Selamat Datang

Selamat Datang Ke Blog PERDIQMA KPMB

Islam Itu Indah

Dengar IKIM.fm Online

Dengar radio IKIM.fm secara online menerusi blog PERDIQMA

Like Facebook PERDIQMA

Sertai facebook PERDIQMA serta dapatkan info dan pengkongsian ilmu di laman fb PERDIQMA

29 September 2011

MU'TAMAR KE 2




Assalamualaikum,

Bersyukur kehadrat Allah S.W.T atas keberkatan dan keredhaan-Nya,pihak PERDIQMA telah berjaya mengadakan MU'TAMAR buat kali ke 2 yang telah berlangsung pada 29 September 2011 persamaan dengan 1 Zulkaedah 1432. MU'TAMAR singkatan daripada Majlis Ukwah Tahunan dan Mesyuarat Agung PERDIQMA bertujuan mengumumkan perlantikan Presiden baru dan pemberitahuan secara terperinci tentang PERDIQMA Day.

Majlis ini telah dihadiri seramai 22 orang lelaki dan 27 orang perempuan dan dimulakan dengan kata pembuka dari saudara Muhammad Kamal Afiq bin Kamal Razlan. Mesyuarat diteruskan dengan ucapan daripada mantan presiden PERDIQMA saudara Aizudin. Beliau mengumumkan perlantikan Presiden baru seterusnya meletakkan jawatan sebagai presiden PERDIQMA pada tahun ini.

Selain dari itu, topik yang diulaskan oleh beliau ialah berkenaan komitmen yang baik telah diberikan oleh ahli PERDIQMA kpmb semester 1,dan menekankan bahawa PERDIQMA merupakan platform untuk mereka mengubah diri mereka. Beliau juga telah memberi ucapan yang penuh bermakna iaitu tentang perbezaan antara usia emas dan warga emas,yakni usia emas bermaksud zaman remaja yang diberi kelebihan untuk melakukan pelbagai pelbagai ibadah,dan dimana warga emas bermaksud golongan remaja yang sudah tua dimana kita perlu menghargai mereka.

Seterusnya,mesyuarat diteruskan oleh saudara Danial Ifran iaitu presiden baru PERDIQMA, beliau menceritakan pengalaman beliau semasa muda dan menyatakan bahawa PERDIQMA telah berjaya mengubah hidupnya ke jalan yang diredhai Allah. Beliau juga telah memaklumkan sedikit sebanyak pengisian PERDIQMA Day yang akan diadakan nanti.Sebagai hamba Allah yang dipilih memegang jawatan terbesar didalam Pergerakan dakwah di KPMB, beliau juga menasihatkan agar memupuk sifat kerjasama seterusnya menjadikan PERDIQMA sebagai platform melatih diri berjuang ke jalan Allah SWT. Selepas selesai memberi ucapan,majlis menjemput Uztaz Wan Muzakir untuk memberi sepatah dua kata.

Setelah uztaz Wan Muzakir selesai memberi ucapan beliau,majlis tamat pada pukul 10 malam. semoga para hadirin dapat memanfaatkan ilmu yang diberikan dan pihak PERDIQMA berharap agar semua ahli dapat memberikan komitmen yang baik pada masa akan datang.

InsyaAllah..


28 September 2011

Kembara Ke Dunia Semut


Alhamdulillah. Bersyukur pada Allah kerana kita masih diberi peluang oleh Allah untuk bernafas di muka bumi ini. Dikesempatan ini, saya ingin menceritakan tentang kisah salah satu makhluk yang juga hidup di muka bumi ini iaitu semut. Tahukah anda semua tentang kebesaran Allah dalam mencipta seekor semut yang merupakan binatang paling kecil di dunia? Begitu istimewanya semut ini sehinggakan didalam al-Quran, Allah ada menamakan salah satu surah yang bernama semut (An Naml). Dianggarkan bahawa pelbagai spesies semut ditemui didunia ini dan jumlahnya menjangkau kira-kira 8.800 spesies. 

Semut merupakan haiwan serangga yang hidup secara bermasyarakat. Cuba kita perhatikan, apabila semut berjalan, semut akan berjalan secara berkelompok. Semut tidak seperti manusia kerana semut tidak membezakan antara yang kaya dan miskin. Sebagai contoh mari kita lihat kehidupan semut Formica Yesensis, yang hidup di pantai Ishikari, Afrika. Masyarakat semut ini tinggal di 45,000 sarang yang saling berhubung di wilayah seluas 2.7 kilometer persegi. Masyarakat yang memiliki sekitar 1 080 000 ratu dan 306 000 000 pekerja ini dinamakan sebagai “masyarakat super’’ oleh para pengkaji. Para pengkaji mendapati bahawa semua alat produksi dan makanan ditukar dalam masyarakat semut secara teratur tanpa sebarang masalah dalam tempat yang sedemikian luas.


Ratu semut ditugaskan untuk meningkatkan jumlah semut dengan menghasilkan sejumlah telur. Dalam sesebuah masyarakat semut akan terdapat lebih dari satu ratu. Tubuh ratu lebih besar dari tubuh semut yang lain. Manakala tugas semut jantan hanya mengawan dengan sang ratu. Hampir semua semut jantan mati setelah mengawan.

Sang semut juga memiliki disiplin yang sangat mirip dengan ketenteraan. Namun, dalam ketenteraan semut, tidak mempunyai sang perwira tetapi mereka menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Cuba kita semua fikirkan bagaimana seekor haiwan biasa mampu mempunyai disiplin sedangkan golongan serangga ini tidak dikurniakan akal fikiran seperti kita manusia. Mereka sangat berdisiplin dengan amanah yang diberikan kepada mereka. Setiap kelompok semut mempunyai tugas masing-masing.

Misalnya semut penjaga pintu, sarang semut dihubungkan dengan dunia luar melalui lubang kecil yang hanya berukuran seperti saiz seekor semut. Untuk melalui lubang ini setiap semut perlu meminta izin daripada semut yang bertugas sebagai penjaga pintu. Penjaga pintu bertugas menutup pintu dengan kepalanya yang sesuai dengan lubang masuk. Lebih menarik, warna kepalanya sama dengan warna kulit pohon dimana sarang itu berada. Semut yang dipertanggungjawabkan menjaga pintu akan duduk berjam-jam di lubang masuk dan hanya membenarkan semut-semut dalam masyarakatnya sahaja untuk melalui pintu itu.


Istimewanya sang semut adalah kerana persahabatan yang murni antara mereka. Golongan serangga ini sanggup berkorban apa sahaja. Misalnya jika berlaku kekurangan makanan dalam masyarakat semut, semut pekerja akan berubah menjadi semut pemberi makanan kepada semut-semut yang lain dengan partikel makanan yang ada dalam perut mereka. Apabila masyarakat berlebihan makanan, mereka akan bertukar menjadi semut pekerja. Ini adalah satu pengorbanan yang cukup tinggi, jauh mengatasi pergorbanan yang boleh dilakukan oleh manusia.

Semut sanggup memberi segala milik mereka kepada semut lain tanpa rasa ragu agar semut lain tetap hidup, sedangkan di dunia hari ini ramai manusia yang mati kelaparan tanpa mendapat bantuan makanan secukupnya.

Firman Allah SWT, “Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut: Hai semut-semut masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari.” (an-Naml : 18 )

Semut juga merupakan makhluk yang sungguh luar biasa. Kajian membuktikan bahawa golongan serangga kecil ini memiliki jaringan komunikasi yang luar biasa. Semut mempunyai kaedah komunikasi yang cukup canggih kerana pancaindera mereka sangat peka. Ia digunakan pada setiap ketika. Terdapat 500,000 sel saraf yang termuat dalam dua atau tiga milimeter tubuh mereka. Oleh itu, kita perlu tahu bahawa sekecil-kecil serangga ini, ia tahu meletakkan dirinya di tempat yang sewajarnya. Sungguh menarik jika kita menyulusuri kehidupan semut. Kita seharusnya mencontohi sifat yang ada pada semut ini, walaupun kecil tetapi kualiti kehidupannya sangat bermakna.


Rujukan: Majalah Pendidik keluaran November/ Disember 2009


24 September 2011

TAYANGAN FILEM

Assalamualaikum w.b.t

Pihak PERDIQMA akan menganjurkan satu tayangan video bagi menjana tabung Perdiqma disamping menyampaikan dakwah melalui cerita-cerita yang menarik. Alhamdulillah,pada kali ini, cerita bertajuk "KUTLAR VADISI FILISTIN" berkisahkan lima orang komando yang ingin membela negara dan warga  Palestin yang sedang ditindas oleh Israel laknatullah.

Filem Preview:

Tayangan ini bertujuan memupuk dan meningkatkan kesedaran kita sebagai umat ISLAM untuk terus memperjuangkan agama yang kita cintai dari ditindas oleh golongan yang kufur terhadap ALLAH. Bersama-sama kita mengambil iktibar dari tayangan video itu nanti. Tayangan akan dibuat pada 27 September 2011(selasa) pada jam 9.00 malam bertempat di LT2. Tiket dijual pada hari tersebut bernilai RM 1 sahaja. Anda juga boleh membuat tempahan tiket melalui:

1.Nurdin Haikal(0193469366)
2.Afif(0145447038)
3.Zulia Sofy(0176492139)
4.Afifah dan Thakifah(0129431855)

Semoga tayangan yang dibuat ini akan mendapat keredhaan Allah s.w.t


21 September 2011

Contengan Jalanan: Coretan Pengalaman Perjalanan Mencari Tuhan

PERDIQMA: Kategori  Buku Pilihan PERDIQMA adalah ruangan baru di dalam Blog ini bertujuan berkongsi bersama pengunjung buku-buku pilihan yang mempunyai ibrah dan sesuai untuk pembacaan warga KPMB serta remaja Islam.

Pembaca yang memiliki koleksi bacaan berbentuk Novel, Travelog, Dukumentari, Koleksi Cerpen dan lain-lain buku yang mempunyai ibrah (pengajaran) dan mempunyai unsur pencerahan jiwa amat digalakkan untuk menghantar sinopsis atau komen/huraian anda berkenaan buku yang anda telah baca. Semoga manfaatnya dapat dikongsi bersama. Hantarkan ke: kpmbperdiqma@gmail.com atau hantarkan ke note PERDIQMA Fan Page, klik "sini"
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bulan Ramadhan yang penuh keberkatan itu telah jauh meninggalkan kita.Berganti bulan yang baru, Syawal penuh keraian.Tiada salahnya kita sama-sama renungkan,a dakah kita semua sudah berjaya memenuhinya dengan pelbagai amalan serta pengisian yang berguna bagi menambahkan iman dan takwa dari hari ke hari. Ingin juga saya kongsikan bersama sahabat-sahabat  mengenai sebuah novel hasil karya Hlovate terbitan Jemari Seni Sdn. Bhd pada Mei 2011. Mungkin ada yang berfikir, mengapa sebuah novel diketengahkan berbanding sumber rujukan lain sebagai panduan dan pengajaran.Mungkin ada yang terkejut atau tidak memahami mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang pada awalnya. Namun, percayalah setiap bait tulisan yang disampaikan mengandungi manfaat serta peringatan buat diri kita bersama,menjadi lebih baik dari semalam.

Novel ini terbahagi kepada dua bahagian:
  • I – Fend
  • II – K² ( Ksquare)
Contengan Jalanan memberi sedikit kelainan kepada pembaca dari segi pemahaman serta pengajaran yang disampaikan.Berkisarkan tentang Fend yang mahu mencari erti hidup, mencari ‘Affendy’ dan cerita kembara seorang K² melihat dunia dari sudut berbeza. Disebalik pencarian itu, Fend dan sepupunya Chad turut mengenali erti sebuah Ramadhan yang pasti dirindui di bumi asing Sydney, Australia.

I – Fend
Namanya Affendy. ‘Fend’; jika dipendekkan untuk panggilan. Umur – baru hampir masuk usia mengundi. Bergelar pelajar fotografi yang dunianya hanya berpaksikan lensa dan warna serta muzik! Dia gitaris merangkap vokalis Creepy Hues. Definisi hidupnya mudah. Selagi ada warna dan irama, itu namanya bahagia. Hinggalah dia bertemu dengan Amalia. Sepotong ayat daripada gadis itu membuatkan erti hidup yang difahaminya selama ini hilang makna.

"The man who decided to change on the 12th hour dies on 11th"
( I – Fend: 126 )

Kata-kata ini dipetik dari sebuah video bertajuk "The 11th Hour" yang dihasilkan oleh Sami Haque bersama sahabatnya Hasan Shaikh. Video ini telah memberi kesan yang mendalam serta mendapat sambutan hebat dalam komuniti mereka. Contengan Jalanan mencoret pengalaman Fend sepanjang dia cuba menyusun semula kamus hidup. Contengan kisah perjalanannya di celah-celah sesak kota Kuala Lumpur. Contengan kisah perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis. Contengan kisah perjalanannya melangkah benua dari Malaysia ke Australia kerana mahu mencari erti hidup yang sebenar. Kerana mahu mencari ‘Affendy’. Perjalanan di bumi Australia bersama sepupunya Chad (Arsyad) secara 'backpacking' membuka mata Fend dari prinsipnya yang dahulu. Bagaimana Ramadhan yang seharusnya dipenuhi. Juga betapa kita lupa cara yang sebenar untuk kita hayatinya.

"Roh Ramadhan tu lagi terasa kat sini sebenarnya.Erti Ramadhan sebenar tu, baru betul-betul rasa kat sini. Kat Malaysia sekarang ni aku rasa Ramadhan tu dah jadi lebih kepada benda budaya."

"Ramadhan tu bukannya diertikan dengan Malam Tujuh Likur pasang pelita. Bukan diertikan dengan lawan meriam buluh antara kampung. Bukan diertikan dengan berbuka puasa di hotel-hotel. Bukan diertikan dengan rancangan masak-masak bulan puasa di TV.Tapi benda-benda tu la yang dah jadi definisi Ramadhan kat Malaysia." (Akmal)
( I – Fend: 161-162 )

II – K²
Namanya Ku Kamaruzzaman. Dipendekkan menjadi K² untuk teman-teman. Dia teman Fend. Pelajar Creative Studies. Drummer untuk Creepy Hues. Paksi hidupnya hanya satu: seni. Perkara lain boleh ditolak tepi. Hidup itu mudah, tidak perlu mencari susah.Namun erti itu mula berubah arah selepas kematian seorang teman iaitu Chad.Tambah dikusutkan dengan perubahan Fend yang seolah-olah tersampuk badi krisis pertengahan usia. Kembaranya ke Australia untuk menemani Fend yang merindui suasana di sana dirasakan hanya sebuah percutian. Tiada erti yang diperoleh. Tiada hati yang tersentuh. Tiada perubahan yang dilakukan.

"Hati kau bukan aku yang pegang." (Fend)
( I – Fend: 160)

Kembaranya ke Tanah Seberang di negara jiran yang membuka pintu hati dan mata untuk melihat dunia dari sudut berbeza. Dia memahaminya. Memahami mengapa Fend berubah, dan apa yang perlu dalam hidup seorang insan bergelar hamba pada yang Esa.Sedarilah bahawa hidayah itu perlu dicari. Bukan dinanti tanpa sebarang tindakan dan perubahan. Bukan semua hambaNya berjaya memperolehinya dengan mudah, kadang-kala perlu melalui pelbagai keadaan dan halangan. Bersyukurlah sekiranya kita, insan terpilih untuk menerima hidayah daripadaNya.

"Dialah yang menurunkan kepada hamba-Nya ayat-ayat yang terang (al-Quran) supaya Dia mengeluarkan kamu dari kegelapan kepada cahaya. Dan sesungguhnya Allah benar-benar Maha Penyantun lagi Maha Penyayang terhadapmu." (Al-Hadiid : 9)

Tajuk Novel       : Contengan Jalanan
Terbitan            : Jemari Seni Sdn. Bhd.
ISBN                 : 978-967-5118-53-1
Harga               : RM21.00 (Sem. M'sia)
                        : RM24.00 (Sabah/Sarawak)

Ditulis oleh: Aimi Rahman*

Aimi Rahman pernah menjadi blogger di Blog PERDIQMA KPMB Sesi Januari-Jun 2011. Penulisan ini juga diambil dan disiarkan dengan kebenaran dari facebook beliau di "sini".

Pembaca yang memiliki koleksi bacaan berbentuk Novel, Travelog, Dukumentari, Koleksi Cerpen dan lain-lain buku yang mempunyai ibrah (pengajaran) dan mempunyai unsur pencerahan jiwa amat digalakkan untuk menghantar sinopsis atau komen/huraian anda berkenaan buku yang anda telah baca. Semoga manfaatnya dapat dikongsi bersama. Hantarkan ke: kpmbperdiqma@gmail.com @ hantar ke note PERDIQMA Fan Page, klik "sini"


18 September 2011

“Atau Mungkinkah…….”


Sering kita berbicara dalam diri tentang seluas pengetahuan yang ada dalam hati sanubari. Sering juga kita menerka di dalam hati tentang apa yang ada di sebalik apa yang ada di sebalik. Kerana itu kita sering bermungkin-mungkin mentafsir antara itu dan ini, oh..antara aku dan dia, juga antara kami dan mereka. Pastinya mungkin-mungkin itu ada fikir negatif dan positifnya. Alangkah baiknya jika yang mungkin-mungkin itu adalah positif belaka. Sebagaimana tabiat Rasulullah SAW, sering berbaik sangka “husnul zan” sebagaimana catatan tinta emas yang terkandung di dalam kitab suci kita jelas mengatakan firman Allah SWT yang bermaksud: 

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada prasangka. Sesungguhnya kebanyakan prasangka itu adalah dosa. Janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kalian mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang daripada kalian memakan daging saudaranya yang mati?". (al-Hujurat : 11 dan 12).

Namun kerana kita manusia yang penuh dengan nafsu, maka kita sering bermungkin-mungkin dan bersangka-sangka. 

Situasi 1: Jika seorang guru berasa marah kerana pelajar-pelajarnya sering lewat hadir ke kelas atau sering ponteng ke kelas. Maka pastinya ia akan bermungkin-mungin dan bersangka-sangka. Maka dalam kotak fikirnya pasti lahir barisan-barisan ayat memungkinkan kenapa itu bisa berlaku. Mungkin mereka tidak suka cara ku mengajar barangkali..mungkin mereka benci padaku barangkali..atau mungkin mereka itu sebenarnya memang pemalas barangkali..atau mungkin aku tidak pandai mengambil hati mereka..atau mungkin subjek ku ini sangat membosankan..terlalu banyak mungkinnya… 

Maka itu jika ini pernah menimpa dirimu maka ingatlah pesan Rasulullah SAW tentang kemuliaan berprasangka baik. 

Sesungguhnya Allah SWT berfirman:

"Aku menurut prasangka hamba-Ku. Aku bersamanya saat ia bersama-Ku. Aku akan mengingatnya dalam kesendirian-Ku." (Hadits Qudsi). 
 

Situasi 2: Jika ada seorang rakan lama yang sangat terasa hati..apabila smsnya tidak dibalas-balas oleh rakan lamanya yang sudah lama tidak berjumpa, yang dulu-dulunya pernah tidur sebantal, dan sering bertepuk tampar..pasti juga ia akan bermungkin-mungkin di dalam hatinya. Apa dia sudah lupakan aku. Apa dia sudah benci padaku.. Atau mungkin dia sedang sibuk dengan urusannya. Atau mungkin dia sudah berubah, sudah tidak layak lagi bersahabat denganku.. Atau mungkin dia lagi kalut dengan pelajarannya. Atau mungkin dia sangat pening menguruskan persatuannya..Ya segalanya mungkin..mungkin dan mungkin. 

Jika itu pernah singgah di tangkai hati kita maka ingatlah pesan  Rasulullah SAW dengan tegasnya:

“Jauhilah darimu prasangka. Sesungguhnya prasangka itu adalah perkataan yang paling dusta. (Muttafaq ‘alaih). 


Situasi 3: Jika seorang penyelaras program sedang ‘follow up’ tugasan ahli jawatankuasanya dan didapati kertas kerja bajet masih belum dihantar sedangkan program persatuan akan berlangsung dua hari lagi. Dia juga pastinya akan bermungkin-mungkin dalam keadaan yang agak ‘panas’. Apa budak-budak ini tidak sedarkah program ini akan bermula dalam masa yang singkat ini? Apa mereka sangat sibukkah dengan kelas? Atau mungkin mereka ada tugasan yang lebih utama daripada urusan program ini? Atau mungkin mereka hanya bersikap sambil lewa, hanya mengharap pada penyelaras untuk menyelesaikan semuanya. Hingga sampai satu ketika, terasa ingin menangis kesal atas segala rasa mungkin-mungkin itu. Atau mungkin hanya cuma kali ini mereka agak lewat dalam gerak kerja, sedangkan sebelum ini mereka sangat hebat gerak kerjanya.. Segalanya mungkin.   

Maka jika kita pernah terjebak dalam situasi ini maka ingatlah pesan agung baginda Rasulullah SAW, maksudnya, 

“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia berkata-kata yang baik atau hendaklah ia diam.”(Hadis riwayat Iman Al-Bukhari)

Situasi 4: Juga, jika seorang isteri sedang menanti-nanti kepulangan suaminya di petang hari. Masih juga tidak muncul-muncul kelibatnya sedangkan kebiasaannya ia sudah terjengul di muka pintu pada jam-jam yang sedemikian. Pasti juga sang isteri sedang bermungkin-mungkin. Apakah dia terlibat dalam kemalangan jalanraya. Apa dia sedang sibuk membeli barang keperluan rumah tanpa memberitahuku. Atau mungkin dia sedang bersenda-senda dengan rakan sepejabatnya yang berlawanan jantina hingga lupa balik ke rumah.. Maka sangkaan buruk itu suka hinggap di hati-hati yang sedang gelisah. Atau mungkin kenderaannya sedang rosak di jalanan dan dia sedang berusaha membaikinya agar dapat segera pulang ke rumah. Ya..tapi kenapa tidak maklumkan sahaja supaya isteri di rumah tidak gelisah. Atau mungkin bateri telefonnya sudah kehabisan. Ya begitu banyak atau mungkinnya.

Peringatan tentang bersangka baik oleh Ustaz Kazim Elias:

Situasi 5: Juga mungkin berlaku kita terkejut beruk melihat sahabat yang dihormati kerana kewarakannya sedang lewat solat zohor di bilik asrama  hingga begitu hampir dengan asar. Kita juga pasti bermungkin-mungkin. Mungkin dia cuma baik di depan orang saja dengan lakonan kewarakannya. Mungkin juga dia tertidur hingga kelewatan begini. Atau mungkin hanya kali ini dia terlewat sedangkan hari-hari sebelumnya ia sangat taat pada waktu solat itu.. Mungkin juga dia baru balik dari shopping raya hingga lupa zohornya. ya..Maka itu, syaitan hinggap di hati membisik-bisikkan dengan syahdunya  agar kita berburuk-buruk  sangka ‘suul zan’.


Situasi 6: Juga sering berlaku dalam persatuan maka ahlinya suka berbalah-balah. Berselisih pandangan hingga hilang kemesraan yang sedia ada. Puncanya hanyalah kerana mereka suka bermungkin-mungkin. Tidak mahu berbincang dengan cara terbuka. Tiada musyawarah..tiada ..hanya suka bermungkin-mungkin..Mungkin dia sangka dia lebih hebat dari aku. Atau mungkin dia itu keras kepala hingga susah mahu mengalah. Atau mungkin dia sudah ditarbiah dengan cara begitu yang tidak sealiran denganku. Atau berapa banyak kemungkinan yang menyesakkan dada dan minda. Sedarkah kita Rasulullah bersabda:

"Mukmin dengan mukmin itu umpama bangunan, sebahagiannya saling berkaitan dengan bahagian yang lain"; 

"Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri". 

Jika kita suka berbalah-balah harus bagaimana redha dan berkat Allah itu akan hadir dalam gerak kerja nantinya. ?

Maka dengan itu, setiap insan perlu sentiasa mempositifkan sangka-sangkaannya, kemungkinan-kemungkinanya, mahupun gerak rasanya. Ingatlah pesanan junjungan kita Rasulullah SAW dalam sebuah hadisnya menyatakan : 

"Ketahuilah bahawa didalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya, ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati". 


Ya itulah hati yang sering dikatakan ‘ikut hati mati, ikut rasa binasa’. Sesungguhnya kita sebagai insan di muka bumi ini sering dilalai-lalaikan oleh nafsu dan syaitan yang bersembunyi di dalam diri. Benarlah sebagaimana yang diriwayatkan di dalam hadis Rasulullah SAW  yang maksudnya: 

Tiga perkara lazim yang sukar dibuang oleh umatku iaitu mengganggap sial, hasad dengki dan bersangka buruk" lalu seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah :"apakah yang boleh menghilangkannya wahai Rasulullah ? "Jawab Nabi : Jika kamu datang perasaan hasad dengki beristighfar lah kamu kepada Allah, apabila kamu bersangka buruk, janganlah kamu membenarkan sangkaan itu, dan apabila kamu menganggap sial belaku, abaikan dan jangan endahkannya" ( At-Tabrani, no 3227, 3/228 ; Al-Haithami : Dhoif kerana perawi bernama Ismail Bin Qais)


Oleh itu, sempena bulan yang mulia dan penuh barakah ini marilah kita sama-sama saling bermaaf-maafan ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam, agar hidup kita sentiasa tenang dalam pencarian menuju jalanNya. InsyaAllah..

Artikel Oleh: Riani Binti Awang*
Puan Riani Binti Awang merupakan pensyarah di Jabatan Pengajian Am Kolej Profesional Mara Beranang, Penasihat Majlis Perwakilan Pelajar KPMB dan merupakan penulis jemputan di blog PERDIQMA KPMB. Antara artikel beliau di laman ini ialah:

GELORA ASMARA REMAJA: PERSOALAN DAN PENYELESAIAN?  

Cinta Remaja: Banyak Bala Daripada Pahala?

BEKALAN CUTI SEMESTER

Al-Quran Menjadi Penyembuh Rohani dan Jasmani: Benarkah?

Menjadi seorang pelajar muslimah seharusnya bagaimana?



16 September 2011

Tak Beradab Siapa Solat Pakai Baju Ada Gambar Manusia

azan islam call to prayerMemakai pakaian seperti kemeja-T yang mempunyai gambar wajah manusia ketika bersolat dianggap tidak menghormati adab dan kesopanan ketika menghadap Allah, sungguhpun hukumnnya makruh, menurut pendapat beberapa ulama dari Universiti Al-Azhar di Mesir.

Naib Menteri Wakaf Mesir, Dr. Salem Abdul Jalil yang dilaporkan oleh Agensi Berita Qatar (QNA) berkata, walaupun solat itu sah kerana rukunnya telah sempurna, namun memakai kemeja-T seperti itu tetap merupakan sesuatu yang makruh dan sangat dibenci. 

Antara contoh baju bergambar yang biasa kita lihat:

"Ia bukan sahaja dianggap tidak menghormati adab dan kesopanan ketika menghadap Allah SWT, malah ia merupakan perkara yang melalaikan seseorang daripada menunaikan solat dengan khusyuk, khususnya apabila solat itu didirikan secara berjemaah.

"Imam Abu Hanifah An-Nu”man (Imam Mazhab Hanifah) memakai sebaik-baik pakaian sebelum menunaikan solat malam, dan ketika ditanya beliau menjawab ”sesungguhnya Allah SWT melihat aku”,” katanya dalam laporan yang disiarkan dalam akhbar “The Egytian Today”.

Seorang lagi ulama Al-Azhar, Dr Sami Abdel Fattah juga menyifatkan solat dengan berpakaian sedemikian merupakan perkara yang tidak sopan.

Beliau menguatkan lagi kenyataannya dengan melarang orang Islam memakai pakaian yang mempunyai gambar wajah manusia semasa menunaikan solat.

Sementara itu, anggota Akademi Penyelidikan Islam Mesir Dr AbdalMattiy Bayoumi berkata, tujuan mendirikan solat ialah supaya setiap individu bertaqwa.

"Tidak mungkin seseorang itu dapat memperoleh taqwa daripada solat yang didirikan melainkan jika dia menunaikannya dengan tenang dan damai,” katanya. 

Baju yang ini pula tidak bergambar, tapi yang inipun satu hal juga bila dibawa bersolat:


Semoga warga KPMB berhati-hati dan lebih sensitif dalam perkara seperti ini. Selamat menjalani ibadah solat dengan khusyuk dan sempurna.

P/s: Timbul pula persoalan, bagaimana pula hukum orang yang memakai pakaian bertulisan di belakang baju? Mungkin gambar ini boleh memberikan penjelasan:

:)

Artikel diolah dari sumber: Malaysiakini.com


14 September 2011

Madrasah Ramadhan

Dalam suasana kita menyambut ketibaan ‘Aidilfitri dengan penuh kegembiraan ini, janganlah kita lupa untuk terus mengekalkan ketaqwaan kita kepada Allah. Ketaqwaan yang telah kita pupuk dan pertingkatkan di Madrasah Ramadhan yang lalu, janganlah pula, setelah Ramadhan berlalu, kita musnahkan segala amal taqwa kita dengan mensia-siakan usaha dan pengorbanan yang telah kita lakukan itu dengan perbuatan maksiat dan mungkar. Istiqamahlah dengan sifat taqwa tersebut dan teruskan bermujahadah untuk menjadi seorang muslim yang mukmin dan muttaqi.

Muttaqi dalam erti kata yang hakiki dengan melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan Ramadhan yang baru meninggalkan kita ini akan benar-benar menggamit rindu dan cinta kita kepada Allah SWT. untuk sentiasa melakukan amal ibadah dan seterusnya mencetuskan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. di sepanjang perjalanan hidup kita.

Sesungguhnya beruntunglah di sepanjang Ramadhan bagi orang-orang yang ibadah puasa dan tarawihnya diterima, qiyamullail dan tadarusnya diperkenankan, jihad dan dakwahnya terus ditegakkan, segala amalan kebajikannya dimaqbulkan dan segala dosanya diampunkan Allah. Hanya orang-orang inilah yang layak mendapat kemenangan di hari ini dan hanya golongan seperti ini sahajalah yang layak merayakan 'Aidilfitri kerana mereka mendapat kebebasan daripada api neraka. Hadith daripada Jabir bin Abdullah, Nabi s.a.w. telah bersabda;

"Puasa itu umpama perisai yang melindungi seseorang daripada api neraka, dan puasa itu hanya bagi-Ku dan Akulah yang akan membalasnya".(Riwayat Ahmad).

'Aidilfitri adalah bermaksud kembali kepada fitrah kejadian kelahiran manusia yang diibaratkan putih bersih tanpa tompok-tompok dosa dan maksiat. Itulah ibarat kita merayakan hari raya ini, kerana kemenangan kita yang telah berjaya ditarbiyyah dan dibentuk menjadi mukmin yang tunduk dan patuh kepada Allah. Hasil tuaian di bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini mudah-mudahan akan menjadi bekalan sepanjang tahun sehinggalah kita bertemu dengan Ramadhan pada tahun hadapan.



Hakikatnya, kegembiraan menyambut Syawal hanya layak bagi mereka yang telah berjaya dan lulus dalam menjalani tarbiyyah di Madrasah Ramadhan. Apakah kita merupakan salah seorang graduan yang telah lulus dari Madrasah Ramadhan tahun ini atau sebaliknya?. Oleh itu, marilah kita bersama-sama mengingatkan diri kita, bahawa perginya Ramadhan sepatutnya ditangisi dan bukannya disenangi.

Pada bulan Ramadhan juga diturunkan padanya Al-Quran untuk menjadi pedoman kehidupan manusia di alam ini. Hanya dengan mengikut petunjuk Al-Quran sahajalah dunia akan selamat dan kehidupan hamba-Nya menjadi sejahtera. Kita tidak hanya membaca dan mempelajari Al-Quran dalam bulan Ramadhan semata-mata bahkan kita harus mempelajari, menghayati dan melaksanakannya secara berterusan sekalipun berada di bulan-bulan yang lain.

Firman Allah dalam surah Al-Israk ayat 9:

"Sesungguhnya Al-Quran ini menjadi petunjuk ke jalan yang amat benar (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar".

Di sepanjang Ramadhan yang baru meninggalkan kita, kita berjaya mendidik dan mengasuh diri kita daripada perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa. Prihatinnya kita terhadap ibadah dan kesungguhan kita mentaati Allah adalah sebagai tanda ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Inilah ciri-ciri ‘ehsan' yang berjaya ditanamkan dalam setiap diri umat Islam sebagaimana hadith daripada Umar r.a. ketika Jibril datang bertemu Nabi, lalu ia bertanya kepada Nabi saw :

"Maka khabarkanlah kepada-Ku berkenaan ehsan. Lalu Nabi saw menjawab: "Bahawa kamu menyembah Allah dengan bersungguh-sungguh seolah-olah kamu melihat-Nya, dan walaupun kamu tidak melihat-Nya yang pastinya Allah sentiasa melihat kamu".

Persoalannya, kenapa tidak kita terjemahkan ‘ehsan' ini kepada ke seluruhan hidup kita sehinggalah ianya mampu memandu dan membentuk kita menjadi hamba-Nya yang tunduk dan patuh bertaqwa sentiasa kepada Allah SWT. sehingga bertemu dengan Ramadhan pada tahun hadapan?.

Kita melihat menularnya gejala sosial yang berlaku pada hari ini melibatkan semua golongan. Remaja dengan pergaulan bebas dan kes-kes pembuangan bayi sekalipun di bulan Ramadhan. Begitu juga senario yang berlaku kepada golongan yang lain, seperti rasuah, pecah amanah, pembunuhan, bunuh diri dan berbagai lagi. Ini adalah gambaran rosaknya manusia yang tidak menterjemahkan Islam, Iman dan Ehsan dalam kehidupan mereka. Kita meyakini sekiranya umat Islam mampu menterjemahkan ehsan dalam kehidupan seharian mereka, sudah pasti menjadi mudah untuk kita membina modal insan ke arah taqwa dan sekaligus mampu membendung gejala sosial yang berlaku.



Oleh kerana itu, adalah menjadi kewajipan bagi semua umat Islam untuk mampu menterjemahkan Konsep Ehsan ini ke dalam kehidupan mereka dengan meneruskan jihad dalam membendung, mengawal dan memberikan kefahaman dan ‘inzar' amaran berupa pengajaran kepada mereka.

Firman Allah SWT. dalam Surah Ali ‘Imran ayat 104:

"Hendaklah ada antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Mereka yang bersifat demikian itulah orang yang berjaya".

Pada saat kita merayakan hari raya ini, ingatlah kepada mereka yang serba kekurangan dan ingatlah nasib umat Islam yang berada dalam kesusahan seperti nasib umat Islam Palestin khususnya di Gaza, mangsa banjir besar di Pakistan, nasib anak-anak yatim, faqir dan miskin. Anjuran Islam supaya kita berzakat, infaq dan bersedekah adalah satu amalan mulia. Di samping membantu sesama umat Islam, ianya dapat mengikis sifat kikir dan tamak. Mudah-mudahan dapat mensucikan harta kita agar ianya sentiasa diberkati oleh Allah SWT.


Artikel suasana Ramadhan di Palestin klik "sini"

Amalan terbaik merayakan hari raya sebegini, hendaklah diikuti dengan amalan kunjung-mengunjung, bermaaf-maafan dan merayakan dalam penuh kesederhanaan. Ini kerana bermegah dan bermewah dengan melakukan pembaziran adalah amalan syaitan.

Firman Allah SWT. dalam Surah Al-Isra' ayat 27:

"Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhan-Nya".

Isilah hari raya ini dengan beramal ibadah sebagai tanda kesyukuran kita bukannya diisi dengan pesta hiburan yang melalaikan yang semakin menjauhkan kita daripada keredhaan Allah SWT. Untuk melepaskan tanda kerinduan dengan puasa Ramadhan Nabi menggalakkan umat Islam agar dapat menunaikan puasa sunat enam hari di bulan syawal sebagaimana hadith daripada Abu Ayyub Al-Ansari, Nabi s.a.w. bersabda:-

"Barangsiapa berpuasa Ramadhan, kemudian ia mengiringinya dengan puasa enam hari dari bulan syawal, adalah puasanya itu seperti puasa sepanjang tahun".(Riwayat Muslim).

Perbanyakkanlah juga bertaubat dan memohon keampunan daripada Allah mudah-mudahan Allah akan melorongkan kita mendapat keampunan dan mendorong kita mengecapi kejayaan dalam hidup kita di dunia dan akhirat. Firman Allah SWT. dalam Surah An-Nur ayat 31:

"Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya".

Marilah kita mengatur langkah meneruskan kehidupan kita dengan semangat baru, wajah baru dan tekad untuk menjadi insan yang bertaqwa dan beramal soleh. Semoga kita dapat merayakan hari raya ini dan seterusnya dalam suasana diberkati dan diredhai oleh Allah SWT.

"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik".(Ali ‘Imran: 133 - 134)


Rujukan: Jabatan Agama Islam Selangor





8 September 2011

Teka-teki Islam Kembali!! (Siri 9)

Untuk sesi teka-teki Islam kali ini, kami ingin mencuba sesuatu yang lebih mencabar iaitu para pengunjung perlu menjawab soalan yang berbentuk subjektif (Tiada contoh jawapan diberikan). Semoga dapat menambah pengetahuan kita semua. Oleh itu, mari kita uji pengetahuan am kita dengan menjawab soalan-soalan berikut:


1)  Siapakah yang dikatakan wajahnya begitu mirip dengan Rasulullah?

2)  Sahabat Nabi yang di kenali sebagai "Abu Masakin" iaitu bapa orang miskin ialah?

3) Berapakan jumlah malaikat yang memikul Arasy pada hari kiamat?

4)  Berapakan jumlah anak lelaki Nabi Yaakub termasuk Yusuf a.s?

5) Berpandukan kisah dalam Al-Quran, namakan suami yang mempunyai isteri yang tidak mentaati perintah Allah?

6) Dalam surah apakah yang menceritakan peristiwa Baginda Rasulullah s.a.w berpaling daripada seorang lelaki buta direkodkan di dalam Al Quran?

7) Apakah perkaitan antara tiga perkara di bawah?
  • Meneggelamlkan sampan.
  • Membunuh anak kecil.
  • Menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
8) Siapakah orang yang paling ringan siksaannya di neraka kelak?

(Kini pengunjung boleh menjawab dengan lebih mudah menggunakan comment dari accout Facebook, Yahoomail, AOL & Hotmail yang disediakan dibawah artikel ini)

Selamat menjawab! Tetapi untuk sesi kali ini tiada hadiah disediakan. InsyaAllah pada sesi-sesi akan datang adan ada teka-teki Islam yang disertakan hadiah bagi pengunjung yang menjawab paling cepat dan tepat seperti teka teki Istimewa Isu Palestin

untuk melihat siri teka-teki Islam yang lain: Klik Sini


5 September 2011

Hari Raya : Yang Perlu & Tidak Perlu


Bulan Ramadhan, sudah hampir tiba ke penghujungnya. Bagi individu yang sedar serta menghayati ‘tawaran' bonus yang di berikan oleh Allah SWT dan RasulNya di bulan Ramadhan, mereka sudah pasti akan merasa sedih atau amat sedih dengan pemergiannya.


Sebaliknya orang yang tidak sedar atau tidak ambil endah tentang kelebihannya pasti bergembira dan berpesta dengan pemergian bulan hebat ini.  Lebih malang lagi, pestanya yang dianjurnya adalah jenis pesta hiburan yang sememangnya bertentangan dengan ruh dan objektif Ramadhan.  

Seolah-olah individu yang berpesta maksiat di permulaan bulan Syawal ini ingin memaklumkan berkenaan ‘peperiksaan' Ramadhannya telah mendapat keputusan ‘gagal', malah telah berjaya terkena doa laknat oleh Malaikat Jibrail untuk mendapat 'kecelakaan', merbahayalah imannya pada bulan-bulan yang mendatang. Nau'zubillah.

Ahhh.. apa peduli apa !..Kata sebahagian mereka
Masalah pasti berterusan kerana sebahagian besar dari mereka yang berpesta maksiat ini tidak mempunyai ilmu bagi mengenal pasti perbezaan antara maksiat dan amal soleh, dosa dan pahala. Malah tiada minat langsung untuk mengetahuinya.

"waste of time!!" katanya lagi.
Padahal di bulan Ramadhan yang juga digelar bulan Al-Quran, Allah SWT mengarahkan kita merujuk Al-Quran yang fungsinya adalah sebagai Al-Furqan (Pemisah antara yang benar dan yang salah).

Malang bagi mereka yang masih tidak mahu bernaung dengan petunjuk Al-Quran dan Al-Hadis dalam kehidupan hariannya sejurus selepas Ramadhan ini. Sebagaimana kata-kata hukama :-

الْقُرْآَنُ شَافِعٌ مُشَفَّعٌ فَمَنْ جَعَلَهُ إِمَامَهُ قَادَهُ إلى الْجَنَّةِ وَمَنْ جَعَلَهُ خَلْفَهُ سَاقَهُ إلى النَّارِ


Ertinya : "Al-quran itu boleh memberi syafaat, barangsiapa yang mengambilnya sebagai pemandu (kehidupannya) nescaya ia akan membawa ke Syurga dan barangsiapa yang meletakkannya di belakangnya, nescaya ia akan mengheret orang itu ke Neraka" ( Riwayat At-Tabrani, Ibn Hibban, 1/331 ; Ia sukar untuk dianggap sebagai hadis kerana perawinya Al-Rabi' bin Badr yang dinilai Matruk ; Majma Az-Zawaid, 7/164)

BOLEHKAH BERSUKARIA DI MUSIM RAYA?

Jika demikian, adakah Muslim di tegah untuk bersuka ria di hari raya dan hanya bersedih sahaja ?.
Jawapannya, bergembira di Syawal tidak ditegah, malah Rasulullah s.a.w sendiri membenarkan umat islam bergembira di Syawal, dengan syarat gembira itu mestilah dilaksanakan dan dizahirkan dalam bentuk yang di terima Islam.

Nabi SAW juga pernah menegur kepada Abu Bakar As-Siddiq apabila melihat Abu Bakar memarahi Aisyah r.a dan penghibur kanak-kanak yang sedang menyanyikan nasyid di rumah Rasulullah SAW dengan katanya :

دعهما يا أبا بكر فإنها أيام عيد
Ertinya : "Biarkan ia ( wahai Abu Bakar) kerana ini adalah hari raya" ( Riwayat Al-Bukhari)


Mukmin sebenar akan merasa gembira kerana berterima kasih kepada Allah s.w.t atas kurniaan kesempatan dan peluang untuk mereka mendapat keampunan di bulan Ramadhan.
Sudah tentu mukmin ini merasa puas dengan usahanya yang berganda, walaupun penerimaannya adalah terpulang kepada Allah SWT semata. Ia bertepatan dengan Hadith Nabi SAW :

من سَرَّتْهُ حَسَنَتُهُ وَسَاءَتْهُ سَيِّئَتُهُ فذلك الْمُؤْمِنُ


Ertinya "Sesiapa yang merasa gembira apabila ia melakukan amal baik dan merasa buruk dengan perlakuan dosanya, itulah ciri Mukmin sejati " (Riwayat At-Tirmizi, no 2165, 4/465 ; Tirmizi : Hasan Sohih ; Al-Haithami : perawinya sohih , rujuk Majma Az-Zawaid, 1/86 )


Selain mengenangkan usaha berganda yang telah dilakukan sewaktu Ramadhan, bergembira juga atas kejayaan membina ‘benteng kukuh' dari godaan Syaitan, bukankah Nabi SAW telah menyebut bahawa "Puasa itu benteng" (Riwayat Al-Bukhari).

Kerana itu mereka menyambutnya dengan kegembiraan.

MENGAPA ORANG MUKMIN TULEN BERSEDIH?

Jika tadi disebut mukmin gembira, kali ini mengapa pula mukmin bersedih dengan pemergian Ramdahan?.

Bergembiralah Orang Yang Membersihkan Hatinya di RamadhanSecara ringkasnya, dengan berdasarkan dalil-dalil yang sohih, peluang dan kemudahan yang diberikan Allah SWT di bulan ini yang pastinya akan dirindui dan di tangisi oleh para mukminin dan solihin adalah :-

1) Peluang untuk meraih ke Syurga yang terbuka luas di dalamnya, berdasarkan hadith yang menyebut tentang pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan Syaitan di belenggu. Lalu mukmin sentiasa bimbang akan penerimaan Allah SWT terhadap diri dan amalannya.

2) Tawaran pengampunan dosa-dosa silam bagi yang berpuasa dan menghidupkan malamnya dengan solat terawih ikhlas kerana Allah.

3) Kemaqbulan doa yang hebat ketika berpuasa dan berbuka.

4) Peluang mempertingkat taqwa, iman dan menambah keberkatan dalam hidup dunia dan akhirat.

5) Peluang terbesar di Malam al-Qadar yang amat istimewa.

RINGKASAN AMALAN DI HARI RAYA

Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .

Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".

2) Menjamah makanan sebelum keluar.

3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ;

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;
Disebut dalam sebuah riwayat :

قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك


Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya  dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )

5) Memakai pakaian terbaik yang ada ;

Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.
Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;

Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)

7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik (ukhuwwah) sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi. NabiMuhammad SAW pernah bersabda :

مَن سَرّه أن يُبسط له في رزقه ، وأن يُنسأ له في أثره ؛ فَلْيَصِل رَحِمَه


Ertinya : Barangsiapa yang suka untuk diperluaskan baginya rezekinya, dan ditangguhkan (dipanjang) umurnya, maka hendaklah dia menyambung (mengukuh) hubungan persaudaraannya ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim) 

RINGKASAN KESILAPAN DI HARI RAYA

Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-

1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.

2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.

5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)

6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.

7) Dosa Bertempoh Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh. 

~sekian shj..taqaballahuminkum~









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...