Assalamualaikum w.b.t :)
Hai sahabat-sahabat semua apa khabar ? Semoga sentiasa dibawah lindungan Ilahi. Wah nampaknya keputusan peperiksaan telahpun keluar, jadi macam mana dengan result sahabat semua?. Alhamdulillah, walau apa pun yang kita peroleh itu adalah yang terbaik dari Allah s.w.t. Syabas diucapkan, daripada kami, PERDIQMA KPMB kepada semua pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir Sesi Jan-Jun 2014. Bagi yang kurang bernasib baik juga tahniah diucapkan atas usaha anda. Usaha sungguh-sungguh lagi ye untuk semester depan. Jangan pernah berputus asa, Allah kan Maha Pemurah, Allahuakbar.
Sahabat-sahabat sekalian,
Bulan Ramadhan bakal tiba 6 hari lagi ! Berdebarnyaaaa, Masya-Allah. Tak sabar rasanya nak berpuasa dan bersolat terawih. Bulan mulia ini cuma sekali sahaja dalam setahun, haa apa ya lagi rebutlah pahala ! Antara amalan yang baik untuk dilakukan ialah bersedekah. JOM MENDERMA ! Besar ganjarannya ~
Macam mana nak derma ek ?? Haa senang je sahabat2.
PERTAMA
Kami memerlukan RM 1k untuk mengedarkan "kit iftar" (1000 pax) yang mengandungi makanan-makanan sunnah seperti kurma, air, dan kismis.
KEDUA
Bagaimana nak derma ???????? Bagi merealisasikan kejayaan program mulia ni, Kami memerlukan tajaan RM10.00 untuk (10 pax) yang bersamaan dengan (1000 pax) RM1000.00
Nak derma pada siapa sebenarnya ? 1000 pax yang dapat dihasilkan bakal diberikan kepada warga kota yang tidak sempat berbuka di rumah.
KETIGA
Berikan tajaan anda menerusi akaun Maybank atas nama Syarifah Nurliyana. No akaun boleh rujuk pada rajah di atas . Seterusnya SMSkan nama anda, jumlah tajaan dan waktu bank-in ke talian 013-3970561.
CONTOH: KAMARUL BIN ZAHARI. RM10. 1030 AM.
KEEMPAT
Projek Amal Untuk Ramadhan ni akan berlangsung pada 12.07.2014 (4.30 p.m - 7.30 p.m.). bertempat di Masjid Jamek, KL. Untuk makluman lanjut, sila hubungi saudara Nordin Haikal (P.A.U.R Project Manager) di talian 0193469366.
*Bagi yang berminat untuk menjadi sukarelawan ketika P.A.U.R berlangsung, anda perlu sentiasa update di page facebook: PERDIQMA yaa ! Selamat Menjengah Ramadhan !
“Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka,
dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa
mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut.”
(Hadis Riwayat Imam Tirmizi).
SELAMAT BERPUASA !
Majulah Islam untuk Negara.