10 Mei 2013

Salah Faham Di Bulan Rejab


Eh, janganlah kacau...tengah fokus ni study..

Assalamualaikum semua pembaca setia blog kami. Sebenarnya sekarang ini kami sedang menghadapi peperiksaan. Jadi mungkin masa agak terbatas untuk menulis. Tetapi walaubagaimanapun kami tetap ingin berkongsi ilmu.

Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan Rejab. Maknanya lagi 2 bulan nak Ramadhan..yeay!!
 
Fuh nasib baik dah pejam, Allah bagi celik lagi...
Kalau pejam terus.....hhmmm...Jadi marilah kita sentiasa bersyukur kerana masih berdiri di muka bumi Allah.



    

Rejab dan Salah Faham.

Sebenarnya tidak terdapat dalil-dalil yang menentukan kelebihan bulan ini. Justeru, dapatlah diringkaskan bahawa bulan ini samalah dengan bulan-bulan lain. Untuk mendapat gambaran ringkas tentang tuntutan al-Sunnah di dalam bulan ini perhatikanlah kenyataan-kenyataan berikut:

1. Al-Quran menjelaskan bahawa bulan Rejab adalah salah satu daripada al-Ashhur al-Hurum (bulan-bulan haram). Firman Allah Ta‘ala (al-Taubah 9:36):
Maksudnya: Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertaqwa.

Sabda Rasulullah SAW :

الزَّمَانُ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَةِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ثَلَاثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ [3]

Maksudnya: Sesungguhnya waktu telah kembali seperti keadaannya pada hari Allah mencipta langit dan bumi. Satu tahun mempunyai 12 bulan. Di kalangannya 4 bulan haram, 3 berterusan; Zul Qi‘dah, Zul Hijjah dan al-Muharram serta Rejab kabilah Mudar di antara Jumada dan Sya‘ban.

2. Tiada solat khas dalam bulan Rejab:

وقال النووي رحمه الله تعالى "واحتج به العلماء على كراهة هذه الصلاة المبتدعة التي تسمى الرغائب قاتل الله واضعها ومخترعها فإنها بدعة منكرة من البدع التي هي ضلالة وجهالة وفيها منكرات ظاهرة وقد صنف جماعة من الأئمة مصنفات نفيسة في تقبيحها وتضليل مصليها ومبتدعها ودلائل قبحها وبطلانها وتضلل فاعلها أكثر من أن تحصر" 4]]

Maksudnya: Imam al-Nawawi telah berkata ‘Para ulamak telah berhujjah dengannya ke atas kebencian solat yang yang bid‘ah ini yang dinamakan al-Raghaib. Semoga Allah memerangi pemalsunya dan penciptanya. Sesungguhnya ia adalah bid‘ah yang munkar yang terdiri daripada bid‘ah-bid‘ah yang sesat dan kejahilan. Di dalamnnya terdapat kemungkaran yang jelas. Sekumpulan para ulama telah menulis tulisan-tulisan yang bermutu dalam memburukkannya dan menyesatkan orang yang bersolat dengannya dan menciptanya. Dalil-dalil berkenaan kekejiannya, kebatilannya dan kesesatan pembuatnya amat banyak sehingga tidak terbilang.

وقال الحافظ ابن رجب رحمه الله تعالى " فأما الصلاة فلم يصح في شهر رجب صلاة مخصوصة تختص به والأحاديث المروية في فضل صلاة الرغائب في أول جمعة من شهر رجب كذب وباطل لا تصح وهذه الصلاة بدعة عند جمهور العلماء ... وأول ما ظهرت بعد الأربعمائة فلذلك لم يعرفها المتقدمون ولم يتكلموا فيها " ا.هـ( لطائف المعارف / 228) .

Maksudnya: Berkenaan dengan solat, di dalam bulan Rejab tidak terdapat solat yang khas untuk bulan ini. Hadith-hadith yang diriwayatkan berkenaan kelebihan solat al-Raghaib pada Jumaat pertama bulan Rejab adalah penipuan dan batil serta tidak sah. Solat ini adalah bid‘ah di sisi kebanyakan ulama. Kali pertama solat ini muncul ialah selepas tahun 400. Oleh sebab itulah ianya tidak diketahui oleh ulamak terdahulu dan mereka tidak membincangkannya.

3. Berpuasa di bulan Rejab tidak mempunyai keistimewaan tertentu:

قال ابن القيم "كل حديث في ذكر صوم رجب وصلاة بعض الليالي فيه فهو كذب مفترى"[5]

Maksudnya: Semua hadith yang menyatakan puasa bulan Rejab dan solat sebahagian malam-malamnya adalah penipuan yang direka.

وقال الحافظ ابن حجر " لم يرد في فضل شهر رجب ولا في صيامه ولا صيام شيء منه معيَّن ولا في قيام ليلة مخصوصة فيه حديث صحيح يصلح للحجة " ا.هـ تبيين العجب / 11 ( وأنظر : لطائف المعارف /228 )

Maksudnya: Tidak terdapat hadith sahih yang boleh dijadikan hujah berkenaan kelebihan bulan Rejab, puasa bulan ini, puasa hari-hari tertentu bulan ini mahupun bangun malam tertentu pada bulan ini.

4. Membuat umrah di bulan Rejab tidak mempunyai keistimewaan tertentu:

Setakat ini, belum lagi ditemui hadith sahih yang menerangkan kelebihan umrah di bulan Rejab. Ya, terdapat beberapa riwayat golongan Syi‘ah yang mengatakan umrah bulan Rejab adalah umrah yang terbaik. Akan tetapi Ahl al-Sunnah tidak menerima periwayatan mereka di samping riwayat tersebut tidak bersambung kepada Rasulullah SAW.

5. Malam al-Isra’ wal-Mi‘raj tidak sah pada malam ke 27 bulan Rejab:

قال الحافظ ابن كثير الدمشقي رحمه الله تعالى: (وقد أورد-أي عبدالغني المقدسي- حديثاً لا يـصـحّ سـنـــده ذكرناه في فضائل شهر رجب أن الإسراء كان ليلة السابع والعشرين من رجب والله أعلم. ومن الناس من يزعم أن الإسراء كان أول ليلة جمعة من شهر رجب, وهي ليلة الرغائب التي أُحدثت فيها الصلاة المشهورة, ولا أصل لذلك والله أعلم) [6]

Maksudnya: al-Imam Ibnu Kathir telah berkata (Abdul Ghani al-Maqdisi telah meriwayatkan sebuah hadith yang tidak sah sanadnya dan kami telah jelaskan dalam ‘Fadail Shahr Rajab’ bahawa peristiwa al-Isra’ telah berlaku pada malan ke-27 bulan Rejab, Allah jua yang lebih mengetahui. Ada juga di antara manusia yang menyangka bahawa peristiwa al-Isra’ telah berlaku pada Jumaat pertama dalam bulan Rejab, iaitulah malam al-Raghaib yang dicipta padanya solat yang masyhur, sedangkan tiada asal bagi perkara ini, Allah jua yang lebih mengetahui.)
Kesimpulannya, amalan-amalan di bulan Rejab adalah sama seperti amalan-amalan di bulan-bulan lain. Perkara yang membezakannya ialah bulan ini tergolong dalam bulan-bulan haram yang mana kezaliman dan peperangan tanpa sebab amat dimurkai oleh Allah Ta’ala berbanding dengan bulan-bulan lain.

[1] HR al-Bukhari, Kitab al-Saum, Bab Man Aqsama ‘ala Akhihi Liyuftir, No. 1832.
[2] HR al-Bukhari, No. 5523. Juga Muslim, No. 782.
[3] HR al-Bukhari, Kitab al-Maghazi, Bab Hajjah al-Wida’, No. 4054. Juga Muslim, Kitab al-Qasamah Wa al-Muharibin Wa al-Qisas Wa al-Diyat, BabTaghliz Tahrim al-Dima’ Wa al-A‘rad Wa al-Amwal, No. 3179.
[4] Sila lihat al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, Jil. 8 Hlm. 20.
[5] Sila lihat Ibnu al-Qayyim, al-Manar al-Munif, Hlm. 96.
[6] Sila lihat Ibnu Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, Jil. 3 Hlm. 136-137.
[7] HR al-Bukhari, Kitab al-Saum, Bab Saum Sya‘ban, No. 1834. Juga Muslim, Kitab al-Siyam, Bab Siyam al-Nabi s.a.w. Fi Ghair Ramadhan Wa Istihbab An La Yukhliya Shahran ‘An Saum, No. 1957.
[8] HR Ibnu Abi ‘Asim, Ibnu Hibban dan lain-lain, dihukum Sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, No. 1144.
[9] HR al-Tirmizi, Kitab al-Saum, Bab Ma Ja’ Fi Karahiyah al-Saum Fi al-Nisf al-Thani Min Sya‘ban Li Hal Ramadhan, No. 669.
[10] HR Muslim, Kitab al-Siyam, Bab La Taqaddamu Ramadhan Bi Saum Yaum Wa La Yaumain, No. 1912.
[11] HR al-Tirmizi, Kitab al-Saum, Bab Ma Ja’ Fi Karahiyah Saum Yaum al-Syak, No. 622. Dihukum Sahih oleh al-Albani dalam Sahih Sunan Abi Daud, No. 686."


Antara hadith-hadith PALSU di Bulan Rejab.

"من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار"

"Barangsiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, bersiap-sedialah dengan tempat duduknya di neraka." (HR Bukhari)

1. "Sesungguhnya di Syurga ada sungai yang dinamakan ‘Rejab’ airnya lebih putih dari susu dan lebih manis dari madu, barangsiapa yang puasa satu hari pada bulan Rejab maka Allah akan memberikan minum kepadanya dari air sungai itu.” (Periwayat majhul (periwayat tidak dikenali). Imam adz-Dzahaby berkata: “Mansyur bin Yazid al-Asadiy meriwayatkan darinya, Muhammad al-Mughirah tentang keutamaan bulan Rejab. Mansyur bin Yazid adalah rawi yang tidak dikenal dan khabar (hadith) ini adalah bathil.” (Lihat Mizaanul I’tidal (IV/ 189)

2. "Barang siapa yg berpuasa sehari pada bulan Rejab (ganjarannya) sama dengan puasa sebulan." Periwayat matruk (periwayat suka berdusta). (Kata Imam an-Nasa’i: “Furaat bin as-Saa’ib Matrukul hadith.”)

3. "Rejab bulan Allah, Sya’ban bulanku dan Ramadhan adalah bulan ummatku." Kata Syaikh ash-Shaghani (wafat 650 H): Hadith ini maudhu (palsu)

4. "Barang siapa yg berpuasa 3 hari pada bulan Rejab, dituliskan baginya ganjaran puasa satu bulan dan barang siapa yg berpuasa 7 hari pada bulan Rejab maka Allah tutupkan daripadanya 7 pintu-pintu api neraka. Dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari pada bulan Rejab maka Allah membuka baginya 8 buah pintu dari pintu-pintu syurga, dan barang siapa yg berpuasa separuh dari bulan Rejab maka dia akan di hisab dengan hisab yg mudah." Periwayat matruk. Imam an-Nasa-i berkata: “Dia Matrukul Hadith.” Sedangkan kata Imam al-Bukhari: “Dia dituduh sebagai pendusta.”

5. "Keutamaan bulan Rejab atas bulan-bulan lainnya seperti keutamaan al-Qur’an atas semua perkataan, keutamaan bulan Sya’ban seperti keutamaanku atas para Nabi, dan keutamaan bulan Ramadhan seperti keutamaan Allah atas semua hamba.” (Kata al Hafizh Ibnu Hajar al-‘Asqalany: “Hadith ini palsu.”)

6. "Barangsiapa solat Maghrib di malam pertama bulan Rajab, kemudian solat sesudahnya dua puluh raka’at, setiap raka’at membaca al-Fatihah dan al-Ikhlas serta salam sepuluh kali. Kalian tahu ganjarannya? Sesungguhnya Jibril mengajarkan kepadaku demikian.” Kami berkata: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui, dan berkata: ‘Allah akan pelihara dirinya, hartanya, keluarga dan anaknya serta diselamatkan dari azab kubur dan ia akan melewati as-Shirath seperti kilat tanpa dihisab, dan tidak diseksa."(Kata Ibnul Jauzi: “Hadith ini palsu dan kebanyakan rawi-rawinya adalah majhul (tidak dikenal)

7. "Barang siapa yg berpuasa satu hari pada bulan Rejab dan bangun pada malam harinya mengerjakan solat malam maka Allah akan membangkitkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan aman, dan dia berjalan di atas sirat dalam keadaan Tahlil dan Takbir." (Periwayat matruk. Dalam sanadnya ada rawi yg bernama Ismaail, dia adalah seorang rawi yg suka berdusta.)

8. "Barang siapa yg menghidupkan satu malam dari bulan Rejab mengerjakan solat malam dan berpuasa padanya satu hari, maka Allah memberi makan kepadanya dari buah-buahan Syurga." (Periwayat matruk. Dalam Kitab Al-Laaly. Kemudian diterangkan bahawa hadis ini Maudhu.)

9. "Barangsiapa puasa satu hari di bulan Rejab dan solat empat raka’at, di raka’at pertama baca ‘ayat Kursi’ seratus kali dan di raka’at kedua baca ‘surat al-Ikhlas’ seratus kali, maka dia tidak mati hingga melihat tempatnya di Syurga atau diperlihatkan kepadanya (sebelum dia mati)” (Kata Ibnul Jauzy: “Hadith ini palsu, dan rawi-rawinya majhul serta seorang perawi yang bernama ‘Utsman bin ‘Atha’ adalah perawi matruk menurut para Ahli Hadith.”)

FAKTA.

Hadith-hadith bulan Rejab kebanyakannya adalah Mawdhu' (Palsu). Pendustaan terhadap Rasulullah SAW. (Al-Saqr, Al Qaradhawi)

Tidak ada solat dan zikir khas untuk bulan Rejab (Al-Saqr, Al-Qaradhawi). Bulan Rejab seperti bulan-bulan Haram yg lain disunatkan melakukan puasa sunat dan banyakkan bertaubat. (Imam Al-Sya'rawi)

Berpuasa pada bulan Rejab tidak sepenuhnya dan Sya'ban tidak sepenuh bulan (Al-Qardhawi)

Rejab tidak mempunyai kelebihan dari bulan-bulan yg lain, kecuali kelebihan sebagai bulan-bulan Haram. (Syed Sabiq)

Tidak boleh HANYA berpuasa di bulan Rejab sahaja, di mana 3 bulan-bulan yg Haram yang lain tidak langsung diberi keutamaan melakukan puasa (Mazhab Hanbali- Al-Jaziry)

Kesimpulannya, marilah kita beramal dengan petunjuk daripada Al Quran dan hadith2 Nabi SAW yang sahih kerana masih terlalu banyak lagi hadith2 sahih yang kita tinggalkan. Adakah patut kita melalui jambatan yang reput sedangkan terang terangan di depan kita ada jambatan yang baik? Sebaik2 petunjuk itu daripada Nabi SAW.


Jom sama-sama kita amalkan doa ini, moga Allah panjangkan umur kita untuk bertemu Ramadhan.





Sumber: www.facebook.com/shamkamikaze

Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...