30 Mac 2014

TETAMU ISTIMEWA IJ : DENA BAHRIN

Assalamualaikum w.b.t.



Seperti kebiasaanya, semua pelajar muslimat akan berkumpul pada 12.30 tengah hari bagi mengikuti pengisian rohani. Pengisian rohani atau majlis ilmu ini dikenali sebagai slot IJ iaitu Ijtima' Jumaat. Slot Ijtima’ Jumaat ini dianjurkan bagi menarik minat dari kalangan pelajar untuk menyertai atau menghadiri aktiviti keagamaan yang diadakan di dalam mahupun luar kolej, juga memberikan inspirasi untuk memotivasikan pelajar. 

Oleh itu, untuk slot IJ pada kali ini, kami tampilkan seorang blogger yang semakin dikenali ramai iaitu Dena Bahrin untuk memberi sedikit perkongsian. Dena Bahrin merupakan seorang blogger yang mempraktikkan unsur islamik dari segi pemakaian, tutur kata, penulisan dan tingkah laku. Beliau yang terkenal dengan perkahwinan pada usia mudanya bukan sahaja datang untuk bercerita tentang perkahwinannya, tetapi isu fesyen dan pelajaran juga dikupas. Memandangkan beliau masih lagi seorang pelajar, kejayaan beliau dalam pelajaran walaupun sudah berumahtangga boleh dicontohi.




Program berbentuk perkongsian kejayaan dan motivasi wajar untuk terus diadakan di KPMB, khas buat mahasiswa/i. Dalam mengadakan program berbentuk kerohanian, beberapa aspek perlu diambil kira seperti menetapkan sasaran, pengisian yang bersesuaian, jawatankuasa program yang boleh menjalankan tugas dengan betul dan baik dan lain-lain. Program berunsurkan kerohanian bukan sahaja boleh digerakkan oleh badan/persatuan kerohanian kolej, malah persatuan lain juga boleh mengadakan program berunsurkan demikian atau menyelitkan unsur itu kedalam program yang dijalankan.


Sememangnya program yang menjadi penantian bagi pelajar yang meminati Dena Bahrain ini dapat menyedarkan pelajar tentang cinta yang halal, cara berfesyen dengan menutup aurat, dan lain-lain. Sedikit sebanyak perkongsian yang memberi manfaat ini boleh diambil untuk dijadikan contoh, teladan ataupun iktibar sebagai seorang pelajar.


Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...