Assalamualaikum semua ,
Bagaimana dengan kesihatan sahabat-sahabat
yang saya kasihi sekalian?
Memandangkan cuaca kurang baik sekarang
ini, sama-samalah kita menjaga kesihatan agar mudah menjalani kewajipan sebagai
umat islam.
Sebelum itu adakah iman kita sihat? Mari
tepuk dada tanya diri kita sejauh mana amalan kita.
Apa yang hendak dikongsikan disini ialah
tentang Zikrullah. Apakah itu Zikrullah?
Kadang-kadang ramai yang tidak tahu apakah itu Zikrullah. Zikrullah ialah
memuji nama dan kebesaran ALLAH SWT atau dikenali sebagai zikir.
Mengapa penting zikir dalam kehidupan
kita??
Antara kebaikan-kebaikan berzikir yang perlu kita tahu :
1. Membersihkan hati
Ramai
yang tidak tahu bahawa berzikir dapat membersihkan hati kita yang kotor akibat
dosa-dosa lalu yang telah kita lakukan. Apatah lagi jika amalan zikir sebati
dalam diri kita, secara automatik kita ingin melakukan kebaikan dan sentiasa
memuji kebesaran ALLAH SWT secara sendiri tanpa paksaan.
2. Menaikkan Iman
Seperti
yang diberitahu tadi , apabila hati menjadi bersih selepas zikir menjadi rutin
harian kita akan ingin melakukan kebaikan dan meninggalkan larangan ALLAH SWT.
Mengapa? Hal ini kerana berzikir telah menaikkan iman kita kerana kita
mengingati ALLAH SWT.
3. Membersihkan Dosa
Setiap
kebaikan yang kita lakukan seperti berzikir, In Shaa ALLAH mengugurkan
dosa-dosa lampau kita kerana ALLAH SWT maha pengampun. Justeru ia juga
mempermudahkan kita menerima hidayah kerana hidayah itu milik ALLAH SWT apatah lagi kepada hambanya yang mencari hidayah
dan mencari islam yang sebenarnya. In Shaa ALLAH yakinkan diri dengan sepenuh
yakin terhadap ALLAH SWT.
4. Semakin yakin terhadap kebesaran ALLAH
SWT
Dengan
amalan berzikir dan memahami semua kebesaran ALLAH SWT melalui nama-namanya
yang indah, kita semakin yakin dengan kebesaran dan kekuasaan ALLAH SWT . Apatah lagi dengan menghayati nama-namanya
yang indah. SubhanAllah.
Jadi dengan perkongsian disini , harap
ianya dapat meningkatkan semangat kita dalam meningkatkan amalan dan dapat
diterapkan dalam kehidupan. Segala keburukan dan kesalahan datang dari diri
saya sendiri dan yang baik semuanya dari ALLAH SWT. In Shaa ALLAH.
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram"