.
.
Pada 21 Februari 2011 lalu, pihak PERDIQMA telah dijemput menyertai program sambutan Maulidur Rasul bersama penduduk sekitar Taman Tasik Kesuma. Bersempena dengan program yang diadakan ini, pihak PERDIQMA telah membawa 1 kontigen bagi mewakili Kolej Profesional MARA Beranang seramai 30 anggota yang diketuai oleh Pengerusi PERDIQMA, saudara Aizudin Jamalan.Program yang disertai kira-kira 500 orang ini telah dimulakan dengan perarakan dari sekitar kawasan Kolej Kemahiran Tinggi MARA dan tamat di sekitar kawasan Surau Al Falah. Sebaik tiba, peserta perarakan dijamu dengan sarapan pagi sebelum dipersembahkan dengan dendangan nasyid oleh persatuan penduduk.
Setelah itu, majlis Maulidur Rasul diteruskan dengan Ceramah Oleh Ustaz Izhar. Kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Izhar berkisar tentang pentingnya kita memahami erti hijrah yang sebenarnya dalam kehidupan seharian selain beliau mengaitkan dengan masalah sosial yang belaku kini dengan tanda-tanda peristiwa akhir zaman yang semakin ketara. Program yang turut dihadiri oleh Adun Semenyih iaitu Johan Aziz itu berakhir dengan penyampaian cenderahati dan anugerah khas Maulidur Rasul kepada tokoh-tokoh tempatan yang banyak memberi jasa kepada penduduk di sekitar Taman Tasik Kesuma. Majlis pada hari itu ditutup dengan jamuan tengah hari dan berakhir pada kira-kira jam 12.00 tengah hari.