Pada 17 November 2010 yang lalu, Pihak PERDIQMA , MPP, Kamsis dan seluruh warga KPMB telah bekerjasama untuk mengadakan program Sambutan Hari Raya Aidil Adha di KPMB. Untuk makluman, ini adalah kali pertama KPMB mengadakan sambutan Hari Raya Aidil Adha di Kolej berikutan cuti Hari Raya Aidil Adha pada tahun ini jatuh pada minggu peperiksaan.
Program yang diadakan ini berlangsung cukup meriah walaupun pelajar yang meraikan sambutan raya tidak dapat pulang ke kampung halaman masing-masing. Program pada hari tersebut dimulakan dengan bertakbir pada jam 7.30 pagi - 8.30 pagi dengan suasana yang cukup syahdu dan penuh perasaan. Kemudian para jemaah menunaikan solat Sunat Aidil Adha berjemaah ji Surau An-Nur dan seterusnya mendengar Khutbah Khas Aidil Adha yang bertajuk "Bagaimana Seharusnya Kita Berkorban" oleh Tinbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar; Ustaz Md Zan Bin Yausof. Antara kupasan dari khutbah tersebut ialah pengorbanan yang begitu hebat sanggup dilakukan oleh Nabi Ibrahim yang sanggup mengorbankan Nabi Ismail demi mentaati perintah Allah SWT serta mengaitkan dengan pengorbanan yang seharusnya dilakukan oleh para pelajar dalam perjuangan mengejar cita-cita
Setelah tamat memberikan khutbah, program diteruskan dengan perutusan khas daripada ayahanda Dr Yatim Bin Nawai selaku Pengarah Kolej Profesional MARA Beranang. Ucapan ayahanda pada hari tersebut begitu menyentuh perasaan apabila bercerita tentang pengorbanan yang dilakukan oleh semua pelajar pada hari tersebut yang sanggup berjauhan dengan keluarga demi mengejar cia-cita walaupun pada sambutan Hari Raya dimana kebiasaannya keluarga berkumpul bersama-sama. Setelah tamat memberikan ucapan, majlis diteruskan dengan Jamuan Hari Raya yang diadakan secara buffet di dalam Surau An-Nur.
Kemeriahan majlis diteruskan dengan acara menyembelih seekor Kambing Biri-biri. Kambing yang mendapat nama timangan "Boboi" ini telah selamat disembelih oleh Ustaz Md Zan pada kira-kira jam 11.00 Pagi. Kemudian pada pelajar bekerjasama untuk melapah dan memotong daging untuk peram dan di bakar pada sebelah petang.
Seusai solat fardu Asar di Surau An-Nur, para pelajar mula membakar daging kambing diperkarangan Surau An-Nur.Majlis pada hari itu berakhir selepas Solat Fardu Maghrib dengan kenangan yang amat indah terutamanya kepada para pelajar yang bakal menamatkan pengajian pada semester ini. Sambutan Hari Raya Aidil Adha kali ini juga begitu menggamit kenangan buat kami semua warga Kolej Profesional MARA Beranang yang meraikannya di KPMB dengan kenangan yang pasti tidak akan dapat dilupakan.
Wajah-wajah ceria sepanjang program