15 November 2010

Program Aidil Adha @ KPMB


Buat pertama kalinya semenjak KPMB ditubuhkan, kita akan mengadakan Solat Sunat Aidil Adha di Surau An Nur KPMB. Solat Sunat Aidil Adha akan di imamkan oleh Ustaz Md Zan Bin Yausof. Solat Sunat akan bermula jam 8.00 Pagi. Selepas solat Sunat Aidil Adha, jamuan hari raya akan diadakan di Surau An-Nur. Setelah jamuan, semua hadirin dijemput untuk bersama-sama membantu melapah seekor kambing yang akan dikorbankan pada hari tersebut. Semua warga KPMB yang tidak dapat pulang ke kampung dijemput hadir bagi memeriahkan majlis.

Tarikh: 17 November 2010
Lokasi: Surau An-Nur KPMB & Perkarangan Surau An-Nur
Waktu: 7.30 pagi - 10.00 malam

Tentatif Program:

7.30 Pagi: Takbir Raya
8.00 Pagi: Solat Sunat Aidil Adha & Khutbah Raya
9.00 Pagi: Jamuan Raya
10.00 Pagi: Sembelihan Kambing
10.30 Pagi: Gotong-royong melapah kambing
8.30 Malam: BBQ kambing bakar

Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...