Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog PERDIQMA KPMB

Islam Itu Indah

Dengar IKIM.fm Online

Dengar radio IKIM.fm secara online menerusi blog PERDIQMA

Like Facebook PERDIQMA

Sertai facebook PERDIQMA serta dapatkan info dan pengkongsian ilmu di laman fb PERDIQMA

15 Februari 2014

Amalan Sunnah: Adab Tidur



Sunnah sebelum tidur yang seharusnya tidak ditinggalkan oleh seorang muslim adalah seperti berikut.

Pertama : Tidurlah dalam keadaan berwudhu.

Hal ini berdasarkan hadits Al Baro 'bin' Azib, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,
" Jika kamu mendatangi tempat tidurmu maka wudhulah seperti wudhu untuk solat, lalu berbaringlah pada sisi kanan badanmu "(HR. Bukhari no. 247 dan Muslim no. 2710)

Kedua : Tidur berbaring pada sisi kanan.

Adapun manfaatnya sebagaimana disebutkan oleh Ibnul Qayyim, "Tidur berbaring pada sisi kanan dianjurkan dalam Islam agar seseorang tidak kesusahan untuk bangun solat malam. Tidur pada sisi kanan lebih bermanfaat pada jantung. Sedangkan tidur pada sisi kiri berguna bagi badan (namun membuat seseorang semakin malas) "(Zaadul Ma'ad, 1/321-322).

Dilarang meniarap ketika tidur. Seperti mana dalam hadith, dari Abu Hurairah ra., beliau berkata; Rasulullah saw. pernah melihat ada seseorang yang berbaring di atas perutnya (meniarap/tengkurap), maka baginda berkata, “Sesungguhnya cara berbaring seperti ini dibenci oleh Allah.” (HR. Tirmidzi)

Ketiga : Meniup kedua telapak tangan sambil membaca surah Al-Ikhlas (qul huwallahu ahad), surah Al Falaq (qul a'udzu bi robbil falaq), dan surah An Naas (qul a'udzu bi robbinnaas), masing-masing sekali. Selepas itu mengusap kedua tangan tersebut ke wajah dan bahagian tubuh yang dapat dijangkau. Hal ini dilakukan sebanyak tiga kali. Inilah yang dicontohkan oleh Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam sebagaimana dikatakan oleh isterinya 'Aisyah.

Dari 'Aisyah, beliau radhiyallahu 'anha berkata " Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam ketika berada di tempat tidur di setiap malam, beliau mengumpulkan kedua telapak tangannya lalu kedua telapak tangan tersebut ditiup dan dibacakan' Qul huwallahu ahad '(surat Al Ikhlash),' Qul a'udzu birobbil falaq '(surat al Falaq) dan 'Qul a'udzu birobbin naas' (surat An Naas). Kemudian beliau mengusapkan kedua telapak tangan tadi pada anggota badan yang mampu dicapai bermula dari kepala, wajah, dan tubuh bahagian depan. Beliau melakukan yang demikian sebanyak tiga kali . "(HR. Bukhari no. 5017).

Membaca Al-Quran sebagaimana yang dicontohkan oleh Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam ini lebih menenangkan hati dan fikiran daripada sekadar mendengar alunan muzik.

Keempat : Membaca ayat kursi sebelum tidur.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menugaskan aku menjaga harta zakat Ramadhan kemudian ada orang yang datang mencuri makanan namun aku merebutnya kembali, lalu aku katakan, " Aku pasti akan mengadukan kamu kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ". Lalu Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu menceritakan suatu hadits berkenaan masalah ini. Selanjutnya orang yang datang kepadanya tadi berkata, " Jika kamu hendak berbaring di atas tempat tidurmu, bacalah ayat Al Kursi kerana dengannya kamu selalu dijaga oleh Allah Ta'ala dan syaitan tidak akan dapat mendekatimu sampai pagi ". Maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, " Benar apa yang dikatakannya padahal dia itu pendusta. Dia itu syaitan ". (HR. Bukhari no. 3275)

Kelima : Membaca do'a sebelum tidur " Bismika allahumma amuutu wa ahyaa ".

Dari Hudzaifah, ia berkata, " Apabila Nabi shallallahu 'alaihi wasallam hendak tidur, beliau mengucapkan:' Bismika allahumma amuutu wa ahya (Dengan nama-Mu, Ya Allah aku mati dan aku hidup). ' Dan apabila bangun tidur, beliau mengucapkan: "Alhamdulillahilladzii ahyaana ba'da maa amatana wailaihi nusyur (Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepada-Nya lah tempat kembali) . "(HR. Bukhari no. 6324)

Keenam : Sebanyak mungkin membiasakan tidur di awal malam  jika tidak ada kepentingan yang bermanfaat.

Diriwayatkan dari Abi Barzah, beliau berkata, " Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam membenci tidur sebelum solat' Isya dan bersembang-sembang setelahnya. "(HR. Bukhari no. 568)

Ibnu Baththol menjelaskan, "Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam tidak suka berjaga setelah solat' Isya kerana beliau sangat ingin melaksanakan solat malam dan bimbang jika sampai luput dari solat subuh berjemaah. 'Umar bin Al Khottob sampai-sampai pernah memukul orang yang berjaga setelah solat Isya, beliau berkata, " Apakah kalian sekarang berjaga di awal malam, nanti di akhir malam tertidur lelap?! "(Syarh Al Bukhari, Ibnu Baththol, 3/278, Asy Syamilah)

Ketujuh : Membaca surah As-Sajadah dan Surah Al-Mulk sebelum tidur.
Daripada Jabir r.a sesungguhnya Rasulullah SAW tidak tidur hingga baginda membaca Alif laam Mim,Al Sajadah dan Al Mulk.
(HR. At Tarmizi)




Adab semasa bangun dari tidur.

Pertama: Mengusap wajah
Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bangun dari tidur, baginda duduk sambil mengusap wajahnya dengan tangan.” (HR. Muslim)

Kedua: Membaca doa
Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bangun dari tidur, baginda akan membaca Alhamdulillahil lazi ahyana ba' dama ama tana wailai hin nushur (Segala puji Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan(tidur) kami dan kepadaNya tempat kembali). (HR Bukhari)

Ketiga: Bersiwak
Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bangun dari tidur, baginda membersihkan mulutnya dengan bersiwak.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Keempat: Mencuci tangan sebanyak tiga kali
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Apabila kamu bangun dari tidur, janganlah memasukkan tangannya ke dalam bekas air sebelum dia mencucinya tiga kali.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Kelima: Memasukkan air ke dalam hidung
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Apabila kamu bangun dari tidur, beristintsaarlah (memasukkan air ke dalam hidung) tiga kali kerana syaitan bermalam di rongga hidung.” (HR. Bukhari dan Muslim)



Semoga kita semua mempunyai kekuatan untuk sentiasa beramal dengan sunnah baginda. Wallahu 'alam.


9 Februari 2014

MAJLIS MUTAMAR KALI KE-6

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t.

          Apa khabar sahabat-sahabat semua ? Semoga sahabat sekalian berada dalam keadaan sihat wala’fiat dan semoga iman sahabat-sahabat berada  dalam keadaan sejahtera. Seperti mana Semester-semester lalu, tidak sah sekiranya Pihak Perdiqma tidak menganjurkan Majlis MUKTAMAR Perdiqma, bukan ? Maka, sekali lagi Mu’tamar Perdiqma telah diadakan pada 6 Februari 2014 betempat di LT2, Kolej Profesional Mara Beranang .Alhamdulillah , bersyukur ke hadrat Illahi, kerana dengan limpah kurnianya, MUKTAMAR kali ke-6 dipenuhi dengan ahli-ahli perdiqma baru dan lama yang semakin bertambah nilainya ! Subhanallah ! Allahuakbar ! Moga dengan penyertaan ramai ahli-ahli ini dapat meningkatkan lagi kualiti kerja-kerja dakwah. In Shaa Allah .





     Baiklah, MUKTAMAR kali ini bermula pada jam 9.15 malam selepas ketibaan tetamu jemputan pada malam itu iaitu Pn Riani Awang dan Ustazah NurIdayu Yusof yang merupakan penasihat PERDIQMA. Tidak lupa juga kehadiran wakil Alumni iaitu saudara Mohd Aizuddin Jamalan, bagi melancarkan lagi program pada malam tersebut. Pada sesi ini, Januari-Jun 2014 seramai 140 orang pelajar KPMB telah mendaftar sebagai ahli PERDIQMA. Setelah semua mengambil tempat masing-masing, majlis bermula secara rasminya dengan alunan ayat-ayat suci Al-quran yang dialunkan oleh saudara Megat Ali.Tidak lengkap rasanya jika suatu majlis tidak dimulakan dengan bacaan doa. Untuk itu , saudara Muhammad Fauzi B. Hailani mengetuai bacaan doa. Moga Allah memberkati Majlis Mu’tamar yang diadakan kali ke-6 ini.

     Seusai bacaan doa, pengacara majlis, saudara Muhammad Hairi b. Dahuri menceritakan serba sedikit tentang PERDIQMA kepada semua muslimin dan muslimat yang hadir. Beliau juga ada menyampaikan sepotong ayat Al-Quran yang bermaksud:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ

"Wahai orang-orang mu'min, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu." 
(Muhammad:7).


      Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan memaparkan video Flashmob  Palestin yang telah dijalankan di Bukit Broga bersama-sama ahli-ahli PERDIQMA, ALUMNI dan penasihat-penasihat PERDIQMA pada Semester JAN-JUN 2013 kepada para hadirin sekalian. Usai sahaja video tersebut dipertontonkan, majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Presiden PERDIQMA iaitu Saudara Izzat Haffiz. Beliau juga menerangkan serba serbi mengenai visi, misi, objektif, tujuan, dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh PERDIQMA sepanjang semester lepas. Seterusnya bacaan Ikrar diketuai oelh TImbalan Presiden PERDIQMA iaitu Saudara Muhammad Fakhri Azri diikuti oleh semua AJK Tertinggi dan Ahli-Ahli PERDIQMA. Sejurus selepas itu, majlis menjemput wakil ALUMNI, iaitu Saudara Mohd Aizuddin Jamalan untuk menyampaikan sedikit kata-kata dorongan kepada semua hadirin yang dikasihi Allah sekalian.






     Beliau mengingatkan kepada semua ahli PERDIQMA untuk sentiasa menerapkan diri dengan ilmu pengetahuan. Hal ini demikian kerana, menurut beliau, tanpa ilmu yang kukuh, kebarangkalian untuk kita sebagai manusia biasa untuk terpengaruh dengan perkara-perkara yang mendatangkan kesesatan lebih tinggi peratusnya. Maka, penerapan ilmu dalam diri itu penting, agar kita dapat terbimbing dan terlindung daripada perkara-perkara yang buruk. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan daripada Puan Riani Awang merangkap Penasihat PERDIQMA. Dalam ucapannya, beliau berkata apabila menyertai PERDIQMA, secara automatiknya ahli-ahli PERDIQMA perlu membantu meneruskan kerja-kerja dakwah agar dapat melahirkan lebih ramai lagi insan yang melaksanakan amar makruf nahi mungkar . 



      Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Majlis MUKTAMAR berakhir pada jam 10.30 malam. Semoga pada semester ini dan semester-semester akan datang , ahli-ahli perdiqma dapat menjalankan tanggunggjawab dengan baik dan ikhlas semata-mata kerana Allah. In Shaa Allah, moga Allah sentiasa memberkati dan meredai segala amalan dan usaha-usaha dakwah yang kita lakukan bersama. Amin .





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...