14 Februari 2010

Nadwah Islamiah Peringkat Kebangsaan

www.perdiqmakpmb.blogspot.com
Nor 'Aisah Binti Abd Hamid
Editor

KPM Indera Mahkota-KPMB telah menghantar satu kontigen untuk mewakili kolej bagi Pertandingan Nadwah Islamiah berlangsung pada 5-7 Mac 2010. Para peserta telah menunjukkan kesungguhan mereka di KPM Indera Mahkota. Alhamdulillah, pertandingan berjalan dengan lancar. Walau tidak menjadi pemenang keseluruhan untuk pertandingan ini, KPMB tetap berjaya merangkul dua tempat naib johan iaitu dalam pertandingan nasyid dan pertandingan tilawah (perempuan). Selain itu, pada Pertandingan Nadwah Islamiah kali 3 ini juga, KPMB telah diberikan kepercayaan untuk menjadi ahli panel bersama-sama tuan rumah, iaitu KPMIM dan juga KMKN untuk menyertai forum bertajuk “Warna-warni Remaja”

Para peserta pertandingan telah membuat persediaan dengan bersungguh-sungguh untuk membawa imej KPMB dengan baik dan cemerlang. Mereka memberi komitmen yang begitu baik dan saling bekerjasama bagi memantapkan lagi persembahan mereka.

Dengan kemenangan yang mereka perolehi, ia menjadikan satu kebanggan untuk warga KPMB. Ini menunjukkan bahawa para pelajar KPMB juga sangat prihatin terhadap isu keagamaan.

Selain itu juga, slot-slot yang diisi seperti slot Pemantapan Akidah oleh Ustaz Abdullah Bin Din turut member input yang cukup hebat buat para peserta Nadwah Islamiah kali ini.

Semoga Program seperti ini dapat diteruskan lagi dan para pelajar dapat melibatkan diri secara aktif.

Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...