5 Jun 2013

SIHATKAH HATI KITA ?


Bismillahirrahmanirrahim …. 

Amboiiii seronok holiday ?? holiday holiday jugak , tapi amal takde holiday  tau !

Apa khabar iman kalian semua ? Mudah mudahan berada di tahap yang stabil untuk terus memandu ke arah menuju redha Ilahi. Alhamdulillah , Allah masih beri ruang kesempatan untuk kita sama sama menatap secebis nota dalam merangka suasana kedamaian dan ketenangan untuk dipasakkan ke dalam iman kita.  Moga pengisian yang sedikit ini dapat memberi sedikit energy untuk kita meneruskan pengembaraan di muka bumi Allah ini. insyaAllah.

Baik ! first thing first. Jom kita buka minda kita seluas-luasnya agar apa yang kita baca mudah untuk dihadam dengan baik dan memudahkan kita untuk melaksanakannya. *Eh, nak buat apa erk ?



HATI !

Lihat pada tajuknya macam menarik. HATI ! *aku sudah terbayangkan HATI ku yang sedang berbunga bunga. (PANGG ! jangan berangan sangat okay). Masalah hati gamaknya.
Di sini bukan untuk bercakap mengenai HATI = LOVE or HATI = CINTA. Tapi ada yang lebih penting dari itu. Iaitu PENYAKIT HATI !

Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, sabda Nabi saw : “Ketahuilah bahawa dalam jasad ada seketul daging, apabila baik maka baiklah jasad, apabila rosak maka rosaklah jasad. Ketahuilah ia adalah hati!”

Wahh. Bagaimana hati boleh menjadi sakit. Kalau sakit organ hati berkemungkinan boleh di rawat oleh doctor dengan atas izin Allah namun kalau penyakit masalah hati bagaimana pula ?

Nahh ! Hati itu umpama raja di dalam diri manusia. Hati itu umpama sistem yang mengawal gerakan manusia. Jadi tidak menjadi hairan bilamana sistem ini boleh rosak sekiranya tidak diuruskan dan tidak dikawal dengan baik. Oleh itu, memang benar lah apa yang telah disabdakan Rasulullah yakni apabila baik maka baiklah jasad, apabila rosak maka rosaklah jasad. Ketahuilah ia adalah hati!

Wahai sahabat sahabat , sekali lagi ditekankan HATI UMPAMA RAJA dalam diri. Dan hati boleh jadi sakit sekiranya kita tidak mengurus, mengawal dan menyelenggara dengan sebaik mungkin. Hari ini, penyakit hati sangat bermaharajalela dalam diri kita dan masyarakat. Kerana itu kita perlu sedar dan bangkit untuk perbaiki semula keadaan hati kita.
Hati adalah salah satu SENDI PERTARUNGAN JIWA ; pertarungan yang sengit untuk kita bermujahadah(melawan). Ini kerana, hati itu boleh jadi macam macam samaada HATI yang HIDUP, MATI atau SAKIT. Jika diteliti HATI itu boleh jadi sifatnya mahmudah atau mazmumah. Kerana itu pertarungan dalam membina hati yang bersifat mahmudah sangat sengit dan perlukan pengorbanan.

SubhanAllah, dasyatnya fungsi HATI ini ! betapa hebatnya seketul daging yang Allah ciptakan ini. *tiba tiba terpanggil untuk menyoal diri sendiri  bagaimana kah keadaan hatiku ini ?


TANDA – TANDA HATI SAKIT.
Hati menjadi sakit bilamana segala fikiran kita itu menjadi negatif justeru lahirlah tindakan yang tidak positf iaitu keburukan mahupun kejahatan. Seperti contoh timbul rasa ujub(bangga), syirik & riya’, hasad dengki dengan orang sekeliling. Dan lagi dasyat bila hati menjadi sakit kita akan menurut segala kehendak nafsu yang mendorong untuk melakukan kemaksiatan.

Wahai, sahabat sahabat yang dikasihi, ayuh kita semak kembali adakah diri kita punya rasa sebegitu? Allahuakhbar! Sesak dada ini pabila merasakan hati ini sakit rupanya. Sahabat sahabat yang dimuliakan Allah, bila mana kita telah sedar di atas kesilapan kita, sebenarnya hati kita sedang HIDUP. Hati yang hidup ini adalah dia sedar dan menginsafi kesalahan dan merasakan diri telah dihujani dosa dosa atas kemaksiatan yang dilakukan. Kadang bukanlah maksiat - maksiat besar  tapi maksiat – maksiat kecil yang menjadi virus dalam hati. Sahabat bersyukurlah, Allah masih beri rasa kesedaran agar kita membangkitkan semula hati yang sakit menjadi hati yang hidup.



RAWAT HATI SAKIT.

“Oh, doctor. Hati saya sakit”
Maaf doctor pun tak mampu nak merawat hati anda. Cuma anda sahaja yang mampu merawat sendiri. Kerana hati itu adalah hati kita sendiri. jadi kita sendiri yang mampu menyelenggara sistem hati kita. Jadi bagaimana ?
Abu Ishaq Ibrahim bin Ahmad Ismail Al-Khawwash pernah memberi nasihat untuk mengubati hati.

1.       Membaca Al Quran dengan merenungkan isi dan ertinya
2.       Berpuasa dengan mengosongkan perut
3.       Bangun malam beribadat
4.       Bermunajat/tadharru’ berpanjangan
5.       Berkumpul dengan orang-orang soleh

JOM ! SUCIKAN HATI KITA.

Sahabat sahabat yang diredhai Allah, serulah pada diri sendiri , jangan biarkan hati kita kekosongan. Hati itu perlu di isi seperti mengisi air ke dalam botol. Jadi, kita punya pilihan sama ada mahu di isikan dengan KEIMANAN atau JAHILIYYAH/NAFSU. Seharusnya pilih lah untuk di isi dengan keimanan kerana manusia itu akan lemah dan terus sakit sekiranya kita tidak mengisi dengan perkara perkara kebaikan. Allah ciptakan kita untuk berubudiyah yakni beribadah, tunduk patuh kepada Allah. Jadi semuanya bermula dengan hati. Ingin melakukan sesuatu bermula dengan hati yang bersih dan niat yang suci agar perjalanan kita sebagai seorang hamba akan diredhai Allah dan diberkati olehNya. Oleh itu, marilah kita bersama sama bermujahadah merawat  dan menyucikan hati kita.




JADIKAN CUTI KITA INI CUTI YANG BERPRODUkTIF, BARULAH OHSEM ! 

Wassalam.



 Rujukan : http://www.jilulquran.com/islamic-poster/5-ubat-hati/

Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...