Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian. Apa khabar iman anda? Semoga cuti semester ini memberi sedikit kelapangan diri dan hati setelah berusaha selama 5 bulan menyerap ilmu di kolej. Di sini PERDIQMA ingin berkongsi sedikit tentang aktiviti ketika cuti semester 2011 ini.
|
Kalumpang Resort Training Centre
"SELAMAT DATANG" |
Pada 5 – 8 Dec 2011 yang lalu, Ahli Perdiqma telah ditawarkan untuk menyertai kursus Keusahawana dan Jati Diri di Kalumpang Resort Training Centre. Kursus tersebut dijalankan selama 4 hari 3 malam dan penyertaan adalah percuma. Kursus yang diadakan ini adalah berkonsepkan indoor dan outdoor. Kursus ini adalah anjuran Persatuan Siswa Niaga KPMB.
Syukur Alhamdulillah, dengan rombongan seramai 13 muslimin dan 20 muslimat kami telah bertolak dari KPMB pada jam 9.30 pagi dan sampai lebih kurang jam 12 tengah hari. Sememangnya semua peserta teruja kerana pertama kalinya kami mendengar nama Kalumpang, ramai yang tertanya-tanya “di manakah Kalumpang?”. Setelah sampai barulah persoalan itu terungkai. Subhanallah rupanya ada lagi tempat yang indah dan menarik yang belum kami terokai.
|
Subhanallah..Kalumpang Resort yang sangat damai.. |
Untuk hari pertama, seperti biasa sesuatu program akan diadakan sesi taklimat program dan sesi ta'aruf bersama fasilitator dan peserta. Kami telah diperkenalkan kepada dua orang fasilitator yang sangat mantop iaitu En. Mohd Zullutfi Bin Abd Razak atau lebih mesra dipanggil Ejul Lutfi dan En. Hamzah. Hari pertama juga adalah untuk sesi "ice breaking" dan kami telah dibahagikan kepada lima kumpulan dimana peserta akan tetap bersama ahli kumpulan yang sama sehingga program tamat. Setiap kumpulan telah diberi nama yang menarik oleh Faci iaitu Batman, Ultraman, Xman, Spiderman dan Superman. Walaupun nama-nama tersebut agak kelakar tetapi ada sesuatu yang faci ingin kami fahami. Untuk itu faci meminta setiap kumpulan memahami nama kumpulan dan mencipta "Wardance" berdasarkan nama kumpulan. Setiap kumpulan sangat kreatif dalam mencipta "wardance" dan persaingan antara kumpulan agak sengit. Kami membuka tirai aktiviti outdoor dengan beriadah di waktu petang. Kami diperkenalkan dengan beberapa permainan baru. Sangat menarik.
|
"Hah tengok tapak tangan siapa lagi mahal" |
|
"Hah masuk sini cepat!!" |
Untuk hari yang kedua, pagi kami dimulai dengan solat subuh berjemaah dan kuliah subuh yang disampaikan oleh En.Hamzah. Setelah selesai kami segarkan badan dengan senaman pagi. Untuk hari kedua aktiviti lebih kepada indoor. Tajuk modul untuk hari kedua: Evolusi Minda Jutawan. Modul hari kedua agak berat pengisiannya kerana memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Modul ini kami dipandu oleh fasilitator bagaimana untuk "reprogram" diri supaya kami dapat mengekalkan tahap minda usahawan dalam diri. Program berlangsung di dalam dewan dari pagi sehingga petang. Hari ke 2 merupakan hari yang sangat bermakna bagi kami sekeluarga dimana kami menjalani latihan persahabatan di mana latihan itu memerlukan kekuatan seluruh peserta. Disebelah malam, kami melakukan berberapa aktiviti kumpulan yang memerlukan perbincangan kumpulan antaranya adalah berbincang berkenaan skil berkomunikasi dengan lebih baik. Setelah selesai aktiviti ini, kami teruskan dengan melakukan aktiviti yang lebih menarik dimana jurucakap dari setiap kumpuan dipilih untuk menyampaikan suatu ceramah. Dengan penuh bangganya kelima-lima jurucakap masuk dan memberi ucapan. Ucapan yang baik tetapi peserta yang lain mengajuk dan membuatkan jurucakap menjadi marah kerana tiada kerjasama dari mereka. Rupa-rupanya mereka telah merancang segalanya dan ianya adalah salah satu dari permainan.Sangat menguji kesabaran. Macam-macam hal.
|
Perkonsian antara sahabat. Sangat menyentuh kalbu.. |
Pada hari ketiga,kami melakukan aktiviti riadhah dengan menjalani aktiviti jungle tracking yang diketuai oleh En. Ejul Lutfi pada jam 8.00 pagi. Perjalanan mengambil masa selama 45minit. Kami juga sempat melakukan solat sunat dhuha dalam perjalanan itu. Kami juga dapat merasai keindahan ciptaan Allah dengan melihat segala keindahan ciptaan-Nya. Kami juga perlu meredah sungai untuk meneruskan perjalanan kami dan Alhamdulillah, kami dapat merasai nikmat Allah dengan kecantikan sungai yang diberikan-Nya. Kami diberi peluang untuk bermandi manda di sana. Perjalanan yang sangat menyeronokkan dan sangat bermakna. Pada sebelah malam pula,kami didekatkan dengan sesi kesedaran tentang pentingnya persahabatan. Aktiviti yang sangat menyentuh perasaan.
|
menuruni cerun |
|
melepas lelah seketika |
|
Berehat sebentar dengan Dhuha..Alhamdulillah.. |
Pada hari keempat iaitu hari terakhir kami di kalumpang Resort, kami menjalani latihan dimana kami perlu membentuk satu sistem perniagaan yang akan dilakukan di KPM Beranang. Setiap kumpulan perlu melakukan perniagaan tersebut dan perlu dibentangkan. Antara kumpulan yang memberi pembentangan:
|
Sedang menerima komen dari fasilitator. |
|
Sememangnya setiap kumpulan mempunyai idea tersendiri. |
|
"NOW OR NEVER" |
Alhamdulillah,semuanya berjalan dengan lancar. Kami begitu berbangga dengan diri kami yang diciptakan sebagai pemimpin dimuka bumi Allah ini. Kami mengakhiri majlis dengan kata-kata penutup oleh wakil peserta dan wakil guru pemimpin. Dengan itu kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penasihat PSN Pn. Zalina kerana telah memberi kami peluang untuk menyertai kursus ini. Tidak lupa juga kepada beberapa orang guru pengiring En. Maizul dan Cik Baizura serta kepada fasilitator yang sangat hebat Tuan Ejul Lutfi dan Tuan Hamzah.Kepada sahabat perdiqma terima kasih diucapkan kerana sudi menyertai kursus ini walaupun sedang dalam 'mood' bercuti. Semoga perjuangan kita semua diredhai Allah SWT. Majlis telah berakhir pada jam 3 petang. Semoga Allah mendekatkan warga KPMB dengan pendekatan menuju mardhotillah. InsyaAllah. Maklumat lanjut mengenai KRTC :
http://www.kalumpangresort.com.my/
|
Semoga ukhuwah yang dibina berkekalan, InsyaAllah...
|
|
Firman Allah SWT:
"Sesungguhnya Allah SWT tidak mengubah keadaan sesuatu kaum (hambaNya) sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri"
Surah Ar-Rad : 11 |