www.perdiqmqkpmb.blogspot.com
Editor : Nor 'Aisah Abd Hamid
Sesungguhnya sesiapa yang membaca Al-Quran pasti akan mendapat syafaat di akhirat nanti......
Sebagai aktiviti mingguan untuk pelajar kamsis,PERDIQMA telah menganjurkan satu aktiviti iaitu tadarus Al-Quran. Aktiviti ini dijalankan setiap minggu dan pelajar semester satu adalah wajib untuk menyertainya.
Aktiviti ini adalah salah satu usaha PERDIQMA untuk mendekatkan para pelajar dengan Al-Quran selain memastikan semua pelajar ini berjaya untuk khatam Al-Quran. Amatlah penting untuk kita mengisi rohani kita dengan ayat Al-Quran lebih-lebih lagi setelah seharian sibuk dengan hal keduniaan.
Setiap minggu, pada hari Rabu malam Khamis semua pelajar kamsis semester satu akan diwajibkan ke surau An-Nur. Aktiviti ini dijalankan selepas solat Maghrib berjemaah. Mereka akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada 5 atau 6 orang. Setiap kumpulan akan membuat bulatan dan mereka akan diberi nombor ayat mengikut turutan dan susunan yang ditetapkan.
Jika dilihat aktiviti ini mendatangkan faedah yang bayak antaranya, para pelajar akan dapat membaiki cara bacaan mereka selain menambahkan pengetahuan tentang tajwid Al-Quran. Jika ada pelajar yang kurang baik bacaanya atau agak lemah pengetahuan tentang tajwid, Insyaallah unit PERDIQMA serba sedikit akan membantu.
Selalunya, aktiviti tadarus yang dianjurkan PERDIQMA ini akan diakhiri dengan majlis khas Khatam Al-Quran apabila semua kumpulan telah selesai membaca dan khatam. Tarikh majlis Khatam Al-Quran untuk semester Jan-Jun 2010 kali ini masih belum ditetapkan lagi. Jadi, sebarang maklumat akan dimaklumkan nanti.