sehingga kebahagiaan dan kedamaian semakin memuncak.

Pada malam ke 8

Sayyidah Aminah mendengar seruan memanggil mana-mana, suara tersebut terdengar dengan jelas mengumandangkan “Bahagialah wahai seluruh penghuni alam semesta, telah dekat kelahiran Nabi agung, Kekasih Allah SWT Pencipta Alam Semesta.”

Pada malam ke 9

Allah SWT semakin mencurahkan rahmat belas kasih sayang kepada Sayyidah Aminah sehingga tidak ada sedikit pun rasa sedih, susah, sakit, dalam jiwa Sayyidah Aminah.

Pada malam ke 10

Sayyidah Aminah melihat tanah Tha’if dan Mina ikut bergembira menyambut kelahiran Baginda Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam.

Pada malam ke 11

Sayyidah Aminah melihat seluruh penghuni langit dan bumi ikut bersuka cita mengiringi kelahiran Sayyidina Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam.

Pada malam ke 12
Malam saat-saat kelahiran Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam, tepat tarikh 9 Rabiul Awwal jam 2 pagi. Di malam ke 12 ini langit dalam keadaan cerah tanpa ada mendung sedikit. Saat itu Sayyid Abdul Muthalib (datuk Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam) sedang beribadat di sekitar Kaabah. Sayyidah Aminah sendiri di rumah tanpa ada seorang pun yang menemaninya.

                                     
                                         Tapak rumah Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam kini dibina sebuah perpustakaan


Tiba-tiba Sayyidah Aminah melihat tiang rumahnya terbelah dan perlahan-lahan muncul 4 wanita yang sangat anggun, cantik, dan jelita diliputi dengan cahaya yang memancar berkilau serta semerbak harum memenuhi seluruh bilik.

Wanita pertama datang berkata, “Sungguh berbahagialah engkau wahai Aminah, sebentar lagi engkau akan melahirkan Nabi yang agung, junjungan sekalian alam. Beliaulah Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam. Kenalilah aku, bahawa aku adalah isteri Nabi Allah Adam as, ibunda seluruh umat manusia., Aku diperintahakan Allah untuk menemanimu.”
Kemudian datanglah wanita kedua yang menyampaiakan khabar gembira, “Aku adalah isteri Nabi Allah Ibrahim as diperintahkan oleh Allah SWT untuk menemanimu.”

Begitu pula menghampiri wanita yang ketiga, “Aku adalah Asiah binti Muzahim, diperintahkan Allah untuk menemanimu.”

Datanglah wanita ke empat, “Aku adalah Maryam, ibunda Isa as menyambut kehadiran bernama Muhammad Rasulullah.”

Sehingga semakin memuncak rasa kedamaian dan kebahagiaan ibunda Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam yang tidak boleh terlukiskan dengan kata-kata. Keajaiban seterusnya Sayyidah Aminah melihat sekumpulan demi sekumpulan manusia bercahaya berdatangan silih berganti memasuki bilik Sayyidah Aminah dan mereka memanjatkan puji-pujian kepada Allah SWT dengan pelbagai macam bahasa yang berbeza.

Detik berikutnya Sayyidah Aminah melihat bumbung rumahnya terbuka dan terlihat oleh beliau bermacam-macam bintang di angkasa yang sangat indah berkilau saling berterbangan.

Detik berikutnya Allah bangun dari singasanaNya dan memerintahkan kepada Malaikat Ridwan supaya mengarahkan seluruh bidadari syurga agar berdandan cantik dan rapi, memakai segala macam bentuk perhiasan kain sutera dengan bermahkota emas, intan permata yang bergemerlapan, dan menyebarkan wangi-wangian syurga yang harum semerbak ke segala arah lalu ratusan ribu bidadari itu dibawa ke alam dunia oleh Malaikat Ridwan dengan terlihat wajah bidadari itu gembira.

Lalu Allah SWT memanggil: “Ya Jibril … serukanlah kepada seluruh arwah para nabi, para rasul, para wali agar berkumpul, berbaris rapi, bahawa sesungguhnya Kekasihku cahaya di atas cahaya, agar disambut dengan baik dan suruhlah mereka mnyambut kedatangan Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam.

Yaa Jibril … perintahkanlah kepada malaikat Malik supaya menutup pintu-pintu neraka dan perintahakan kepada Malaikat Ridwan untuk membuka pintu-pintu syurga dan bersoleklah engkau denagn sebaik-baiknya keindahan demi menyambut kekasihKu Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam.

Yaa Jibril … bawalah Trilyunan malaikat yang ada di langit, turunlah ke bumi, ketahuilah KekasihKu Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam telah bersedia untuk dilahirkan dan sekarang tiba saatnya Nabi Akhiruzzaman.”

Dan turunlah semua malaikat, maka penuhlah isi bumi ini dengan ratusan ribu malaikat. Lalu ibunda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam di bumi, beliau melihat malaikat itu pun berdatangan membawa kayu-kayu gaharu yang wangi dan memenuhi seluruh jagat raya. Pada ketika itu juga mereka semua berzikir, bertasbih, bertahmid, dan pada masa itu pula datanglah burung putih berkilau cahaya mendekati Sayyidah Aminah dan mengusapkan sayapnya pada Sayyidah Aminah, maka pada saat itu lahirlah Muhammad Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam dan tidak Sayyidah Aminah melihat kecuali cahaya, tak lama kemudian terlihatlah jari-jari Nabi Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasalam bersujud kepada Allah seraya mengucapkan, “Allahu Akbar… Allahu Akbar… Walhamdulillahi katsiro, wasubhanallahibukrotan wa asiilaa.”

Semakin memuncaklah kegembiraan seluruh alam dunia dan semesta dan terucaplah “Ya Nabi Salam Alaika… Ya Rasul Salam Alaika… Ya Habib Salam Alaika… Sholawatullah Alaika…”
Matanya bagaikan telah dipakaikan sifat mata, senyum indah terpancar dari wajahnya dan hancurlah berhala-berhala dan bergembiralah semua alam semesta menyambut kelahiran Nabi yang mulia …

Rujukan:http://shafiqolbu.wordpress.com/2012/02/04/lahirnya-rahmat-seluruh-alam/


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...